TERKINI :

Wednesday, November 12, 2014

Melayu mana yang menjual agama dan bangsa seperti yang dituduh Hishamudin itu?

oleh Aspan Alias

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2014/03/hishammuddin-hussein-during-mh370-pc.jpg

Hishamudin Husein berkata semalam yang UMNO sedang menghadapi musuh dari segelimntiran pemimpin Melayu sendiri yang sanggup menggadaikan agamanya, bangsanya serta rajany semata-mata keranan kerakusan kuasa dikalangan segelintir pemimpin Melayu ini. Naib Presiden UMNO itu tidak pula menyebut nama-nama yang beliau maksudkan itu tetapi kenyataan ini melambangkan keresahan UMNO yang pimpinan mereka sedang berhadapan dengan permainan bayang-bayang mereka sendiri.

Bayang-bayang mereka sedang menakutkan mereka sendiri dan sekarang sedang merapek dan meroyan kerana ketakutan itu. Menuduh mana-mana pihak menggadaikan agama, bangsa dan Rajanya sendiri itu tidak sepatutnya diarahkan kepada mana-mana pihak kerana tuduhan-tuduhan Hishamudin itu sepatutnya diarahkan kepada UMNO itu sendiri, bukannya kepada pihak-pihak lain.

Biar kita berterus terang, dan mari kita bertanya kepada Hishamuddin, apa yang tidak dilakukan oleh UMNO dan pimpinan sekarang yang menafikan mereka tidak menggadaikan maruah bangsa, agamanya dan Rajanya sendiri seperti tuduhan Hishamudin terhadap pihak lain, yang beliau sahaja yang tahu siapa yang beliau maksudkan itu.

Adakah PAS sudah tersasar dan sesat...!!??


Itulah antara tanggapan mudah bagi sesetengah orang PAS dan rakyat Malaysia berstatus Melayu-Islam khususnya apabila tiga ahli Parlimen merangkap AJK PAS Pusat menyuarakan pertikaian berhubung warta ke atas pertubuhan berfahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat dan menyeleweng.

Tulisan ini dikarang untuk mengajak ahli PAS dan rakyat Malaysia umumnya menerjah akal yang kadangkala masih tidak mahu berganjak dari kerangka pemikiran Malaysia di era 70 dan 80-an.

Sedangkan, hakikatnya rakyat kita sedang berhadapan dengan realiti politik yang lebih mencabar dibawah langit informasi yang jauh lebih luas terbuka berbanding dahulu.

Ini bukan kerja mudah. Jika tidak, masakan generasi baru dalam Umno sendiri pun sudah memperlihatkan usaha gigih untuk keluar dari kerangka pemikiran sempit parti mereka sendiri?

Jawab Jangan Tak Jawab Wahai #JPJ, Rakyat Malaysia bukannya cerdik pun..!!!

 

Ketika Najib Makin Diasak, Projek Bodek, Puji Dan Puja Turut Juga Bermula


http://2.bp.blogspot.com/-cYz55NooQMg/UI1KTq2jwrI/AAAAAAAAL3g/Ccr9smDPXTs/s640/setpolzambry1.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-FxEfgR3_F3E/TtW8xX1MQlI/AAAAAAAACPQ/p59_567ML5g/s640/salam+cium+tangan+Najib.jpg 
http://4.bp.blogspot.com/-g9ZYueES3ok/UlumCsIptwI/AAAAAAAAoLE/PG2x2hzR-ec/s1600/cium+tangan+najib+mashitah.jpg
Tidak dinafikan kedudukan Perdana Menteri, Najib Razak ketika ini sedang diasak kiri kanan dan atas bawah oleh pelbagai pihak yang seolah-olah tidak boleh lagi menerima kepimpinannya.

Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang sudah menarik balik sokongannya kepada Najib, telah beberapa kali mengkritik mengenai hutang 1MDB yang terlalu tinggi dan membebankan negara. Isu yang sama juga menjadi bahan bagi beberapa pemimpin pembangkang di Parlimen untuk menyerang lagi kerajaan.

Seorang pemimpin UMNO Sabah, Salleh Tun Said Keruak secara terbuka mengingatkan bahawa isu hutang 1MDB ini jika tidak diuruskan dengan baik, boleh menjadi punca kejatuhan Najib daripada tampuk kuasanya.

Mahathir dalam komen terbarunya pula mengatakan, "Malaysia jika tiada 1MDB pun tidak mengapa" sebagai suatu lagi kecaman bahawa badan pelaburan yang ditubuhkan oleh Najib pada 2009 itu langsung tidak memberi kebaikan, selain semata-mata menambah lagi beban hutang negara.

