TERKINI :

Tuesday, December 2, 2014

Tidak masuk akal tukar kepada Persiaran Chin Peng

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri menyangkal khabar angin kononnya nama jalan Persiaran Gurney, di sini akan ditukar kepada Persiaran Chin Peng mulai 1 Jan depan sebagai mengenang sumbangan pemimpin Parti Komunis Malaya itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow menyifatkan khabar angin itu sebagai tidak masuk akal.

"Perkara ini tidak benar sama sekali," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim yang mahukan penjelasan kerajaan negeri tentang khabar angin kononnya Persiaran Gurney akan ditukar nama berkuat kuasa 1 Jan sebagai mengenang sumbangan Chin Peng dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.

PAS menggalas amanah menambat hati pengundi


MUHAMMAD FAIZAL | 02 Disember 2014.

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata dalam keadaan masyarakat yang kian terbuka corak dan rentak pemikiran, PAS menggalas amanah besar untuk menambat hati khususnya dalam berhadapan pengundi teras iaitu Melayu.

Katanya, tuntutan politik semasa memerlukan PAS menilai dan mengemaskini strategi yang digunapakai dalam berhadapan dengan kerencaman agar ia sesuai dengan realiti masyarakat.

"Anjakan penting yang diambil ini tidaklah pula sampai kita menggadaikan prinsip dan ketulenan perjuangan yang berpaksikan Akidah yang sahih, sebagaimana peralihan zaman berlaku di dunia ini, begitulah juga parti kita tidak dapat lari daripada resam alam ini.

"Suasana politik sudah berubah, kian rencam dan pelbagai ragamnya. Islam sebagai Ad-Din tetap kekal relevan sepanjang zaman tetapi bagi kita parti Islam amatlah wajar diperingatkan bahawa PAS akan hilang ditelan zaman jikalau kita gagal mengurus dan mengadaptasikan perubahan zaman ini," ucap beliau pada sambutan ulang tahun PAS ke 63 di Kuala Kangsar.

MB Negeri 9 pulak dok usul nak penaik gaji adun dia..!!

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/01/hasan0325.jpg
Kerajaan Negeri Sembilan akan membentangkan usul kenaikan gaji Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jumaat ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) berkata usul mengenai sistem saraan baharu itu mencerminkan keadaan semasa dan tanggungjawab Adun yang semakin bertambah.

"Kami menerima (gaji) paling rendah berbanding negeri-negeri lain, sebab itu kami mahu mengkajinya.

"Kita mengkaji dari pelbagai sudut. Kita juga perlu menjaga dan meneliti sistem saraan mereka (Adun) supaya tidak berada dalam keadaan kewangan tidak stabil," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco di Wisma Negeri, Seremban hari ini.

Pegawai tadbir di Kedah minta habuan seks dihadap ke mahkamah

http://4.bp.blogspot.com/-xP7rjA0O2eY/U7pQgKRBUkI/AAAAAAAADgc/XHEpxkifsV4/s1600/Lembaga+Kemajuan+Wilayah+Kedah+(KEDA).jpgSeorang Pegawai Tadbir di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini atas pertuduhan meminta dan cuba memperoleh layanan seks sebagai dorongan untuk membantu meluluskan permohonan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin di negeri ini.

Bagi pertuduhan pertama, Heris Saad, 56, didakwa secara rasuah meminta suapan berbentuk layanan seks daripada seorang ibu tunggal sebagai dorongan untuk mempercepatkan proses permohonan rumah PPRT di Kentucky Fried Chicken, Jalan Limbong Kapal di sini pada 10 November lalu kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Heris juga dituduh cuba memperoleh suapan berbentuk layanan seks daripada seorang ibu tunggal sebagai dorongan untuk tujuan sama pada 13 November lalu di Hotel Royale Jalan Putra di sini kira-kira jam 2.45 petang.

Sikap ambil mudah yang merugikan Malaysia


Bible berbahasa Melayu dan Iban yang dirampas pihak berkuasa agama Selangor dipulangkan kepada Persatuan Bible Malaysia sambil disaksikan Sultan Selangor dan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Disember, 2014.
Bible berbahasa Melayu dan Iban yang dirampas pihak berkuasa agama Selangor dipulangkan kepada Persatuan Bible Malaysia sambil disaksikan Sultan Selangor dan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Disember, 2014.Ini adalah mesej kepada rakyat Malaysia Timur: Hentikan khayalan anda.

Anda semua tidak boleh mempercayai air yang memisahkan semenanjung Malaysia dan kuasa imigresen boleh memagari negeri anda daripada arus toleransi agama, perkauman dan cauvinisme yang melanda negara ini.

