TERKINI :

Monday, November 10, 2014

Buat mereka yang bergelar ulamak


'Tembok Zionis' yang memisahkan penduduk Kampung Chubadak dari 
memasuki kampung yang sewajarnya menjadi hak mereka.

Penulisan saya kali ini mungkin sedikit kontroversi. Namun pada saya, hal ini tetap perlu diluahkan supaya beberapa aspek khususnya kepada aktor yang terlibat dapat muhasabah dan merenung fungsi dan peranan diri mereka.

Subjek ulamak seringkali menjadi bualan masyarakat. Di samping kedudukannya yang disebut dalam hadith Baginda SAW bahawa "ulamak itu pewaris para nabi", ulamak sering mendapat perhatian kerana golongan ini dilihat mempunyai ilmu agama yang tinggi, arif soal hukum-hakam serta memahami pelbagai disiplin ilmu Islam. Terdapat juga segelintir masyarakat yang memandang ulamak itu sebagai pakej yang mampu menterjemahkan nilai dan roh Islam kepada umat sejagat. Inilah mulianya kedudukan mereka sebagai ulamak.

Namun, adakah dengan ketertinggian ilmu semata-mata mampu menggamit rasa hormat masyarakat, atau wujud unsur-unsur lain yang turut mengiringi?

Pada saya tidak cukup sekadar hadam berpuluh jilid kitab dan arif dalam ilmu haraki (bagi ulamak haraki/gerakan). Namun ulamak juga perlu dekat dengan keluh nadi rakyat, khususnya mereka yang tertindas dan memerlukan pembelaan.

Apa istimewanya Najib sebagai Perdana Menteri dan apa pilihan yang rakyat ada?

Apa sebenarnya hala tuju Najib?

 http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.malaysiakini.com/mk-cdn.mkini.net/459/300x200x7767cb071c6247903bb54f9729460c9f.jpg.pagespeed.ic.S9Z3AnopHq.jpg
1. Baru-baru ni Che Det kata dengan berpendapatan tinggi saja tidak akan menjadikan Malaysia negara maju. Che Det menjadikan Brunei sebagai contoh. Che Det juga kurang yakin Malaysia akan mencapai taraf negara maju tahun 2020.

2. Kalau tanya Najib, Idris Jala, Wahid dan Husni..semuanya kata Malaysia akan mencapai status negara maju lebih awal pada 2018. Indikator mereka mudah saja..jika pendapatan perkapita rakyat mencecah RM140 ribu dan KDNK melebihi RM1.5 trillion, maka jadilah Malaysia negara maju berpendapatan tinggi. Errr..

3. Adakah Brunei, Qatar, Kuwait dan Bahrain yang diketahui rakyatnya berpendapatan tinggi boleh dikategorikan sebagai negara maju? Walhal negara-negara ini bergantung kepada hasil minyak dan gas!! Walaupun rakyat di negara-negara maju menikmati pendapatan yang tinggi, namun negara berpendapatan tinggi tidak semestinya adalah sebuah negara maju.

Adakah ini tanda-tanda riwayat politik ADNAN YAAKOB akan berakhir selepas di 'baham' UTUSAN

Berita Mengaibkan Pemimpin Umno Ini Tidak Boleh Disorok Lagi..

Utusan Malaysia hari ini membidas Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob apabila menghina akhbar milik Umno itu kerana berang dengan laporan berita mengenai 30, 000 kebanjiran warga asing, terutama warga Bangladesh di Cameron Highland.

Kolumnis Awang Selamat mempersoalkan kehebatan menteri besar tersebut dengan berkata Adnan sudah terlalu selesa berada di kedudukannya hingga tidak dapat menerima kritikan.

"Awang seperti tidak percaya ada pemimpin bertaraf menteri besar yang berfikir seperti itu. Inilah masalahnya kalau sudah lama sangat sandang jawatan dan terleka dalam zon selesa sehingga takut dengan bayang-bayang sendiri.

