TERKINI :

Tuesday, November 25, 2014

Berikan kuasa otonomi kepada Pas Kelantan dan Terengganu

PERSPEKTIF                                                                                    

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/03/Kelantan-Bn-Pas.jpg
Ada "petik-petik" dan "roma" yang jelas dalam Pas Kelantan dan Terengganu yang mahukan berijabkabul dengan Umno. Elok sangatlah sebab situasi kini mereka dianggap sudah bermukah. Perubahan pendekatan diambil oleh pengganti Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan, terhadap Umno membina persepsi baru daripada kalangan rakyat terhadap Umno dan pendekatan itu sebagai persiapan awal ke arah persepakatan politik.

Boleh dianggap bahawa politik berdamai sudah menelor lama dalam kepada Pesuruhjaya Pas Kelantan yang baru Ahmad Yaakob itu dan ia tetas sebaik beliau memegang tali kuasa Pas di Kelantan. Kewujudan telor perpaduan ini dalam diri Ahmad tidak disedari banyak pihak.

Di Kelantan kini, sudah tumbuh dalam benak sesetengah ahli Pas yang parti itu akan bekerjasama dengan Umno atas kepentingan bersama demi agama dan bangsa. Agak anih sedikit bekas MB Nik Abdul Aziz Nik Mat yang selama ini berpatah arang dan berkerat rotan dengan Umno juga menunjukkan cula lain dengan Umno. Apakah kerana beliau keuzuran ataupun beliau baru diberikan ilham-ilham baru?

Meskipun Tak Jadi Ke Luar Negara, Kehadiran Mahathir Dalam PAU 2014 Masih Lagi 50-50

Shahbudin Husin,

http://images.says.com/uploads/story_source/source_image/7502/b96c.jpeg
Menjelang dua hari lagi sebelum majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO atau PAU 2014 pada hari Khamis ini, kehadiran bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang sudah menarik balik sokongan dan banyak menegur kepimpinan Najib Razak, masih lagi belum pasti sebenarnya.

Bagaimanapun, Mahathir sebenarnya sudah menetapkan pendirian untuk tidak menghadiri perhimpunan kali ini dengan berkunjung ke luar negara. Tidak dipastikan sama ada kunjungannya ke luar negara itu bagi memenuhi program rasmi, bercuti atau seumpamanya.

Tetapi, oleh kerana kesihatannya tidak mengizinkan, lalu pemergiannya ke luar negara itu dibatalkan. Lantaran itu, jika keadaan kesihatannya bertambah baik, beliau mungkin akan hadir juga.

Dalam tulisan terbaru di blognya, bekas Perdana Menteri itu menulis dengan ayat pembukaan "Perutusan ini ditulis kerana saya tidak dapat hadir di Mesyuarat Agung UMNO kerana berada di luar negara. Tetapi oleh kerana saya kurang sihat untuk ke luar negara, saya mungkin hadir Insya'allah. Bagaimanapun saya ingin membuat kenyataan ini juga."

Beranikah ahli Umno tegur pemimpin?

SUSUPAN TENGAHARI                                                                 

Mahathir Mohamad
Bekas presiden Umno Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan tidak akan menghadiri perhimpunan agung yang bermula malam ini, mengajar perwakilan Umno agar menegur pemimpin parti berkenaan. Katanya teguran itu perlu untuk mengelakkan apa yang dibuat oleh pemimpin diterima sebagai betul walaupun ia sebenarnya salah.

Tampak begitu tepat sekali cadangan Dr Mahathir itu. Beliau memberi contoh pemimpin masa lalu bukan sahaja ditegur bahkan dicabar termasuk beliau. Sememang ahli parti tidak kira daripada parti mana-mana harus berperanan begitu sebagai penegur untuk kebaikan. Tetapi soalnya apakah pemimpin yang ditegur itu sedia menerima kritikan ahli?

Selalunya kalau ada ahli yang membuat teguran kepada pemimpin mereka dituduh sebagai tidak wala' dan cuba membawa perpecahan.

Dengan mengambil contoh apa yang berlaku di sekitar diri Dr Mahathir sendiri, walaupun beliau sedia ditegur bahkan dicabar oleh ahlinya, tetapi beliau tidak dapat menerima teguran dan kritikan iu dengan baik dan sempurna.

Atau pun kalau ditegur beliau tidak akan peduli kepada teguran dan meneruskan juga apa yang difikirkan betul, kandati ia tidak benar dan dibangkangan oleh orang ramai. Sebaliknya sesiapa yang menegur atau mencabarnya untuk kebaikan parti dan kerajaan akan menerima balasan hukum karma daripadanya.

