TERKINI :

Tuesday, November 11, 2014

Bung: Kenapa 'raba' badan penumpang?

MP Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mempersoalkan kaedah pemeriksaan ke atas badan penumpang ke atas penumpang di pintu pelepasan penerbangan.

Katanya, pemeriksaan di pintu keluar itu sepatutnya menggunakan seperti di negara maju.

Namun, Malaysia masih lagi melakukan pemeriksaan dengan tangan memeriksa badan penumpang.  

"Apa ini raba-raba? Kalau orang Sabah kita panggil meramas.

"Saya gelilah kena raba-raba ini. Kalau perempuan yang raba lain sikit," kata Bung sewaktu berucap di Dewan Rakyat.

Menurutnya, polis yang melakukan pemeriksaan badan itu juga tidak mempunyai cara yang seragam apabila memeriksa penumpang.

"Berapa kos kita melatih polis ini untuk meraba-raba. Lain polis lain cara merabanya.

"Cara meraba pun lain-lain... Ada yang meraba keras, ada yang meraba lembut," katanya.

Beliau seterusnya menggesa agar syarikat Malaysian Airports Holding Berhad (MAHB) memasang mesin pengimbas badan untuk tujuan itu.

Operasi JPJ: Kaedah penuhkan kantung kerajaan?

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyambut baik usaha Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bersungguh-sungguh menjalankan tanggungjawabnya dengan menggiatkan operasi menyeluruh di seluruh negara.

Ketua Penerangannya, Mohd Syamsul Alauddin berkata kesungguhan tersebut disokong dan disambut baik oleh Pemuda PAS oleh kerana ia adalah bertepatan dengan misi serta matlamat jabatan kerajaan tersebut.

"Namun begitu, kami menyatakan kekesalan di atas operasi yang tertumpu kepada kesalahan-kesalahan remeh seperti mengubahsuai nombor plat serta memasang lampu tambahan (lampu strob) dan lampu HID 'head lamp'," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, pihaknya mengakui ia adalah satu kesalahan mengikut peraturan yang ditetapkan namun ia bukanlah penyumbang utama terhadap permasalahan yang sebenar.

Justeru, katanya Pemuda PAS sangat lucu dengan kenyataan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad yang seolah-olah mengaitkan kesalahan berkaitan pengubahsuaian nombor plat dengan kadar kematian di jalan raya.

Perhimpunan Umno hentikan omong kosong

A Kadir Jasin

KUALA LUMPUR: Adakah Perdana Menteri tahu punca sebenar beliau gagal dalam PRU tahun lalu dan apakah cara memperbaiki prestasi BN pada PRU akan datang?

"Yang kita tahu, prestasi Mohd Najib lebih teruk daripada (Tun) Abdullah Ahmad Badawi pada PRU 2008 dan tidak terdapat tanda-tanda sahih yang Umno dan BN telah bertambah kuat," tulis Datuk A Kadir Jasin dalam blognya semalam.

Malah, menurutnya Mohd Najib sendiri baru-baru merintih malu melihatkan ketidakberdayaan Umno Selangor yang beliau sendiri ketuai.

Berikut tulisan penuh beliau.

DALAM dunia “spinning” atau mengolah maklumat menjadi propaganda, perkataan kalah tidak wujud.

Misalnya, walaupun Mohd Najib Abdul Razak gagal mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya umum (PRU) pertama beliau sebagai Perdana Menteri tahun lalu namun sampai hari ini pun beliau tidak mengaku kesilapan strateginya.

Sehinggalah giliran Mohd Najib, semua Presiden Umno dan Perdana Menteri menang besar pada PRU pertama mereka. Dengan itu mereka mendapat mandat mutakhir dan tulen yang mengesahkan kedudukan mereka sebagai ketua politik nombor satu negara.

Bukan Umno Selangor saja perlu dibubar

SUBKY LATIF | 11 November 2014.

http://idrisahmad.files.wordpress.com/2008/09/nisan-umno.pngAPAKAH saranan Dr. Mahathir agar Umno Selangor dibubarkan bagi disusun semula akan dapat menyelesaikan Umno Selangor, akan menjadi perhatian bagi semua?

Apapun di sebalik yang tersurat dari pandangan Dr. Mahathir itu ialah betapa Umno Selangor pimpinan Noh Omar itu tidak punya harapan besar untuk membaik pulih parti itu supaya dapat kembali berkuasa di Selangor.

Ia adalah reaksi Dr. Mahathir atas wasiat Perdana Menteri Najib kepada Umno Selangor baru-baru ini supaya Umno Selangor jangan buat begitu dan begini dan jangan ulangi itu dan ini jika tidak mahu kekal sebagai pembangkang di Selangor.

Mahathir menyarankan apa yang tidak disarankan oleh Najib. Pilihan yang ada pada Selangor ialah membubarkan badan perhubungan yang ada dan susun semula Umno. Mungkin termasuk Noh sendiri terpaksa dikorbankan. Mengikut teori Mahathir itu, Umno akan penat saja jika badan itu dikekalkan.

