DATUK Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Harimau Malaya di atas kejayaan skuad negara  menumpaskan pasukan Singapura pada kejohanan Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub malam ini.
  
"Tahniah Harimau Malaya berjaya tundukkan Singapura 3-1. Kita mara ke separuh akhir! #AFFSuzukiCup," kata Perdana Menteri dalam laman Twitternya.
  
Kemenangan itu, hasil jaringan Mohd Safee Mohd Sali, Safiq Rahim dan Indra Putra Mahayuddin, membolehkan Malaysia menempah slot separuh akhir bersama-sama juara Kumpulan B, Thailand.