TERKINI :

Wednesday, November 19, 2014

Cameron Highland - Surat Kuning dari Istana : Ini Jawapan Sultan Pahang

Sultan Pahang tegaskan tidak tahu menahu mengenai surat kuning

Pahang's Sultan Ahmad voicing displeasure over clean-up efforts following the recent mud floods. 

CAMERON HIGHLANDS 19 Nov. - Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menegaskan hari ini baginda tidak tahu menahu mengenai wujudnya surat kuning atau surat daripada istana untuk tujuan pembangunan atau pertanian di Cameron Highlands.

Ditanya mengenai perkara itu baginda bertitah, "Jika ada yang mengemukakan surat kuning terbabit guna nama istana, saya sendiri akan pukul dia, saya nasihatkan jangan percaya".

"Semak dahulu dengan kerajaan negeri, mereka jangan sewenang-wenangnya menggunakan nama orang lain, jika saya tahu siapa, saya akan bagi cukup-cukup," titah baginda.

Sultan Ahmad Shah bertitah dalam sidang akhbar selepas berkenan melawat kawasan banjir di Lembah Bertam di sini, hari ini.

Turut sama Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan pimpinan kerajaan negeri.

Bujet Jalan di Kedah : Zaman PAS dulu hangpa hingaq macam barua, mai lanie depa buat pulak tak apa..!!

dari AnakKedah007


HANGPA TENGOK KELAKU UMNO BN...masa Ust Azizan memerintah dahulu mereka bukan main bising isu bajet jalanraya nie.... siap kata ada penyelewengan peruntukan....

Tapi sekarang cuba lihat apa mereka lakukan.... Jika zaman Ust Azizan dikatakan seleweng... mai zaman Mukhriz nie nak panggil apa pulak....

Bayangkan BUJET RM150juta tapi guna sekitar RM24juta sahaja sedangkan ARWAH dahulu BUJET RM150juta guna RM50juta... kira 33% tapi mai BN lagi banyak digunakannya sampai tahap 25% sahaja dan selebihnya bawa pie mana?
SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

Daripada Isu Transgender, Lebih Berpahala Pemuda UMNO Bawa Usul Caj Arak Dalam Tiket MAS

oleh Shahbudin Husin,

http://i.imgur.com/UycylTX.jpg
Sebagaimana yang dilaporkan media, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, antara usul yang akan dibawa dan dibahas dalam Perhimpunan Agung pergerakan itu tahun ini ialah mengenai transgender.

Isu ini menjadi bualan baru-baru ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa undang-undang syariah Negeri Sembilan yang menjatuhkan hukuman kepada lelaki yang berpakaian wanita di tempat awam adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan itu turut mendapat kecaman daripada banyak pihak, daripada pemimpin politik, mufti, NGO serta orangramai yang menganggapnya mencabar serta bertentangan dengan hukum Tuhan.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan, dalam mewajarkan keputusan membawa usul tersebut berkata, kebimbangan Pemuda sudah tidak dapat dibendung lagi, selain masyarakat mahu tahu pendirian Pemuda dalam isu tersebut.

Lagi pula, jika isu agama dan semasa tidak boleh dibincangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO, apa yang boleh dibincangkan lagi? tegasnya yang terus mempertahankan isu transgender itu walaupun mendapat cemuhan banyak pihak.

Memang tidak dapat dinafikan Perhimpunan Agung UMNOlah tempat paling sesuai membincangkan isu-isu semasa, tetapi isu transgender yang berbangkit baru-baru ini bukanlah isu mendesak bagi Pemuda UMNO untuk menjadi juaranya.

Awat berlagak sangat pegawai TNB nie, orang kg mati habih dah kaa tak tolong pak cik nie..???



Kerajaan kata mereka belum buat keputusan nak turun harga minyak orang miskin..!!

Kerajaan belum buat keputusan harga petrol RM95
Published: 19 November 2014

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/HASANMALEK_070614_TMIAFIF_004.jpg
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek (gambar) berkata kerajaan belum membuat keputusan harga petrol RON95 walaupun harga RON97 turun kepada RM2.55 seliter.

Beliau berkata keputusan itu bergantung kepada keadaan semasa termasuk melihat hasil mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (Opec) pada akhir bulan ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan sebarang keputusan yang dibuat kerajaan akan mengambil kira kepentingan rakyat di negara ini.

"Sama ada ia (RON95) akan diturunkan ini bergantung kepada keadaan semasa...jadi kalau memerlukan kita buat keputusan sama ada popular atau tidak popular, kita tunggulah pada masa yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Petronas Penapisan Melaka di Sungai Udang di Melaka, hari ini.

Apabila LAWYER pun UMNO jadikan sama taraf dengan JKKK



Beginilah nasib golongan terpelajar dan bijak pandai dalam negara apabila diurus tadbir oleh umno bn.... Mana aja yang tak sehaluan dengan mereka lalu dibuat satu lagi supaya jadi sehaluan dengan mereka...

Mamat ludah dan kepak viper kereta dah kena dakwa dimahkamah..

