TERKINI :

Sunday, December 7, 2014

Relax laa DAP, Mahathir perli NAJIB jaa tu kata orang Malaysia bodoh

DAP selar kenyataan Dr M 'orang M'sia bodoh'


Kejayaan syarikat penerbangan swasta AirAsia menjadi bukti bahawa rakyat Malaysia bukan tidak cekap menguruskan syarikat penerbangan, kata DAP.

Sebaliknya, menurut setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng (bawah), BN sebenarnya yang tidak mampu menguruskannya.

Dalam kenyataannya hari ini, Lim berkata, beliau “amat tidak setuju” dengan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa MAS perlu melantik seorang ekspatriat sebagai ketua pegawai eksekutif kerana “orang Malaysia bodoh”

Lim sebaliknya berkata, BN sebenarnya yang “bodoh” ekoran Malaysian Airlines (MAS) terus gagal meski pun banyak dana kerajaan disuntik, tidak seperti AirAsia yang berdiri dengan kaki sendiri.

Nasihat Jabatan Kesihatan berkenaan isu Kejadian Kencing Tikus

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah ingin merujuk kepada pertanyaan media berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan berumur 8 tahun dari Taman Pinang Merah, Bukit Pinang yang dipercayai disebabkan oleh jangkitan leptospirosis atau kencing tikus. Jabatan ini difahamkan oleh pihak media bahawa kanak-kanak berkenaan bersama ahli keluarga telah pergi untuk mandi manda di Titi Hayun, Salak Denai, Yan Kedah, dua belas (12) hari sebelum kejadian.

Sehubungan itu, jabatan ini mengesahkan kejadian berkenaan di mana kanak-kanak tersebut telah di masukkan ke wad rawatan rapi atau ICU (Intensive Care Unit) Hospital Sultanah Bahiyah pada 3 Disember 2014. Kanak-kanak tersebut dimasukkan ke wad disebabkan demam panas dan sawan. Beliau telah dirawat oleh Pakar Kanak-Kanak dengan rawatan sewajarnya diberikan termasuk rawatan antibiotik dan antiviral.  Disebalik rawatan rapi yang diberikan, beliau tidak menunjukkan tindak balas yang memuaskan dan telah meninggal dunia pada 5 Disember 2014 jam 11.27 malam.

Pemeriksaan dan ujian awal makmal Hospital Sultanah Bahiyah menunjukkan  kemungkinan kejadian ini disebabkan oleh jangkitan leptospirosis atau penyakit kencing tikus. Hospital Sultanah Bahiyah dalam tindakan menghantar sampel darah untuk dibuat ujian pengesahan jangkitan leptospirosis di makmal Institut Penyelidikkan Perubatan (IMR) Kuala Lumpur. Pihak hospital turut menjalankan ujian untuk demam denggi, dan keputusan awal adalah negatif.

Umno pura-pura perjuang isu tanah rizab

Baru sehari Perhimpunan Agung Umno berakhir, kerajaan Umno di Melaka mengumumkan keputusannya untuk kekal mengambil tanah rizab Melayu di Kampung Sungai Jerneh untuk dijadikan empangan.

Perkara ini disebut oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Harun dalam berita Astro Awani semalam.

Kampung Sungai Jerneh berusia hampir 200 tahun. Rumah-rumah di kampung ini dibina sejak tahun 1830-an dan mempunyai nilai sejarah tersendiri.

Di kampung inilah pahlawan Melayu Dol Said berkubu pada 1832 selepas tewas dalam pertembungan dengan Inggeris di Tabuh Naning.

Bagi Pemuda PAS, kerajaan sepatutnya membangunkan kampung ini menjadi produk perlancongan sejarah di negeri Melaka.

Usaha mesti dijalankan agar kampung ini diiktiraf agensi PBB sebagai tapak warisan dunia.

Keperluan pembinaan empangan mesti dialihkan ke lokasi yang tidak didiami penduduk apatah lagi perkampungan tradisi bersejarah.

Isu kehilangan 70 peratus tanah rizab Melayu menjadi topik hangat bermula Perhimpunan Pemuda Umno dan seterusnya Perhimpunan Agung Umno serta disebut presiden Umno dalam penggulungannya.

Namun tindakan ketua menteri Melaka yang juga pengerusi perhubungan Umno negeri mengekalkan usaha kerajaan mengambil tanah kampung ini sehari selepas Perhimpunan Agung Umno berakhir.

