TERKINI :

Friday, November 21, 2014

Bila KJ nak turun umur ahli Pemuda Umno?

Saya ingin menzahirkan sokongan kepada kenyataan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin agar had umur pemegang jawatan dalam badan-badan NGO yang berorientasikan belia diturunkan.

Menurut laporan media, Khairy mencadangkan had umur ini diturunkan daripada 40 tahun kepada 30 tahun.

Ini tentulah satu perkara yang baik. Sebagaimana pernah saya tekankan, anak muda lebih mudah didekati jika dipimpin dandiberikan khidmat oleh mereka yang berada dalam lingkunganusia setara.

Untuk rekod, Angkatan Muda PKR (AMK), telah menurunkan had usia bagi pemegang jawatan dan anggota dalam sayap partiini kepada 35 tahun berkuatkuasa bermula pemilihan parti tahun ini.

Sudah tentu, perlaksanaannya akan menjadi cabaran besar. Usul penurunan usia yang dinyatakan boleh menjadi agak drastik bagi sesetengah organisasi.

Justeru, kelonggaran wajar diberikan. Sebagai contoh, had penurunan usia boleh dikurangkan kepada 35 tahun di peringkat permulaan.

Khalid Dan Faekah Paling Bertanggungjawab Dalam Pemberian Ganjaran RM2.6 Juta

oleh Shabudin Husain

Isu pampasan bernilai RM2.6 yang dibayar oleh Perbadanan Menteri Besar atau MBI kepada lapan bekas kakitangan Khalid Ibrahim terus menjadi perbualan hangat setelah Azmin Ali mengakui wujud salah laku dalam pemberian itu.

Menurut Azmin, salah laku itu bukan saja wujud dari segi jumlah pampasan yang diberi tetapi juga kerana prosesnya yang dilakukan secara serta-merta turut menimbulkan keraguan.

Kita tidak akan sembunyikan fakta, malah tidak akan berkompromi dengan salah guna kuasa, tegas Menteri Besar itu lagi.

Sementara Azmin menyerahkan kepada pengurusan baru MBI yang dijangka memulakan tugas pada 1 Disember ini untuk mengambil tindakan sewajarnya, di media-media sosial pula telah bertebaran maklumat mengenai nama penerima dan jumlah ganjaran yang masing-masing terima.

Jumlah yang terpapar itu jelas sangat tinggi, tidak berpatutan dan tidak pernah berlaku dalam sebelum ini di mana-mana kerajaan negeri. Kakitangan menteri di peringkat pusat juga tidak pernah diberikan ganjaran atau pampasan apabila menamatkan perkhidmatan.

Najib korban kebajikan rakyat hapus subsidi RON95

RAFIZI RAMLI | 21 November 2014.

SAYA mengecam sekeras-kerasnya tindakan Datuk Seri Najib Razak dan pentadbiran beliau yang mengorbankan kebajikan dan kepentingan rakyat apabila subsidi petrol RON95 dan diesel dihapuskan sepenuhnya bermula 1 Disember 2014, seperti yang diumumkan sebentar tadi.

Persoalan subsidi petrol dan diesel di negara ini bukan terhad kepada keputusan ekonomi sama ada subsidi baik atau buruk untuk ekonomi negara.

Prinsip yang lebih besar ialah sama ada kekayaan hasil minyak dan gas negara dikongsi bersama dengan rakyat, bukannya dibelanjakan sewenang-wenangnya oleh pemerintah di Putrajaya.

Melalui kaedah subsidi petrol dan diesel yang digunapakai selama berpuluh tahun, sebahagian dari kekayaan itu dikongsi terus dengan rakyat tanpa perlu menunggu peruntukan yang diputuskan oleh pemerintah di Putrajaya.

Dengan penghapusan subsidi petrol dan diesel, keseluruhan kekayaan hasil minyak dan gas dibolot sepenuhnya oleh Barisan Nasional. Mereka menentukan berapa peruntukan yang sampai kepada rakyat.

