TERKINI :

Sunday, November 16, 2014

Hangpa simpan kata menteri nie, RON95 turun jika harga minyak mentah US70 setong


RON95 turun jika minyak mentah US$70 setong


Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata beliau sendiri akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan supaya menurunkan harga minyak RON95 sekiranya harga minyak mentah dunia turun pada paras antara US$70 hingga US$75 setong.

Beliau berkata penurunan harga tersebut boleh dilaksanakan kerana telah melepasi kadar subsidi yang ditanggung kerajaan.

"Saya difahamkan oleh pegawai-pegawai yang menjaga hal subsidi minyak ini, apabila harga minyak pada US$70 hingga US$75 setong, maka ia akan melepasi daripada tahap subsidi RM2.30 seliter.

"Saya secara peribadi, selaku Timbalan Menteri Kewangan, akan memberikan pandangan kepada Jawatankuasa Dasar Fiskal supaya menurunkan harga minyak RM2.30 ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup penerangan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dan taklimat isu semasa Parlimen Masjid Tanah di Alor Gajah, hari ini.

Nah ambik, sekali Hj Hadi jawab - Ikut suka sayalah nak hadir atau tak..!

Hadi: Ikut sayalah nak hadir atau tak




Di tengah-tengah desakan daripada DAP, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, terpulanglah pada beliau untuk hadir ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

“Saya tak perlu diminta (hadir), (kalau) saya nak hadir, hadirlah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Gombak hari ini.

Beliau diminta mengulas resolusi oleh jawatankuasa eksekutif pusat DAP yang mendesak Hadi menghadiri mesyuarat gabungan itu.

Ditanya sama ada beliau akan hadir ke mesyuarat akan datang, Hadi hanya berkata, “atas sayalah nak hadir (atau) tak mahu hadir”.

DAP sebelum ini mengkritik Hadi kerana tidak hadir ke mesyuarat kepimpinan tertinggi Pakatan dan perkara itu menyukarkan kerjasama mereka dengan parti Islam itu.

Alhamdulillah dengan terlaksananya GST, maka naiklah harga rumah 1%-2%

GST: Harga rumah dijangka meningkat hanya 1%-2%

ALOR GAJAH - Harga rumah di seluruh negara dijangka meningkat hanya antara satu hingga dua peratus dan bukannya tiga peratus selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April tahun depan.

Menurut Kementerian Kewangan, angka itu berdasarkan kiraan yang dilakukan bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Kenaikannya hanya satu hingga dua peratus sahaja dan bukannya tiga peratus seperti yang diumumkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebelum ini.

Sebelum ini Menteri KPKT, Datuk Abdul Rahman Dahlan dilaporkan berkata harga rumah akan naik sebanyak tiga peratus berdasarkan kajian yang dilakukan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda).

Jangkaan itu berasaskan kenaikan harga bahan binaan selepas perlaksanaan cukai tersebut.

Fatwa: Ada boleh pinda, ada tak boleh


SHAH ALAM - Ada fatwa boleh dipinda, tetapi ada yang tidak boleh diubah selama-lamanya.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, fatwa yang berasaskan al-Quran dan hadis tidak boleh dipinda.

Bagaimanapun, katanya, ada fatwa yang boleh dipinda, iaitu dalam keadaan ijtihadi, berasaskan ijmak dan kias.

“Ijtihadi bermaksud sesuatu perkara berlaku kerana perkara itu tidak ada, atau dalam keadaan berlainan.

“Contohnya, mengikut hadis, untuk tentukan hari raya kena lihat anak bulan, tetapi jika berlaku keadaan seperti awan tebal dan anak bulan terlindung, maka ia dikira ijtihadi.

“Jadi boleh guna kaedah perkiraan untuk tentukan tarikh hari raya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Melayu digesa contohi perjuangan NGO Beng Hock

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said berkata, kurang kesedaran berhubung isu-isu hak asasi antara sebab kes seperti kematian dalam tahanan tidak dibela khususnya oleh NGO Melayu.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad membangkitkan bagaimana kes kematian bekas pegawai kastam Ahmad Sarbaini Mohamed dan pembantu ahli politik Teoh Beng Hock yang mendapat reaksi berbeza daripada masyarakat Melayu dan Cina.

"Saya tidak tahu mengapa NGO Melayu barangkali tidak menghala ke situ, saya fikir ada banyak NGO Melayu barangkali mengarah ke tempat lain.

"Nasib yang tertimpa terhadap Teoh seperti yang telah terbukti tertimpa juga kepada orang Melayu. Jadi saya fikir orang Melayu tidak beri perhatian. Mungkin kerana kurang diperjelaskan sebab nasib yang tertimpa terhadap Teoh ini sudah pun tertimpa kepada orang Melayu sendiri.

"Cuma orang Tiong Hua lebih sedar bahawa ini satu masalah yang perlu dijernihkan, diselesaikan sebab kalau tidak, perkara ini akan berulang dan tidak baik bagi demokrasi," katanya ketika ditemubual Malaysiakini.

Pasma bukan ancaman Pas

PASIR PUTEH - Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) hanya didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan akan tetap menyokong perjuangan Pas serta parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR).

Ketua PasMa Pasir Puteh, Imran Mamat menjelaskan, PasMa bukan sebuah parti politik dan tidak sama sekali mengancam perjuangan PR, khususnya Pas sepertimana tanggapan sesetengah pihak.

Katanya, PasMa ditubuhkan pada Ogos lalu selepas khuatir dengan krisis Menteri Besar Selangor kerana ia dilihat boleh merosakkan perpaduan dalam PR yang dipupuk sejak sekian lama.

