TERKINI :

Saturday, November 29, 2014

Beranikah Najib Mendakwa Jurucakap Perhimpunan UMNO Dengan Akta Hasutan?

oleh Shahbudin Husin,

http://2.bp.blogspot.com/-iRwNKh37Nzs/UGpZfHY0-ZI/AAAAAAAABLk/8wKoKa_NM00/s1600/najib+tidoq.jpg
Beberapa cabaran kini menanti Najib Razak di sebalik keputusannya untuk terus mengekalkan Akta Hasutan 1948 di perasmian Perhimpunan Agung UMNO, Khamis lalu setelah dua tahun lalu berjanji mahu memansuhkannya.

Kumpulan kanan dalam UMNO dan masyarakat yang gembira dengan pengekalan Akta Hasutan tidak akan berhenti setakat ini saja. Mereka kini bakal menumpukan tekanan agar Najib mengembalikan semula ISA dan Ordinan Darurat yang sudah dimansuhkannya sebelum ini.

Kejayaan menekan Najib sehingga Akta Hasutan tidak jadi dimansuhkan adalah kejayaan bagi kumpulan ini dan sekaligus merupakan "lesen besar" untuk mereka melakukan gugatan yang seterusnya.

Berbanding Akta Hasutan, lebih ramai golongan kanan ini berpendapat bahawa menghapuskan ISA adalah salah satu tindakan "paling bodoh" yang dilakukan Najib selaku ketua sebuah kerajaan.

Jelas bahawa mereka ini belum cukup puas hati selagi ISA dan Ordinan Darurat tidak dikembalikan sama. Mereka hanya benar-benar gembira dan puas hati dengan kepimpinan Najib jika beliau sanggup memulihkan semula semua akta-akta tersebut.

Harga Petrol RON95, RON97 Dan Diesel Terkini Pada 1 Disember

Harga petrol RON95, RON97 dan diesel terkini pada 1 Disember turun sebanyak 4 Sen dan 9 Sen mulai 1 Disember 2014. Seperti sedia maklum, subsidi bagi bahan api RON95 dan Diesel akan dihapuskan oleh kerajaan mulai 1.12.2014 dan mengikut sepenuhnya harga pasaran semasa.

Menerusi pekeliling yang tersebar, harga runcut bagi RON95 akan turun sebanyak 4 Sen seliter menjadikan harga terkini RON95 adalah RM2.26 sen seliter berbanding RM2.30 seliter.

Manakala RON97 pula akan mencatat penurunan sebanyak 9 Sen Seliter menjadikan harga RON97 mulai 1 Disember 2014 adalah RM2.46 seliter berbanding RM2.55 Sen.

Pada masa yang sama, Diesel pula mencatat kenaikan harga sebanyak 3 Sen seliter iaitu RM2.23 Seliter daripada RM2.20 seliter.

Harga Petrol RON95, RON97 dan Diesel Terkini Pada 1 Disember

Harga petrol terkini bagi RON95, RON97 dan diesel mulai 1 Disember 2014 adalah seperti berikut:

RON95 RM2.26 seliter - turun 4 sen seliter
RON97 RM2.46 seliter - turun 9 sen seliter.
Diesel RM2.23 seliter - naik 3 sen seliter.

Singapura tewas 1-3, Malaysia mara separuh akhir Piala AFF Suzuki

Penyerang Malaysia Mohd Safee Mohd Sali meraikan gol di Stadium Nasional Singapura. Malaysia menewaskan Singapura 3-1 dan layak ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2014. – Gambar Reuters, 29 November, 2014.
Penyerang Malaysia Mohd Safee Mohd Sali meraikan gol di Stadium Nasional Singapura. Malaysia menewaskan Singapura 3-1 dan layak ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2014. – Gambar Reuters, 29 November, 2014.

Malaysia menempah slot separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 selepas mengalahkan Singapura 3-1 pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub, di Singapura, malam ini.

Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa perlawanan.

Penyerang Mohd Safee Mohd Sali menjaringkan gol pada minit ke-61, diikuti jaringan melalui tendangan penalti oleh Safiq Rahim pada minit ke-91, dan kemudian oleh Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-94.

Pemain Singapura Mohammad Khairul Amri Mohammad Kamal menjaringkan gol tunggal pada minit ke-83.

Mahfuz cabar Mukhriz dedah kontraktor projek lanskap

SARINA ISMAIL | 29 November 2014.

