TERKINI :

Monday, December 1, 2014

Orang Melayu tidak lagi wajar tuntut pembelaan

Orang Melayu tidak lagi wajar tuntut pembelaan, kata bekas menteri

Orang Melayu tidak lagi wajar tuntut segala hak atas nama ketuanan Melayu, kata bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Disember, 2014.
Orang Melayu tidak lagi wajar tuntut segala hak atas nama ketuanan Melayu, kata bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Disember, 2014.

Tan Sri Rafidah Aziz mengingatkan orang Melayu tidak lagi wajar menuntut segala pembelaan atas nama ketuanan Melayu kerana dasar yang diwujudkan kerajaan sejak 1970 sudah banyak membantu kaum berkenaan.

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata hasil dasar kerajaan yang digubal bagi membantu kaum Melayu, golongan yang menerima manfaat itu seharusnya sudah boleh menunjukkan kejayaan dan kecemerlangan.

“Orang Melayu sendiri tidak lagi wajar menuntut segala pembelaan, semata-mata untuk menekankan ‘ketuanan Melayu’. Dengan dasar yang dilaksanakan kerajaan sejak 1970, sudah dapat diwujudkan generasi baharu anak Melayu dan Bumiputera, yang cemerlang dalam bidang masing-masing.

Bangang: Kepimpinan Najib sudah sampai tahap terendah

KUALA LUMPUR: Perkataan 'bangang' yang disebutkan oleh Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno, Sabtu lalu meletakkan kepimpinannya sudah sampai ke tahap terendah.

"Tandanya beliau sanggup menggunakan perkataan seperti 'bangang' dan sebagainya terhadap bloggers yang menyokong Umno sendiri kerana memberikan pandangan kritikan baik dan berguna untuk Umno," tulis Aspan Alias dalam blognya.

Menurutnya, jika sudah sampai ke tahap itu ia dengan jelas menunjukan Najib adalah dalam situasi 'desperation' yang sangat nyata.

"Najib akhirnya menembak ke kaki sendiri," tulisnya lagi.

Tulisan penuh Aspan sebagaimana di bawah.

Kali ini hendak sentuh tentang isu perubahan yang disebut dengan lantang oleh pimpinan UMNO terutamanya yang selalu disebut oleh Presidennya Najib Razak. Kita sudah sentuh cebisan apa yang perlu diubah dalam posting yang lepas tetapi jika Najib dan pimpinan UMNO itu serius hendak berubah, persoalan yang selanjutnya ialah siapa yang hendak melakukan perubahan itu.

Tidak siapa yang menentang pandangan Timbalan Presidennya yang perubahan itu mesti dilakukan, kerana jika tidak dilakukan rakyat akan mengubah UMNO itu. UMNO akan duduk di petak pembangkang dan jika itu berlaku UMNO tidak akan bangun lagi sampai bila-bila.

Musa Hassan mohon maaf, saman RM100 juta selesai

SHAH ALAM: Kes saman fitnah RM100 juta Pengerusi Yayasan Kebajikan Sosial Tan Sri Robert Phang Miow Sin terhadap Tan Sri Musa Hassan selesai selepas bekas Ketua Polis Negara itu mengemukakan kenyataan maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi Sivil di sini hari ini.

Saman itu berhubung kenyataan fitnah yang didakwa dikeluarkan Musa dalam satu sidang media program anjuran Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) pada 10 Dis 2012. Ia mendapat liputan media sehingga sebuah portal berita memuat naik video mengenainya.

Musa dalam permohonan maaf itu mengakui dirinya telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Phang dan menarik balik kenyataan berkenaan serta menyesali tindakannya sebelum ini.

"Saya membuat permohonan maaf ini adalah bagi menjaga nama baik pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)," kata Musa ketika ditemui di luar mahkamah di sini.

Nik Amar yang sentiasa menyonsgsang arus

Usul sebulat suara Muktamar PAS ke 60 di Batu Pahat mendesak agar Akta Hasutan di mansuhkan oleh kerajaan.. Kesemua perwakilan telah bersetuju agar Akta Hasutan wajib di tentang habis-habisan.

Kenapa pula UG Nik Amar bersikap membelakangkan keputusan Muktamar dengan mengeluarkan kenyataan yang berbeza.? Nak ambil hati Umno.? Apa keperluan Nik Amar untuk terus memberikan sokongan kepada Akta Hasutan.?

Inilah sikap kumpulan UG yang sentiasa menikam dari belakang kebanyakan dasar parti dan keputusan yang telah di buat. Sikap ini sebenarnya memburukkan lagi dalaman parti. Tidak hairanlah Pas kini berada di dalam keadaan kucar kacir kerana memiliki sikap pemimpin yang tidak telus sebegini.