Mengiringi Mahathir, bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin dan bekas Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin juga turut melancarkan "peluru berpandu" masing-masing. Daim mengkritik hasrat Najib untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi dengah mengatakan ia tidak berguna jika masih ramai rakyat yang tidak mampu memiliki rumah sendiri.

Amanat dari Putrajaya sudah turun kepada #JPJ petang ini....

Kedah dilanda puting beliung lagi...

KUALA LUMPUR: Kejadian puting beliung berlaku pada jam 3 petang tadi sekitar Kuala Sala, Kota Sarang Semut, Kedah menjadikan ia kejadian keempat berlaku di negeri tersebut.

Dilaporkan bencana alam berkenaan telah menyebabkan beberapa rumah rosak dan pokok tumbang.

Beberapa orang ramai mula memuatnaik foto kejadian tersebut di media sosial.

Pada 2 November lalu, puting beliung telah melanda Taman Wira Mergong, Alor Setar dan menyebabkan 13 rumah rosak teruk.

Terdahulu, kejadian puting beliung yang juga dipanggil `belalai darat', turut melanda daerah Pendang dan merosakkan 14 rumah, serta di daerah Kota Setar mengakibatkan 71 buah rumah musnah.

Teguran Tun M : Pemimpin Umno Semacam Memekakkan Telinga

Oleh Abu Hassan Adam

Teguran yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir khususnya dan beberapa orang pengkeritik lain mengenai ‘ketempangan’ UMNO kini seolah-olah tidak dipedulikan. Malah ramai juga pemimpin yang cuba menafikan kenyataan yang dibuat oleh Tun Mahathir itu. Cuma yang tidak dinyatakan oleh mereka secara terang-terang ialah bahawa apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir (M) itu sebagai kenyataan pemimpin tua yang sudah ‘nyanyuk’.

Tun M telah menyatakan dalam Blognya bertarikh 5 November 2014 tentang perubahan yang perlu dilakukan dalam UMNO Selangor. Selanjutnya beliau menyatakan, ‘Sesungguhnya perubahan yang diperlukan oleh UMNO Selangor ialah pembubaran dan penyusunan semula. Pemimpin-pemimpin UMNO Selangor perlu terima hakikat bahawa mereka kalah dalam PRU 12 dan 13. Mereka perlu undur’

Sebenarnya apa yang disuarakan oleh Tun M itu telah pun disuarakan oleh DS Najib sendiri yang beliau merasakan begitu ‘penat’ melayan kerenah yang berlaku di UMNO Selangor ini. The Malaysian Insider bertarikh 1 November 2014 telah memuatkan kenyataan DS Najib dibawah jodol, ; ‘Tired’ Najib wants Selangor UMNO to grab back state from Pakatan’. Selanjutnya beliau menyatakan,’ "I feel so tired. It is such a big embarrassment when BN is mentioned as the opposition,” katanya di Konvenyen UMNO pada tarikh berkenaan.

Malaysia di ambang defisit moral

Oleh Mohd Azmi Abdul Hamid

http://www.reasonsforgod.org/wp-content/uploads/2011/09/morality-300x168.jpg 

MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) memandang serius terhadap gaya hidup umat Islam kini terutama dalam kalangan generasi muda yang sedang kuat dipengaruhi oleh unsur luar yang bercanggah dengan Islam. Gejala ini perlu dipulih segera. Kepincangan akhlak kini memberi tanda bahawa Malaysia khususnya masyarakat Islam menuju ke arah bukan sahaja defisit kewangan malah juga "defisit moral".

Malah "defisit moral" inilah yang menjadi punca kepada defisit kewangan. Amalan rasuah dan salahguna kuasa yang melibatkan pelbagai aktor seperti ahli perbankan, ahli professional, ahli politik, pembuat dasar, penguatkuasa undang-undang, anggota kehakiman serta ahli media terlibat dengan pelbagai skandal yang menyebabkan berbilion ringgit dalam perbendaharaan negara tiris dan disonglap.

Dengan "defisit moral" kami maksudkan ialah keadaan masyarakat yang melihat yang baik sebagai buruk dan sebaliknya yang buruk dilihat baik. Ia juga ditandai dengan keburukan moral (kemungkaran) lebih banyak diterjemahkan berbanding nilai kebaikan. Dengan itu penerimaan atau bersikap pasif terhadap sebarang keburukan moral dilihat sebagai suatu yang biasa. Masyarakat Islam juga kini dijangkiti sindrom "defisit moral".