Anda boleh berkongsi pemikiran dengan rakyat Malaysia yang mahu menyelamatkan negara ini daripada terjatuh ke lembah ekstremisme atau bersiap sedia melihat agama dan hak lain Perlembagaan anda dicabuli.

Warga Sarawak percaya selagi Umno dihalang masuk ke dalam negeri mereka, semua akan berjalan dengan baik. Maaf untuk teguran ini, tetapi sikap mengambil mudah dan berfikiran naif ini amat buruk.

Politik yang dibawa PAS sekarang ialah POLITIK BOSAN..!!!



Prof Madya Dr Agus Yusof dalam status FB pada 2 September membuat rumusan awal:

"Hasil penelitian ringkas saya, BN dalam laluan untuk menang.

"Ini bukannya kerana BN hebat, jentera BN kuat, wang BN banyak, calon BN baik atau media BN kawal, tetapi kerana anak muda sudah bosan dengan politik PAS dan PR.

"Maka, ramai anak muda yang tidak akan balik mengundi. Dan mereka juga tidak kisah dengan hasil pilihan raya kecil ini.

"...Mengapa anak muda bosan? Jawapan mudahnya kerana krisis Erdogan vs. ulama dalam PAS dan juga kerana kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang kacau. Maka, harapan mereka untuk melihat PR membawa wajah politik baru negara hancur."

Sebenarnya PAS harus sedar mereka memerlukan UNDI dari RAKYAT... UNDI ini sebenarnya adalah sama sahaja biarpun yang memangkah itu USTAZ, PELACUR, PENOREH, LAWYER, OPERATOR, PESAWAH, NELAYAN....semua di kira 1 sahaja undi...bukannya USTAZ dikira 10, PELACAUR dikira 1, PENOREH di kira 2, LAWYER di kira 8 dan seterusnya....

Mampukah NAJIB mengelak penurunan 2% sokongan sedangkan 60% masalah UMNO berpunca daripadanya..!?

Mampukah Najib Mengelakkan Penurunan 2 Peratus Undi Sedangkan 60 Peratus Masalah UMNO Berpunca Daripadanya?
oleh Shahbudin Husin, 

http://helenang.files.wordpress.com/2014/10/najib-motorcycle.jpg?w=584
Dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO Sabtu lalu, Muhyiddin Yassin telah melontarkan cabaran yang kritikal kepada ahli parti itu iaitu hanya dengan penurunan 2 peratus undi saja lagi akan menyebabkan UMNO dan BN kecundang dalam pilihanraya umum akan datang.

Beliau menggambarkan bahawa berdasarkan trend sokongan yang kian merosot sejak pilihanraya 2008, penurunan hanya 2 peratus saja lagi akan menyebabkan BN hanya mampu menang 103 kerusi Parlimen saja dalam pilihanraya akan datang ini.

"Kurang daripada 112 kerusi bermakna kita kalah. Minta dijauhkan", kata Muhyiddin lagi.

Dalam pilihanraya 2008, BN menang sebanyak 140 kerusi manakala dalam pada 2013 pula menurun kepada 133 kerusi. Kerusi minima yang perlu dimenangi untuk menubuhkan kerajaaan ialah 112 kerusi.

Tambah Timbalan Presiden UMNO itu lagi, sekiranya UMNO bekerja kuat dan mampu meningkatkan sokongan pengundi sebanyak 2 peratus daripada sedia ada, jumlah kemenangan BN akan meningkat kepada 141 kerusi manakala jika berjaya meningkatkan sebanyak 5 peratus pula, ia meningkat lagi kepada 159 kerusi Parlimen.

Malangnya nasib dikau wahai Najib...

oleh Mohd Sayuti Omar,

ULASA PAU II                                                                                                  

Perhimpunan Agung Umno (PAU) ke-68 sudah pun berakhir dan seperti biasa setiap kali PAU ia akan meninggalkan berbagai kenangan dan peristiwa. Yang menjadikan PAU sebagai ruang dan medan untuk bertemu dengan sahabat lama, mereka akan datang ke ibu kota Kuala Lumpur lagi pada tahun depan, sekiranya masih sihat dan ada hayat.
PAU melakar ilusi ahli Umno. 
Pertemuan sempena PAU adalah rutin bagi sesetengah ahli veteran Umno. Kenapa tidak, pada hari itulah segenap lapisan ahli dari seluruh negara datang bertandang ke Kuala Lumpur. Apa lagi mereka diberi kemudahan tambang, penginapan, makan dan wang saku.

