TERKINI :

Thursday, November 20, 2014

Jelas wujud salahguna kuasa pej. MBI bagi RM2.6J - Azmin


'Pampasan pembantu Khalid salah guna kuasa'



Menteri Besar Azmin Ali berkata jelas wujud salah guna kuasa terhadap pemberian pampasan RM2.6 juta daripada Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) kepada bekas pembantu pendahulunya Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Ya, terlalu jelas wujud salah guna kuasa bukan sahaja dari segi jumlah malah proses pemberian pampasan.

"Penyaluran ganti rugi kepada lapan orang ahli lembaga MBI itu dilakukan serta merta dan ia jelas meragukan," Azmin dipetik sebagai berkata selepas Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), di Shah Alam, hari ini.

Sinar Harian juga melaporkan, “penyelewengan” pengurusan terdahulu MBI “sangat ketara” dan bukan sahaja membabitkan nilai pampasan malah proses pembayaran juga.

Agenda menurunkan Presiden PAS angkara siapa?

http://4.bp.blogspot.com/-QbFVIJw-PA4/VGv3MEZYzhI/AAAAAAABv8k/NuwxcKm_YPI/s1600/hadi1.jpg

AGENDA MENURUNKAN TGHH SEBAGAI PRESIDEN ANGKARA SIAPA?

1. Saya menggesa agar mana mana individu yang terlibat dalam agenda ini supaya fahamkan erti sebenar perjuangan PAS yang meletakkan Allah dan Rasul sebagai kuasa pemutus yang tertinggi. Bukanlah muktamar, mesyuarat AJK PAS Pusat atau sesiapa pun termasuk Presiden PAS sendiri. Apabila Presiden membuat keputusan yang bercanggah dengan Allah dan Rasul, kita tolak. Sekiranya tidak, wajib bagi kita untuk mematuhinya.

Sabda Nabi SAW "لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق"

Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara yang menjadi maksiat kepada Allah.

Ulasan aku....

Saya menggesa agar mana-mana individu yang membantah, menentang dan menghalang agenda ini supaya faham isu sebenar. Saya tidak mengatakan bahawa ada agenda menurunkan TGHH sbg Presiden tetapi jika ada pun ianya tidak salah malah tidak bertentangan dengan syarak dan Perlembagaan PAS.

Benar perjuangan PAS meletakkan ALLAH dan RASUL sebagai pemutus atau kekuasaan tertinggi. Bukan PAS sahaja malah semua org Islam wajib meletakkan ALLAH dan RASUL di tempat tertinggi sesuai dengan rukun Islam pertama iaitu mengucap dua kalimah syahadah. Tiada tuhan selain ALLAH dan Muhammad itu RASULULLAH.

1MDB: Najib dan barisannya patut berundur atau diundurkan 'instantaneously'

oleh Aspan Alias

http://1.bp.blogspot.com/-doRUe_2ZuvY/TdEBcUfcnlI/AAAAAAAASNQ/fF34JRV3YMk/s1600/Najib+gigit+jari.jpgPerhimpunan agong UMNO kali ini merupakan perhimpunan agong yang sangat dinanti-nantikan oleh orang ramai, bukan sahaja oleh ahli-ahlinya. Rakyat mahu tahu dan melihat apakah perbezaan yang boleh dilihat dalam perhimpunan itu kali ini. Persoalannya adakah UMNO akan menunjukan ‘seriousness’ untuk menangani masalah kereputan parti itu atau pun perhimpunan agong itu akan hanya seperti lazim kita lihat, dalam mana pemimpin-pemimpinnya akan bercakap dengan nada yang tinggi ibarat hala-lintar dan bergegar-gegar yang di selangi oleh lawak-lawak jenaka bodoh oleh pelawak yang datang dari seluruh negara.

Banyak resolusi dan ketetapan telah diambil dalam perhimpunan-perhimpunan yang dulu-dulu tetapi parti itu seperti biasa, semakin hari semakin lusuh seolah-olah tidak bermaya untuk melakukan apa-apa untuk menunjukan perubahan dan perbezaannya.

Adakah perhimpunan kali ini masih seperti perhimpunan yang terdahulunya dengan lawak jenaka yang tidak henti-henti dengan pemimpin di atas pentas ketawa besar yang boleh dilihat dalam akhbar-akhbar pemimpin-pemimpinnya ketawa terbahak-bahak dengan menepuk tangan diatas kepala masing-masing?

