TERKINI :

Saturday, November 15, 2014

Terima kasihlah JPJ

ZAINURI MISHAR | 14 November 2014.


KEPUTUSAN Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang hanya memfokuskan kepada nombor plat yang melanggar kesalahan secara serius amat dialu-alukan.

Bagi saya, penguatkuasaan sebelum ini bukan sahaja menggusarkan orang ramai malah mengelirukan. Maklumlah, bagi kebanyakan pembeli kereta, mereka menerima sahaja bentuk dan saiz nombor plat yang diberikan oleh pusat jualan kereta dan beranggapan spesifikasi itu adalah betul.

Selama ini pun, tidak pernah dikepilkan maklumat spesifikasi nombor plat dalam mana-mana dokumen rasmi seperti dikepilkan bersama-sama cukai jalan, insuran, atau buku ujian memandu.

Saya mencadangkan selepas ini JPJ hendaklah menyertakan sekali spesifikasi ini dan diberikan kepada pembeli kereta baru. Jika kakitangan syarikat kereta terbabit tidak memasang mengikut spesifikasi yang disertakan, pembeli berhak menolak plat tersebut dan meminta yang baru.

Menteri naik gaji, rakyat naik apa?

HAMBALI AKRAM | 14 November 2014.

BERITA mengenai Dun Sabah meluluskan kenaikan gaji menteri kabinet dan adun sedikit sebanyak membuatkan saya tertanya-tanya, ke manakah slogan “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”. Apatah lagi jumlah kenaikan itu ialah 50 peratus.

Pada saat rakyat berdepan dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup, tindakan itu bukanlah baik untuk rakyat. Apatah lagi, segala gaji, elaun dan lain-lain adalah hasil cukai yang dikutip daripada rakyat.

Belum pun cukai barangan perkhidmatan (CBP/GST) dilaksanakan sepenuhnya, rakyat telahpun merasai keperitan kenaikan harga barang keperluan dan lain-lain berikutan kenaikan harga minyak.

Kenaikan kos sara hidup pula tidak seimbang dengan kenaikan gaji. Itu bagi yang menerima gaji. Bagaimana pula rakyat yang bekerja sendiri penoreh getah, penanam padi, nelayan, pekebun sawit dan lain-lain yang tidak menerima imbuhan tetap setiap bulan.

Sudahlah harga kebanyakan komoditi tidak stabil dan rendah, ditambah dengan musim tengkujuh yang melanda. Usahkan untuk membeli barang-barang keperluan sekolah, mungkin untuk membeli makanan asas pun tidak mencukupi.

Syahdu dan boleh mengalir air mata dengar ucapan Najib


HARAKAHDAILY | 15 November 2014.

http://3.bp.blogspot.com/-YIl_RMZU9U8/ULtXG3npbrI/AAAAAAAAEc4/yftZ_s3btPo/s1600/najibsedih.pngKUALA LUMPUR: Mana penghargaan dan ruang menyediakan laluan kepada golongan muda melalui kuasa yang ada di tangannya sendiri?

Kenapa hanya pandai meminta orang lain memberi ruang kepada golongan muda sedangkan diri sendiri tidak melakukannya?

Begitulah pertanyaan yang dilontarkan Shahbudin Husin menerusi blognya sebagai respons kepada ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Johor, semalam.

Ulasan penuh beliau sebagaimana di bawah.

Ketika berucap di majlis perasmian Konvensyen Umno Johor semalam, Perdana Menteri, Najib Razak meminta pimpinan senior dalam parti segera berubah dengan tidak lagi mengamalkan budaya cantas serta menyekat kemasukan golongan muda ke dalam Umno.

Katanya, mereka perlu segera berubah kerana amalan negatif mencantas dan menyekat golongan muda hanya akan menyebabkan mereka semakin menjauhi Umno.

"Kita perlu buang perangai bodoh ini. Kalau terpaksa beri laluan, berundurlah dan beri peluang kepada orang lain," katanya lagi.

Apa kata buat cadangan keluarkan duit KWSP pada umur 105 tahun lagi senang..!!!

King Jason

Dari had umur 50 tahun umur bersara,naik ke umur 55 tahun, pastu nak up lagi umor 60 tahun. Supaya apa? Supaya duit KWSP yang kita simpan tu kerajaan boleh main2kan nilainya ntah kat mana ntah...

Duit rakyat jadi fix deposit untuk sesuatu yg kita tak tahu apa kerajaan buat.... hurm...!

Dah tak ada duit, rembat duit KWSP.. yang jaga KWSP pulak jadah ikot jer cakap penyangak. Mintak detail audit KWSP boleh?