Senyum Penuh Makna Ketua Pembangkang Selangor...

Shahbudin Husin, 

Semasa BN menang, jangankan nak jadi Menteri Besar, jawatan Exco pun tak merasa...
 
Ada beberapa perkara menarik dalam pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2015 yang pertama kali dilakukan oleh Menteri Besar, Azmin Ali, hari ini. Dengan peruntukan sebanyak RM2.42 bilion berbanding hasil sebanyak RM1.97 bilion yang dijangka pada tahun depan, ia menyerlahkan hasrat kerajaan negeri untuk tidak berkira dalam berbelanja demi kepentingan rakyat.

Walaupun dikira belanjawan defisit, tetapi ia juga merupakan  peruntukan yang terbesar dalam sejarah Selangor dan sepanjang pemerintahan PR sejak 2008.

Buat julung kalinya  juga peranan Ketua Pembangkang di DUN Selangor diiktiraf oleh kerajaan negeri dengan pemberian sebuah kereta rasmi, Toyota Camry beserta pembiayaan petrol dan tol, elaun RM3,000 sebulan, gaji pemandu sebanyak RM1,367 dan RM2,001 lagi untuk bayaran seorang setiausaha kerja.

Ketua Pembangkang yang juga Adun BN Sungai Burung, Shamsuddin Lias kelihatan tersenyum lebar ketika menerima pemberian kereta  dan segala kemudahan itu daripada Azmin sambil disaksikan oleh Speaker, Hannah Yeoh.

3 PM terdahulu pasti terkejut lihat Umno sekarang

 Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang membuat andaian tiga perdana menteri Malaysia terdahulu akan terkejut menyaksikan keadaan negara di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekarang yang banyak melibatkan ketirisan dan rasuah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 November, 2014.
ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang membuat andaian tiga perdana menteri Malaysia terdahulu akan terkejut menyaksikan keadaan negara di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekarang yang banyak melibatkan ketirisan dan rasuah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 November, 2014. 

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang tidak menolak tiga perdana menteri Malaysia terdahulu juga akan terkejut melihat keadaan Umno sekarang kerana tiada lagi toleransi agama dan rasuah berleluasa.

Lim mengulas kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang mempersoalkan "di mana silapnya kita" semasa konvensyen Umno Wilayah Persekutuan pada Ahad lalu.

"Kita hanya boleh membuat spekulasi. Tunku (Tunku Abdul Rahman) mungkin mengeluh mengenai kebangkitan politik kebencian, sikap tidak bertoleransi dan ketaksuban yang menyaksikan negara terjunam ke arah polarisasi kaum dan agama paling buruk dalam sejarah negara.

"Razak (Tun Abdul Razak) mungkin kesal dengan salah guna kuasa yang banyak oleh pihak yang memegang kuasa dan pemerintahan, yang gagal melihat perbezaan penting antara kerajaan, parti dan peribadi, menyebabkan hilang keupayaan memahami apa yang betul dan salah.

Hanya Umno, elit Melayu berisiko jadi Red Indian

Ahli panel forum ajuran DAP malam tadi bersetuju bahawa hanya Umno dan golongan elit Melayu yang berisiko diancam dan bakal menjadi 'Red Indian' seperti di Amerika Syarikat.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata minda Melayu sedang diancam dan Melayu akan jadi “Red Indian” selama Umno memerintah Malaysia, katanya dalam Forum ‘Adakah Melayu dan Islam Diancam’ malam tadi.

Malah beliau turut menyatakan Melayu tidak diancam memandangkan kerusi Melayu akan tetap kekal meskipun Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan.

“Sekarang dari 222 kerusi, majoriti 52 kerusi lebih adalah dari bukan Melayu, kita tidak boleh tukar kerusi, tiada siapa yang ada kuasa tukar kerusi kecuali dengan persempadanan pilihan raya,” katanya.

"Apa yang PERKASA dan bekas ketua hakim negara Abdul Hamid Mohamad yang paling gerun, bukan Melayu menjadi Red Indian, tetapi Umno yang menjadi Red Indian,” katanya lagi.

Husam turut menjelaskan berdasarkan kajian menunjukkan bahawa Melayu merasa terancam terus meningkat kerana kesan dari perang psikologi.

"Menurut kajian Merdeka Center, sebelum ini perasaan Melayu rasa terancam cuma 26 peratus pada 2008 manakala jumlahnya terus meningkat kepada 55 peratus pada 2014," katanya.