Saya hanya mahu selamatkan kerajaan Pakatan Selangor

Oleh Saari Sungib

Saya menerima surat yang menyatakan pada 12 Oktober 2014, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mendapati saya bersalah dan membuat keputusan menggantung keahlian saya sebagai ahli PAS selama setahun berkuatkuasa dari tarikh keputusan.

Berulang kali saya cuba mencari dan memahami apakah kesalahan saya yang dimaksudkan sebagai bersalah.

Bagi tujuan pembelaan diri seperti yang saya jelaskan dalam siasatan awal pada 29 September, 2014 kepada Pejabat Setiausaha Agung, bolehlah saya letakkan bersalahnya saya ada kaitan dengan tindakan menandatangani akuan bersumpah (SD) pada 14 Ogos 2014.

Perkara ini saya jelaskan sebagai berikut:

1. Kemelut pertukaran menteri besar Selangor meresahkan kami di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (Adun) kerana ada ura-ura akan berlakunya perpecahan sokongan di kalangan Adun daripada PKR dan DAP yang setia kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) dan mereka yang akan patuh dengan keputusan parti menolak TSKI.

2. Setakat itu tiada apa-apa isu timbul atau dibangkitkan berkenaan Adun PAS. Pada masa itu saya merasakan pendirian Adun dan parti PAS adalah jelas, iaitu menolak TSKI.

Suruhanjaya Reid yang tafsir perlembagaan negara, habis celaru pentadbiran negara...!!

KUALA LUMPUR: PAS menggesa Kerajaan Malaysia membebaskan kerangka perlembagaan negara ini daripada ditafsir oleh Suruhanjaya Reid.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) berkata, banyak kecelaruan yang berlaku dalam pentadbiran negara ini adalah kerana mengikut penafsiran suruhanjaya tersebut yang disifatkannya 'tiada roh' agama di dalamnya.

"Kita sepatutnya hendaklah memerdekakan fikiran kita daripada Suruhanjaya Reid yang menafsirkan perlembagaan Islam agama persekutuan.

"Kita mesti menafsir Islam itu sebagaimana ajaran Islam itu sendiri dan bebas dari kepompong takrif Suruhanjaya Reid yang membataskan Islam dalam hal-hal yang tertentu yang tidak menjadikan Islam agama yang sempurna yang lengkap dan boleh menyelesaikan masalah," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015, peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.

Usah layan Ku Nan yang merepek

SUBKY LATIF

 

TENGKU Adnan Mansor, ketua bagi semua setiausaha Umno, tidaklah tua sangat tetapi sudah boleh dikira merepek.

Menjelang bulan puasa lalu, atas sifatnya Menteri Wilayah Persekutuan, dia membuat keputusan untuk menangkap golongan yang menyediakan makanan kepada orang gelandangan di Kuala Lumpur jika beroperasi sekitar jarak beberapa kilometer dari Bukit Bintang. Setelah semua orang maki dia atas keputusan bodohnya itu, dia tidak jadi bertindak.

Seminggu dulu dia diberi penghormatan oleh Umno berucap di hadapan golonan ulama Umno. Begitu ramai ulama dalam Umno, bukan ahli agama ditunjuk untuk memberi amanat kepada mereka.

Dia pun berkata, PAS adalah parti ajaran sesat. Tidak diketahui apa penerimaan golongan ulama parti sekular itu? Antara mereka beberapa kerat ahli ilmu yang keluar dari PAS.

Antara yang digeruni sangat oleh Tengku Adnan ialah institusi pra sekolah PASTI, yang ditaja PAS terdapat di seluruh negara. Dikiranya PAS telah meracun otak orang Melayu untuk membenci Umno sejak dari kanak-kanak lagi.

DAP Perak yakin Pasma mampu perkukuh PR

Laporan Sinar Harian semalam.  
Laporan Sinar Harian semalam.
IPOH - DAP Perak yakin Persatuan Ummah Sejahtera (Pasma) mampu menjadi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjadi pemangkin kepada kekukuhan hubungan antara komponen PR.

Setiausahanya, Wong Kah Woh berkata, keyakinan itu disuarakan ekoran perkara yang dibincangkan oleh Pasma banyak berkisar tentang penambahbaikan, hala tuju dan masa depan PR dalam mewarnai landskap politik tanah air.

“Pelbagai cadangan, usul, pendapat yang dikemukakan oleh pihak Pasma banyak menyentuh berkaitan masa depan PR selain saya percaya sekiranya perkara ini diberi perhatian serius dan diperhalusi bersama, PR akan kekal relevan serta mendapat tempat di hati rakyat,” katanya, semalam.

