TERKINI :

Wednesday, November 26, 2014

Sedikit Peringatan Yang berada di PWTC : UMNO Yang Ada Sekarang Bukan UMNO yang dulu..!!



Boleh mangamuk sakan para pencinta UMNO dibuat oleh moderator program wacana ini. Mana tidaknya beliau berkata UMNO yang ada sekarang adalah UMNO baru, UMNO yang dulu telah diharamkan.

Katanya inilah contoh penyelewengan fakta. Inilah hakikat sebenar. UMNO yang dulu telahpun diharamkan, manakala kerajaan pimpinan Najib terus syok sendiri dengan mengakatakan UMNO yang ada sekarang telahpun berusia 66 tahun.

Muhyiddin Minta Pemilihan UMNO 2016 Tidak Ditangguhkan Lagi, Beranikah Najib?

oleh Shahbudin Husin,

http://1.bp.blogspot.com/-Bq_7pUUWxFA/VApcZOj_e3I/AAAAAAAAoT0/Pd8v22B3q0A/s1600/Najib-Muhyiddin1.jpg
Ramai yang memuji ucapan Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin semasa perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri malam tadi. Ucapan beliau yang menyentuh banyak perkara dan masalah dalam parti disifatkan sebagai ucapan berterus-terang untuk memulihkan semula semangat dan kekuatan UMNO.

Beliau bukan saja menyentuh mengenai keperluan berubah, tetapi juga membangkitkan isu-isu perebutan sesama sendiri dalam parti yang terus berlaku, walaupun hakikatnya UMNO semakin merosot dan merudum sokongannya di kalangan rakyat.

Apa yang diperkatakan oleh Muhyidin itu memanglah sesuatu yang benar dan tiada yang benar, melainkan benar belaka. Cumanya, jika kita imbau ucapan beliau selaku orang nombor dua dalam parti sejak 2009 lalu, itulah lebih kurang intipatinya setiap tahun.

Periksa dan amatilah ucapan Muhyiddin ini sejak beliau menjadi orang nombor dua dalam parti dan kerajaan. Itulah retoriknya setiap tahun, mungkin hanya ada satu dua perkara baru saja yang dijadikan tambahan dalam ucapannya.

Bajet IPTA dipotong, yuran universiti dijangka naik

HARAKAHDAILY | 26 November 2014.


KUALA LUMPUR: Semalam, sesi perbahasan Kementerian Pendidikan menyatakan bahawa, berlaku pemotongan belanjawan untuk Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Daripada 20 IPTA, 18 daripadanya mengalami pemotongan bajet.

Akibatnya, dijangkakan yuran universiti akan naik dan tentunya yang menjadi mangsa ialah para mahasiswa. Perkara ini pendapat perhatian daripada Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Dalam sesi perbahasan Kementerian Pendidikan semalam, saya telah membangkitkan potongan bajet yang terhadap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Jumlah keseluruhan potongan bajet 2015 adalah sebanyak RM1,046,630,000 atau bersamaan dengan -12.36% berbanding bajet 2014. Daripada 20 IPTA, 18 IPTA mengalami potongan bajet yang di antaranya UPM mengalami potongan setinggi 35.35%. Saya amat terkejut dan berasa kesal atas pemotongan yang mendadak ini. Sila rujuk carta.

Pada masa yang sama jumlah pelajar dalam IPTA telah bertambah sebanyak 39,999 pelajar atau bersamaan dengan 8.03%. Daripada 20 IPTA semua universiti mengalami peningkatan jumlah mahasiswa, kecuali UTM.

Fahami maksud Muhyiddin, Pas bukan lagi musuh Umno


MINDA PAGI                                                                                                     

Spekulasi bahawa Pas sedang menjalini hubungan dengan Umno sehingga memungkinkan wujud kerjasama politik tidak dapat disusuk selindungkan lagi. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin secara simbolik tetapi gampang untuk difahami.
Myhyiddin Yassin
Semasa berucap merasmi persidangan serentak Pemuda, Wanita dan Puteri Umno malam tadi, Muhyiddin mengakui musuh Umno kini bukan lagi Pas tetapi liberalisme.

"Kalau dahulu kita cuma berhadapan dengan asakan Pas yang membuktikan siapa lebih Islam," katanya. Bagaimana pun menurutnya dalam realiti hari ini semakin ramai pihak yang cuba membuktikan siapa lebih liberal, bukan siapa lebih Islam.