~‪#‎Rakyat_Bangkit‬

265 peniaga Pekan Rabu enggan berpindah w/pun bekalan elektrik dipotong..kenapa?

Peniaga Pekan Rabu enggan berpindah



ALOR SETAR - Sebanyak 207 peniaga Kompleks Pekan Rabu di sini enggan berpindah ke tempat perniagaan sementara di Ukir Mall selepas notis arahan pengosongan kompleks tersebut berakhir hari ini.

Pengerusi Bertindak Anggota dan Peniaga Pekan Rabu, Norasany Hussein berkata mereka enggan berpindah kerana pihak Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad tidak melaksanakan beberapa perkara berkaitan tapak perniagaan sementara itu.

Beliau berkata antara masalah yang bakal dihadapi peniaga sekiranya beroperasi di tapak sementara itu adalah lokasinya yang tidak strategik, tempat perniagaan yang sempit dan masalah tempat letak kereta untuk mereka serta pelanggan.

"Pendirian kami semua tidak akan berpindah sehingga beberapa masalah yang dibangkitkan dapat diselesaikan oleh pihak bertanggungjawab. Kami akan berpindah sekiranya tuntutan kami dilayan," katanya kepada pemberita.

KJ : Punca penyokong Malaysia tidak dibenar masuk Singapura tidak diketahui

Punca tiga rakyat Malaysia tidak dibenarkan masuk ke Singapura bagi menyaksikan perlawanan Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Myanmar pada 23 November lepas tidak diketahui.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (gambar) berkata pihak berkuasa Singapura memberi alasan itu hak mereka untuk menentukan siapa yang dibenarkan masuk.

"Kita akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengetahui jika individu tersebut mempunyai kes jenayah sehingga tidak dibenarkan memasuki Singapura," katanya dalam sidang media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) di Sepang hari ini.

Petronas potong royalti kepada kerajaan jika harga minyak AS$75 setong

KEKURANGAN HASIL NEGARA SEBANYAK RM25 BILION SEKIRANYA HARGA MINYAK TERUS AS$75 SETONG....

 
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas menjawab soalan wartawan pada sidang media pengumuman prestasi kewangan Petronas bagi suku ke 3 tahun .

Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) terpaksa memotong pembayaran dividen, cukai dan royalti kerajaan sebanyak 37 peratus kepada RM43 bilion pada tahun depan berbanding RM68 bilion tahun ini sekiranya harga minyak mentah dunia jatuh ke paras AS$75 setong.

Ini kerana penurunan harga sebanyak AS$1 setong memberi kesan kepada keuntungan sebelum cukai syarikat tersebut sebanyak RM1 bilion.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas menjangkakan hanya mampu membayar dividen sebanyak RM17 bilion, cukai (RM17 bilion) dan royalti (RM9 bilion) pada tahun hadapan sekiranya harga minyak mentah kekal berlegar sekitar AS$75.

Kenapa pembangkang dapat tarik orang muda?


Khairy Jamaluddin - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, anak muda tertarik kepada parti pembangkang adalah disebabkan mereka diberi ruang dan peluang oleh parti tersebut.

Khairy Jamaluddin berkata, sebagai contoh calon DAP bagi PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud, 27, yang daripada bukan sesiapa menjadi ‘somebody’ yang akhirnya sedikit sebanyak telah berjaya menarik wanita Melayu yang lain untuk menyertai parti pembangkang.

“Puteri sebut YB kempunan DAP, wanita Melayu muda yang diangkat menjadi calon DAP Teluk Intan baru-baru ini. Ada yang tanya kenapa calon tersebut sudah mula berjaya tarik sedikit wanita muda Melayu masuk parti itu?

“Jawapannya mudah, sebab beliau diangat dan diberi peluang oleh parti tersebut, sebab mereka diberi harapan walaupun harapan palsu tetapi diberi harapan bukan  sebab dia hebat sangat.

Piala AFF: Perlawanan Malaysia-Vietnam di Stadium Shah Alam

KELANA JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan perlawanan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2014 antara Malaysia dan Vietnam, Ahad ini akan kekal berlangsung di Stadium Shah Alam, bukannya Stadium Nasional Bukit Jalil.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata pemeriksaan di Stadium Nasional, petang semalam dan pagi tadi mendapati rumput di stadium berkenaan masih belum cukup matang.

Mengenai penjualan tiket, Hamidin mengumumkan harga RM40 bagi dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak dengan sejumlah 70,000 tiket akan dijual.

"Tiket online akan mula dijual jam 9 pagi esok manakala penjualan di kaunter tiket di Stadium Shah Alam akan dijual pada Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 10 pagi hingga 7 malam," katanya ketika ditemui di Wisma FAM, tengah hari ini.

Mengapa Kalutnya Kita Dengan "SUBSIDI"..???