Apa Gunanya parlimen Jika Tidak Berfungsi Sebenarnya ?

Oleh Abu Hassan Adam

http://inijalanku.files.wordpress.com/2008/08/sidang-parlimen-pru12.jpg
Dari jauh aku terbaca artikel dalam Malaysiakini berjodol,’ MPs fume as TPPA queries go unanswered’ bertarikh 17 November 2014.Sebagai rakyat yang perihatin, walau dari mana sekali pun hati ini tetap ‘berada’ di Malaysia dan pastinya mengikuti dengan teliti apa saja perkembangan yang berlaku dalam Negara, terutama yang berkaitan dengan kesejahteraan bangsa dan Negara.

Biark aku petik kenyataan Malaysiakini yang menyebabkan aku merasa tersentak. “Several Pakatan Rakyat MPs today were once again left frustrated after Deputy International Trade and Industries Minister Hamim Samuri refused to answer questions on the Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) in the Dewan Rakyat.”

Membaca kenyataan di atas teringat pula aku tentang istilah “COP’ yang sering digunakan dalam permainan ketika kanak-kanak dulu. Rupa-rupanya di Parlimen Malaysia juga boleh digunpakai konsep ‘COP” sedemikian. Rupanya ‘dibenarkan’ sekiranya seseorang Menteri atau Timbalan Menteri tidak mahu menjawab soalan yang dikemukakan oleh wakil-wakil parlimen. Dan Timbalan Speaker pula membenarkan Timbalan Menteri berkenaan meneruskan tanpa menjawab soalan yang dikemukakan Ttidak hairanlah jikalau ramai yang menyesuaikan tindakan Timbalan Menteri berkenaan dan tindakan Speaker sebagai “Malaysia Boleh”!!

Siapa yang peduli rintihan si miskin....JKKK, Tok Penghulu, Adun, Ahli Parlimen, Menteri dan PM...!!

Oleh Abd Shukur Harun

http://2.bp.blogspot.com/_ADhgk-qOaVk/TF_h1nESzXI/AAAAAAAAC2k/AsA6Mrp8FMw/s400/barang+naik2.JPG
Ketika harga barang keperluan naik melambung, rakyat biasa merasakan sangat tertekan dengan kos hidup yang demikian tinggi, keluhan dan rintihan rakyat terdengar di sana sini, tetapi siapalah yang pedulikan mereka in.

Orang besar dan kaya meneruskan hidup bermewah-mewah mereka. Kereta besar beberapa biji menjalar di garaj banglo mereka di atas bukit di kota besar. Puan seri dan mak datin jarang sekali ke pasar dan tidak pedulikan harga barang dapur naik atau tidak naik.

Semuanya ada van yang datang ke banglo mereka untuk menghantar bahan mentah untuk dimasak oleh orang gaji.

Siang dan malam ada saja lunch dan dinner silih berganti bagi mereka di dewan atau hotel ternama – merai dan diraikan. Makanan yang dihidangkan pelbagai dan lazat. Silih berganti senyum dan gelak ketawa orang kaya dan ternama, menggambarkan kehidupan mereka tidak ada masalah. Dirver orang besar dengan kereta besar menjalar menunggu sertia di tempat parking, menunggu sedia orang besar dan isteri untuk dibawa pulang selesai jamuan.

Politik Banjir : Orang nak pie bantu dia tanya surat, bila orang tak pie dia tanya kenapa tak mai bantu?

DrAzman Ibrahim
2 hrs · Kampung Buluh ·

http://4.bp.blogspot.com/-Fo0yMDbN60o/TcDX2U0sCBI/AAAAAAAAAg8/9aqZlhT0kOc/s1600/page.jpg
Gambar Hiasan
Tersebar dalam media sosial apa yang saya istilahkan sebagai tuduhan bertaraf sampah murahan kononnya Unit Amal PAS tak memberikan bantuan kepada pelajar-pelajar Unisza yang terperangkap banjir.

Dipersoalkan di mana Unit Amal PAS? Kononnya hanya Pemuda Umno yang membantu.

Saya tak pasti benarkah Pemuda Umno telah membantu, tetapi faktanya Unit Amal PAS telah tidak dibenarkan masuk ke kawasan Kampus serta asrama pelajar.

Kalau nak masuk membantu, mesti kena buat surat permohonan rasmi dulu.