Ia menampakkan penegasan mereka dalam Perhimpunan Agung Umno hanya satu lakonan dan kepura-puraan meraih sokongan politik.
MOHD NASAIE ISMAIL adalah ketua penerangan Pemuda PAS.

Awas jangkitan kencing tikus di Kedah

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mandi di kawasan air terjun di Kedah buat sementara ini berikutan peningkatan kes jangkitan kencing tikus yang boleh menyebabkan maut.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, Kesihatan dan Perpaduan Kedah Datuk Dr Leong Yong Kong (bawah) berkata kes jangkitan kencing tikus atau leptospirosis semakin banyak dikesan di kalangan mereka yang pernah mengunjungi kawasan air terjun.

"Buat masa sekarang, saya nasihatkan orang ramai supaya elakkan daripada mandi di kawasan air terjun.

"Jika hendak mandi, mereka boleh ke hotel-hotel yang menyediakan kolam renang yang kebersihan sentiasa dipantau," katanya kepada Bernama di Alor Setar hari ini.

Dr Leong berkata kes ini semakin menjadi sejak tiga tahun kebelakangan ini dan banyak aspek yang boleh menjadi penyumbang kepada perkara ini.

"Sejak kebelakangan ini sering berlaku hujan lebat dan banjir kilat jadi kita tidak tahu bahan apa yang telah mencemari air itu dan keadaan cuaca ini boleh menjadi salah satu punca kepada penyebaran virus kencing tikus," katanya.

Beliau berkata jumlah pengunjung ke kawasan air terjun semakin bertambah dan ini sekaligus telah menyebabkan jumlah sampah (sisa makanan) yang dibuang semakin bertambah, yang menjadi punca kehadiran semakin banyak tikus.

"Binatang-binatang seperti tikus yang sebelum ini mencari makan di dalam hutan akan keluar untuk mencari sisa-sisa makanan yang ditinggalkan pengunjung," kata beliau.

Katanya masalah berkaitan tikus ini tidak dapat dielakkan dan ini boleh dilihat pada jumlah tikus yang berkeliaran di kawasan-kawasan medan selera.

Beliau berkata virus kencing tikus ini akan menjadi cabaran besar kepada negeri Kedah.

Kes penghakiman ingkar Hadi diputuskan 15 Dis

Mahkamah Tinggi di Kuala Terengganu menetapkan 15 Dis ini untuk keputusan permohonan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi untuk mengetepikan penghakiman ingkar terhadapnya dalam kes saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon PKR kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas pihak plaintif Mohd Shamsul dan defendan menamatkan penghujahan terakhir, kata peguam plaintif, A. Vasudevan kepada pemberita selepas sesi prosiding hari ini.

Pada prosiding itu, saksi plaintif, Luqman Ridhwan Mohd Nor, 26, daripada akhbar Kosmo, memberi keterangan manakala Abdul Hadi, selaku defendan, diwakili peguam Asmuni Awi.

Abdul Hadi tidak hadir pada prosiding mahkamah hari ini, bagaimanapun kira-kira 200 penyokong presiden itu hadir di perkarangan mahkamah.

Pada 28 Okt lalu, Abdul Hadi dan ADUN Alur Limbat, Ariffin Deraman memberi keterangan sebagai saksi defendan manakala plaintif memanggil saksi iaitu ADUN Bandar, Azan Ismail dan wakil akhbar Kosmo bagi memberi keterangan.

Bagaimanapun wakil akhbar Kosmo tersebut tidak hadir sebanyak dua kali memberi keterangan (28 Okt dan 23 Nov) sungguhpun waran tangkap telah dikeluarkan, tetapi waran tangkap itu tidak dapat dilaksanakan.

Pada 23 Feb lepas, Abdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab atau memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul pada 5 Dis tahun lepas.

Pada 27 Feb lepas, Abdul Hadi memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar itu.

Mohd Shamsul menyaman Abdul Hadi berhubung kenyataannya bahawa ada calon PKR menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke-13 tahun lepas sebagai alasan untuk PAS meletakkan calonnya bertanding di DUN Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Shamsul mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April 2013 telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.

- Bernama

[GEMPAR] HarakahDaily.net padam komen di artikal Nakhoda Kapal Ada Kuasa Mutlak..

