TERKINI :

Sunday, November 23, 2014

Najib bagi mesej untuk singkir Muhyiddin?


Kalau tidak silap sudah dua kali Najib Razak menyarankan agar Umno memberi laluan kepada orang muda untuk memimpin parti Umno.

Pertama semasa beliau berucap dalam konvensyen Umno Johor baru-baru ini. Hari ini semasa berucap di konvensyen Umno Wilayah Persekutuan Perdana Menteri ke 6 itu sekali lagi menyarankan agar orang muda diberi laluan.

Jika tidak dihalusi saranan Najib itu sebagai perkara biasa sahaja. Orang Umno yang muda akan bertepok tangan kerana merasakan mereka dihargai oleh Najib. Tetapi kalau disuluh dan diselek bungkusan rahsia (perkembangan) dalam Umno, saranan Najib itu mempunyai maksud tersendiri. Najib bukan saja-saja membuat saranan itu sampai lebih daripada sekali. Setiap tutubicara dan gerakgeri orang politik membawa makna dan maksud tersendiri.

Najib tentu ada mesej dan isyarat yang hendak disampaikan dengan saranan bersahaja itu. Dan siapakah orang muda yang dimaksudkan Najib itu? Apakah ia terdiri daripada pimpinan pemuda? Atau mereka yang berusia di bawah 60 tahun?

Dewan Ulama tegur PKR, DAP 'serang' Hadi


Dewan Ulama PAS hari ini menegur pemimpin pembangkang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang "menyerang" Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana didakwa gagal menghadiri mesyuarat majlis pimpinan pusat pakatan parti pembangkang itu.

Pemangku ketua dewan ulama PAS Datuk Ahmad Yakob berkata jika benar mereka mahu membangkitkan isu berkenaan, rakan strategik PAS itu boleh menyalurkannya melalui forum dalaman pakatan berkenaan.

"Tidak comel kita bangkitkan perkara yang boleh menimbulkan keraguan di kalangan ahli dalam Pakatan Rakyat.

"Kita boleh selesai secara peringkat dalaman kerana kita ada forum di dalamnya (untuk meluahkan pendapat)," kata Ahmad, yang juga Menteri Besar Kelantan kepada pemberita selepas melawat Pameran Ular di Muzium Negeri di Kota Baharu.

Husam : Senarai kesabaran yang panjang

DATUK HUSAM MUSA | 23 November 2014.

Senarai kesabaran yang ditunjukkan oleh Nabi Yusuf a.s dan ayahandanya Nabi Ya'kub a.s adalah panjang:

a. Sabar untuk tidak menceritakan mimpi baiknya kepada abang-abangnya, kerana patuh kepada pesan bapa baginda.Tidak dapat berkongsi sesuatu yang mengembirakan, juga merupakan satu tekanan perasaan.

b. Sabar ketika diletakkan di dasar telaga yang dalam dan gelap seorang diri.

c. Sabar terpaksa berpisah dengan bapadan keluarga tercinta sejak kecil.

d. Sabar dibuang baju yang dipakai semasa hendak diletakkan di dalam perigi.

e. Sabar ketika diambil oleh pedagang untuk dibawa ke negara asing dan seterusnya dijual. f. Sabar tinggal di negara asing sebatang kara.

g. Sabar dituduh dengan tuduhan liar dan nama baiknya dipermainkan: i. cuba mencabul perempuan. ii. menimbulkan kekecohan asmara dan seksual dalam masyarakat.

h. Sabar dipenjarakan tanpa kesalahan yang sebenar.

i. Sabar disambung tahanan dalam penjara.

j. Sabar menahan nafsu seks ketika dipujuk oleh perempuan cantik dengan keadaan begitu terbuka untuk baginda terjerumus.

k. Sabar tidak meminta dibebaskan sebelum namanya dibersihkan terlebih dahulu

l. Sabar dengan terus memberitahu makna mimpi Raja tanpa syarat pembebasan.

7 Dis penghujahan akhir kes Abdul Hadi

http://malaysiaaktif.my/v2/media/k2/items/cache/4ad6df0790d749b51a9680aaf0316ad3_XL.jpg
KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 7 Disember ini bagi penghujahan akhir permohonan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengetepikan penghakiman ingkar terhadapnya dalam kes saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon PKR bagi Dun Bukit Besi, Mohd Mohd Shamsul Mat Amin.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu berikutan kegagalan kali kedua pihak plaintif mengemukakan seorang lagi saksi daripada akhbar Kosmo untuk memberi keterangan.