Apabila KULIAH Syaikh Nuruddin Marbu Al-Banjari pun JAKIM halang..!!!


x 
satu lagi episod malang dalam dunia akhir zaman....jakim meminta untuk tidak menjemput ustaz sheikh nuruddin..atas alasan menimbulkan isu2 sensitif....sepanjang hamba mengikuti kuliah beliau..beliau ada menyentuh mengenai isu rasuah,isu maksiat berleluasa menegur pemimpin..apakah ini salah??bukan kah ini tugas ulama untuk menegur..jangan kerana periuk nasi kamu sebagai ulama diam membisu..maka kamu akan di tanya di akhirat kelak dan neraka kamu di humbankan.....

Apa misi & visi PAS KEDAH menjelang 2015.. OK atau KO..!!

JAMAAH ISLAM, PARTI POLITIK, GERAKAN DAKWAH DAN BADAN KEBAJIKAN : SYARAH RINGKAS.

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2013/12/Mahfuz-Pas-300x202.jpg
KEMANAKAH MAHFUZ AKAN MEMBAWA PAS KEDAH 2015 NANTI?
Membaca dan meneliti visi dan misi PAS KEDAH untuk sessi ini, anda pasti akan temui 4 kata kunci di atas, Pas Kedah berhasrat menjadi sebuah gerakan yang cemerlang dengan pengenalan dirinya adalah 4 muwasafat di atas. Ini adalah syarahan bebas bagi 4 perkara yang dimaksudkan, semoga diberkati, Insyaallah.

JAMAAH ISLAM.

Jamaah Islam atau gerakan Islam merujuk kepada himpunan peribadi Muslim yang telah ditarbiah dengan fikrah Islam yang jelas dan tepat, serta bersatu untuk mengarus perdanakan fikrah Islam tersebut di tengah masyarakat. Jamaah Islam bukanlah sebuah gerakan yang jumud, tetap ia adalah gerakan yang boleh menerima keterbukaan (infitah) serta bersedia mengambil dan mengunakan skil, bakat, kepakaran dan pengalaman para anggota. Ia tidak sesekali akan bersifat eksklusif dan hanya terhad untuk "orang kita".

PARTI POLITIK.

Sebagai sebuah parti politik yang bernuansakan Islam, sudah tentu lah PAS akan bergerak dengan perkiraan "KALAH" atau "MENANG", menang sudah tentu menjadi hasrat bahkan matlamat pas untuk membawa dasar pemikiran pas dalam pentadbiran negeri. Pas perlu sentiasa "DILIHAT" sebagai parti yang terbaik untuk dipilih oleh para pengundi, ini menuntut PAS untuk berinteraksi dengan zaman ini dan menyantuni seluruh masyarakat yang punya hak memilih, tiada mana-mana segmen masyarakat yang dimusuhi oleh PAS, Pas sebagai sebuah parti politik perlu berjiwa besar untuk menerima masukan dari segenap lapisan ummat, dan yang paling penting pas perlu bergerak sebagai parti politik yang bersifat "SEMASA" tanpa mengabaikan "SEJARAH" serta mesti berusaha membina "MASA DEPAN".

Pampasan RM2.6 juta: Exco perlu semak minit mesyuarat

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatanuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, beliau perlu menyemak semula minit mesyuarat Exco pada 27 September lalu berhubung pemberian pampasan bekas kakitangan pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjumlah RM2.6 juta.

Selangor Kini melaporkan, beliau tidak pasti sama ada dalam mesyuarat ketika itu Exco meluluskan atau hanya dimaklumkan mengenai jumlah pampasan itu.

Secara peribadi beliau mengakui baru menyertai dua mesyuarat Exco yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali selepas pulang daripada mengerjakan ibadah haji seminggu yang lalu.