Oleh Abang Joe Bangsar

Nampaknya HarakahDaily.net pun sudah menjadi seperti akhbar milik Umno BN dimana mereka akan memadam komen yg tidak senada dengan apa yang ingin diperkatakan...

Jika sebegini dimanakah laungan kebebasan media yang dilaungkan.... Semalam sewaktu artikal Nakhoda ada kuasa dipaparkan komen sudah sebegitu banyak masuk dengan mempertikaikan kuasa mutlak yg diberi kepada nakhoda itu....

Namun pada hari ini komen sekadar tinggal 4 sahaja..manakala yg selebihnya entah hilang kemana....

Jika sebuah parti yang bermegah den nama Islam pun kelaku sudah seperti parti musuh apa yg mampu diharapkan oleh rakyat terbanyak dibawah...

Ini artikal tersebut : klik sini

Tiada halangan lancar Pasma Kelantan

Che Ibrahim Mohamed  
Che Ibrahim Mohamed

KOTA BHARU - Naib Pengerusi Pasma Kelantan, Che Ibrahim Mohamed menyatakan pihaknya tidak mempunyai sebarang halangan untuk melancarkan NGO itu di sini tidak lama lagi.

Menurutnya, desas-desus mengatakan Pas Kelantan menolak Pasma adalah tidak benar memandangkan tidak ada ketetapan dikeluarkan dari pihak Pas Kelantan walaupun Mesyuarat Badan Perhubungan parti itu telah diadakan baru-baru ini.

“Mereka (Pas Kelantan) tidak ada kata apa-apa pun tentang pelancaran Pasma ini, malah kita tidak mendapat apa-apa maklumat sebagaimana yang dikatakan oleh sesetengah pihak bahawa Pas Kelantan tidak menerima Pasma di sini.

“Buat masa sekarang ini kita tidak mendapat apa-apa maklumat rasmi mengenai perkara tersebut,”katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Alor Setar - Isu Berebut rezeki dengan warga asing


Warga asing menganggap Malaysia sebagai lubuk rezeki dan sanggup meninggalkan keluarga di negara asal demi mencari sesuap nasi walaupun sekadar menjadi nelayan. (gambar hiasan)  
Warga asing menganggap Malaysia sebagai lubuk rezeki dan sanggup meninggalkan keluarga di negara asal demi mencari sesuap nasi walaupun sekadar menjadi nelayan. (gambar hiasan)
Isu kehadiran warga asing yang menjadikan negara ini sebagai lubuk rezeki tidak menutup peluang pekerjaan warga tempatan. Malah, bagi sektor perikanan, lambakan pekerja asing memberi kesan positif kepada negara kerana kekurangan tenaga kerja warga tempatan dalam sektor penting untuk menjana ekonomi negara.

Sektor  perikanan juga bukan berfokus hanya kepada nelayan malah pelbagai sektor lain seperti pengeringan, pembungkusan, perkilangan dan sebagainya yang turut menyediakan pelbagai peluang pekerjaan.

Walaupun banyak peluang diberikan namun kurangnya minat dan kos yang tinggi untuk membeli peralatan menangkap ikan mendorong golongan muda warga tempatan memilih bidang lain untuk diceburi.

Wartawan Sinar Harian, Jamilah Hamzah mengupas lebih lanjut isu warga asing menjadikan nelayan sebagai kerjaya dan sumber pendapatan di negara ini.

Kanak-kanak meninggal disyaki kencing tikus selepas balik mandi di sebuah pusat rekreasi di Yan

http://kedai-lelaki.net/blog/wp-content/uploads/2014/02/jangkitan-kencing-tikus.jpg
ALOR SETAR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun meninggal dunia malam tadi disyaki akibat jangkitan kencing tikus.

Amirah Maisarah Zir Omar Khan, anak sulung daripada tiga beradik meninggal di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini selepas dimasukkan ke hospital sejak Rabu lepas kerana demam panas.

Dua adiknya Nur Syazana, 5, dan Zaharah Alisa, 3, turut mengalami simptom yang sama.

Ibu saudara mangsa Norlaila Mohamad, 32, berkata anak saudaranya itu demam panas sejak Selasa dan dibawa ke HSB tetapi dibawa pulang semula ke rumah di Taman Pinang Merah di sini pada hari yang sama.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...