Pengarah syarikat didakwa ludah, ugut wanita


Seorang pengarah syarikat perunding hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Petaling Jaya atas pertuduhan melakukan khianat dengan meludah dan membengkokkan pengelap cermin kereta serta membuat ugutan jenayah terhadap seorang pembantu peribadi wanita dua hari lepas.

Khoo Kok Ann, 58, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Salamiah Salleh.

Mengikut pertuduhan pertama, Khoo didakwa melakukan khianat dengan membengkokkan pengelap cermin depan dan meludah ke arah cermin hadapan kereta Perodua Kenari putih milik Alisa Thean Wei Yun, 45, yang melibatkan anggaran kerugian RM40 di Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) susur keluar Putrajaya (atas jejambat) pada 8 pagi 17 November lepas.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Exco PAS tak terlibat meluluskan RM2.6J untuk 8 bekas kakitangan MBI


'Bukan exco PAS luluskan bayaran RM2.6 juta'


Empat bekas exco PAS yang kekal hingga ke akhir bersama pentadbiran menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini dikatakan tidak meluluskan bayaran RM2.6 juta daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI kepada lapan bekas kakitangannya.

Justeru, kata anggota parlimen PAS di Shah Alam Khalid Samad (kanan), sebarang usaha untuk mengheret PAS Selangor dalam isu itu adalah “berniat jahat”.

Beliau juga menggesa siasatan segera dibuat oleh kerajaan negeri berhubung perkara itu.

Berhubung laporan bahawa exco PAS meluluskan bayaran itu dalam mesyuarat exco terakhir mereka, Khalid Samad berkata mereka hanya dimaklumkan dan kelulusan tidak dibuat mereka.

Ia sebaliknya, tambah Khalid Samad, dibuat oleh lembaga pengarah MBI sendiri.

Bukan akui kesilapan tetapi hutang 1MDB - Mahfuz

SALMIYAH HARUN | 18 November 2014.


KUALA LUMPUR: Datuk Mahfuz Omar meragui penjelasan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berhubung hutang 1MDB di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempertikaikan penjelasan Ahmad yang mengakui tidak ada niat untuk mengelirukan dewan.

"Pada hari tersebut dia mengelirukan dewan. Seperti bunuh tanpa niat. Ini mengelirukan tanpa niat," bidas Mahfuz ketika mencelah.

Tegas Mahfuz, persoalan yang sebenarnya bukan mengakui kesilapan tetapi hutang 1MDB yang tidak ada jaminan daripada kerajaan.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang turut mencelah sangsi dengan niat sebenar timbalan menteri berkenaan kerana beliau tidak menyebut apa yang sepatutnya disebut.

Ketua Penerangan Ulamak PAS kena 'paku' face to face..!!

Ini respons menyentap Khairuddin At-Takiri di Perak

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SUBANG - Pelancaran Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) di Pulau Pinang pada 11 Oktober lepas, membawa forum serupa peringkat Perak pada 7 November lalu di Ipoh.

Susulan itu, Ketua Penerangan Ulamak PAS Malaysia, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali At-Takiri turut mengadakan Taklimat Khas di Markaz PAS Batu 4, Taiping.

Dalam program tertutup itu, Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus bukan sahaja mengasak anggota parti supaya mengukuhkan al-wala' (kesetiaan) kepada Presiden PAS Tuan Guru Abdul Haji Awang.

Mengulas mengenai krisis pemilihan Menteri Besar Selangor baru-baru ini, Khairuddin secara terbuka turut mengkritik pemimpin tertentu PKR dan DAP yang didakwa tidak menghormati kewujudan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Nama sahaja pej. agama, 3X naik tangga nak peluk Islam tapi gagal..!!

Lafaz syahadah dengan NGO, selepas tiga kali panjat pejabat agama P.Pinang gagal

 
ZOLKIFLY Md Lazim (kiri) dan Sheikh Husein Yee saling berinteraksi mengenai prospek dakwah ke atas bukan Melayu di Pulau Pinang, di sini pada malam tadi.

 
(Berdiri, dari kiri) USTAZ Abdul Malik Abdullah, Azley Stanley dan Zolkifly Md Lazim bersama-sama aktivis NGO dakwah IPSI serta MyIKUT lain kelihatan sedang menanti majlis syahadah Sunny yang dibimbing oleh Sheikh Husein Yee di sini, malam tadi. 

SUNNY, akhirnya mengambil keputusan umum melafazkan syahadah serta memeluk Islam dengan bimbingan Sheikh Husein Yee pada malam tadi, dengan disaksikan oleh lebih 50 aktivis NGO dakwah daripada slamic Propagation Society International (Penang) (IPSI) dan Pertubuhan I.K.U.T Mewakili 10,000. Suara Reverts Pulau Pinang (MyIKUT).

Hadir sama, Timbalan Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Abdul Halim Hussein, Zolkifly Md Lazim (Penaung MyIKUT), Azley Stanley (Pengerusi MyIKUT) serta Ustaz Abdul Balik Abdullah (Setiausaha MyIKUT).

Sunny,32, merupakan penganut Kristian, sedang giat mencari kebenaran dalam beragama, termasuk mengenai kesucian Islam.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...