Walaupun Muhyiddin tidak menjelaskan siapakah atau parti mana yang memperjuangkan liberalisme tetapi ia jelas ditundingkan kepada Pakatan Rakyat tanpa Pas iaitu DAP dan PKR.

Apa yang boleh difahami dengan pernyataan Muhyiddin itu, Umno tidak lagi takut dengan Pas yang menjadi saingannya selama ini tetapi apa yang digerumi ialah Pakatan Rakatan (tanpa Pas) yang cuba membawa konsep liberalisme dalam beberapa aspek kehidupan yang boleh menjejaskan Melayu dan agama Islam.

Mungkin Pas bagi Umno dan Muhyiddin sudah boleh dijinakkan dan tiada masalah lagi untuk diheret duduk bersama.

BULI BOLA : FAM penakut dengan Persatuan Bolasepak Singapura

oleh AnakKedah007

Dengan apa yang berlaku kepada para penyokong bolasepak Malaysia darah gua sekali lagi menyirap dengan kelaku busuk mereka ini.

Sudahla sebelum ini nak main di negara mereka kena main atas padang rumput tiruan...macam pelaq aja kelaku tuu dan kini bila penyokong nak pie tengok pula depa buat kelaku di sempadan depa...

Apa punya malang nasib negara yang nama MALAYSIA nie...orang luaq buli sekupang dua sahaja.... cakap kat Singapura jika tak ada padang bolasepak rumput asli baik tak payah jadi tuan rumah...main futsal bolehlah atas padang tersebut....FAM pun satu orang buli macam tu pun gagah dok tebiang nak pie main jugak...boikot aja senang cerita.....

Nie mai bab dok tahan penyokong MALAYSIA pulak kat sempadan... macam nie punya kelaku pun MALAYSIA boleh dok sopan santun lagi.... TARIK DIRI aja apa nak susahnya... dok biaq orang luaq buli kita sekupang dua jaa.....


Apabila Adun BN Selangor Bodoh Sombong menolak peruntukan RM200,000

Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang daripada Barisan Nasional dan ia dibentangkan di Dewan Undangan Negeri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 November, 2014.
Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang daripada Barisan Nasional dan ia dibentangkan di Dewan Undangan Negeri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 November, 2014.

Walaupun menolak peruntukan RM200,000 untuk pembangunan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) mereka, Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor Datuk Mohd Shamsuddin Lias menerima kenderaan diberikan kerajaan negeri untuk kegunaannya.

Shamsuddin menerima kunci kereta Toyota Camry itu daripada Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh kelmarin namun ketika berucap dalam dewan itu semalam, beliau menolak peruntukan RM200,000 itu kerana mengatakan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali tidak ikhlas dengannya.

Tindakan Shamsudin itu menimbulkan persoalan, mengapa kenderaan untuk kegunaan peribadi diterima tetapi peruntukan RM200,000 untuk kegunaan rakyat di 12 DUN pembangkang Barisan Nasional (BN) di Selangor itu ditolak.

Ucapan semangat bagi Umno tapi bosan bagi Malaysia

 Ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan penganalisis politik tidak sesuai bagi khalayak luar parti dan berbeza dengan pendirian Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insider, 26 November, 2014.
Ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan penganalisis politik tidak sesuai bagi khalayak luar parti dan berbeza dengan pendirian Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insider, 26 November, 2014.

Walaupun Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan memberikan ucapan yang diterima baik ketika berucap kepada tiga sayap Umno semalam, namun penganalisis berpendapat ia bertentangan dengan kehendak beliau agar ahli Umno lebih berani, bijak dan berdaya saing.

Para penganalis yang bercakap dengan The Malaysian Insider juga berkata, pemimpin nombor dua parti itu menggunakan retorik yang tidak sesuai sebagai seorang timbalan perdana menteri apabila berkata liberalisma dan sekularisma pengancam kepada keyakinan Umno selama ini, tema yang bakal menjadi fokus menjelang perhimpunan agung Umno hujung minggu ini.

Dengan mendakwa majoriti orang Melayu lemah dari segi ekonomi, Muhyiddin pada asasnya mengaku Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal, tambah mereka.

