Yong Kong melawat tapak gerai yang terbakar di sebuah medan selera, semalam.  
Yong Kong melawat tapak gerai yang terbakar di sebuah medan selera, semalam.

ALOR SETAR - Kenyataan yang dikeluarkan Ketua Wanita Umno Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim adalah bercanggah dengan kenyataan kerajaan negeri berhubung isu pembakaran cebisan al-Quran di medan selera Pasar Besar Alor Setar, baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi MCA Kedah, Datuk Dr Leong Yong Kong berkata, kenyataan Mashitah pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini bahawa ada orang Cina di Kedah membakar al-Quran untuk upacara sembahyang sedangkan Menteri Besar Kedah,

Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan polis menyatakan ia dilakukan oleh lelaki kurang siuman, boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata sekiranya Mashitah ingin mempertahankan perkara tersebut, beliau perlu membuat laporan polis supaya siasatan semula boleh dibuat bagi membuktikan kebenaran kenyataannya.