TERKINI :

Friday, November 14, 2014

Tun M kutuk BRIM puak UMNO BN kata nasihat, jika PR kata menghasut bawah Akta Hasutan

Dr M: Jangan guna duit rakyat untuk popular

Selepas mengkritik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini mengalihkan sasarannya pada projek Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dicetuskan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam tulisan blognya semalam, Dr Mahathir mengingatkan kerajaan yang ditadbir perdana menteri bahawa wang untuk membayar BR1M merupakan wang pembayaran cukai.

"Kita jangan lupa yang duit kerajaan diperolehi melalui cukai yang dikenakan ke atas rakyat.

"Cukai ini meningkatkan kos sara hidup. Tetapi rakyat masih lagi sanggup bertahan dengan kos yang dikenakan kerana mereka menjangkakan kerajaan akan memberi keselamatan, mentadbir negara dengan baik dan mempunyai dasar yang memberi faedah kepada rakyat.

"Tetapi rakyat tidak mahu melihat cukai yang mereka bayar dibelanjakan dengan cara yang diluar jangkaan ini.

MAIS beri syarat utama bahawa bible itu tidak boleh diedar di Selangor

MAIS: Syarat utama, jangan edar di S'gor


Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menegaskan bahawa naskhah Bible yang dipulangkan kepada Persatuan Gereja Sarawak hari ini tidak boleh diedarkan di negeri Selangor.Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata ia merupakan syarat utama bagi pemulangan balik naskhah tersebut, yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia pada Januari lalu.

“Pemulangan kembali Bible mengandungi kalimah 'Allah' ini dibuat dengan syarat yang ketat bahawa Bible mengandungi kalimah 'Allah' tidak diedarkan di negeri Selangor,” kenyataannya dipetik.

Beliau juga menegaskan bahawa naskhah berkenaan hanya untuk kegunaan orang Kristian di Sarawak.Mohd Adzib juga berkata, Sultan Selangor berharap agar cetakan Bible dengan kalimah “Allah” tidak lagi dijalankan di negeri itu.

Antara no.plat dan GST....dua-dua nak beban atas kepala rakyat


Operasi nombor plat bagai GST, bebankan rakyat

Shamsul Iskandar Md Akin

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diingatkan supaya tidak membebankan rakyat menerusi operasi penguatkuasaan cermin gelap dan nombor plat.

Ahli Parlimen Bukit Katil-PKR, Shamsul Iskandar Md Akin mendakwa langkah kerajaan menerusi agensi penguatkuasa itu dilihat seolah-olah cuba melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) lebih awal berbanding April depan.

"Saya hendak minta pimpinan Kementerian Pengangkutan dan JPJ, jangan men'GST'kan rakyat lagi.

JAIS serah semula bible yang dirampas depan Sultan & MB..


S'gor serah kembali Bible yang dirampas

11:27AM Nov 14, 2014

Hampir setahun, kerajaan Selangor akhirnya menyerahkan kembali kitab Bible yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia.

Kitab suci bagi penganut Kristian itu diserahkan di Istana Alam Shah dalam satu majlis pagi ini.

Penyerahan itu disaksikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar Azmin Ali.

Sementara itu, Azmin dalam twitternya berkata satu penyelesaian yang dipersetujui berhubung rampasan kitab Bible bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah.

Turut dipaparkan gambar beliau yang berpakaian baju Melayu warna kelabu lengkap bersampin dalam majlis penyerahan kitab itu.

Tian Chua bebas dari tuduhan akta hasutan bab Lahad Datu

Tian Chua dibebaskan dari tuduhan hasutan
11:29AM Nov 14, 2014

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan naib presiden PKR, Tian Chua dari tuduhan mengikut Akta Hasutan berhubung kenyataannya mengenai kes pencerobohan di Lahad Datu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Norsharidah Awang berkata pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

"Oleh itu, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan,” katanya.

Bolehkah gandingkan semula Tun M & Tan Sri Khalid menjaga MAS..?

Ke mana hala tuju MAS?

PENGURUSAN MAS perlu berani buat perubahan dan bersaing dengan
PENGURUSAN MAS perlu berani buat perubahan dan bersaing dengan 
pesawat-pesawat lain demi mengembalikan semula zaman kegemilangan 
syarikat penerbangan nombor satu negara.

SAYA terpanggil berkongsi pandangan terhadap syarikat pe­nerbangan negara kita Malaysia Airlines System (MAS) yang kini sedang menghadapi krisis kewang­an yang amat serius.

Kerugian demi kerugian yang dilaporkan kadang-kadang tidak dapat diterima oleh akal kita yang waras.

Bagi saya tiada kekurangan yang ketara antara MAS dengan syarikat-syarikat penerbangan lain malah dalam satu segi MAS dilihat lebih gagah dari pesaingnya.

Pun begitu tidaklah perlu kita membandingkan MAS dengan Si­ngapore Airlines, Etihad dan yang lain-lain yang setaraf dengannya.

Namun apa yang sangat membanggakan saya ialah aset-aset terutama pesawat yang dimiliki MAS setara dengan syarikat-syarikat gergasi dunia. Mereka ada Airbus A380, kita pun ada enam buah pesawat.