Jelasnya, sudah menjadi amalan sekiranya sesuatu perkara dibincang dalam Mesyuarat Exco minggu ini ia akan disahkan pada mesyuarat seterusnya.

Putrajaya akan memansuhkan subsidi untuk petrol RON95 dan diesel mulai 1 Disember.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek mengumumkan, mulai 1 Disember, penetapan harga runcit RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal, lapor Bernama.

Katanya, tiada lagi subsidi untuk RON95 dan diesel mulai 1 Disember kerana harga pasaran lebih rendah berbanding harga di pam.

Hasan berkata, penetapan harga RON95 dan diesel pada 1 Disember bergantung pada harga pasaran minyak dunia sepanjang November.

Musim perbalahan sesama rakan komponen turut melanda BN


Parti komponen dalam Barisan Nasional turut mengalami musim perbalahan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 November, 2014.
Parti komponen dalam Barisan Nasional turut mengalami musim perbalahan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 November, 2014.Ketika pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tidak senang dengan pemimpin lain dalam pakatan itu, perkara yang sama juga berlaku dalam Barisan Nasional (BN).

Sinar Harian melaporkan, Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Sri Syed Ali Alhabshee marah dengan kenyataan Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA Datuk Seri Ti Lian Ker yang menggesa perwakilan Umno berhati-hati ketika berbahas pada Perhimpunan Agung Umno kali ini.

Syed Ali menyifatkan kenyataan MCA itu sebagai satu tindakan lucu dan menyibuk.

Syed Ali berkata, tindakan ahli politik MCA itu tidak wajar kerana Umno sama sekali tidak pernah mencampuri urusan perhimpunan agung parti itu.

"Setiap pemimpin dan ahli Umno tahu apa yang mereka perlu buat untuk memperkukuhkan parti.

"Tidak perlu ditunjuk dan diajar mana-mana parti komponen lain. Jangan jadi seperti ketam mengajar anak, perjuangan sendiri pun bermasalah tetapi mahu mengajar orang lain pula," katanya kepada Sinar Harian Online.

Haram pakai lilitan di lengan baju & Qasidah mohon bantuan Rasulullah syirik


Datuk Dr Juanda Jaya  
Datuk Dr Juanda Jaya
KANGAR - Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis meminta supaya anggota beruniform seperti polis dan ahli sukan beragama Islam tidak memakai lilitan hitam ataupun warna lain di lengan baju kerana perbuatan itu adalah haram.

Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya berkata, perbuatan berkenaan sering dilakukan ketika kematian sedangkan ia merupakan adat kebudayaan bagi orang kafir.

“Pihak kami telah menyemak perkara ini dan mendapati Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1987 telah membuat keputusan bahawa perbuatan itu haram, oleh itu Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju sebulat suara menerima keputusan itu.

“Setiap bentuk pakaian bagi tujuan sosial atau sebagainya yang dipakai oleh orang Islam hendaklah tidak melibatkan unsur-unsur yang khusus dengan adat atau keagamaan bagi agama lain,” katanya merujuk kepada keputusan berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Seminar Pendidikan Fatwa Kesihatan Peringkat Negeri Perlis di sini, semalam.

Senarai 8 orang yang dapat pampasan serta nilai wang yg ditawarkan


Bandaraya Getah : Idea Katun Siapakah ini..????

Zulkifli Yahaya

http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/BandarrayagetahdiKedah/pix_gal1
INILAH JANJI BN : Barisan Nasional (BN) Kedah akan membangunkan Bandaraya Getah Kota Putra di Padang Terap, di sini, sekali gus menyediakan 13,000 peluang pekerjaan berpendapatan sederhana dan tinggi jika kembali mentadbir Kedah.
Bandaraya Getah Kedah tercatat dalam ucapan Bajet 2015, sebagai satu dari enam projek pemangkin ekonomi negeri ini.

