TERKINI :

Tuesday, November 18, 2014

Minyak Orang Kaya RON97 turun 20sen... terbaik kerajaan BN

RON97 turun 20 sen mulai tengah malam ini
Astro Awani | Kemas kini: November 18, 2014
(Diterbitkan pada: November 18, 2014 22:18 MYT)


KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 diturunkan 20 sen daripada RM2.75 seliter kepada RM2.55 seliter mulai tengah malam ini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad memaklumkan perkara berkenaan menerusi laman twitternya awal malam ini dan bersertakan surat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan mengenai perkara berkenaan.

"RON97 turun 20 sen seliter drpd RM.75 kpd RM2.55 mulai tengah mlm ini,19 Nov," tulis beliau.

Nik Aziz : Kenapa perlu paksa dia hadir, kesihatan beliau belum pulih sepenuhnya

Nik Aziz: Jangan hentam Hadi


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan pimpinan PR tidak menghentam Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana tidak menghadiri mesyuarat gabungan itu beberapa kali.

Dalam mempertahankan Abdul Hadi, beliau berkata, kesihatan Presiden Pas itu yang masih belum pulih sepenuhnya menyebabkan beliau terpaksa membatasi aktiviti politiknya, termasuk menghadiri mesyuarat di peringkat pusat.

Menurutnya, Abdul Hadi mempunyai sebab tertentu berkaitan ketidakhadirannya, bukannya sengaja mahupun kerana malas.

“Tidak ada orang yang (sentiasa) sihat, tidak ada orang yang (sentiasa) tidak sihat.

“Jadi berilah peluang kepada Hadi. Mengarut semua (desakan supaya Hadi berundur) ini. Ini semua disebabkan (ada pihak) dengki terhadap Pas,” katanya di Pulau Melaka, semalam.

PAS berbeza dengan kumpulan lain di Malaysia

KUALA LUMPUR: PAS berbeza dengan kumpulan lain yang berada di Malaysia, tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ini, jelasnya PAS merupakan salah satu gerakan islah dan tajdid yang menghadapi cabaran semasa di tanah air ini, lapor Buletin Online.

Katanya, PAS adaah gerakan Islam yang tersendiri mengikut waqi’ di negara Malaysia dan ia berbeza dengan Ikhwan al-Muslimin atau mana-mana gerakan Islam yang lain.

“PAS adalah PAS. Ikhwan adalah Ikhwan. PAS adalah gerakan yang tersendiri mengikut waqi’ di tempat kita dan kita berhubung dengan semua gerakan Islam seluruh dunia," ujarnya ketika berucap pada Majlis Hari Keluarga Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu di pantai Kelult, Marang kelmarin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, antara ciri gerakan Islam adalah berdakwah kepada perkara yang baik, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Lebih baik haramkan terus penjualan rokok

– Yaser Sheikh Abd Rahman

http://ppim.org/portal/images/stories/rokok-haram.jpg 

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membantah keras kenaikan hampir 13% harga rokok berkuatkuasa hari ini, malah kenaikkan hampir setiap tahun akan membebankan sebilangan besar rakyat Malaysia.

SAMM dengan ini menegaskan;

Kenaikan harga rokok selama ini tidak mempunyai kaitan dengan kempen kesihatan mahupun WHO Framework Convention on Tobacco Control.

Ini hanyalah berdasarkan kepada keuntungan semata-semata sama ada keuntungan pemerintah dari aspek percukaian atau keuntungan kaum pemodal kilang rokok.

Lebih malang, Pemerintah mempergunakan kempen anti-rokok ini hanya untuk menguntungkan kroni semata-mata. Berjuta-juta peruntukan dikeluarkan namun kempen ini tetap menemui jalan gagal di mana pemerintah tidak mampu mengawal kewujudan perokok baru dan perokok tegar di dalam negara.

Umno perlu kehilangan Putrajaya sekali, sebelum dapat diubah

Oleh Amin Iskandar

Menjelang Perhimpunan Agung Umno tidak lama lagi, terdengar kembali seruan agar parti Melayu yang memerintah negara sejak Merdeka itu perlu berubah supaya tidak terus kehilangan sokongan dalam pilihan raya umum akan datang.

Mampukah Umno berubah? Kita sudah mendengar begitu banyak retorik sebegini akan tetapi Umno masih tidak berubah dan berada semakin jauh daripada masyarakat terutamanya di bandar.