Sebenarnya Najib Sudah Lama Dan Biasa Bangsatkan Melayu...

oleh GreenBoc


Kalau Umno jatuh, Melayu dibangsatkan, kata Najib

Datuk Seri Najib Razak mengingatkan perwakilan Umno hari ini tiada jalan lain membela kaum Melayu melainkan parti Melayu itu dipulihkan.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Ahmad Puad Zarkashi, presiden Umno itu menyifatkan jentera Umno hari ini masih pasif walaupun Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lebih setahun sudah berlalu.

"Isu politik yang beliau bangkitkan ialah jentera Umno masih dingin, lembab dan tidak bergerak.

"Ini adalah satu teguran yang amat berani daripada presiden parti di hadapan pimpinan Umno iaitu beliau tidak berpuas hati sudah setahun berlalu.

"Seperti mana beliau sebut, Umno kecundang, bangsa Melayu akan dibangsatkan. Itu ayat dia. Apatah lagi dia kata agama tidak akan terpelihara jika Umno kecundang," kata Ahmad Puad kepada pemberita di luar Dewan Merdeka.

Hasil pertemuan PAS-Pasma dibawa ke mesyuarat Pusat

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pengurusan Krisis PAS Pusat akan membawa hasil pertemuan dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) ke mesyuarat PAS Pusat awal Disember nanti.

Pengerusinya, Salahuddin Ayub ketika menghubungi berkata, atas mandat yang telah diberikan oleh mesyuarat PAS Pusat satu pertemuan dengan Pasma telah diadakan di sebuah tempat di Kuala Lumpur.

"Pertemuan dua jam yang diadakan semalam berjalan dengan‎ suasana yang baik.

"Jawatankuasa ini telah mengambil inisiatif untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan dan mengambil maklumat tentang isu-isu yang berbangkit terutama isu-isu yang meresahkan ahli-ahli termasuk keputusan Majlis Syura PAS yang melarang ahli-ahli PAS terlibat dengan program Pasma," katanya yang telah mempengerusikan pertemuan tersebut.

Katanya, turut hadir pada pertemuan tersebut adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Ahli Majlis Syura, Ustaz Idris Ahmad dan Penolong Setiausaha Agung PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Kajian Kuala Krai daerah paling mundur merupakan kajian tak masuk akal..!!!

KUALA KRAI DAERAH PALING MUNDUR DI MALAYSIA : KAJIAN YANG PALING TIDAK MASUK AKAL.

http://1.bp.blogspot.com/_6cN9w8-3O24/TKdG6Apq-FI/AAAAAAAAACQ/f4-FXRvdGko/s1600/3114_72118662644_592297644_1657520_1047144_n.jpg
Sering kita mendengar kalau hendak ke Kelantan anda hendaklah membawa beras dan lauk kerana negeri itu sangat mundur dan tidak mempunyai makanan. Di letakkan bersekali dengan kajian-kajian untuk menguatkan tohmahan-tohmahan tersebut.

Namun bila orang luar hadir ke Kelantan ternyata isi kajian yang sering diwar-warkan itu hanyalah sampah sarap yang sangat tidak tepat. Kajian-kajian ini jelas bertentangan dengan kenyataan.

Dua hari lepas sekali lagi Utusan Malaysia mengulangi retorik yang sukar untuk diterima akal bilamana kajian pada 2010 menunjukkan Kuala Krai daerah termundur di Malaysia. Rujuk : www.utusan.com.my/berita/nasional/kuala-krai-paling-mundur-di-semenanjung-1.26467

Kajian yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan Negara ini hadir di saat rakyat terpinga-pinga dengan isu kenaikan harga minyak yang menyebabkan harga barangan meningkat dengan begitu mendadak.

Saya melihat kajian tersebut sangat berat sebelah dan tidak tepat. Ia jelas mempunyai misi politik yang sangat jahat dan berterusan.

Tun Mahathir membebel lagi kepada pimpinan Umno menjelang PAU

Apa kesalahan yang dilakukan pemimpin, ahli Umno?


Tun Dr Mahathir Mohamad

1. Perutusan ini ditulis kerana saya tidak dapat hadir di Mesyuarat Agong Umno kerana berada di luar negara. Tetapi kerana saya kurang sihat untuk keluar negara, saya mungkin hadir insya-ALLAH! Walaubagaimanapun saya ingin membuat kenyataan ini juga.