Tetapi Umno itu bukan lemahnya di Selangor saja. Mahathir sudah pun menjelaskan sebelum ini bahawa punca segala kelemahan BN dan kerajaannya ialah kelemahan Najib sendiri. Itulah sebabnya dia menarik sokongan kepada Najib.

Jika Umno Selangor dibubar, tetapi Najib dan kerajaannya tidak ikut dalam pembubaran menyeluruh, membubarkan Umno Selangor saja tidak akan memberi apa-apa kesan.

Ikan sardin bukan lagi lauk orang miskin

KUALA LUMPUR: "Kalau susah-susah masak saja ikan sardin".

http://3.bp.blogspot.com/-n_PSBKGr8wk/T13gPLwzxmI/AAAAAAAABTU/xwB93q-BR9I/s1600/IMG_1630.JPG

Ramai yang mungkin tidak asing dengan ungkapan ini apatah lagi untuk orang bujang atau mereka yang kesuntukan masa untuk memasak.

Malah ada juga yang menyimpan stok ikan sardin tin ini untuk tujuan 'kecemasan', manalah tahu ada tetamu datang tanpa dirancang.

Memasak ikan sardin ini sama ada yang di dalam tin atau segar sememangnya mudah. Tidak memerlukan banyak bahan. Sama ada dijadikan sambal, dimasak kari atau digoreng bersama bawang dan halia, hidangan ini sudah cukup untuk mengalas perut yang lapar.

Ada juga yang menjadikan ikan sardin ini sebagai inti sandwic atau karipap.

Rakan Facebook (FB), Rosie Hashim memberitahu penulis, untuk menjadikan masakan sardin lebih sedap beliau akan menambah air asam jawa dan hirisan cili merah.

"Masak lemak pun sedap", tambahnya.

Nombor pendaftaran punca kemalangan tak masuk akal

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan alasan penggunaan nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi boleh mengakibatkan kemalangan dan kematian sebagai tidak masuk akal.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Ismail Ahmad yang mendakwa operasi besar-besaran JPJ terhadap kesalahan itu adalah bertujuan untuk mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya.

"Berilah alasan yang munasabah, mana boleh nombor plat mengakibatkan kemalangan sehingga menyebabkan kematian.

"Pendapat dan pandangan selawak itu tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang Ketua Pengarah JPJ‎," katanya sambil menambah, ia sekadar alasan bagi menghalalkan operasi yang sedang dijalankan jabatan itu.‎

‎Ahli Parlimen Pokok Sen itu turut mempertikaikan Ismail yang meletakkan angka terhadap jangkaan kematian akibat kemalangan menjelang tahun 2020 iaitu seramai 5,358 orang.‎

Isu beli drama, Pemuda PAS sokong Rosyam

Pemuda PAS menyokong saranan pelakon Rosyam Nor supaya satu perbincangan meja bulat antara penggiat drama tempatan dan RTM untuk menyelesaikan isu stesen itu didakwa tidak lagi beli drama sejak Januari lalu.

Simpati dengan keluhan pengarah dan penerbit drama itu, Pengarah Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) PAS Salman Saleh berkata perbincangan itu penting bagi mencari jalan keluar terhadap kemelut yang berlaku.

Beliau turut mendakwa RTM lari dari peranan sebenar untuk membantu penggiat drama tempatan bukan berbelanja lebih termasuk menyiarkan siaran langsung Piala Dunia.

“Walaupun pelbagai alasan yang diberikan, RTM sebenarnya telah lari daripada peranan sebenar mereka di dalam membantu penggiat drama tempatan.

“Sebagai contoh isu Piala Dunia, apakah tujuan RTM bersaing dengan syarikat penyiaran swasta dan berbayar ketika itu?

PAS mahu audit RM93 juta Hari Belia didedah


  MP Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menggesa agar audit ke atas sambutan Hari Belia di Putrajaya yang didakwanya menelan belanja RM93 juta dalam tempoh empat tahun ia diadakan didedah kepada umum.

Menurut Mahfuz, jumlah kos tahunan bagi acara itu meningkat meliputi belanja sebanyak RM16 juta pada 2011 sehinggalah yang terakhir sebanyak RM30 juta pada 2014.

"Saya tak nampak apa masalahnya di sini. Kementerian dan agensi berkenaan akan jawab setiap audit dan sekarang kenapa nota ini tak boleh didedah kepada umum?" tanya Mahfuz pada sidang media di lobi Parlimen.

Dr Mahathir sekali lagi gesa Umno Selangor dibubar

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan pada majlis Kuala Lumpur Summit 2014, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 11 November, 2014.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan pada majlis Kuala Lumpur Summit 2014, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 11 November, 2014.

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi menggesa Umno Selangor dibubarkan dan distruktur semula.

Bekas presiden Umno itu berkata, apabila seseorang individu itu memimpin terlalu lama, keyakinan rakyat akan hilang dan itu adalah masa yang sesuai untuk berundur dan menyerahkan jawatan kepada orang lain.