MENGAPA KALUTNYA KITA DENGAN SUBSIDI?
Profesor Madya Mohammad Agus Yussoff, 

http://1.bp.blogspot.com/-6lGMGlCvb1k/TyMJTgcFFPI/AAAAAAAABLo/ODDEtW_RR1A/s1600/subsidi_thumb.jpg
Pada tahun 1970-an, memberi subsidi adalah tanggungjawab kerajaan untuk menjaga keselesaan hidup rakyat. Dan kerajaan juga tidak mengungkit subsidi yang ditanggungnya. Sekarang ini keadaannya sudah jauh berubah. Memberi subsidi kepada rakyat adalah satu beban kepada negara.

Saya tidak percaya memberi subsidi kepada rakyat sebagai faktor yang membebani ekonomi negara. Faktor utama ekonomi negara kita terbeban adalah kerana hutang kita banyak, pemborosan kita banyak, pembaziran kita banyak, dan pengurusan ekonomi kita yang tidak cekap.

Tetapi apabila faktor ini yang saya hujahkan, maka akan ada yang muncul untuk menafikannya. Tidak cukup dengan itu, hujah saya pula dituduh sebagai suara pembangkang. Saya juga akan dituduh sebagai tidak faham rasionalisasi, apungan terkawal dan pelbagai lagi istilah ekonomi. Saya juga akan dituduh tidak faham keburukan subsidi seperti mengalakkan penyeludupan, penyelewengan dan lainnya. Biarlah.

Demontrasi Bakar "BRA".. Adakah Ini Agenda Sebenar Wanita Umno?

Sedih, terhina rasa sebagai seorang wanita, makin pelik dan tidak kurang gelihati selepas mendengar ucapan-ucapan beberapa Pemimpin dan Perwakilan Wanita UMNO sempena PAU 2014 mereka.

Sehingga saat ini saya masih tertanya-tanya apakah yang menyebabkan Shahrizat sehingga perlu membuat penegasan bahawa Wanita Umno itu bukan tua sebarang tua?

Sambil Shahrizat juga menambah bahawa Wanita Umno itu masih kuat, tidak perlukan gamat atau minyak pelincir! Hatta Shahrizat juga menegaskan bahawa Wanita Umno tidak takut dengan kehadiran orang-orang yang lebih muda berkulit cekang.

Apa sebabnya perlu dinyatakan ini semua? Apa sebenarnya yang berlaku di dalam parti Umno? Adakah Wanita Umno sedang menghadapi usikan atau gangguan sehingga penegasan-penegasan "hysteria" itu sampai perlu terpacul daripada mulut Ketua Wanita Umno?

Anwar Rasuah RM100juta, nampaknya projek pembodohan minda rakyat berjalan semula..!!

Dato' Ishak cabar Anifah Aman ulang fitnah RM100 juta di luar mahkamah

SEBELUM ini, dalam satu kenyataan di mahkamah, dalam perbicaraan saman fitnah Dato' Seri Anwar Ibrahim terhadap Anifah Aman, menteri luar itu mendakwa 'kawan rapat' Anwar telah menawarkannya RM100 juta untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. 
Kawan rapat Anwar yang dimaksudkan oleh Anifah Aman itu ialah, Dato Ishak Ismail, mantan Timbalan Pengerusi Eksekutif KFC.

Tuduhan Anifah Aman itu sangat berat, dan telah menjatuhkan reputasi serta maruah Datuk Ishak. Namun, Dato' Ishak tidak dapat berbuat apa-apa bagi membersihkan namanya terhadap tuduhan Anifah Aman itu kerana ia dibuat di dalam perbicaraan mahkamah di mana ia kebal dari tindakan saman.

Gambar Adun PAS Kubang Rotan membuat Repot Polis terhadap Dato Dr Mashitah Ibrahim

 

Sudah lama tidak melihat PAS melakukan report polis secara ramai2... YB Nasir Mustafa sudah.. YB lain macamana pulak... jika nak best pakat2 report satu malaysia sebab ini isu nasional... hari2 ada report...kita tengok nak kena tindakan atau tidak bawah akta hasutan...jika tak kena baru smash najib pulak.......
 
lepas tu pakat2 saman fitnah pulak....tekan sampai tak panggung kepala...itu yang sepatutnya....musuh tengah bagi bola tanggung kita tunggu apa lagi...libaslah.....

PasMa dakwa PAS ganggu program mereka, laporan polis dibuat

Laporan polis dibuat Ketua PasMa Dungun Baharudin Abd Hamid yang mendakwa PAS mengganggu program mereka. – Gambar The Malaysian Insider, 1 Disember, 2014.
Hubungan antara PAS dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) tegang di Terengganu apabila aktivis NGO itu mendakwa program mereka di Dungun diganggu aktivis PAS kawasan itu.