Nak tunggu surat dapat kelulusan, kalau orang lapar jadi kebulur dulu! Kalau orang tenggelam jawabnya mati lemas dulu!

MEMALI..!! AKU tidak mudah lupa..!!

Ridzwan Abu Bakar

http://2.bp.blogspot.com/-VMzfVE4W6jw/UlVDBHYCSKI/AAAAAAAAAAo/Yjlrd7xE3Zg/s1600/as2.jpg
Selepas solat Asar pada 19 Nov 1985 (29 tahun yang lalu), perlembahan ilmu Derang yang damai dikejutkan dengan kehadiran segerombolan "soldadu" yang datang untuk "menyiasat" dan "mengambil" dua orang anak penjenayah (seperti yang digambar dan digemburkan), anak-anak tarbiah yang sedang asyik membaca Ma'thurat masing-masing tertanya "apa yang sebenarnya berlaku?" "pasai apa soldadu terlalu ramai?", "nak tangkap sapa?". "salah apa?" dan puluhan soalan berlegar dan bermain dalam benak-benar anak-anak Markaz Tarbiah Islamiah (nama lama bagi Ma'had Tarbiah Islamiah, Derang).

Rupanya pada pagi itu, penjenayah (istilah yang digunakan oleh Musa Hitam dan mereka yang bersama dengannya) telah dibunuh dalam satu serangan keatas rumahnya di Kg Memali, Baling Kedah. Tidak cukup dengan hanya membunuh sang ayah, penguasa yang rakus pada waktu itu telah menangkap seluruh anggota keluarganya (termasuk anak yang masih menyusu - Nurusshuhada binti Ibrahim), itupun belum cukup untuk memuaskan nafsu serakah sang penguasa, mereka "ligan" dua orang lagi anak beliau yang sedang "mengaji" di Markaz Tarbiah Islamiah Derang. Mereka seakan mahukan seluruh anggota keluarga ini di"masuk"kan kedalam,barulah negara ini akan aman damai.

Apabila KJ & Tun M berkongsi pentas...

Senyum misteri Dr M, KJ jawab isu 1MDB

 
Jarang untuk dilihat dua sosok yang dilihat mempunyai 'perang dingin' ini berkongsi pentas.

Tetapi itulah yang berlaku antara bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di Putrajaya hari ini.

Di sebalik perbezaan pendapat, kedua-dua tokoh itu bagaimanapun dilihat senada berdepan soalan pemberita berhubung isu sekitar syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ditanya dalam sidang media sama ada perhimpunan agung Umno minggu depan patut membincangkan isu itu, Mahathir dan Khairy hanya membalasnya dengan senyuman, tanpa sepatah kata dilontarkan.

Ekoran itu, penganjur campur tangan dan menyebut: “Soalan lain”.

GST bercanggah Dasar Ubat Nasional, kata MP


MP Sibu, Oscar Ling Chai Yew berkata kerajaan sepatutnya mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berkadar sifar ke atas semua ubat berjadual.

Menurutnya, pada masa kini kerajaan mengenakan kadar cukai sifar ke atas Senarai Ubat Penting Kebangsaan (NEML) namun ia hanya meliputi kira-kira 13 peratus daripada jumlah keseluruhan ubat.

Sebanyak 87 peratus ubat lain dikenakan GST, kata Ling.

Katanya, penguatkuasaan kadar cukai itu bercanggah dengan Dasar Ubat Nasional yang menekankan "ubat berkualiti dan mampu diperolehi oleh semua".

"Saya berharap agar kerajaan mengkelaskan semula semula ubat berjadual di bawah kadar GST sifar demi rakyat miskin, bagi menterjemahkan dasar kerajaan prihatin menjadi realiti," katanya.

Ling yang juga seorang ahli farmasi berkata demikian dalam sidang media di bangunan Parlimen pagi ini.

Khalid Oh Khalid : Pembantu diberi pampasan RM2.6juta, tapi 19 pekerja kena berhenti macam itu aja

Pampasan bagi pembantu tapi tamat perkhidmatan 19 staf PKNS Holdings 
– Dr Aiman Abdullah

http://1.bp.blogspot.com/-Omqy6WOSx7E/UVaIwQmDHpI/AAAAAAAAU7c/EmxV-knP6M4/s1600/Najib+Tun+Razak+Khalid+Ibrahim+Anwar+Ibrahim.jpg 

Kami merujuk kepada laporan media bertarikh 16, 17 dan 18 November 2014 tentang dakwaan pembayaran luar biasa "golden handshake" bernilai RM2.6 juta sebagai “pampasan” yang diberikan kepada lapan pembantu bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kami ingin menyatakan kesedihan kami dan kekecewaan yang amat sangat sekiranya berita tersebut didapati benar; dilaporkan bahawa hal tersebut tidak mengikut prosedur yang betul dan kini dalam siasatan.

