TERKINI :

Saturday, December 6, 2014

Untuk Makluman Mahathir, Bukan Saja AS Tapi Rakyat Malaysia Juga Mahukan Anwar Jadi PM

oleh Shahbudin Husin,

Kenyataan Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden bahawa Malaysia berpeluang membetulkan keadaan dan mempromosi keyakinan dalam demokrasi dan kehakiman melalui keputusan rayuan kes Liwat Kedua melibatkan Anwar Ibrahim yang sedang ditunggu-tunggu ketika ini, telah mengundang rasa kurang senang bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.

Menurut bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu, Amerika Syarikat tidak mahu Malaysia mensabitkan Anwar dalam kes itu kerana mahukan bekas Timbalan Perdana Menteri itu menjadi Perdana Menteri.

"Itu terpulang kepada mereka tetapi kita tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri," tambah Mahathir lagi.

Sebenarnya ada dua kebimbangan Mahathir dalam perkara ini. Beliau nampaknya bukan saja bimbang Najib Razak akan menerima logik yang disampaikan oleh Joe Biden itu kerana Perdana Menteri dilihat turut menggilai sanjungan dan pengiktirafan Amerika Syarikat tetapi juga seolah-olah percaya kerajaan BN akan berakhir dalam pilihanraya umum akan datang.

Gempar : Pulau Pinang ada calon Ketua Menteri baru untuk ganti Guan Eng..!!

Pulau Pinang pada Jumaat lalu dikejutkan dengan kemunculan sekurang-kurangnya empat kain rentang dalam bahasa Inggeris yang tertulis Support Chow Kon Yeow For Next Chief Minister (Sokong Chow Kon Yeow sebagai Ketua Menteri seterusnya).

Kon Yeow yang merupakan Exco Pulau Pinang telah mengesahkan kemunculan kain rentang itu tetapi menyatakan bahawa bahan tersebut telah diturunkan.

Ketika dihubungi China Press, Kon Yeow menyatakan bahawa dirinya tidak mengetahui bagaimana kain-kain rentang tersebut boleh muncul di Pulau Pinang.

Tinjauan Malaysia Gazette di laman Facebook Kon Yeow mendapati banyak orang telah meninggalkan komen mengenai misteri kain-kain rentang tersebut.

Adakah PAS sedang menuju pemerintahan berkonsep KHOMEINI & SYIAH..!!

 

Apabila Anak Penoreh Getah terima Ijazah dalam Kebun Getah..!!!

SEMPOI....PENOREH PERTAMA MENERIMA IJAZAH SARJANA BIDANG PENOREHAN.... 

Walaupun harga getah jatuh merudum....tapi ada yang masih perhatin...semoga beliau dapat membuat transformasi terhadap produk-produk berkaitan dengan getah.....tambahan Kedah telah melancarkan kawasan industri berkaitan dengan getah.....

Tahniah pak long!! lpas ni leh la wat master plak..hehe

TAPI NAK TANYA HANGPA NAK PERLI SAPA.....???


Alhamdulillah..selepas 6 tahun belajar dan mempertaruhkan masa depan dalam IJAZAH SARJANA MUDA PENOREHAN DENGAN KEPUJIAN..akhirnya..majlis graduasi saya berlangsung dengan aman dan tenang.. walaupun tidak mendapat anugerah emas tapi saya mampu memberikan segulung ijazah kepada mak abah ..trima kasih. Muah3..

‪#‎berbangga‬ menerima ijazah daripada canselor yg mempunyai pengalaman selama 40 tahun dalam jurusan yg sama dengan jurusan yg saya ambill..

Lawak antara felda terbaik minggu ni... hehhehe..


sumber

Isu blogger BN di bayar, siapa sebenarnya tipu..???

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat mempersoalkan siapa sebenarnya menipu dalam isu membabitkan blogger yang dibayar oleh Umno.

Katanya, kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak jelas memberitahu agar blogger Umno yang dibayar parti itu agar menyerang Pakatan Rakyat, bukan Umno.

"Kita hendak tahu siapa sebenarnya yang bercakap betul dan siapa menipu, Najib kata ada blogger yang dibayar Umno tetapi Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikannya.

"Sekarang siapa yang kita nak percaya, tak mungkin Najib berbohong," katanya.

Dalam pada itu beliau turut meminta agar Najib menjelaskan berapa ramai blogger yang mereka lantik dan jumlah bayaran yang diterima mereka.

"Mereka diupah untuk serang pembangkang, kita hendak tahu berapa jumlah upah dan berapa ramai.

"Sementara itu Najib dan Tengku Adnan perlu tampil ke depan menjelaskan siapa sebenarnya betul," sambung beliau lagi.

Orang itu tidak tahu hinanya PAS dalam BN - Pak Daeng

PERMATANG PAUH: Bekas Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok yakin tidak ada orang PAS yang mahu membawa parti itu ke dalam Umno atau Barisan Nasional (BN).