Sehubungan itu, seorang pemimpin PasMa kawasan itu yang menganjur program itu, Baharudin Abd Hamid membuat laporan polis.

Ini adalah kekasaran pertama yang berlaku antara kumpulan itu dengan PAS sejak parti Islam itu dilanda krisis dalaman.

Ia bermula apabila PasMa dengan menggunakan sebuah NGO lain iaitu Pertubuhan Tuntutan Demokrasi dan Saksama (Desak) dengan kerjasama Kelab Veteran PAS Dungun menganjurkan satu majlis di Dungun Jumaat lepas.

Artis juga boleh berdakwah selagi ikut syarak


Datuk Mustaffa Idrus  

ALOR SETAR - Golongan artis sekalipun dibolehkan berdakwah dengan cara mereka tersendiri selagi tidak menyalahi hukum syarak dan akidah.

Timbalan Pengerusi, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (Ikiam), Datuk Mustaffa Idrus berkata, golongan itu tidak wajar diperlekeh dalam menyampaikan dakwah, namun sekiranya penyampaian dakwah atau ceramah disampaikan itu salah daripada akidah, wajarlah ditegur.

“Islam milik semua umat Islam, sesiapa sahaja berhak menyampaikan dakwah dan wajib mempertahankan kebenaran,” katanya.

Menurutnya, penyampaian atau bentuk dakwah yang pelbagai seperti irama lagu dan nyanyian tidak salah dipraktikkan, kerana seorang pendakwah itu mahu menyesuaikan ilmu agar mudah difahami selain mahu menarik minat semua golongan.

“Tidak wajar menghina golongan artis mahupun pendakwah yang berdakwah dengan pendekatan tersendiri, menggunakan penyampaian berbeza agar ilmu yang dikongsi diterima masyarakat. Ramai  pendakwah menggunakan nyanyian dan lawak jenaka agar lebih dekat dengan masyarakat,” katanya.

Apabila tanah rizab tinggai 12% baru Umno nak meraung suruh kembalikan..!


Kembalikan tanah rizab Melayu



Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu tanah rizab Melayu perlu dipertahan dan dikembalikan semula kepada pemiliknya.

Beliau meminta semua menteri besar negeri-negeri yang dikuasai kerajaan BN harus memastikan tanah rizab yang dibuka untuk pembangunan mesti diganti dengan yang lain.

"Tanah rizab ini jangan dirizabkan sahaja, tetapi mesti dibangunkan. Apabila nak dibangunkan, mesti ada sumber kewangan.

"Sekarang ini, saya diberitahu bahawa ada kesukaran daripada segi perundangan 'national land code' dan juga enakmen-enakmen negeri untuk membolehkan akses kepada instrumen daripada islamic instrumen pinjaman memajukan tanah-tanah rezab Melayu," katanya dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno kali ke-68 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini.

Mak nyah lari bertempiaran di sekitar Alor Setar

ALOR SETAR - Tiga mak nyah lari bertempiaran selepas diserbu Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) ketika Ops Bersih di sekitar bandar raya ini, awal pagi semalam.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-undang, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, seramai 30 anggota menyertai operasi itu.

"Kesemua tahanan disoal siasat dan dibebaskan dengan ikat jamin.

“Kita akan tunggu keluarga atau waris mereka datang memberi jaminan dan seterusnya akan didakwa di mahkamah,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, mak nyah dikenali sebagai Rosalinda, 47, memberikan alasan kakinya patah dan merayu untuk dilepaskan ketika serbuan dilakukan.

Ayuh bantulah keluarga ini, Isteri terpaksa berhutang beli susu, lampin suami

Isteri terpaksa berhutang beli susu, lampin suami


Rohana Ariffin, 46, (kanan) memberi minuman kepada suaminya Piaamaddin Saad, 48, yang terlantar sakit akibat kemalangan jalan raya pada Disember 2012 ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Kandis, Kodiang dekat Jitra hari ini. - Foto Bernama

JITRA - Seorang isteri terpaksa berhutang dengan rakan dan jiran untuk membeli susu khas, lampin pakai buang serta ubat untuk suaminya yang terlantar akibat kemalangan.

Rohana Ariffin, 46, dari kampung Kandis, Kodiang dekat sini berkata suaminya Piaamaddin Saad, 48, lumpuh seluruh badan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Disember 2012 di Pendang.

Rohana berkata, dia terpaksa berhutang selepas bekalan susu khas untuk suaminya dari hospital telah habis sejak Oktober lepas.

"Susu itu harga RM78 setin dan hanya bertahan tiga hari.

"Saya dah buat permohonan kepada pihak hospital untuk dapatkan susu khas itu secara percuma pada tahun hadapan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...