Pentadbiran Selangor di bawah Khalid dengan tergesa-gesa sanggup menamatkan perkhidmatan kami yang berjumlah 19 orang atas alasan kononnya "langkah penjimatan" tetapi dengan sewenang-wenang memberikan pembayaran pampasan dengan jumlah yang sangat besar kepada hanya lapan orang pembantunya.

Apa punya BODO Kjaan BN Mukriz nie, buat KUIN untuk budak belajaq pun depa kata satu kesilapan..!!!

oleh AnakKedah007


BAYAQ JANGAN TAK BAYAQ... JIKA RUGI KALU DAN HANGPA BERANI JUAL LAH KUIN TUU...
ALAA BAYAQ UNTUK ANAK BANGSA SEAGAMA MENUNTUT ILMU..TAKAN SALAH KOT...

PIE BUAT PEKAN RABU BOLEH, LAPANGAN TERBANG BOLEH, BANDAR GETAH BOLEH, TAPI NAK BUAT UNTUK ANAK BANGSA MENGAJI TAK BOLEH PULAK....

Untuk makluman lagi utk puak bengong nie.... KUIN dibina utk tujuan pendidikan bukan untuk tujuan pelaburan. Hang pa memang otak lanun..... Yang hang pa tau duit untung duit untung.....asyik pikiaq nak buat bisnes dgn rakyat aja yg hang pa tau...

depa nie takut sbb pakatan nk bg rakyat cerdik tp BN nk rakyat bodph supaya senang diperbodohkan.. itu aja.....

SUMBER : KLIK SINI

Pimpinan kampus sekitar 1990'an di Timur Tengah dahululah yang mencorak cara kerja PAS waktu kini..!!


Syah Matt Danger

http://2.bp.blogspot.com/-6LRDbizUSi0/TuWNnpCrr9I/AAAAAAAABK8/PTxAwSnsGh8/s1600/azhar.jpg 

Tulisan Ust Hasrizal mengingatkan cerita-cerita jamaah/PAS di Jordan sekitar 20 tahun dulu. Cukup menggamit kenangan & byk warna warninya. Ada dikalangan sahabat sepengajian yg dirasuk politik kampus.

Label melabel, menghukum serta menghentam. Jawatan yg dipegang seolah-olah satu anugerah, mulia & maksum.

Wujud 3 kelompok pelajar di Jordan.
  1. Satu kelompok berkupiah yg menganggap terpilih & suci serta pejuang sejati-ahli jamaah.
  2. Satu kelompok pelajar yg tidak berkupiah dianggap julas & tidak ditarbiah.
  3. Satu kelompok yg dianggap musuh jamaah Islam, keluar dari jamaah, wajib dijauhi dan dilabel sebagai puak IRC dan JIM.
Tahun '98 adlh tahun reformasi politik. Ustaz Fadzil Noor mengabungkan parti pilitik & NGO dibawah satu nama GERAK menuntut keadilan & menentang kezaliman BN tlh mengubah landskap politik sehingga ke Jordan.

Siapa biaya 6 projek mega di Kedah..?


Ketua Pembangkang Dun Kedah yang juga Adun Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah (kiri) berbincang sesuatu bersama Adun Alor Mengkudu, Ahmad Yahaya.  
Ketua Pembangkang Dun Kedah yang juga Adun Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah (kiri) berbincang sesuatu bersama Adun Alor Mengkudu, Ahmad Yahaya.

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah digesa memperjelaskan sama ada enam projek mega yang disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11), dibiayai sendiri atau pelaksanaannya kelak bergantung kepada kelulusan peruntukan daripada Pusat.