Cadangan tapak untuk bandaraya getah ini adalah Ladang Bukit Ketapang di Daerah Padang Terap, nama yang langsung tiada dalam peta industri mahupun pelancongan. Exco yang menjaga potfolio pelaburan mengakui bahawa selepas cadangan mewujudkan Bandaraya Getah diumumkan barulah turun mengenalpasti tapak. Tapak asal yang dicadangkan di Durian Burung tidak sesuai kerana kawasan berbukit. Umum dulu, kaji kemudian.

Asas pengwujudan sebuah bandar ialah kehadiran sekelompok manusia yang agak ramai untuk menyokong. Apabila adanya manusia maka wujudlah premis-premis yang berfungsi untuk memenuhi keperluan manusia seperti pasaraya, balai polis, hospital, sekolah dan sebagainya. Semua itu tidak wujud terlebih dahulu sebelum adanya manusia yang ramai.

Caj arak: Henti tipu penumpang Islam wahai MAS..!!!

HASLINA KAMALUDIN, HASNIZA HUSSAIN & MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY

PPIM menganggap tindakan MAS memasukkan caj arak dalam tiket dianggap menipu penumpang khususnya yang beragama Islam dan perlu dihentikan segera.  
PPIM menganggap tindakan MAS memasukkan caj arak dalam tiket dianggap menipu penumpang khususnya yang beragama Islam dan perlu dihentikan segera.
SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa syarikat penerbangan MAS supaya menghentikan caj arak dalam tiket pesawat.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, caj itu memperlihatkan MAS menipu penumpang terutama pengguna Islam yang tidak menyedari tiket yang dibeli turut disertakan dengan caj arak.
http://utusandaily.blogspot.com/2014/11/4-hotel-paling-unik-di-malaysia.html
"Isu ini bukan perkara main-main kerana melibatkan penumpang Islam. Kerana itu, saya kata penumpang boleh ambil tindakan saman terhadap MAS jika merasakan mereka tertipu dengan tindakan syarikat itu yang (sengaja) memasukan caj arak dalam setiap tiket yang dibeli.

“Sebelum ini, PPIM ada menasihati MAS supaya menghentikan hidangan arak dalam pesawat. Kita harap perkara ini akan dapat dipertimbangkan oleh mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Bila pula Najib nak umum minyak orang miskin bagi turun nie?

Rafizi: Najib wajar umum harga RON95, diesel turun

Rafizi 
 
PENGUMUMAN harga RON97 turun sebanyak 20 sen semalam membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan pentadbirannya tahu kemarahan rakyat yang semakin memuncak apabila harga petrol dan diesel tetap tidak turun sedangkan harga minyak mentah di pasaran dunia telah jatuh sebanyak 20 peratus sejak dua bulan lalu.

Pada harga minyak mentah di pasaran dunia yang berlegar sekitar AS$80 setong, harga pasaran (tanpa subsidi) bagi RON95 ialah RM2.43 seliter sementara harga pasaran (tanpa subsidi) bagi diesel ialah RM2.32 seliter.

Dengan harga RON95 dan diesel yang ditetapkan oleh BN pada harga RM2.30 seliter (RON95) dan RM2.20 seliter (diesel), subsidi bagi setiap liter petrol RON95 adalah 13 sen dan diesel adalah 12 sen.
 

Polis tahan lelaki yang disyaki kurang siuman membakar al-Quran di Kedah

pdrm
ALOR SETAR - Polis menahan seorang lelaki berhubung penemuan beberapa cebisan helaian al-Quran dipercayai dibakar di dalam tong di sebuah medan selera berhampiran sebuah pasar di sini, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Kedah, Datuk Zakaria Yusof berkata, lelaki itu ditahan di sebuah pasar raya di Mergong di sini, kira-kira 3 petang tadi.

Katanya lelaki itu, yang belum diketahui maklumat dirinya, akan dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan.