PasMa tak ganggu pemilihan PAS, kata presidennya

 Para pemimpin PasMa pusat dan negeri bergambar selepas mesyuarat pertama mereka malam tadi di Petaling Jaya. – Gambar The Malaysian Insider, 15 November, 2014.
Para pemimpin PasMa pusat dan negeri bergambar selepas mesyuarat pertama mereka malam tadi di Petaling Jaya. – Gambar The Malaysian Insider, 15 November, 2014.

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menegaskan pihaknya tidak akan terlibat dalam sebarang urusan parti PAS, termasuk pemilihan jawatan tertingginya, walaupun ahlinya juga merupakan ahli PAS.

Presidennya Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, bagi meredakan salah faham mengenainya, PasMa akan menemui kepimpinan PAS, diketuai naib presiden Salahudin Ayub minggu depan, sebagaimana diputuskan semasa 'retreat' PAS baru-baru ini.

"Kami tidak akan campur urusan PAS. Masalah kepimpinan dalam Pakatan Rakyat (PR) akan ditentukan sendiri oleh mereka," kata Phahrolrazi pada satu sidang media selepas selesai mesyuarat pertama PasMa malam tadi di Petaling Jaya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan wartawan sama ada PasMa akan terlibat dalam pemilihan PAS yang bakal diadakan pertengahan tahun depan ekoran pendekatannya yang mahu PAS rapat dengan PR.

Russia beri bukti imej satelit MH17 ditembak jet pejuang Ukraine

STESEN televisyen Rusia, Channel 1 menyiarkan imej satelit yang didakwa kemungkinan diambil dari ruang orbit oleh pengintip satelit asing pada saat akhir MH17 terbang di ruang udara Ukraine. - Foto Channel 1

MOSCOW: Russia hari ini mengeluarkan bukti imej satelit mengukuhkan dakwaannya bahawa pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh oleh pesawat pejuang Ukraine dan bukannya peluru berpandu dari darat ke udara.

Ia berikutan tersebarnya imej satelit yang menunjukkan peluru berpandu dari jet pejuang disasarkan ke arah pesawat penumpang dengan yang disiarkan oleh stesen televisyen utama Russia sejak malam tadi.

Laporan itu mendakwa gambar itu diambil daripada satelit Amerika Syarikat (AS) atau British.

Penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu terbang melalui ruang udara wilayah bergolak di timur Ukraine ketika ia hilang dari radar.

Seramai 283 penumpang termasuk 80 kanak-kanak dan 15 anak kapal terbunuh dalam tragedi itu.

Penyampai TV, Mikhail Leontiev mendakwa, imej yang diberikan oleh sumber misteri itu menunjukkan bagaimana pesawat pejuang Mig-29 memusnahkan pesawat penumpang Boeing.

Malaysia belanja besar untuk pendidikan, tapi mutu pelajar masih ketinggalan, kata Ku Li

Ahli Parlimen Gua Musang Umno Tengku Razaleigh Hamzah mengkritik Putrajaya yang berbelanja banyak dalam sektor pendidikan tetapi mutu pelajar masih tidak memuaskan. – Gambar fail The Malaysian Insider.
Ahli Parlimen Gua Musang Umno Tengku Razaleigh Hamzah mengkritik Putrajaya yang berbelanja banyak dalam sektor pendidikan tetapi mutu pelajar masih tidak memuaskan. – Gambar fail The Malaysian Insider.

Walaupun berbelanja besar bagi sektor pendidikan, Malaysia menghasilkan pelajar kurang bermutu jika dibandingkan pencapaian pelajar negara yang setaraf dengannya dari segi pendapatan dan kuasa beli, kata veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, perbelanjaan per kapita Malaysia dalam sektor pendidikan begitu tinggi, lebih dari negara jiran dalam Asean, malah lebih banyak dari Korea Selatan dan Jepun.

"Mutu pencapaian negara kita mengikut ujian Program Pencapaian Pelajar Antarabangsa (Pisa), satu ukuran antarabangsa, pada puratanya lebih rendah dari apa yang kita harapkan dalam menuju kepada ekonomi yang berasaskan ilmu.

"Keputusan ini menunjukkan pelajar kita yang berumur 15 tahun menampakkan mereka ini berkedudukan 3 tahun lebih ke belakang jika dibandingkan dengan mereka pada umur sama daripada Singapura, Korea Selatan, China, Jepun dan termasuk daripada Vietnam yang dahulunya di belakang kita," kata bekas menteri kewangan itu yang lebih dikenali sebagai Ku Li.

Apasal pulak MCA dok bimbang pasal Mahkamah Syariah nie, UMNO tegoq sat..!!!