ALOR SETAR: Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar mencabar Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir agar memaklumkan kepada orang ramai kontraktor yang dilantik untuk projek lanskap di kediaman rasminya di Seri Mentaloon.

Menurut Mahfuz, projek pengubahsuaian lanskap di Seri Mentaloon itu menelan belanja sehingga RM2.9 juta.

"Kita minta Mukhriz mendedahkan siapakah yang tender penanaman pokok kurma dan royal itu dan mohon diperjelaskan adakah projek berkenaan dalam pengetahuan UPEN dan adakah ianya melalui JKR?

"Saya minta dia jelasnya kepada umum dalam tempoh seminggu.Selain itu saya minta dia maklumkan juga berapa belanja penanaman sebatang pokok kurma dan royal palm sehingga peruntukan RM2.9 juta dibelanjakan," kata beliau kpeada pemberita dalam sidang media, semalam.

Menurutnya lagi, kebanyakan pokok kurma dan royal palm yang ditanam di Malaysia diimpot dari Thailand dan dalam pengetahuannya, kos sebatang pokok kurma sehingga selesai urusan hanya RM1000 dan royal palm antara RM500 hingga RM600 sahaja.

Justeru beliau meohon supaya Mukhriz bersikap telus memaklumkan hal demikian kerana jumlah peruntukan yang besar itu tidak munasabah sama sekali serta tidak berpadanan dengan jumlah pokok yang ditanam di kediamaan rasminya itu.

Sepatutnya Ustazah Kening Nipis nie kena dakwa di bawah akta hasutan yang Najib kekalkan..!!

DUA wanita Melayu, satu Cina dan satu India telah membuat laporan polis terhadap seorang Ustazah Umno yang juga dikenali sebagai ustazah kening nipis kerana menyebarkan cerita bohong dan fitnah, di Perhimpunan Agung Umno PWTC.

Cerita bohong yang disebarkan oleh Ustazah kening nipis ini dilihat sengaja mahu menimbulkan kekacauan dan huru-hara apabila memfitnah, kononnya berlaku tindakan membakar Al-Quran oleh orang Cina di Kedah untuk upacara sembahyang mereka.

‎Laporan Polis dibuat oleh Ahli Parlimen DAP Kulai, Teo Nie Ching, turut hadir Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto, Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Dyana Sofya dan ahli parti DAP, Syefura Othman.

Kenyataan Ustazah Kening Nipis itu jelas sekali bercanggah dengan kenyataan media, MB Kedah Datuk Mukhriz Mahathir sebelum ini yang menjelaskan bahawa tiada kejadian orang Cina membakar Al-Quran, sebaliknya Al-Quran dimaksudkan telah dikoyak oleh seorang lelaki Melayu yang mengalami gangguan mental.

Di bawah ini kenyataan media rasmi Datuk Mukhriz Mahathir, Menteri Besar kedah.

Kenyataan fitnah Ustazah Kening nipis ni, jelas sekali mahu mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama, siap mengajak orang Melayu bangkit pertahankan agama Islam bagai dalam Perhimpunan Agung UMNO tanpa usul periksa.

Sama-sama kita lihat Ustazah Kening Nipis ini akan didakwa di bawah Akta Hasutan, Seksyen 505 atau siasatan mendapati dia tiada niat menghasut hahaha...

Mahfuz : Ubahsuai kediaman memang kontraktor abang saya persoalan sekarang lanskap pokok kurma?

'Syarikat abang saya ubah suai kediaman rasmi MB'

 Mahfuz Omar

ALOR SETAR - Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar mengakui kontraktor menguruskan projek ubah suai bangunan kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berharga RM1.4 juta ialah syarikat milik abangnya.

Bagaimanapun, Mahfuz menggesa satu lagi projek ubah suai landskap bernilai RM2.9 juta di kawasan kediaman rasmi itu didedahkan siapa kontraktor yang  menguruskannya.

Menurutnya, Mukhriz juga perlu menyatakan bagaimana tender projek ubah suai landskap itu diberikan kepada kontraktor tersebut sama ada dalam pengetahuan Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) dan sebagainya.

"Syarikat tersebut memang syarikat abang saya, namun itu bukan persoalannya dan bukan cara Mukhriz untuk menutup soalan berkaitan projek landskap itu.