Ulat pun disangka ular. Beliau sepatutnya belajar dengan menteri besar lain yang mengambil positif dan menjadikan laporan media sebagai peluang menangani sesuatu isu dengan lebih berkesan."Ada laporan lebih panas melibatkan negeri lain tetapi menteri besarnya tidak melatah," katanya dalam ruangan Bisik-bisik Awang Selamat dalam Utusan edisi mingguan hari ini.

Bukti Kerajaan Malaysia Bertanggungjawab Menanggung Hutang 1MDB

Saya difahamkan bahawa akhbar kewangan The Edge telah pun menyiarkan surat sokongan Kerajaan Malaysia kepada pemegang-pemegang bon hutang 1MDB. Bersama-sama ini saya edarkan mukasurat penting dari perjanjian hutang 1MDB itu seperti berikut:

1. Muka depan perjanjian yang mengesahkan bahawa Kerajaan Malaysia terbabit memberi Surat Sokongan dalam penerbitan hutang berjumlah USD$3 bilion oleh 1MDB yang diatur oleh Goldman Sachs International
GSI-page1
2. Mukasurat 2 – mengesahkan bahawa terma Surat Sokongan turut dimuatkan di dalam perjanjian

GSI-page2
3. Mukasurat 19 dan 20 – menjelaskan apa tanggungjawab Kerajaan Malaysia mengikut terma Surat Sokongan dan bagaimana tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Kerajaan Malaysia

Bukti bahawa PR SELANGOR akan kekal memerintah 10 penggal lagi semakin terserlah..!!

Kalau Setakat Isu Denggi Yang Mampu Diketengahkan, Maknanya 10 Penggal Lagilah PR Goyang Kaki di Selangor


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar yang dikecam teruk oleh Perdana Menteri, Najib Razak dan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad ekoran kegagalan menunjukkan prestasi dan kesungguhan yang meyakinkan untuk menawan semula negeri itu, tiba-tiba tampil dengan isu baru untuk menyerang kerajaan negeri pimpinan PR.

Barangkali tindakan segera bangkit dengan isu baru ini ialah kerana turut rasa malu berikutan gagal mengambil kesempatan dan mengeksploitasi isu pertukaran Menteri Besar Selangor sehingga Najib dan Mahathir telah menegurnya secara terbuka.

Isu yang dibangkitkannya oleh Noh untuk mentaktif kerajaan negeri pimpinan Azmin Ali sebagai gagal dan perlu ditukar ialah kerana meningkatnya kes denggi di negeri Selangor sejak kebelakangan ini.

banyak kementerian jadi 'anak haram jadah'

PAC terkejut lebih banyak kementerian bakal dipanggil kerana laporan audit

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara akan panggil 13 kementerian dan 2 agensi berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara, kata pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 November, 2014.
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara akan panggil 13 kementerian dan 2 agensi berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara, kata pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 November, 2014.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed terkejut kerana lebih banyak kementerian bakal dipanggil jawatankuasanya berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2013 siri 3 yang baru didedahkan hari ini.

Beliau berkata, PAC akan memanggil 13 kementerian dan dua agensi berdasarkan kepada laporan tersebut dan prosiding dijangka bermula pada sesi Dewan Rakyat akan datang.

"Kita pun rasa terkejut, kali ini isu banyak di mana kita dapati ia cukup serius untuk dipanggil," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

"Pertambahan mungkin kerana kebanyakan audit dibuat serentak dengan pembentangan bajet di Parlimen."

Isu transgender: Keputusan mahkamah cabar undang-undang Islam - DUPP

1. Keputusan sebulat suara Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 adalah tidak berperlembagaan pada 7 November 2014 menjadi satu cabaran terhadap kedudukan undang-undang Islam di negara ini.

2. Ia rentetan kes 3 tiga lelaki Islam dituduh di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan di bawah seksyen 66 tersebut kerana memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam lalu membawanya ke Mahkamah Sivil bagi memohon perisytiharan bahawa seksyen tersebut tidak berperlembagaan.

3. Seksyen 66 tersebut adalah seperti berikut:
“Seksyen 66. Lelaki berlagak seperti perempuan.


Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”

Berapa agaknya duit rakyat hangus dek Kerajaan BN guna buat bayaran peguam Shafee?