Peguam mewakili Abdul Hadi, Asmuni Awi memberitahu pemberita, mahkamah menetapkan tarikh itu berikutan seorang saksi plaintif daripada akhbar Kosmo tidak hadir sungguhpun waran tangkap telah dikeluarkan, tetapi waran tangkap itu tidak dapat dilaksanakan.

Abdul Hadi tidak hadir pada prosiding mahkamah hari ini, bagaimanapun kira-kira 300 penyokong beliau hadir di perkarangan mahkamah.

Suara penoreh getah tidak didengar, keadaan makin teruk sejak Baling 2.0


Penoreh getah di negara ini desak Putrajaya menetapkan harga lantai getah kepada RM4 sekilogram. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 November, 2014.
Penoreh getah di negara ini desak Putrajaya menetapkan harga lantai getah kepada RM4 sekilogram. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 November, 2014.

Pada April, beribu rakyat Malaysia berkumpul di Kedah menuntut campur tangan Putrajaya dalam isu kejatuhan harga getah. Tetapi, 7 bulan kemudian, suara 'reformasi' pada perhimpunan Baling 2.0 itu nampaknya tidak banyak meninggalkan kesan.

Walaupun menggesa Putrajaya menetapkan harga lantai bagi getah kepada RM4 sekilogram, keadaan menjadi semakin teruk buat penoreh getah dan pekebun kecil yang berjumlah hampir 500,000 orang di negara ini.

Ramai sekarang ini bergelut dengan harga komoditi itu yang paling rendah dalam bertahun-tahun, pada kira-kira RM1.60 sekilo dibandingkan RM2.30 pada April, apabila perhimpunan itu diadakan, bertema: "Himpunan Derita Rakyat: Baling 2.0" diadakan di Kupang.

Pemimpin pembangkang Kedah Datuk Amiruddin Hamzah yang menganjurkan perhimpunan itu memberitahu The Malaysian Insider, sekarang ini ramai yang sampai ke tahap tidak mampu hendak membeli beras.

Menteri besar Pahang saman Utusan RM15 juta

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hantar surat tuntutan guaman kepada Utusan Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 November, 2014.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hantar surat tuntutan guaman kepada Utusan Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 November, 2014.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob bertindak menghantar surat tuntutan guaman kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, susulan artikel yang mengkritiknya dalam sebuah artikel bertajuk "Hebat Sangatkah Adnan?" dalam akhbar tersebut.

Tuntutan bertarikh 18 November 2014 tersebut dihantar menerusi syarikat guaman Manjeet Singh Dhillon dengan nilai tuntutan saman RM15 juta.

Perkara itu didedahkan dalam ruangan kolum Awang Selamat edisi Mingguan Malaysia hari ini.

"Sekadar makluman, tidak molek komen lebih kerana bakal jadi kes mahkamah," kata Awang Selamat yang dipetik dalam artikel pendek itu.

Pada 9 November lalu, Utusan Malaysia membidas Adnan apabila menghina akhbar itu kerana berang dengan laporan mengenai kebanjiran 30,000 warga asing, terutama warga Bangladesh di Cameron Highland.

Peniaga bantah MBAS kutip RM20 sebulan

ALOR SETAR – Lebih 30 peniaga Pasar Kampung Berjaya, kesal tindakan pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) mengenakan caj air RM20 mulai November.

Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiau Leung berkata, pendekatan digunakan MBAS keterlaluan kerana berbincang dengan peniaga.

“Beberapa hari lalu, peniaga terima notis daripada MBAS memaklumkan mereka perlu membayar caj penggunaan air RM20 setiap bulan.

“Sebelum ini, mereka tidak dikenakan sebarang caj air dan caj terlalu tinggi berbanding kadar penggunaannya,” katanya, semalam.

Menurutnya, tindakan itu tidak relevan kerana penjual yang tidak menggunakan air juga terpaksa membayar caj.

Hadir mesyuarat penting tapi bukan isu

SUBKY LATIF

TIDAK dinafikan kehadiran Ustaz Hadi Awang dalam mana-mana mesyuarat yang beliau ahlinya adalah penting dan wajar, tetapi keuzuran menyertainya kadang-kadang tidak bijak dijadikan isu seperti yang dituntut oleh pimpinan DAP.