"Saya bagi tempoh seminggu untuk beliau mengumumkannya, jika tidak saya akan mendedahkan siapa yang uruskan projek tersebut," katanya, di sini, semalam.

Mahfuz mengulas demikian apabila Mukhriz yang juga Adun Ayer Hitam itu mendedahkan perkara tersebut dalam sidang Dun Kedah, baru-baru ini.

Tambahnya, Mukhriz juga perlu mendedahkan harga serta kuantiti pokok kurma dan pokok palma yang ditanam di kawasan tersebut.

"Selalu pokok kurma diimport daripada Thailand harga termasuk kos penghantaran untuk setiap satu adalah RM1,000 manakala pokok palma itu lebih kurang RM600 hingga RM700 sepokok.

"Jadi kita nak tahu berapa jumlah sebenar pokok-pokok tersebut dan dari mana ia diimport," katanya.

Dakwa Cina bakar Al-Quran, PKR mahu Mukhriz gesa Mashitah mohon maaf

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir perlu menggesa Datuk Mashitah Ibrahim memohon maaf atas kenyataan yang mendakwa kononnya berlaku insiden membakar Al-Quran di Alor Setar oleh orang Cina, kata pemimpin PKR Gooi Hsiao Leung.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR itu berkata, kenyataan Mashitah tidak boleh dimaafkan kerana Mukhriz terlebih awal sudah menjelaskan tiada kejadian membakar Al-Quran, sebaliknya kitab suci itu dikoyak oleh seorang Melayu yang kurang siuman.

“Beliau (Mashitah) tidak menghiraukan sekiranya masyarakat Cina tidak membakar Al-Quran – walaupun beliau menuduh mereka berbuat demikian dan menghasut orang Melayu bangkit membela Islam daripada tindakan tersebut.

Sudah-sudahlah tu Syahrizat, usah dikejar jawatan naib presiden Umno tuuu...!,,

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dinasihat melupakan jawatan Naib Presiden UMNO dan kembali bermuhasabah diri.

Setiausaha UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, Shahrizat juga diharap tidak terlalu mengejar jawatan dan berundur segera daripada jawatan yang dipegangnya kini dengan cara terhormat.

"Shahrizat harus muhasabah diri, janganlah terlalu dilihat kejar jawatan. Macam tidak wajar apabila dia menuntut kerusi Naib Presiden UMNO untuk Wanita.

"Macam dia sendiri, ada liabiliti...jadi jalan terbaik adalah berundur, habis cerita," katanya ketika ditemui semasa Persidangan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Kekal Akta Hasutan 1948, Najib perlu jawab kenapa mungkir janji


Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai mungkir janji apabila membuat keputusan untuk tidak memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, alasan digunakan Najib untuk mengekalkan akta itu juga tidak berasas.

“Dia kena jawab. Perdana Menteri buat janji dan dimungkiri. Apa faktor yang menyebabkan beliau batalkan jaminan itu? Sekarang (Najib) gunakan alasan untuk menyelamatkan Melayu.

"Soal menyelamatkan Melayu ini soal penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, bukan soal undang-undang itu,” katanya pada Sinar Harian di lobi Parlimen, semalam.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendakwa, kegagalan Najib mengotakan janjinya amat dikesali dan Anwar turut mendakwa Najib tunduk pada tekanan golongan berhaluan kanan yang mahu akta itu digunakan bagi mengekang kebebasan dan menekan pembangkang serta pihak lain.

Ustaz/ustazah ekspres: Kritikan terhadap ucapan Masyitah

Ustaz/ustazah ekspres: Kritikan terhadap ucapan Masyitah
–Mohamad Zuhdi Mat Piah


Saya sudah dengar dan perhatikan ucapan Datuk Dr Masyitah Ibrahim berkaitan ustaz ekspres dan ustazah jadian.

Bagi saya, ucapan tersebut sangat dangkal dan bersifat iri hati.

Mana tidaknya, dulu Masyitah memang terkenal, boleh dikatakan semua daerah menjemputnya utk forum ceramah dan sebagainya, tak cukup dengan itu, radio tv semua dijelajahnya.

Maka ramailah yang suka kepadanya, tak kira tua muda, lelaki dan wanita, termasuklah diri saya.

Menantu Presiden PAS : Sila cabar saya di luar Parlimen

Zaharuddin Muhammad  
Zaharuddin Muhammad

SHAH ALAM - Sila cabar saya di luar Parlimen, demikian menurut Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Zaharuddin Muhammad berkenaan dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan Islamic State (IS).