Terbaru gesaan ini datang daripada Pengerusi Perhubungan Umno Johor Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin baru-baru ini yang mengatakan parti itu perlu melakukan transformasi segera supaya terus kekal relevan.

Berucap di Konvensyen Umno Johor 2014 Khaled berkata, orang Melayu kini sedang melakukan penolakan terhadap parti itu secara terbuka dan dapat dilihat dalam dua pilihan raya umum lalu.

“Benar kita punyai tiga juta ahli tetapi adalah juga benar yang kebanyakan ahli kita adalah hanya pada keahlian.

“Dan ramai yang menyertai Umno bukan lagi kerana perjuangan tetapi sebagai instrumen politik untuk pengaruh, kuasa, prestij dan kekayaan,” katanya seperti dilaporkan portal Suara TV.

Ahli Pas perlu beretika menggunakan media baru

Oleh Mohd Sayuti Omar 

Pandangan dan peringatan yang dicurahkan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama Nik Zawawi Nik Salleh supaya ahli Pas terus istiqamah menggunakan media baru sebagai saluran dakwah kepada Pas sekaligus mengejapkan Pas sebagai sebuah gerakan Islam harus diberi perhatian oleh semua pihak dalam parti agama berkenaan. 

Pandangan dan peringatan itu sesuatu yang baik dan perlu diterima sebagai satu saranan sejahtra. Kesediaan ahli dan pendokong Pas terhadap saranan itu penting untuk tidak memecah dan memisahkan Pas dengan catatan-catan liar dan tulisan yang bersifat permusuhan dan meretakan ukhwah sesama sendiri.

Nik Zawawi dalam kertas kerjanya yang dibentang pada munaqasyah ucapan dasar presiden peringkat negeri Pahang di Temerloh Pahang berkata, media baru kini menjadi ancaman kepada Pas kerana ia bukan lagi memainkan peranan sebagai saluran dakwah, tetapi mengancam Pas. Apakah bentuk ancaman itu tidak dihuraikan melainkan setakat memberi tahu ia menjadi ancam kepada Pas.

Beliau dipetik sebagai berkata sepatutnya saluran media baru itu dimanfaatkan untuk tujuan dakwah dan terbiyah bagi mendidik manusia ke jalan yang benar, tetapi dunia langit terbuka ini diambil kesempatan di sebaliknya. Sudah tentulah hal-hal begitu sangat menyesal dan merugikan parti agama itu.

Mukhriz bentang 
Bajet 2015 RM804 juta

 MUKHRIZ MAHATHIR (kanan) bersama barisan Ahli Dewan Undangan Negeri
MUKHRIZ MAHATHIR (kanan) bersama barisan Ahli Dewan Undangan Negeri memegang buku Bajet Negeri Kedah selepas membentangkan Bajet 2015 dalam Persidangan DUN Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar, semalam. – UTUSAN/ISMAIL KAMADIN

ALOR SETAR 17 Nov. - Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini membentangkan Bajet Kedah 2015 berjumlah RM804 juta sebagai kesinambungan tradisi keupayaan kerajaan dalam memakmurkan negeri dan membawa kemajuan kepada semua lapisan rakyat.

Bertemakan Ekonomi Modal Memakmurkan Rakyat, Bajet 2015 itu merupakan bajet terakhir dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan lebih menumpukan kepada penyelesaian projek-projek dan program yang telah dirancang dalam RMK-10, selaras dengan empat teras pembangunan negeri yang ditetapkan.

Mukhriz berkata, empat teras pembangunan negeri yang ditetapkan itu ialah menjamin kemakmuran dan kelangsungan kesejahteraan rakyat, merangsang pertumbuhan ekonomi dalam negeri, memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengupaya modal insan dan keusahawanan.

MAS perlu henti caj arak dalam tiket

  Mohd Azmi SHAH ALAM - Pendedahan di Dewan Rakyat harga setiap tiket yang dibeli penumpang MAS termasuk kos hidangan dalam pesawat termasuk arak sangat tidak wajar dan perlu diubah serta-merta.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pendedahan dibentangkan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi dalam Dewan Rakyat minggu lalu jelaskan lagi dasar MAS perlu dibetulkan untuk diselaraskan dengan syariah.

"Memaksa orang Islam beli tiket yang termasuk kos hidangan arak suatu penipuan yang sangat berat implikasinya kepada orang Islam.