Ketua Pembangkang Dun Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, projek mega yang digariskan itu perlukan modal yang besar, dan adakah kerajaan negeri berhasrat menjalin kerjasama dengan pihak swasta melalui Pelaburan Langsung Asing (FDI) dalam memastikan perancangan itu direalisasikan.

http://utusandaily.blogspot.com/2014/11/4-hotel-paling-unik-di-malaysia.html

“Peruntukan untuk melaksanakan enam projek itu tidak disebut dalam bajet, bermakna ia hanya perancangan masa depan. Mohon perincikan setiap projek sama ada guna peruntukan negeri atau Pusat berikutan ekonomi sekarang kurang memberangsangkan,” katanya, ketika sesi perbahasan Bajet 2015,  semalam.

Exco : Tiada sebarang pindaan atau ubahsuai pada pembinaan Kompleks Aman Central

Kompleks Aman Central dibina ciri syiar Islam

Mohd Rawihttp://1.bp.blogspot.com/_AvBroHHIW4M/S9fx05Zgv1I/AAAAAAAACcs/8ysiGpk6vYc/s400/nasir+m.JPG 

ALOR SETAR - Kompleks Aman Central akan dibina dengan ciri-ciri syiar Islam seperti yang dirancangkan kerajaan sebelum ini walaupun ada cadangan supaya mengubahnya.
 
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan Kedah, Mohd Rawi Abd Hamid berkata, kerajaan BN tetap meneruskan cadangan pembinaan kompleks itu termasuk membina surau yang boleh menampung 400 jemaah, dengan struktur binaan indah dalam kompleks itu.
 
"Seperti yang dicadangkan, surau akan diletak berhadapan pintu masuk di aras bawah kompleks dan pelan binaan itu masih diteruskan walaupun ada cadangan daripada pihak pemaju sebelum ini yang mahu memindahkannya ke aras lima.
 
"Mengikut laporan yang saya terima, ia masih kekal dan tiada sebarang perubahan dibuat dan kita sendiri tidak setuju jika pelan asal itu diubah," katanya semasa menjawab soalan Mohd Nasir Mustafa (Pas-Kubang Rotan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah hari ini. 

Pendang - Ibu tabah jaga anak terlantar


Sofuan memberi Mohd Naim susu khas ketika ditemui di rumah mereka, semalam.  
Sofuan memberi Mohd Naim susu khas ketika ditemui di rumah mereka, semalam.
PENDANG - Seorang ibu tabah menjaga anak lelakinya yang terlantar akibat hilang tempurung kepala selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya setahun lalu.

Sofuan Bakar@ Jamaludin, 47, berkata, anaknya, Mohd Naim Mat Rodi, 18, perlu diberi perhatian kerana terlantar di rumah mereka di Kampung Baru Banggol Pauh, dekat sini.

Menurutnya, pada kejadian 20 Disember tahun lalu, motosikal ditunggang anaknya dirempuh sebuah kereta menyebabkan Mohd Naim mengalami kecederaan parah di kepala.

"Anak saya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar selama dua minggu dan tempurung kepalanya terpaksa dibuang akibat kecederaan yang dialami.

"Demi nyawa anak, saya rela pembedahan membuang tempurung kepala dijalankan. Selepas pembedahan, saya tak berani nak tengok wajah anak, tapi saya kuatkan semangat demi Naim," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Adakah Malaysia sudah tak ada 'telur'..???

Sebutir telur yang memalukan...!!!
ABDUL JALIL ALI

http://indonetwork.co.id/pdimage/61/371261_telursegar.jpg 
 
SEKIRANYA semua berlapang dada, terus ketawa dan tidak berbuat apa-apa, dalam masa 10 tahun lagi, kita mungkin terpinggir di negara sendiri. Jangan terkejut jika pendatang asing menjadi tuan di tempat kita.

Juga, sekiranya pihak berkuasa kita tidak bertindak tegas, berkhayal dan asyik lena dalam kealpaan, orang kita sendiri akan hidup dalam ketakutan, menjadi kuli batak, dan diperkotak-katikkan makhluk-makhluk asing. Alangkah ngerinya!

Harap-harap bayangan ngeri ini tidak terjadi. Tetapi kemungkinan untuk terjadi tidak boleh ditolak bulat-bulat. Hakikat di hadapan mata ialah pendatang asing telah melimpah di negara berdaulat ini.

Hendak tahu berapa bilangan pendatang asing yang kini mengasak setiap sudut di negara kita? Menurut Datuk Richard Riot, ada 6.7 juta pendatang asing yang kini mengisi pasaran kerja di tempat kita. Begitulah ramainya!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...