Menurut Kah Woh, semua pihak seharusnya menyokong Pasma kerana matlamat utama penubuhan NGO terbabit adalah untuk memastikan BN tewas pada PRU14 nanti.

“Saya hadir ke program mereka selaku panelis dan semua hujah yang dibincangkan bersama adalah bermatlamat untuk menumbangkan BN khasnya pada PRU14 nanti,” katanya.

Sikap Keras Hanya Menjauhkan Lagi Undi Golongan Muda Daripada Kerajaan

oleh Shahbudin Husin,

Berikutan tindakan pemimpin mahasiswa Universiti Malaya, Fahmi Zainol menjemput Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menyampaikan pidatonya di universiti itu beberapa minggu lalu yang kemudian menimbulkan kontroversi dan ketegangan, beliau kini menerima satu demi satu tekanan dalam hidup dan pembelajarannya.

Rakan-rakan yang sependirian dengannya juga turut menerima tindakan yang sama. Pidato Anwar yang menyebabkan berlakunya rempuhan pagar di UM nyata telah mengundang rasa kurang senang pentadbiran universiti itu.

Beberapa hari selepas pidato itu, beliau dan lapan lagi rakannya telah dihadapkan sehingga sembilan pertuduhan disiplin yang memungkinkan kesemuanya digantung atau dibuang daripada universiti. Kes itu masih menunggu perbicaraan.

Tindakan menggantung dan membuang mereka, sekiranya diputuskan nanti, tentunya merupakan sesuatu yang keras dan tidak seharusnya berlaku demi masa depan mereka kerana sebahagian besarnya sudah berada di tahun akhir pengajian.

Kenapakah pihak UM tidak boleh berlembut dan bertolak-ansur dengan mengadakan pertemuan dan perbincangan, sebaliknya terus mengutus surat untuk mengambil tindakan disiplin?

Tak guna jadi negara pendapatan tinggi kalau rakyat tak mampu beli rumah

OLEH MD IZWAN

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mengkritik Putrajaya yang menginginkan status negara berpendapatan tinggit tetapi rakyat sendiri tidak mampu membeli rumah. – Gambar The Malaysia Insider oleh Afif Raiezal, 11 November, 2014.
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mengkritik Putrajaya yang menginginkan status negara berpendapatan tinggit tetapi rakyat sendiri tidak mampu membeli rumah. – Gambar The Malaysia Insider oleh Afif Raiezal, 11 November, 2014.

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin membidas usaha Putrajaya ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi sehingga mengabaikan kedudukan ekonomi majoriti rakyat.

Beliau mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang bercita-cita mahu menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi tetapi dalam masa sama, rakyatnya masih tidak mampu memiliki sebuah rumah sendiri.

"Tidak ada maknanya kerajaan mendabik dada mengatakan kita sedang menuju ke arah negara berpendapatan tinggi jika masih ramai rakyat tidak mampu memiliki sebuah rumah biasa," katanya hari ini.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan buku berjudul “The Colour of Inequality” di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac), Kuala Lumpur hari ini.

Puncak Niaga, Syabas kini milik Pengurusan Air Selangor

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd kini menjadi pemilik baharu kepada Puncak Niaga (M) Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) susulan pemeteraian penjanjian jual beli saham antara Pengurusan Air Selangor dengan Puncak Niaga Holdings Bhd.

Puncak Niaga Holdings Bhd adalah pemegang 100% saham dalam Puncak Niaga (M) Sdn Bhd dan memegang 70% saham dalam Syabas.

Pemeteraian perjanjian tersebut merupakan titik permulaan kepada pelaksanaan Perjanjian Utama yang ditandatangani pada 12 September lepas antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Negeri Selangor, Pengurusan Aset Air Bhd dan Pengurusan Air Selangor.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili (gambar) berkata, pemilikan baru tersebut akan membolehkan langkah-langkah seterusnya diambil untuk memuktamadkan perstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Siapalah pemimpin masyarakat DUN SURA nie, yang dok biaq sekeluarga tidoq dalam tandas apasal..??

Tandas terbiar jadi tempat berteduh

Hadi bersama isteri dan lima anaknya menjadikan tandas terbiar ini sebagai tempat berteduh
selepas rumah mereka terpaksa dirobohkan kerana pemilik tanah mahu mengambil semula
tapak rumah yang diduduki sejak lebih 20 tahun lalu.  
Hadi bersama isteri dan lima anaknya menjadikan tandas terbiar ini sebagai tempat berteduh selepas rumah mereka terpaksa dirobohkan kerana pemilik tanah mahu mengambil semula tapak rumah yang diduduki sejak lebih 20 tahun lalu.