MCA bimbang mahkamah syariah atasi sivil

 
Pengerusi biro keharmonian agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker bimbang sekiranya penubuhan Mahkamah Persekutuan Syariah, seperti dicadangkan oleh kerajaan, akan mengatasi Mahkamah Rayuan Sivil.

Katanya, penubuhan mahkamah itu akan melanggar peruntukan Perkara 4(1) dan Perkara 74(3) Perlembagaan Persekutuan

Ti berkata, peruntukan Perkara 4(1) menetapkan bahawa undang-undang paling intggi adalah Perlembagaan Persekutuan.

Ini menunjukkan bahawa undang-undang syariah hanya termaktub ke atas orang Islam dan tidak boleh dikuatkuasa ke atas orang bukan Islam.

"Maka, apa juga penguatkuasaan mahkamah syariah perlu tertakluk kepada perkara ini dengan kesedaran bahawa ia tidak diperluas untuk melipu8ti orang bukan Islam atau mengabaikan peruntukan undang-undang sivil.

Mahfuz patut nasihat Abdul Hadi, bukan tegur balas DAP

TEGUR MALAM                                                                                              
http://4.bp.blogspot.com/-I6mYLZ5DjT4/UnKEiFTwU_I/AAAAAAAAQq4/ftxBt338-Ls/s400/DSC_9304.jpg
Ketua Penerangan Pas Mahfuz Omar tidak senang dengan pemimnpin DAP yang meminta agar Presiden Pas Abdul Hadi Awang tidak ponteng mesyuarat Majlis Presiden PR. Mahfuz meminta agar pemimpin DAP berhati-hati bercakap mengenai presiden kesayangannya itu.

Walaupun Mahfuz ada hak dan berhak untuk mempertahankan bosnya, tetapi Ahli Parlimen Pokok Senan itu perlu menyedari masalah yang timbul di sekitar diri Abdul Hadi ialah sikapnya yang tidak mengambil berat terhadap tugas dan tanggungjawab sebagai ketua parti dalam Pakatan. Pemimpin DAP bukan saja-saja hendak merendah dan memburukkan pemimpin Pas.

Abdul Hadi boleh tidak hadir mesyuarat tetapi perlu memaklumkan secara lisan kalau pun beliau sakit seperti kata Mahfuz. Rasanya apa yang menjadi kekesalan pemimpin DAP terhadap Abdul Hadi bukan saja masalah tidak hadir, tetapi paling rewelnya tidak menghormati keputusan dicapai dalam mesyuarat dan merubah keputusan mesyuarat menerusi kuasa beliau sebagai presiden Pas yang diberikan oleh Majlis Syura Ulama (MSU).

Pak Samad: Jangan taksub dakwaan 'Melayu terancam'

 
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menasihatkan agar masyarakat Melayu tidak taksub dengan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangsa itu kini semakin terancam.

Katanya, masyarakat perlu memahami bahawa Malaysia diperintah oleh seorang pemimpin Melayu yang turut mewakili parti yang dikatakan memperjuangkan bangsa itu.

Oleh itu, beliau hairan kerana masih timbul dakwaan dakwaan masih timbul bahawa kedudukan orang Melayu kini terancam, katanya  yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad.

"Saya harapkan masyarakat Melayu janganlah terlalu taksub dengan hebahan bahawa orang Melayu sedang terancam.

Macam mana orang Melayu terancam? Macam mana agama, Melayu terancam apabila orang yang berkuasa di atas adalah orang Melayu selama lima dekad. Apa yang dia buat duduk di atas selama lima dekad itu?

Presiden PasMa akui respons lebih baik selepas Retreat PAS

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/Datuk_Phahrolrazi_Zawawi.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-lL8GzzJfG88/UCyxD2rqD8I/AAAAAAAAAHQ/KMybpNQwShI/s200/salahudin+ayub%27.jpg
SUBANG - Naib Presiden PAS Salahudin Ayub dalam retreatnya baru-baru ini telahpun membentangkan peranan Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) dalam mengukuhkan Pakatan Rakyat, serta langsung tidak dipertikai oleh jawatankuasa kerja pusat parti masa depan berkenaan.

Pengerusi PasMa Datuk Phahrolrazi Mohd. Zawawi berkata demikian sambil memberitahu bahawa Salahudin sendiri sedang mengatur pertemuan rasmi antara NGO mesra Pakatan Rakyat dengan kepemimpinan utama PAS.

"(Peranan) PasMa seakan telah diiktiraf oleh PAS apabila ada rancangan untuk adakan dialog secara rasmi.

