Kementerian Dalam Negeri 
Kementerian Dalam Negeri
KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperuntukkan RM30 juta kepada agensi penguatkuasaannya untuk membangunkan sistem pembayaran dalam talian - Trafik Cops - di negara ini.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff berkata, Trafik Cops adalah antara kaedah yang akan dilaksanakan KDN untuk menyelesaikan bayaran saman dalam kalangan pesalah warga asing.

Beliau berkata, menerusi peruntukan itu, agensi penguatkuasaan terlibat akan dilengkapkan dengan alat pengimbas nombor plat kenderaan atau 'Automated Numbers Plate Recognition' (ANPR) di semua pintu masuk negara.

"Melalui sistem ini, kami berharap dapat menyelesaikan isu pembayaran saman membabitkan warga asing khususnya Singapura kerana di setiap pintu masuk negara, kenderaan warga asing akan diimbas oleh ANPR untuk melihat kesalahan-kesalahan trafik.