Perdana menteri yang pernah berkhidmat selama 22 tahun itu turut berkata, beliau sendiri berundur dan digantikan dengan pemimpin lain.

"Itu adalah cara pemimpin, mahu jadi pemimpin sepanjang hayat akan timbul masalah," katanya kepada pemberita di Hotel Seri Pacific di Kuala Lumpur hari ini.

Giliran "MB PAHANG" jadi sasaran UTUSAN, tak lama dah riwayat politik beliau nampaknya..!!

Utusan Belasah Macai-macai Menteri Besar Pahang Pula..

ADALAH sesuatu melucukan apabila istilah ‘ditawan’ yang digunakan oleh Mingguan Malaysia berhubung kebanjiran warga a­sing khususnya warga Bangladesh di Cameron Highlands menjadi perdebatan kelompok yang cuba muncul sebagai ‘pembela’ kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Ramai yang memberi reaksi termasuklah menuduh Utusan Malaysia sendiri tidak boleh dikritik apabila akhbar ini bertindak menegur sikap Adnan, tetapi lebih aneh bukan isu yang diketengahkan menjadi perdebatan tetapi soal istilah.

Bagaimanapun biarlah mereka terus keliru dengan istilah tersebut, kita tidak harus membuang masa untuk memberi penjelasan, apa yang lebih penting ialah persoalan pokok mengenai nasib Came­ron Highlands.

Masalah yang berlaku bukan soal istilah tetapi soal pokok iaitu kebanjiran warga asing yang melimpah ruah di tanah tinggi itu atas alasan ia diperlukan oleh sektor pertanian? Kenapakah tidak bercakap soal kemusnahan alam sekitar yang me­landa Cameron Highlands?

Sokong GST : Pie hospital FREE, nak ambik ubat kena GST...!!!

Kecualikan ubat dari GST, kata farmaseutikal

Persatuan Farmaseutikal Malaysia (MPS) merayu kepada kerajaan supaya kesemua ubat-ubatan tidak dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Presiden MPS Nancy Ho berkata, kerajaan tidak patut mengenakan cukai terhadap seseorang kerana “sakit dan perlu mengambil ubat”.

MPS juga sedang mengutip tandatangan untuk petisyen rayuan supaya kesemua ubat dikecualikan daripada cukai kontroversi itu.

Laporan Audit : Setiap tahun semua terkejut...terkejut.. terkejut.. Lepas tu jerut tengkok rakyat juga..!!

PAC terkejut masih banyak ketirisan

PAC terkejut masih banyak ketirisan

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira - Kira Wang Negara ( PAC ) terkejut apabila lebih banyak ketirisan berlaku dalam Laporan Ketua Audit Negara Siri ke-3 2013 yang dibentangkan di Parlimen semalam.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihaknya sedikit kecewa apabila masih ada kementerian dan agensi kerajaan yang tidak ada rasa takut diaudit.

Menurutnya, selepas setahun PAC menjalankan prosiding bersama kementerian dan agensi kerajaan yang bermasalah pihaknya berharap isu berbangkit berkurangan tetapi sebaliknya berlaku.

"Kita harap berkurangan (masalah) tetapi tidak. Maknanya PAC perlu kerja lebih keras.

"Selepas kita kerja kuat kita ingatkan budaya takut diaudit makin menyeluruh dalam kementerian. Kita terperanjat dengan laporan (audit) kali ini berbanding siri satu dan dua apabila jumlah kementerian dan jabatan yang perlu dipanggil semakin meningkat," katanya kepada pemberita selepas mendengar pembentangan Laporan Ketua Audit Negara semalam.

JPJ bagi alasan kenapa wajar operasi no. plate dijalankan sekarang

JPJ vs KEMALANGAN & KEMATIAN DI ATAS JALAN RAYA

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

http://3.bp.blogspot.com/-i_Ko7JONgrM/Tn8KNCqDLVI/AAAAAAAAAZA/8s0Lkqw8smI/s1600/logo-jpj.gif
diharapkan maklum balas oleh admin FB JPJ ini tidak terlewat untuk memberi sedikit pencerahan terhadap video dan kenyataan-kenyataan yang sedang tersebar melalui media sosial terhadap JPJ.

Saya akan bawa pembaca ke suatu bentuk persoalan dan jawapan pencerahan terhadap tomahan yang dilemparkan kepada JPJ.

1) Apa punca kuasa yang ada pada JPJ?

JPJ merupakan sebuah AGENSI PENGUATKUASA JALAN RAYA DI MALAYSIA. Kuasa yang diberikan kepada agensi JPJ termaktub di bawah AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 yang mana secara umumnya JPJ berkuasa utk menjalankan penguatkuasaan terhadap pemandu, kenderaan dan jalan raya.

Sebab itu JPJ tidak boleh mendakwa penjual aksesori cermin gelap dan nombor plat. Namun begitu, walaupun penguatkuasaan tak boleh diambil keatas kedai aksesori tetapi JPJ tidak biarkan sahaja. JPJ telah turun ke kedai2 ni untuk sebarkan garis panduan yang ditetapkan oleh undang-undang.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...