2. Sebagai orang tua dan orang tua Umno pula, izinkanlah saya memberi sedikit pandangan.

3. Semua tahu Umno sekarang tidak popular seperti Umno dahulu. Ada yang berkata Umno tidak lagi relevan.

4. Sedikit sebanyak pandangan ini berasas. Jika Umno dikalahkan dan hilang dari muka bumi, kepimpinan dan ahli Umno tidak boleh nafi sumbangan mereka kepada kejatuhan parti yang begitu berjasa kepada Melayu dan negara Malaysia.

Orang Melayu tiada pilihan jika bergabung

NIZAM ZAIN November 24, 2014

SHAH ALAM - Orang Melayu perlu memilih antara Pas dan Umno untuk menguatkan kedudukan dan martabat mereka dan bukan gabungan kedua-dua parti itu.

Ketua Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat berkata, jika gabungan itu berlaku, orang Melayu didakwa kehilangan pilihan dalam menentukan parti yang boleh diharapkan memperteguh dan mengembalikan kewibawaan dan kedudukan orang Melayu di negara ini.

"Malang sungguh nasib orang Melayu negara ini yang diperintah oleh parti yang kononnya memperjuang nasib mereka, namun hakikatnya kedudukan dan status orang Melayu hari ini semakin terhakis.

"Berapa banyak tanah-tanah rizab Melayu yang dijual kepada kroni parti pejuang Melayu kerana mendambakan keuntungan berganda.

"Berapa ramai orang Melayu dihalau dari kampung tradisi oleh pemerintah yang kononnya memperjuangkan nasib Melayu," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, semalam.

Hukum kerajaan jika gagal selesai isu tanah rizab yang tinggal 12% sekarang ini..!


Hukum kerajaan jika gagal selesai isu tanah rizab



SHAH ALAM - Kerajaan perlu dihukum pada PRU14 akan datang sekiranya masih gagal menyelesaikan masalah Tanah Rizab Melayu (TRM).

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd Rahman mendakwa, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Hartanah, Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Dr Mohd Hasrol Haffiz Aliasak pada tahun 2009, tanah rizab Melayu kini hanya berjumlah 1,578,263.91 hektar bersamaan 11.99 peratus sahaja.

Katanya, kajian tersebut jelas menunjukkan kerajaan negeri lalai dalam menjalankan tanggungjawab yang diberi.

“Penyusutan jumlah tanah rizab Melayu kepada 12 peratus adalah kesan pengabaian yang serius terhadap tanggungjawab perlembagaan yang sepatutnya dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Kuala Ketil : Pasangan warga emas mati ditetak

BALING - Sepasang suami isteri warga emas ditemui mati tengah hari ini dengan kesan kecederaan dipercayai dibunuh di rumah mereka di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya berkata, mayat pasangan berkenaan ditemui anak angkat lelaki mereka berusia 24 tahun yang baru pulang dari kerja pada 12.20 tengah hari.

Dia bergegas memberitahu jiran mengenai kejadian itu.

Nashir berkata, mayat Zahari Yahya, 66, dan isterinya Salmah Husin, 61, yang merupakan pesara kerajaan ditemui terbaring berasingan dalam rumah mereka.

"Mayat Zahari ditemui di ruang tamu rumah, manakala mayat isterinya ditemui terbaring di ruang bahagian dapur," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Lapan pusat pemindahan banjir dibuka di Kedah

ALOR SETAR - Lapan pusat pemindahan banjir dibuka di Kedah bagi menempatkan 1,182 mangsa daripada 334 keluarga berikutan kediaman mereka dilanda banjir.

Menurut Portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah, lima pusat pemindahan banjir dibuka di daerah Kubang Pasu iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun yang menempatkan 253 orang daripada 86 keluarga, Dewan Kampung Lahar dengan 162 orang (34 keluarga), SMK Paya Kemunting dengan 375 orang (99 keluarga), Dewan Jitra dengan 218 orang (72 keluarga) dan Dewan Kampung Manggol menempatkan 60 orang daripada 14 keluarga.

Bagi daerah Kota Setar dua pusat pemindahan telah dibuka di SMK (C) Soon Cheng yang menempatkan 10 orang daripada empat keluarga dan Surau Kampung Longgok Pasir dengan 100 orang daripada 24 keluarga.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...