BN TOLAK duit peruntukan DUN dengan alasan tak sama dengan ADUN PR

Rasa terhina, BN S'gor tolak peruntukan RM200,000
Zulaikha Zulkifli | 1:36PM Nov 25, 2014

Wakil Rakyat BN Selangor menolak peruntukan RM200,000 setahun yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri kepada setiap ADUN pembangkang di negeri itu.

Selain rasa terhina dengan pemberian itu, Ketua Pembangkang Datuk Shamsudin Lias berkata, kesemua 12 wakil rakyat BN menolaknya kerana jumlah yang diberi tidak sama dengan jumlah yang diperolehi ADUN Pakatan Rakyat.

"Kita tolak atas dasar prinsip. Prinsipnya keadilan. Sebenarnya, pada kita, kita rasa satu penghinaan. Kita adalah wakil rakyat.

"Apa beza dengan mereka yang juga wakil rakyat tetapi dapat dalam RM700,000. Kalau fikir dasar keadilan, kena bagi (jumlah) sama.

"Kalau nak bagi, bagi (jumlah) sama. Itu baru namanya adil," katanya pada sidang media di lobi Dewan Annex, Shah Alam hari ini.

ADMIN : OKLAH TU ORANG NAK BAGI DAN PELAN PELAN KAYUHLAH...NAMA PUN WAKIL PEMBANGKANG JIKA NAK SAMA SOKONGLAH KERAJAAN MEMERINTAH...

Baiklah Tun M jadi perwakilan Kubang Pasu

SUBKY LATIF | 24 November 2014.


SELARAN terbaru Tun Dr. Mahathir terhadap pentadbiran Perdana Menteri Najib ialah menempelak pemberian BR1M sebagai satu rasuah pilihan raya.

Antara yang paling digeruni oleh bekas Perdana Menteri itu ialah rundingan yan sedang berjalan bagi menyertai perjanjian ekonomi beberapa belas negara Pasifik yang diketuai oleh Amerika.

Dr. Mahathir pada zamannya pernah menyaran pembentukan Caucus Pasifik yang tidak memasukkan Amerika. Justeru Amerika melobi ia disertakan juga, caucus itu tidak diteruskan. Sebabnya, pada perkiraannya, Malaysia tidak terdaya dalam persaingan bebas yang disertai Amerika.

Banyak lagi Mahahtir terkilan dengan pentadbiran Najib tetapi tiada yang dia dapat buat dengan anak didiknya itu. Apa yang dibuatnya sekarang ialah seperti menyalak dari luar kotak, sama seperti gunung. Takkan runtuh gunung disalak. Jika hendak menyalak, salaklah dari dalam kotak.

Perlukah undang-undang kesalahan siber baharu?


KUALA LUMPUR - Kebergantungan rakyat terutamanya golongan muda terhadap media baharu sehingga begitu mudah termakan dakyah-dakyah palsu yang menjadi viral, memberi ruang luas kepada perlakuan jenayah media sosial.

Dalam era ledakan maklumat, media sosial sering dijadikan sebagai medium penyebar fitnah dan maklumat palsu pihak tertentu yang mempunyai agenda tersendiri sehingga mengganggu ketenteraman awam dan mencetuskan keresahan rakyat.

Dalam Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2014 (Pemanas 2014) yang berakhir hari ini, seorang perwakilan memberi saranan agar satu akta baharu dikenali sebagai Akta Khas Jenayah Media Sosial diperkenalkan bagi menangani penyalahgunaan media sosial yang semakin berleluasa.

Persoalannya, perlukah undang-undang baharu digubal bagi menangani penyebaran maklumat tidak tepat dan fitnah yang disebar menerusi media sosial itu?

Lima pusat pemindahan dibuka di Kubang Pasu

ALOR SETAR - Lima pusat pemindahan banjir dibuka di Kubang Pasu bagi menempatkan 242 mangsa daripada 137 keluarga.

Banjir berlaku berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Portal Majlis Keselamatan Negara Kedah (MKN) berkata pusat-pusat itu terletak di Dewan Kampung Tebing, Sekolah Menengah Kebangsaan Changloon, Dewan Kampung Kubang Betong, Dewan Kampung Lahar dan Sekolah Kebangsaan Binjal.

Sementara itu empat pusat pemindahan yang menempatkan 190 keluarga di Dewan Kampung Changkat Setol, Dewan Kampung Belukar, Masjid Kampung Titi Kerbau dan Surau Taman Sayang telah ditutup semalam.

MKN berkata air sungai kini mengalir dari Changlun menghala ke Jitra dan Kota Setar. - Bernama





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...