"Kalau jadi pertemuan ini, kita harap PasMa dan Presiden PAS (Tuan Guru Abdul Hadi Awang) boleh buat kenyataan media bersama bahawa kedua-dua pihak memang mahu mengukuhkan lagi sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat," ujar Phahrolrazi kepada wartawan pada malam tadi, selepas selesai mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat NGO di sini.

Akhirnya Bible dipulangkan, dimana NGO kodok menyalak sebelum ini..?

ULASAN MALAM                                                                                           

Sebanyak 351 buah kitab Injil (Bible) berbahasa Melayu dan Iban yang mengandungi kalimah Allah yang dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) daripada Persatuan Bible Malaysia (BSM) pada 2 Januari lalu, akhirnya diserah kembali kepada penganut Kristian hari ini.

Upacara serah balik Bible yang dirampas.
Penyerahan itu dibuat di Istana Shah Alam dan dihadapan Sultan Selangor dan disaksikan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali dan beberapa pegawai tinggi agama dan kerajaan lain.

Kitab itu diserahkan kepada Persatuan Gereja-Gereja Sarawak (ACS) dimana ia diwakili oleh ketuanya Bolly Lapok ketika beliau mengunjungi hormat Sultan Selangor, Sultan Shafaruddin Idris Shah.

Dengan penyerahan secara terhormat kitab Bible berkenaan maka berakhirlah kontroversi mengenai kitab berkenaan yang berlarutan sehingga setahun. Walaupun berbagai usaha dilakukan untuk menyelesaikan kontroversi rampasan kitab itu, tetapi ia gagal. Puak penganut Kristian kesal dan marah dengan rampasan berkenaan kerana ia dianggap sebagai satu tindakan yang tidak adil dan menuntut agar ia dikembalikan kepada mereka.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang membuat rampasan itu kerana menganggap pengedaran kitab berkenaan di Selangor telah melanggar Enakmen 1988 Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Sembang Kedai Kopi : Pasai apa aku tak sokong PAS?

Abe Awang Malaya - Politik Kedai Kopi

 

Awang : "Apa sebab utama mu benci PKR?"
.
Samdol : "Pertama, sebab Kajang Move.... Kedua, sebab dia pecat Tan Sri Khalid Ibrahim."
.
Awang : "Selain dari tu...?"
.
Samdol : "Sebelum tu, aku penyokong kuat Keadilan.... Tapi sejak dia buat Kajang Move, kemudian pecat Tan Sri Khalid, nak ganti dengan bini sendiri, baru aku nampak Nuar ni seorang yang rakus, tamak, gila kuasa, dan dia ada agenda peribadi dalam politik..... Sebab tu aku hairan macam mana mu boleh taksub ke Nuar Brahim..."
.
Awang : "Aku bukan taksub... Aku sokong je."
.
Samdol : "Sama lah tu....! Tak ada sebab pun orang jemaah kita sokong Nuar, kecuali pengkhianat dan munafiq je."
.
Awang : "Haha..! Mujur aku bukan ahli jemaah... Kalau tak, tak pasal-pasal aku jadi munafiq."
.
Samdol : "Maksud aku, jemaah PAS lah."
.
Awang : "Sejak bila pulak aku masuk jemaah PAS...?"
.

Najib Cakap Tak Serupa Bikin...ini buktinya...!!

oleh Shahbudin Husin,

Kenapa lantik orang tua dan warga emas sebagai Senator kalau betul ingin menghargai golongan muda?

Ketika berucap di majlis perasmian Konvensyen UMNO Johor semalam, Perdana Menteri, Najib Razak meminta pimpinan senior dalam parti segera berubah dengan tidak lagi mengamalkan budaya cantas serta menyekat kemasukan golongan muda ke dalam UMNO.

Katanya, mereka perlu segera berubah kerana amalan negatif mencantas dan menyekat golongan muda hanya akan menyebabkan mereka semakin menjauhi UMNO.

"Kita perlu buang perangai bodoh ini. Kalau terpaksa beri laluan, berundurlah dan beri peluang kepada orang lain," katanya lagi.

Memang nampak cantik, syahdu dan boleh mengalir air mata mendengar apa yang diucapkan oleh Najib ini, tetapi persoalannya adakah beliau sendiri mengamalkannya?

Dalam kabinetnya sendiri, berapa ramai golongan muda berbanding mereka yang sudah berpenggal-penggal berada dalam kerajaan?

