OPERASI yang sedang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) khususnya yang berkaitan dengan nombor plat kenderaan sekarang bukan sahaja mengelirukan bahkan menyusahkan orang ramai.
Baru-baru ini kawan sepejabat saya memberitahu bahawa dia baru sahaja disaman kerana nombor plat keretanya tidak menepati piawaian yang dikeluarkan oleh JPJ.
Yang menimbulkan rasa tidak puas hati ialah keretanya baharu sebulan dibeli dan nombor plat dipasang oleh pihak syarikat penjual kereta. Beliau mempertikaikan adakah semua pengeluar dan penjual tidak dimaklumkan tentang piawaian tersebut? Sepatutnya saman dikeluarkan kepada syarikat penjual kereta terbabit. Lainlah jika pembeli sendiri yang disyaratkan memasang nombor plat tersebut.