"Ada pula orang kata PAS mahu masuk BN, kalau ada... saya yakin tak ada," tegasnya ketika menyampaikan kuliah Maghrib bertajuk Tarbiah: Pasang Surut Perjuangan pada Ijtimak Tarbawi 4.0 di Yayasan An-Nahdhoh, dekat sini malam ini.

Katanya, jika ada dalam kalangan pemimpin PAS yang berangan-angan demikian kerana untuk mendapatkan jawatan menteri tetapi sebenarnya mereka tidak tahu penderitaan PAS semasa dalam BN.

"Orang itu tak tahu penderitaan PAS dalam BN, hinanya PAS dalam BN," ujar beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Sehubungan itu, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Daeng berharap jangan ada dalam kalangan pemimpin PAS sekarang yang berfikir ke arah itu.

Nakhoda lebih tahu kenapa henti kapal di tengah lautan


PERMATANG PAUH: Nakhoda kapal lebih tahu kenapa memberhentikan kapal di tengah lautan tanpa bertindak memberhentikan enjinya, kata Setiausaha Majlis Syura Uamak PAS, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Beliau menyatakan demikian ketika menyampaikan ucapan bertajuk Memahami Konsep Syura Dan Aplikasinya Dalam Perjuangan Islam dan seterusnya merasmikan Ijtimak Tarbawi 4.0 di Yayasan An-Nahdhoh, dekat sini malam tadi.

Katanya, sebagai seorang nakhoda yang diamanahkan membawa kapal tentunya berilmu dalam pelayaran dan anak kapal jangan pula memandai-mandai meninggikan suara kononnya mahu membetulkan keadaan.

"Nakhoda lebih arif tentang pelayaran. Dia bertindak mengikut ilmu yang ada padanya, bukan disebabkan merasa bangga apabila dilantik menakhodakan kapal tetapi berpandukan ilmu yang dipelajari. Maklumlah mungkin ada batu besar yang menunggu di hadapan," jelasnya.

Bersediakah Kak Ros datang ke mahkamah jawab soalan cincin?

 
  Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengalu-alukan kemungkinan beliau diseret ke mahkamah oleh perdana menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung misteri sebentuk cincin bernilai jutaan ringgit.

MP Pandan itu berkata, memandangkan beliau disaman berhubung isu cincin itu, beliau bersedia untuk mempertahankan dirinya di mahkamah.

"Cincin itu menjadi satu tanda tanya selama bertahun-tahun. Saya pasti ramai peguam mahu menyoal balas Rosmah," katanya kepada Malaysiakini.

Menurutnya, beliau juga tidak langsung pernah terfikir untuk membeli iklan dalam akhbar dan memohon maaf kepada Rosmah dan Datuk Seri Najib Razak.

Sebaliknya, beliau sedang mempertimbang untuk membeli iklan bagi menyatakan keengganannya untuk memohon maaf.

"Kita tengoklah akhbar mana yang sanggup terbitkan iklan tersebut," katanya lagi.

Benarkah 2014 PAS berpecah 3, Jika benar ia sesuatu yang memalukan..?

Berpecah tiga, tahun 2014 paling memalukan PAS, kata akhbar

Kemelut dalaman PAS disifatkan sebuah akhbar harian sebagai paling memalukan sejak penubuhan parti itu 63 tahun lalu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Disember, 2014.
Kemelut dalaman PAS disifatkan sebuah akhbar harian sebagai paling memalukan 
sejak penubuhan parti itu 63 tahun lalu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Disember, 2014.

Tahun 2014 disifatkan akhbar arus perdana tahun paling memalukan dalam sejarah PAS kerana kemelut dalaman parti Islam itu sehingga berpecah kepada tiga puak, selain tewas pilihan raya kecil (PRK) ekoran "Langkah Kajang" ciptaan PKR.

Berita Harian dalam ruangan rencana berkata, tahun 2014 adalah "annus horibilis" (tahun yang teruk) kerana sebahagian besar kemelut dalaman berpunca dari krisis menteri besar Selangor menyebabkan terbentuknya tiga kumpulan dalam PAS.

Kumpulan A ialah pengikut Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, serta mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar.
Kumpulan B pula, menurut akhbar itu, ialah "Anwarinas", diketuai Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Manakala kumpulan C ialah mereka dengan dua keahlian, iaitu ahli PAS yang juga menganggotai kumpulan PasMa bagi mengekalkan ikatan politik dengan PKR dan DAP sekiranya Hadi tarik diri daripada Pakatan Rakyat (PR).

Apabila Orang Sabah sendiri ragui hasil laporan RCI..!!

 
  Profesor kejuruteraan, Rosalam Sarbatly, 45, ketawa kecil apabila ditanya tentang rumusan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bahawa pemberian kad pengenalan secara besar-besaran di Sabah didorong oleh wang dan bukan politik.