BIJANGGA - “Saya tak pernah termimpi suatu hari saya sekeluarga akan tidur di dalam tandas.. inilah hakikat kehidupan, saya tiada pilihan sebab sudah hilang tempat berteduh selepas rumah saya dirobohkan,” luah Hadi Al Hafiz Musa, 30.

Bapa kepada lima anak itu terpaksa menjadikan tandas awam terbiar sebagai tempat berlindung keluarganya dari panas dan hujan.

Tindakan itu dilakukan Hadi dan isterinya, Nazayana Mat Rudi, 35, sebagai jalan terakhir selepas rumah yang diduduki mereka terpaksa dirobohkan berikutan pemilik tanah ingin mengambil semula tapak rumah yang difahamkan diduduki secara haram sejak lebih 20 tahun lalu.

"Sebagai seorang ayah, pastinya saya pilu lihat lima anak saya terpaksa tidur dalam tandas, mana pernah orang buat sebelum ini.

"Bayangkan tiga anak saya yang masih kecil (Mohd Hazriq Haiqal, 6, Mohd Azwan Rayan, 5, dan Mohd Kalis Hakiki, 2) terpaksa tidur di atas lantai tandas dengan banyak nyamuk dan persekitaran yang kotor," katanya.

Jika sampai macam nie sekali #JPJ dok pulun periksanya, hangpa nie koi mengarut dah jawabnya..!!

 

Rasanya semua parti boleh ambil kot pandangan Tun M nie, bukan Umno Selangor sahaja..!!

Tun M: Beri orang lain peluang jika gagal

Tun Dr Mahathir Mohamad  
Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR - Beri peluang kepada orang lain memimpin jika seseorang pemimpin itu gagal menguruskan sesuatu hal, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Beliau berkata, jika sesuatu perkara gagal dijayakan dengan sempurna, seseorang pemimpin itu mestilah bertanggungjawab dan menyerahkan tugasnya kepada orang lain yang difikirkan layak.
 
"Saya percaya bila kita dah lama dan kita tak berjaya, bagilah kepada orang lain. Saya sendiri pun berhenti sebab nak bagi tempat kepada orang lain.
 
"Kalau tak boleh nak jayakan usaha kita, kita serah kepada orang lain dan kita sokong orang lain.
 
"Itulah cara-cara kita nak jadi pemimpin," katanya pada sidang media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2014 di sini, hari ini.

Kedah tubuh UPUK sebagai pusat sehenti bantu usahawan

http://4.bp.blogspot.com/-lKx19w9iFhI/Uawbjcur7NI/AAAAAAAAkHI/Gf1YDheuIQ8/s1600/Mukhriz.jpg
ALOR SETAR - Kerajaan Kedah menubuhkan Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah (UPUK), sebagai pusat sehenti bagi tujuan pembangunan, penyelarasan dan rujukan utama para usahawan di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata walaupun terdapat pelbagai program dan bantuan disediakan kerajaan, namun akses kepada maklumat perniagaan merupakan satu daripada cabaran yang dihadapi para usahawan.

"Melalui UPUK, maklumat berkaitan program-program usahawan merangkumi skim-skim pinjaman perniagaan yang disediakan pihak swasta termasuk bank-bank komersial boleh diperoleh.

"Idea penubuhan unit ini adalah hasil daripada perbincangan semasa Makmal Transformasi Kedah yang dijalankan pada September 2013 dan ia adalah di bawah Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN)," ucap beliau pada majlis perasmian UPUK di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini hari ini.

Kuala Kedah - Alasan minum ketum untuk tenaga


Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan Mat
Akhir Jaafar memeriksa suspek di Balai Polis Kula Kedah, semalam 
 Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan Mat Akhir Jaafar memeriksa suspek di Balai Polis Kula Kedah, semalam

KUALA KEDAH - Seorang lelaki berusia 24 tahun dipercayai penagih ketum antara ditahan dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah 2 di sekitar Kuala Kedah, dekat sini, semalam.

Difahamkan, dia yang dipercayai bekerja sebagai kontraktor elektrik ditahan dalam sekatan jalan raya ketika dalam perjalanan menuju ke tempat kerja dekat pekan Kuala Kedah, di sini.

Ketika ditahan, botol berisi air ketum itu ditemui dalam lori dibawa pemuda berkenaan, manakala alasan diberikan adalah ia digunakan sebagai minuman pemulihan tenaga dan menghilangkan keletihan.

Timbalan Ketua Operasi Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd berkata, pemuda berkenaan antara 24 suspek ditahan atas kesalahan narkotik.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...