"Sudah tentu sekarang penumpang Islam akan merasa sangat tidak selesa bila mengetahui mereka mensubsidi arak untuk penumpang lain.  Harus diingat ada ramai orang bukan Islam yang tidak suka arak tetapi terpaksa juga bayarnya dalam tiket penerbangan MAS," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hospital Langkawi perlu 10 mesin hemodialisis

https://c1.staticflickr.com/3/2492/3742591187_b421912e47_z.jpg
LANGKAWI - Hospital Daerah Langkawi memerlukan 10 buah mesin hemodialisis bagi menampung peningkatan pesakit buah pinggang yang menerima rawatan di hospital itu.

Pengarahnya, Dr Mansor Ismail berkata pihaknya menyasarkan 28 buah mesin hemodialisis untuk merawat pesakit buah pinggang yang terdiri daripada penduduk Langkawi dan pelancong namun, hanya mempunyai 18 mesin termasuk lima yang perlu dibaiki.

Sebanyak 13 mesin digunakan merawat 73 pesakit manakala 13 pesakit lagi terpaksa menunggu giliran untuk menerima rawatan itu.

"Pihak hospital berharap ahli korporat dan penderma dapat menyumbang mesin itu untuk kegunaan pesakit," katanya pada sidang media selepas menerima sebuah mesin hemodialisis sumbangan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) di hospital itu di sini, hari ini.

PAS cadang Alor Setar masuk Warisan Dunia Unesco

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menyenaraikan Alor Setar sebagai Bandaraya Warisan Dunia Unesco.

Katanya, pengiktirafan itu juga sebagai hadiah kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Kerana baginda pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong dua kali. Dan pengiktirafan ini sebagai hadiah kepada baginda," kata Mahfuz ketika membahaskan Bajet 2015 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di Dewan Rakyat, hari ini.

Bahkan kata Pesuruhjaya PAS Kedah itu, Badaraya Alor Setar merupakan bandar yang tertua di Malaysia dan mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Antaranya kata beliau, mempunyai masjid tertua, Balai Besar, Balai Nobat, jam besar antara jam yang lama di negeri itu.

Bukan itu sahaja katanya, Terusan Wan Mat Saman juga antara warisan sejarah yang ada hingga ke hari ini. – HARAKAHDAILY 17/11/2014

Pemimpin sembang bagai nak rak, rakyat ada yang guna dapur kayu & minum ayaq sungai

Masak guna dapur kayu

Tan (kanan) melihat dapur kayu yang digunakan Shadar (tengah) untuk memasak.  
Tan (kanan) melihat dapur kayu yang digunakan Shadar (tengah) untuk memasak.
ALOR SETAR - Seorang warga emas terpaksa menempuh detik-detik sukar dalam meneruskan kehidupan di teratak usang miliknya, di Jalan Lumpur, dekat sini.

Mohd Shadar Mohd Isa, 75, berkata, dia tinggal sendirian selepas anak kelimanya, Mohd Sayuti, 34, yang menyara kehidupan mereka meninggal dunia akibat sawan pada minggu lalu.

Menurutnya, rumah usang terbabit hanya mempunyai elektrik dan sumber air diperoleh daripada sungai berhampiran.

“Saya guna dapur kayu untuk masak dan menjerang air,” katanya.

Apabila menteri pun tak jamin Sabah selamat atau tidak pada pelancung

Selagi kes culik tak selesai, Nazri tak jamin Sabah selamat untuk pelancong

Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak mahu pelancong datang ke Sabah kerana pengumuman Sabah sudah pun selamat sedangkan masih ada dua lagi kes penculikan yang belum selesai. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 November, 2014.
Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak mahu pelancong datang ke Sabah kerana pengumuman Sabah sudah pun selamat sedangkan masih ada dua lagi kes penculikan yang belum selesai. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 November, 2014. 

Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata enggan mengambil risiko mempromosikan Sabah selagi kes penculikan melibatkan pelancong asing di negeri itu masih belum selesai.

Menteri pelancongan itu berkata beliau sendiri tidak mahu pergi ke Lahad Datu buat masa ini, apatah lagi menggesa duta Malaysia di luar negara mempromosikan kawasan pelancongan yang masih belum selamat itu.

"Saya tidak berani hendak bagi jaminan Sabah selamat sedangkan ada lagi dua kes penculikan masih belum selesai.

"Saya tidak akan cakap dengan duta-duta kita (supaya) yakinkan pelancong luar datang ke Sabah... saya tidak akan buat," katanya semasa sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...