"Ada pihak memberi pandangan sinis dengan mengatakan PasMa adalah parti serpihan Pas seperti Hamim, Berjasa dan Akim, sedangkan senarionya berbeza kerana pada asasnya kita lahir sebagai NGO yang tetap menyokong perjuangan PR.

"Pasma yang dianggotai masyarakat daripada pelbagai latar belakang akan menjadi tonggak kepada perpaduan rakyat," katanya ketka ditemui pada program Suro Mahabah PR Bersama NGO PasMa dan Royalti (R) di perkarangan pejabat PKR Cabang Pasir Puteh, di sini semalam.

M'sia belanja lebih RM33 juta operasi MH370, MH17


KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM33,461,861.50 bagi menampung kos operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 dan Penerbangan MH17 setakat ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata seramai 3,732 penjawat awam juga terlibat dalam operasi itu.

"Sehingga kini, kos operasi mencari dan menyelamat telah ditanggung sendiri oleh negara-negara yang terlibat," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Ng Wei Aik (DAP-Tanjong).

Ng bertanya mengenai kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan dan jumlah penjawat awam yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat MH370 dan MH17 selain kos-kos yang ditanggung oleh negara lain yang terbabit dalam tragedi itu.

Membina harapan dari ‘retreat’ PAS

Oleh Abdul Shukur Harun


Setelah berbulan-bulan mengalami krisis dalaman yang berat, akhirnya ada khabar yang sangat melegakan, 'retreat' dua hari pimpinan PAS Pusat berhasil merongkai pelbagai masalah.Bukan itu saja, tetapi bersetuju bukan saja kekal dalam Pakatan Rakyat, bahkan berikrar memperkukuhnya di masa depan untuk mendepani cabaran dan memenuhi harapan rakyat.

Berita baik dari hoteldi Kuala Selangor, tempat 'retreat' itu diadakan, tentunya disambut dengan rasa shukur kepada Ilahi kerana krisis berat itu dapat diselesaikan. Ini menggambarkan jiwa besar para pimpinan PAS.

Pertamanya kerana bersedia bertemu wajah sesama pemimpin, kedua bersedia berbincang yang khabarnya dalam suasana penuh ukhuwah Islamiyah dan ketiga, usaha mengadakan pertemuan penting ini menggambarkan keperihatinan pemimpin supaya krisis ini berakhir segera dan keempat, keperihatinan pemimpin juga terhadap desakan warga PAS dan para simpatisan supaya krisis ini diakhiri segera.

'Retreat' yang melibatkan AJK PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama ini mencapai kata sepakat, sebulat suara akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat.

Keputusan ini suatu langkah yang tepat, tidak undur ke belakang, malah percaya masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Sekatan ditarik balik di al-Aqsa oleh Israel


BAITULMAQDIS - PALESTIN. Israel akhirnya akur dengan tuntutan penduduk Palestin selepas mereka bersetuju untuk menarik balik sekatan di Masjid al-Aqsa untuk pertama kali.

Semalam, jurucakap polis, Mickey Rosenfeld memberitahu mereka tidak lagi mengenakan had umur kepada penduduk Palestin yang mahu menunaikan solat Jumaat di pekarangan al-Aqsa.

"Kami berharap keputusan ini dapat meredakan ketegangan di kota suci ini. Bagaimanapun, unit polis tambahan akan dikerah di sekitar kawasan tersebut bagi mengelakkan kejadian tidak diingini," katanya.

Menurut AFP, sejak beberapa minggu lalu, insiden keganasan tercetus di sekitar al-Aqsa selepas Tel Aviv mengetatkan sekatan dengan melarang lelaki di bawah usia 50 tahun daripada memasuki masjid yang menjadi kiblat pertama orang Islam itu.

Difahamkan, keputusan itu dibuat susulan rundingan tiga pihak antara pemerintah Jordan, Raja Abdullah II, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry di Amman.

Mahkamah Syariah vs Mahkamah Sivil : Adakah hakim tak hormati Artikal 121(1A)

Hormati Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan


KUANTAN - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mahu semua pihak menghormati Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang dengan jelas menghalang mahkamah sivil mencampuri bidang kuasa mahkamah syariah.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, kegagalan mematuhi peruntukan berkenaan boleh menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat apabila sesuatu keputusan mahkamah dibuat.

"Peruntukan mengenai perkara ini sudah jelas.... sudah ada dan mahkamah lain tidak boleh membincang atau membicarakan hal berkaitan hukum syarak. Namun, oleh kerana ia sudah dimohon, kita tunggulah rayuan dibuat oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains).

Budak sekolah rendah ramai hisap dadah

SERDANG – Murid sekolah berusia antara 10 hingga 12 tahun dikesan terlibat dengan penyalahgunaan dadah, kata Timbalan Yang Dipertua Pemadam Kebangsaan, Tan Sri Mohd Najib Abdul Aziz.

Beliau berkata, meski kesnya terpencil dan jumlahnya sedikit namun usaha pencegahan dadah perlu dilaksanakan bermula daripada peringkat sekolah rendah.

“Saya tidak ada statistik berapa jumlah pelajar sekolah rendah atau menengah terbabit dengan penyalahgunaan dadah tapi memang ada berlaku. Yang paling banyak dilaporkan adalah kes hidu gam,” katanya, semalam.

Dalam program anjuran Pemadam itu, beliau turut menyampaikan beg dan pakaian sekolah kepada 100 murid yang mendapat tajaan pihak swasta.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...