"Ia benar yang ia kemudiannya didorong oleh wang, tapi asalnya ia bermotifkan politik," kata Rasalam selepas berjaya menahan ketawanya.

Belau ditemui di sebuah restoran di pinggir Kota Kinabalu kelmarin.

Walaupun berhati-hati dengan setiap tutur katanya, ahli akademik di sebuah universiti tempatan ini percaya "kekalutan politik di Sabah membuka ruang kepada pihak lain untuk membantu" dalam bentuk skim undi-untuk-kewarganegaraan.

"RCI ini untuk memenuhi keperluan sesetengah pihak tapi ia tidak membawa sebarang makna kepada saya.

Dr M bersuara lagi.. kali ini beliau dakwa parti politik makin korup

Dr M dakwa parti politik makin korup


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilapor mendakwa sejak kebelakangan ini parti politik makin korup berbanding ketika zamannya walaupun mengakui gejala itu wujud dalam sektor kerajaan dan swasta ketika itu.

Ini kerana, katanya, ada ahli politik atau individu ingin memimpin sesebuah parti politik percaya ia peluang untuk membuat duit atau mendapatkan kontrak jika terjun dalam bidang itu, lapor Sinar Harian hari ini.

"Masa (zaman) saya (dahulu) pun ada juga rasuah. Kita tak boleh nafikan kewujudan rasuah di mana-mana, dalam kerajaan, sektor swasta. Tetapi parti politik kebelakangan ini makin korup kerana kepercayaan kalau jadi ahli politik (atau) dapat jadi pemimpin dalam parti politik, terutama parti yang berkuasa, ada peluang buat duit.

“(Mereka ini) bukan (sertai politik) pasal nak berjuang (tetapi) boleh dapat kontrak, boleh dapat macam-macam,” katanya seperti dilapor oleh akhbar itu hari ini.

Malu besar tersilap pengantin

MUHAMAD MAT YAKIM

http://malaysiavotes.com/wp/wp-content/uploads/2008/02/kj3.jpg
SABTU minggu lepas, saya berkira-kira hendak hadiri majlis kenduri tidak jauh dari rumah. Sampai dekat, terkejut apabila mendapati khemah di depan rumah kenduri itu tidak ada orang. Masa itu sudah pukul satu, masakan belum ada orang datang?

Saya minta isteri tengok semula kad jemputan. Sah! Kami tersilap tarikh. Kenduri di rumah itu esoknya.

Sehari sebelum itu, saya sudahpun minta isteri pastikan tarikh kenduri kerana pada dua hari hujung minggu itu, ada beberapa kenduri yang perlu dihadiri.

Mujur kami belum sampai terlalu dekat dengan rumah dan tidak buat ramah mencari dan bertanya di mana tuan rumah: "Awak kat mana? Awak kat mana?" apabila mendapati tidak ada sesiapa di khemah.

MBAS sedang buat bancian untuk tafsir cukai baru, antara data saiz rumah yang di renovate..!!

Lima syarikat laksana bancian

Mat Noh menunjukkan borang kuning bancian cukai taksiran digunakan mereka.  
Mat Noh menunjukkan borang kuning bancian cukai taksiran digunakan mereka.

ALOR SETAR - Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah melantik lima syarikat sejak 1 November lepas bagi melaksanakan bancian cukai taksiran .

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, lima syarikat berkenaan akan melakukan gerak kerja demi mengemas kini maklumat cukai taksiran premis.

Menurutnya, beberapa syarikat dilantik dibahagikan kepada lima zon berbeza demi melancarkan kerja mengemas kini akaun pemilik premis kediaman dan bangunan.

“Jadi, pemilik premis diminta memberi kerjasama sebaik mungkin sekiranya kediaman ataupun bangunan mereka didatangi petugas syarikat berkenaan.

“Untuk elak kes tidak diingini seperti keraguan, petugas bancian disertakan surat kebenaran wakil daripada syarikat dilantik MBAS,” katanya.

Pelbagai aliran, Islam tetap satu

DALAM sejarah Islam, sikap permusuhan akibat perbezaan pemikiran, pendapat dan pegangan politik telah menjerumuskan ummah ke jurang nestapa dalam menjalani kehidupan. Kita mungkin boleh meneladani sejarah lalu bahawa dengan permusuhan sesama kita dalam pemikiran politik hanya melanjutkan pertentangan yang tidak kunjung padam.

Perseteruan antara pelbagai aliran pemikiran, misalnya kelompok yang berpegang kepada prinsip kedekatan dengan Nabi Muhammad SAW, telah menjadikan wujud sengketa yang hingga kini masih menjadi asas. Sesetengah kelompok atau aliran menganggap bahawa fahaman mereka sahajalah yang terbaik dan menjadi pewaris Islam sebenar.

Hakikatnya dendam antara aliran-aliran dalam Islam terus membara tanpa noktah dan menjadi masalah dalam penyatuan Islam sehingga melahirkan konflik berdarah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...