"Mengikut keterangan peniaga-peniaga di pasar itu, lelaki berkenaan sentiasa dilihat berkeliaran di kawasan pasar dan sentiasa membakar kertas-kertas di tempat pembakaran terbabit," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Syukur..betapa suci dan murninya ahli politik malaysia sebab tak terlibat kes PATI...!


PATI: Tiada ahli politik atau orang dalam terlibat


Jabatan Imigresen mengesahkan siasatan mendapati kes kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana ahli politik mahupun 'orang dalam' Jabatan Imigresen.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen Bahagian Kawalan, Datuk Sakib Kusmi berkata ini mendapati mereka dibawa masuk oleh ejen haram melalui jalan tikus iaitu jalan laut atau darat.

Beliau berkata jalan tikus yang digunakan oleh PATI adalah laluan yang tidak digazetkan sebagai pintu masuk yang dikawal Jabatan Imigresen.

"Jalan-jalan tikus ini adalah di luar bidang kuasa Jabatan Imigresen kerana ia dikawal oleh agensi-agensi penguatkuasa yang lain seperti tentera, polis, Unit Pencegah Penyeludupan dan Unit Tindakan Khas," katanya kepada Bernama.

Sakib juga berkata setakat ini tidak ada sebarang bukti mengaitkan pembabitan ahli politik dan 'orang dalaman" jabatan itu dalam isu ini.

"Bagaimanapun jika terbukti, mereka boleh ditahan dan disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (Pindaan 2010)(ATIPSOM).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pembabitan ahli politik dan orang dalaman Jabatan Imigresen dalam isu pendatang asing di negara ini, terutamanya berhubung pencerobohan tanah di Cameron Highlands, Pahang.

Awas! Jika anda membunuh tanpa niat pencuri yang datang mencuri ada hukuman penjara sedang menanti..!


Anggota RELA ditahan kes tembak cuba curi lembu


Polis menahan seorang anggota RELA kerana disyaki melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki yang dipercayai cuba mencuri lembu di Gua Musang, kelmarin.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata lelaki berusia 48 tahun itu kini direman empat hari untuk siasatan lanjut.

"Saya nasihat kepada semua untuk berhati-hati menggunakan senjata api kerana ia melibatkan nyawa, memang kita diberi hak untuk mempertahankan diri," katanya kepada pemberita ketika melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Tiong di Kota Bharu semalam.

Kelmarin, seorang lelaki dipercayai cuba mencuri lembu di sebuah ladang sawit di Sungai Terah, Gua Musang maut dipercayai ditembak pemilik lembu berkenaan yang juga anggota Rela di ladang itu.

Dalam kejadian pada jam 6.05 pagi itu, pemilik lembu terbabit, mengejar dua lelaki yang menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero dalam ladang sawit berkenaan.

Selepas kenderaan Pajero itu terbabas, seorang suspek berusia 33 tahun dipercayai melibas parang menyebabkan pemilik lembu itu melepaskan tembakan dan suspek berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan tembakan di badan.

Kedah harap segera bina Hospital Pendang


ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah berharap pembinaan Hospital Pendang dapat dilaksanakan segera demi kebajikan penduduk.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, Kesihatan dan Perpaduan Negeri, Datuk Dr Leong Yong Kong berkata, pembinaan Hospital Pendang adalah antara 10 projek keutamaan kerajaan negeri.

"Projek pembinaan Hospital Pendang telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11). Kerajaan negeri sentiasa berusaha dengan kerjasama Kementerian Kesihatan supaya ia dapat dilaksanakan lebih awal," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Peruntukan Tahun 2015 dan Ucapan Bajet Negeri Kedah 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Mengenai cadangan pembinaan hospital di Bandar Baharu, beliau berkata jawapan daripada Kementerian Kesihatan menyatakan bahawa tidak ada keperluan membina hospital itu kerana ia berdekatan dengan Hospital Parit Buntar, Perak dan Hospital Kulim.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...