Seperti juga perhimpunan-perhimpunan sebelum ini, ahli parti Melayu itu berharap forum itu akan memberi manfaat dan berjaya mengekalkan kejayaan kepada parti itu. Mereka semua sudah tentu pulang dengan membawa harapan besar agar Umno tidak akan berkubur dan kerajaan yang digenggamnya selama lebih 59 tahun akan kekal setidak-tidaknya untuk lima tahun lagi.

Mengimbau kembali kepada PAU kali ini apa yang penting, ahli Umno perlu mengambil perhatian besar kepada beberapa perkara dibangkit dan resolusi diputuskan di sepanjang perhimpunan berkenaan. Ada berbagai ilusi harapan yang tercetus dalam perhimpunan kali ini. Bagaimana pun ada dua perkara yang saya kira sangat menyentuh hati nurani dan perasaan ahli Umno khasnya dan orang Melayu seluruhnya.

Bila MUKHRIZ mahu tutup Pusat Hiburan yang diluluskan oleh Kerajaan Kedah yang lalu?

oleh AnakKedah007


Masih ingatkah anda lagi dengan kempen blogger-blogger UMNO berkenaan ISU PUSAT HIBURAN & KELAB MALAM yang dikatakan diluluskan oleh KERAJAAN PAS dahulu....

Dan sekarang tahukah anda apa sudah jadi dengan PUSAT-PUSAT HIBURAN yang riuh diperkatakan sebelum PRU13 dahulu.....

Jika anda hendak tahu PUSAT-PUSAT HIBURAN itu terus beroperasi seperti biasa dan KERAJAAN BN yang memerintah sekarang seperti sudah lupa apa yang mereka perkatakan kepada KERAJAAN PAS dahulu....

Blogger-blogger UMNO BN pun sudah senyap sunyi akan isu ini sedangkan suatu masa dahulu merekalah antara yg mendesak supaya ditutup semua PUSAT-PUSAT HIBURAN yang dikatakan itu....

Azmin buat Undang-Undang Gila Lagi, Jika konsesi Lebuhraya Untung Awal maka perjanjian ditamatkan..!!

S'gor mahu konsesi lebuh raya boleh tamat awal

 
  Kerajan Selangor menggesa kerajaan persekutuan memasukkan “klausa penamatan awal” untuk projek lebuh raya di negeri itu di masa depan.

Menteri Besar Selangor Azmin Ali memberitahu Dewan Undangan Negeri (DUN), jika syarikat konsesi mendapat keuntungan mencukupi sebelum projek berakhir, perjanjian itu patut ditamatkan awal.

Beliau menjawab soalan Rodzaih Ismail (PKR-Batu Tiga) yang mahu tahu pendirian kerajaan negeri ekoran rancangan pusat untuk membina empat lebuh raya baru di Selangor.

Lebuh raya itu termasuk Sungai Besi-Ulu Kelang Elevated Expressway (Suke), West Coast Expressway, Damansara-Shah Alam Expressway (Dash), dan Eastern Klang Valley Expressway (EKVE).

Adun Sg Limau YB Ust Azam pula buat teguran kepada Mashitah

KENYATAAN MEDIA
"Isu Ustaz Ekspres dan Ustazah Jadian: Teguran Buat Dato' Dr Ustazah Mashitah Ibrahim"

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/resizer/SUNGAI_LIMAU_BY-ELECTION_pas_mohd_azam_mat_samat_041113_TMI-NAJJUA_540_371_100.jpg
1. Penghijrahan manusia untuk kembali mentaati Allah setelah terjerumus kepada kelalaian dan pelanggaran perintah agama sememangnya perkara yang dituntut oleh Islam.

2. Ia selaras dengan sabda Rasulullah SAW: "Dan orang orang berhijrah adalah yang berpindah dan meninggalkan perkara dilarang oleh Allah.".

3. Bermakna mereka yang berusaha untuk meninggalkan perkara buruk atau mengeluarkan dirinya dari kehidupan gelap gelita serta penuh kepalsuan dan kelalaian, menuju kepada kehidupan baru yang disinari cahaya iman, tindakan mereka adalah perbuatan terpuji dan wajib disokong.

4. Sudah tentu, manusia yang menyedari kesilapan lampau dan berusaha memperbaiki diri dengan bertaubat, adalah mereka yang menyesali perbuatannya itu lalu meninggalkan perbuatan buruknya dan berazam untuk tidak mengulanginya.

Ada apa di sebalik harga minyak?


Muhamad Mat Yakim


http://2.bp.blogspot.com/_zb5GJgoY5As/TUbg6_0amlI/AAAAAAAACGU/xM8lD7ck6-U/s1600/c94057f13e64e26655432fb3abb97d00.gif.jpg
MULAI semalam, buat pertama kali dalam sejarah hidup masing-masing, kita di negara ini beli minyak sepenuhnya dengan harga pasaran, tanpa subsidi.