Katanya, tuduhan tersebut didakwa dilakukan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin sewaktu dalam Dewan Rakyat kelmarin.

"Saya merujuk kepada tuduhan beliau yang menyebut saya menyokong IS. Perkara ini dimaklumkan rakan-rakan yang berada di persidangan Dewan Rakyat.

"Tuduhan ini juga telah dimuatkan dalam sebuah portal berita dan persepsi negatif sudah mula menular akibat tuduhan ini," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dengan kuasa yang ada pada Parlimen, pihaknya tidak boleh berbuat apa-apa.

Apa boleh beli dengan RM25 seminggu?


Perwakilan Terengganu, Mohd Iskandar Jaafar ketika membahaskan usul pada Perhimpunan Agung Umno Ke-68 yang memasuki hari kedua hari ini, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama  
Perwakilan Terengganu, Mohd Iskandar Jaafar ketika membahaskan usul pada Perhimpunan Agung Umno Ke-68 yang memasuki hari kedua hari ini, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - [VIDEO] Isu mengenai kos sara hidup yang semakin membebankan rakyat menjadi topik perbahasan yang dibawa oleh Perwakilan Terengganu Mohd Iskandar Jaafar.

Mohd Iskandar berkata, beliau sedih dengan nasib rakyat, kerana statistik yang digembar-gemburkan di media massa dan cetak mengenai kehidupan rakyat kini tidak mengambarkan kehidupan mereka yang sebenar.

"Kos sara hidup menjadi topik perbincangan rakyat saban hari.

"Mengikut fakta 78 peratus orang Melayu  berpendapatan gaji kurang daripada RM3,000 sebulan.

"Tempat saya harga getah teruk semalam RM1.70 sekilogram, seminggu menoreh dapat RM50 ada pula yang kena bahagi dua dapatlah RM25.

Pendang - Tak boleh motong, motong pulak seminggu RM70 nak sara anak beranak..!!

Makan nasi lauk kicap

Zainab menjerang air di luar rumahnya sambil diperhatikan suami dan anak-anaknya  
Zainab menjerang air di luar rumahnya sambil diperhatikan suami dan anak-anaknya

PENDANG - Nasi berlaukkan kicap sering jadi hidangan sebuah keluarga dari Kampung Batu 20/2, di sini, akibat kesempitan hidup.

Zainab Mat Isa 46, berkata, dia dan suami, Amran Awang Muhammad, 49, bekerja sebagai penoreh, namun pendapatan yang diperoleh sedikit akibat faktor cuaca.

Menurutnya, pendapatan seminggu hanya sekitar RM70 dan ia untuk membeli keperluan harian sahaja.

"Lebih menyedihkan, kami tidak mampu untuk bayar bil elektrik dan air,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Pekan Serdang lumpuh seketika


Keadaan rumah kedai ditenggelami air sedalam satu meter mulai surut kira-kira jam 1.30 pagi.  
Keadaan rumah kedai ditenggelami air sedalam satu meter mulai surut kira-kira jam 1.30 pagi.

BANDAR BAHARU - Pekan Serdang lumpuh seketika apabila hujan lebat hampir tiga jam menyebabkan banjir sehingga menenggelami kawasan itu, malam semalam.

Dari tinjauan dibuat, hampir 50 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat penempatan banjir sementara menunggu air surut.

Pelbagai pihak termasuk polis, bomba, Rela, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kulim Bandar Baharu bersama Ahli PKR Cabang Kulim Bandar Baharu dan Pas turun padang memberikan bantuan bagi memindahkan mangsa banjir di beberapa lokasi terlibat.

Ban sekitar sungai pecah

Penaung Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kulim Bandar Baharu, Saari Fadzil Hud ketika ditemui di pusat penempatan banjir Batu 16 Serdang berkata, antara punca utama berlakunya banjir besar disebabkan ban yang dibina di sekitar sungai pecah.

"Air sungai di kawasan Bandar Baharu melimpah mengakibatkan paras air naik dengan cepat.

"Kampung Majidee ditengelami air sedalam setengah meter, Kampung Lombong Batu 16 air sedalam satu meter manakala perumahan di sekitar jalan Bandar Baharu ditenggelami air sedalam 1.5 meter," katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...