Pimpinan DAP membangkitkan kehadirannya dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat yang tidak sekerap Anwar Ibrahim sebagai pengerusi dan Lim Kit Siang yang mewakili DAP. Mula-mula sebagai kenyataan terbuka dan kemudian sebagai keputusan mesyuarat pimpinan pusat DAP yang menyarankan supaya beliau wajar hadir.

Tujuannya dikatakan bagi mengembalikan keyakinan penyokong kepada muafakat Pakatan Rakyat.

Sepanjang yang saya kenal dan ketahui lebih dari 30 tahun, Ustaz Hadi bukanlah orang yang culas hadir mesyuarat, malah orang awal hadir dan jarang meninggalkan mesyuarat sehinggalah selesai.

Pada saya, tidak menghadiri mesyuarat bukan pilihannya. Tetapi dengan tanggungjawab dan komitmen politik/dakwahnya yang bertambah, maka tidak semua mesyuarat itu dapat dihadirinya. Tambahan pula dengan usia yang bertambah dan gangguan kesihatan, beliau hadir mana yang membenarkannya saja.

PR1MA: Dulu lawak, sekarang betul-betul

SHAMSIAH SAMSURI

DULU-dulu, apabila dilancarkan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sekitar tahun 2012, maka besarlah harapan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki kediaman impian.

Mengikut maklumat yang diberikan harga rumah adalah sekitar RM100,000 hingga RM400,000 dan ditawarkan kepada semua rakyat yang berpendapatan isi rumah bulanan antara RM2,500 hingga RM10,000.

Selepas beberapa tahun berlalu, harapan untuk memiliki kediaman mula pudar sedikit demi sedikit. Maklumlah, bagi kami yang bekerja di bandar khususnya di Lembah Kelang, untuk memiliki rumah pangsa kos sederhana pun berharga sekitar RM200,00 hingga RM300,000.

Tuu dia..Jamban pun kerajaan nak ambil alih dah....!


Kerajaan pusat ambil alih pengurusan tandas awam

November 22, 2014

PORT DICKSON - Kerajaan pusat akan mengambil alih aktiviti pembersihan tandas awam pihak berkuasa tempatan (PBT) mulai 2016 bagi memastikan ia bersih dan selesa pada setiap masa.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, pengambilalihan itu selaras dengan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) dan seiring dengan Pelan Tindakan Transformasi PBT yang sedang dibangunkan kementerian.

"Kementerian saya akan berbincang dengan pihak berkuasa negeri dan PBT yang sedia menerima pakai akta tersebut, berhubung pelaksanaan langkah baharu ini yang dijangka berkuat kuasa pada 2016," katanya dalam kenyataan diedarkan kepada media pada majlis pelancaran sambutan Hari Tandas Sedunia 2014 peringkat kebangsaan di sini, hari ini.

Beliau berkata, bagi negeri-negeri yang belum menerima Akta 672, dinasihat memperuntukkan sejumlah bajet bagi tindakan menyelenggara dan membaik pulih tandas awam di kawasan masing-masing.

Semeling bukan lagi pekan koboi

Lorong belakang di pekan Semeling yang berubah wajah menjadi tarikan apabila 95 lukisan menghiasi belakang rumah kedai dan rumah kediaman penduduk.

SEMELING – Sasaran 10,000 orang ke pekan Semeling sempena Minggu Pelancongan Kedah Tua yang akan berakhir esok mampu dicapai memandangkan kehadiran pengunjung untuk hari ketiga semalam mencecah 6,000 orang.

Setiausaha Minggu Pelancongan Kedah Tua, Tan Chee Tong berkata, setakat ini, sambutan yang diterima amat memuaskan yang mana keseluruhan kawasan yang dimasukkan ke kalendar pelancongan dilawati pengunjung.

Menurutnya, sebanyak 95 lukisan karakter kartun kanak-kanak, pemandangan, berkaitan sejarah Kedah dan lukisan 3D menghiasi lorong belakang pekan Semeling yang dahulunya sunyi sepi.

“Ini sebenarnya hanya permulaan dan promosi memperkenalkan Semeling kepada orang ramai,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...