Veteran PAS Tengku Puji umum jual seekar tanah untuk operasi PasMa

TENGKU Puji Tengku Abd. Hamid (tengah) diiringi dengan sahabatnya (kiri) bersama-sama Pengerusi PasMa Pulau Pinang, Zolkifly Md Lazim (kanan) di sini malam ini.
TENGKU Puji Tengku Abd. Hamid (dari kiri, berdiri, berkopiah) menyampaikan ucapan berhubung operasi PAS dan PasMa Pahang di sini, malam tadi.
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SUBANG - Veteran PAS Pahang, Y.M. Tengku Puji Tengku Abd. Hamid malam ini bukan sahaja bersedia memimpin Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) peringkat negeri, bahkan, mengumumkan untuk menjual seekar tanah peribadi untuk NGO politik berkenaan.

Melihat posisi mesyuarat NGO itu malam tadi, katanya, mengingatkan pengalaman zaman muda memugar sokongan rakyat Pahang pada parti masa depan itu, dulu.

"In sha Allah, saya akan jual seekar tanah saya kerana kita perlu gerak dengan apa yang kita ada," ujar Tengku Puji yang juga bekas timbalan pesuruhjaya PAS Pahang pada sesi mesyuarat bulanan NGO berkenaan.

Kalau ajal tiba-tiba menjemput...

MUHAMAD MAT YAKIM

http://1.bp.blogspot.com/-Okduh6Ai66o/T1vmE6sb8II/AAAAAAAAAqc/Z_DvNnCYf08/s1600/mati-yang-pasti.png
ISTERI saya sudah berbelas tahun miliki lesen memandu. Dan dia sememangnya seorang pemandu yang cekap, bukan pemandu lesen kopi O atau lesen terbang, apa yang diistilahkan orang terhadap lesen yang diperoleh secara rasuah oleh mereka yang tidak tahu memandu.

Namun sesuatu yang jadi masalah bagi isteri saya ialah jalan. Dia tidak tahu jalan, dan jenis tidak ingat jalan. Jalan yang dia tahu hanya yang dia lalu untuk pergi dan balik ke tempat kerjanya di Hospital Sungai Buloh setiap hari.

Selain itu, jika dia perlu pergi ke tempat lain, jangankan di luar Lembah Klang, jika di KL sahaja pun, saya yang kena ambil cuti untuk hantar dan jemput dia balik.

Saya tidak boleh ambil sebahagian daripada waktu kerja untuk berbuat begitu kerana rumah kami jauh - lebih 40 kilometer dari pejabat saya di Shah Alam - dan saya perlu masa yang sangat lama untuk pergi dan balik semula ke tempat kerja.

Walaupun di tentang oleh golongan pro-ulamak PAS, PasMa terus bergerak tanpa mempedulikan semua itu

Menjelang mesyuarat penuh pertama Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) malam ini, hubungan kumpulan ini dengan parti induk mereka, PAS, terus mendapat perhatian menjelang pemilihan pucuk pimpinan parti Islam itu pertengahan tahun depan.

Pihak paling tidak senang dengan mereka adalah para penyokong Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, khasnya golongan pro-ulama dalam parti itu.

Walaupun Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi (gambar, kanan) berkata pihaknya tidak akan terlibat dengan pemilihan PAS, namun cakap-cakap di bawah semakin terang bahawa kumpulan ini bakal menjadi kumpulan pendesak ke arah perubahan pucuk pimpinan parti itu agar lebih pro-Pakatan Rakyat (PR).

"Kami sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) tidak akan terlibat dengan pemilihan parti. Tugas kami ialah memperkukuhkan PR. Pemilihan dalam PAS terserahlah kepada perwakilan," kata Phahrolrazi kepada The Malaysian Insider.

PasMa yang ditubuhkan secara rasmi 10 Ogos lalu meraikan sambutan 100 hari pertamanya 20 November ini.

Polis Kedah teruskan opersi perangi kegiatan judi


http://images.says.com/uploads/story_source/source_image/21576/9485.pngALOR SETAR - Polis Kedah akan terus memerangi kegiatan judi haram di negeri ini dalam usaha membendung kegiatan itu daripada terus berleluasa.

Pemangku Ketua Polis Kedah Datuk Zakaria Yusof berkata dalam tempoh tiga minggu ini, anggotanya menerusi operasi yang dijalankan berjaya melakukan beberapa tangkapan walaupun agak rendah iaitu hanya dua peratus.

"Walaupun hasil tangkapan hanya dua peratus ia bukannya satu kegagalan kepada pihak polis tetapi ini menunjukkan bahawa banyak premis yang telah ditutup berikutan takut akan diserbu.

"Mereka tutup kedai kerana tahu polis sentisa pantau kegiatan judi ini tetapi sekiranya mereka masih berani menjalankan operasi di premis-premis mereka, kita tidak akan memberi peluang langsung," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...