Ini yang terbesar dan paling menarik dalam siri rasionalisasi subsidi yang kita jangka akan diperhebatkan lagi pada masa akan datang. Sebelum ini, gula antara keperluan yang kita mula-mula diajar untuk beli tanpa harga subsidi.

Menyambut perubahan ini, ada yang bersorak, tidak kurang yang menempelak.

Mereka yang menempelak mengejek mereka yang bersorak kononnya kerana berseronok harga RON95 turun empat sen seliter sampai terlupa harga itu baru saja dinaikkan (ditarik subsidi) 20 sen seliter.

Dalam kita mempersembahkan reaksi yang berbeza ini, mungkin ramai yang tidak sedar apa punca harga minyak dunia semakin hari, semakin jatuh. Saya kira selepas kita ambil tahu punca itu, barulah kita boleh tentukan sama ada kita patut bersorak atau berteriak!

Pensyarah Kontroversi Buat Onar Lagi?


http://antarapos.com/v1/images/news_images_upload/content/ridhuan%20tee.jpg
Pemimpin bukan Melayu menjadikan Barisan Nasional (BN) dan PKR sebagai platform untuk terus berkuasa dalam arena politik tanah air, kata Dr Ridhuan Tee Abdullah.

Pensyarah kontroversi itu berkata PKR digunakan pemimpin bukan Melayu untuk menerajui kepimpinan negeri manakala parti komponen menggunakan BN untuk kekal berkuasa di Semenanjung Malaysia.

"Seperti Barisan Nasional (BN), bukan Melayu menggunakan PKR sebagai batu loncatan untuk mendapat kerusi dan jawatan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) dalam negeri yang ditawan.

“Sama seperti parti komponen BN. Kemenangan mereka di Semenanjung bergantung kepada undi Melayu,” katanya menerusi rencana yang disiarkan akhbar Sinar Harian hari ini.

Tu dia aih..!! Patut laa Warga Asing Ramai...Jab Imigresen tertinggi RASUAH di Malaysia

Jabatan Imigresen tertinggi rasuah

Ahmad Zahid Hamidi  
Ahmad Zahid Hamidi
PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen merupakan agensi kerajaan yang berada di kedudukan teratas bagi kes rasuah yang dibentangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada Kabinet, baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, daripada 10 agensi dan jabatan kerajaan yang disenaraikan SPRM, Jabatan Imigresen menunjukkan kadar tertinggi rasuah.

“Ia sesuatu yang memalukan saya. Kerana dengan hanya dua tiga kerat (pegawai) buat salah, kita yang tidak terlibat juga terkena imej buruk itu.

“Kedudukan tersebut berdasarkan laporan yang dibentangkan di Parlimen, baru-baru ini termasuk laporan telah disahkan dan kes pertuduhan di mahkamah,” katanya.

Ditanya sama ada 10 jabatan lain melibatkan jabatan penguatkuasaan, Ahmad Zahid berkata, beliau hanya menumpukan kepada dua jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen.

Pas perlu istiqamah kuatkan parti

Wartawan Sinar Harian December 1, 2014


Hadi Awang

IPOH - Pemimpin dan ahli Pas diingatkan supaya meneruskan perjuangan secara berterusan atau istiqamah bagi membina kekuatan dalam parti yang berusia 63 tahun itu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, penubuhan Pas pada dasarnya merupakan rantaian atau kesinambungan daripada kumpulan parti-parti Islam terdahulu.

Menurutnya, berdasarkan situasi semasa, gerakan politik Islam mampu untuk menang sekiranya demokrasi diamalkan sesebuah negara itu benar-benar tulen.

Kulim - Karnival amal bantu bina masjid, UAI akan rasmi pecah tanah


KULIM - Karnival Mahabbah Tahaqquf Fiddin berlangsung meriah di tapak Kompleks Tahaqquf Fiddin Lebuh Raya Kulim-Gerik, semalam.

Program anjuran Sekolah Tahfiz Tafaqquh Fiddin itu bertujuan mengutip dana bagi membinaan bangunan dan masjid di Madrasah Tahaqquf Fiddin.

Pelbagai program diadakan seperti penjualan produk ternakan, pertanian, gerai usahawan, forum bicara ilmu, malam lantunan bakat, selawat perdana dan aqiqah perdana.

Mudir sekolah, Marzuki Yussof berkata, pengunjung bukan saja boleh berhibur malah mereka juga boleh beramal dengan menghulurkan derma untuk menjayakan projek terbabit.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...