Pegawai Kerajaan di Kedah lapaq sex dekat pemohon rumah PPRT

Nah ambik habuan hangpa...baguih punya pagawai kerajaan yg bekerja zaman mukhriz nie....patut laa hgpa pulun nak pelingkop kerjaan dahulu sebab mai yg lanie hangpa boleh panjang akai dan panjang nafsu sampai lupa hukum hakam dalam agama...

Drama Melayu kebanyakkan "sampah"

Drama Melayu hanya berkisar soal cinta?

 
 
SEJAK akhir-akhir ini drama Melayu adaptasi dari novel semakin banyak ditayangkan di kaca tele­visyen. Namun, pada pendapat saya semuanya ‘sampah’.

Mengapa saya berkata demikian? Kerana semuanya berkisar tentang cinta. Semua menceritakan tentang kahwin, si A dengki kepada si B kerana merampas kekasihnya dan banyak lagi yang mana tidak perlu saya ceritakan.

Tiada satu pun filem/drama Melayu adaptasi novel yang tajuk utamanya tidak berkisar tentang cinta. Di mana ‘standard’ drama adaptasi novel Melayu?

Sekali lagi terpaksa diban­dingkan dengan filem-filem adaptasi novel Barat. Lihat sahaja filem ‘The Maze Runner’ yang baru ditayangkan di pawagam baru-baru ini. Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang terperangkap di dalam permainan ‘pagar sesat’ dan perlu mencari jalan untuk keluar yang mana mereka perlu mengharungi cabaran-cabaran yang sungguh ekstrem.

Mukhriz gesa anak muda negeri persiap diri isi jawatan

Mukhriz TUN Mahathir, Redza Rafiq , Norashikin Ismail bersama
Mukhriz TUN Mahathir, Redza Rafiq , Norashikin Ismail bersama siswazah serta pencari kerja sempena Karnival Kerjaya Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) di Alor Setar, semalam.

ALOR SETAR 11 Nov. - Dengan lebih 10,000 peluang pekerjaan bakal ditawarkan di negeri ini, Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menggesa agar kalangan anak muda terutamanya pelajar dan bakal mahasiswa dari Kedah supaya mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran bagi mengisi kekosongan tersebut.

Menurutnya, peluang pekerjaan itu hadir menerusi beberapa projek yang mampu memacu ekonomi Kedah seperti bandar raya getah di Padang Terap, Taman Sains dan Teknologi di Bukit Kayu Hitam serta Bandar Sains dan Perubatan di Bandar Baharu.

Tegasnya, seboleh mungkin, beliau mahu agar jawatan-jawatan kosong itu diisi oleh anak jati Kedah bagi memastikan manfaat kedatangan pelaburan yang berjumlah berbilion ringgit itu dapat dirasai rakyat Kedah secara menyeluruh.

Siapa yang gadaikan agama, bangsa sendiri wahai Hishammudin..???

 

50 tahun lebih UMNO memerintah  negara...
Mana Hilangnya Pulau Batu Putih, Tanah KTMB di S'pore
Mana Hilangnya Kedaulatan Agama Islam Bawah Mahkamah Syariah
sampai LELAKI PAKAI BAJU PEREMPUAN pun tak boleh hukum
disebabkan PERLEMBAGAAN NEGARA lagi tinggi dari Hukum Islam?

Anda Jawab 3 Soalan nie dulu wahai Hisahm.....

DARI : AnakKedah007

Mukhriz : Bandar aeroangkasa dibina jika KXP lulus

KULIM 13 Nov. - Kerajaan Kedah bercadang mewujudkan bandar aeroangkasa atau Aero­city berdekatan lokasi pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) sekiranya diluluskan kerajaan pusat tidak lama lagi.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, setakat ini beberapa syarikat multinasio­nal dan tempatan telah menyatakan minat mereka untuk me­labur dalam industri aeroangkasa se­perti komponen kapal terbang serta peranti elektronik berkaitan.

Beliau berkata, projek Aero­city ini akan menjadi kluster untuk industri aeroangkasa terutama­nya berkaitan dengan pembuatan komposit untuk kapal terbang.

“Ini bermakna KXP bukan sahaja lapangan terbang tetapi turut menawarkan peluang dalam bidang industri aeroangkasa,” kata­nya kepada pemberita selepas me­rasmikan majlis penutup program Science on Wheel di Silterra Malaysia Sdn. Bhd. di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) di sini hari ini.

PJJ dalam talian di UUM mulai tahun depan

SAFINA RAMLI

http://www.themalaysiantimes.com.my/wp-content/uploads/2013/09/uum-2-522x320.jpg
KUBANG PASU 12 Nov. - Universiti Utara Malaysia (UUM) akan memperkenalkan program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) secara dalam talian mulai tahun depan dalam usaha menambah baik program itu sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat kini.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, dengan adanya kursus dalam talian tersebut pelajar tidak lagi perlu hadir ke kelas kerana mereka boleh mengikutinya melalui kemudahan internet.

“Pelajar boleh mengikuti program UUM dari luar negeri. Ini proses globalisasi pendidikan dengan adanya kemudahan teknologi,” jelasnya di sini hari ini.

Tambah beliau, UUM menyasarkan kira-kira 10,000 pelajar akan mengikuti program PJJ secara dalam talian apabila diperkenalkan kelak.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...