Minyak
KUALA LUMPUR - Dengan mekanisme apungan bebas menyebabkan harga runcit minyak turun naik setiap hari, peserta industri dan perniagaan akan menghadapi masalah dalam menentukan harga produk mereka.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, kerajaan baru-baru ini mengumumkan harga runcit petrol RON95 dan diesel akan menerusi sistem apungan terurus mulai 1 Disember, menggunakan formula mekanisme harga automatik.
 
"Kita perlu ada perubahan secara berperingkat untuk melihat bagaimana ia bersesuaian dengan konteks semasa dan tindak balas pasaran terhadapnya," katanya pada sidang media hari ini.
 
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama di Seminar Memahami Undang-undang mengenai Amalan Agensi Hartanah dan Implikasi terhadap Kerajaan, Agensi dan Sektor Swasta di sini.