Orenji Ren Oren

 

Berapa agaknya duit rakyat hangus dek Kerajaan BN guna buat bayaran peguam Shafee dlm kes Anwar Ibrahim ni? Bila ditanya dlm Parlimen pada 11/11/2013, BN tak nak dedahkan berapa. Kenapa?? Berapa gamaknya Putrajaya bayar peguam yg cari bukti pakai Google Search tu?

Semua dh tau Shafee gagal menggulung hujah kerana tak ada apa2 perkara baru. Sebab itu tamat perbicaraan. Perbicaraan tamat mengejut! Ada betulnya juga xle guna bahan internet sebagai hujah di mahkamah. Mane taknye, cuba korang taip ALTANTUYA.. Bila google 'Altantuya', asik satu nama tu je yang disyak terlibat. Xdak nama lain..

Berapa bayaran untuk Shafee dlm kes DSAI, kita tak tahu. Tapi kita tahu berapa Kerajaan BN bayar kepada dia semasa RCI Teoh Beng Hock 2011. Kerajaan BN bayar pathologist luar negara Dr Peter Vanezis RM90,680. Untuk Shafee peguam tempatan je sebanyak RM150,000.

Gelapkan wang hampir RM1 juta tapi terlepas, inilah kehebatan dalam pemerintahan BN..!!

 
Pegawai kerajaan yang bertanggungjawab menggelapkan hampir RM1 juta daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dilepaskan tanpa sebarang tindakan jenayah, menurut laporan Ketua Audit Negara 2013.

Dalam laporan siri ketiga yang dibentangkan di parlimen hari ini, laporan itu menyebut, ia melibatkan RM995,031 wang tidak dituntut melalui pemalsuan dokumen yang terdedah kepada pada Mac 2011.

Laporan itu menyebut tindakan belum diambil terhadap tindakan pegawai itu yang dilakukan antara 27 Ogos 2008 hingga 21 Disember 2010.

Laporan polis juga dilaporkan dibuat pada 3 dan 10 Mac 2011.

Sementara laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula dibuat pada 11 Mac 2011.

1,800 peluru ditemui berhampiran jeti nelayan

LANGKAWI - Sebanyak 1,840 butir peluru ditemui berhampiran sebuah jeti nelayan di muara Sungai Belanga Pecah di sini semalam.    

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Harrith Kam Abdullah berkata, peluru bersaiz 7.62 milimeter buatan Rusia itu ditemui oleh orang ramai dalam sebuah kotak hitam berhampiran muara sungai itu kira-kira pukul 1 tengah hari.
   
"Ekoran penemuan itu, sepasukan Polis telah bergegas ke lokasi dan menemui 920 butir peluru yang masih hidup terdapat di dalam kotak itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi, di sini hari ini.
   
Katanya hasil pemantauan seterusnya polis menjumpai 920 lagi butir peluru yang telahpun berkarat dibungkus di dalam sebuah beg plastik di kawasan berhampiran kira-kira jam 6 petang.
   
Katanya, penemuan peluru itu dipercayai ada kaitan dengan kes rampasan 16 laras senapang termasuk senapang patah yang ditanam bersama lebih 1,000 peluru daripada dua lelaki tempatan dan seorang warga Britain di Kampung Belanga Pecah di sini pada September lepas.
   
Katanya penemuan peluru itu akan disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960, yang jika sabit kesalahan mereka yang terlibat boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya.
   
Harrith berkata penemuan peluru itu tidak ada kaitan dengan unsur-unsur pengganas atau militan mahupun jenayah terancang di negara ini.
   
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat sebarang perkara yang mencurigakan supaya melaporkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Bernama

Peniaga Pekan Rabu belum sedia berpindah

Pekan Rabu yang terletak di tengah pusat bandar Alor Setar, Kedah
Pekan Rabu yang terletak di tengah pusat bandar Alor Setar, Kedah akan
diroboh untuk dibina semula supaya lebih selesa dan lapang. – UTUSAN/Safrizal Azmi


ALOR SETAR 2 Nov. - Bukan niat mahu mem­be­rontak atau ingkar, namun bagi sebahagian daripada pe­niaga di Pekan Rabu yang di­arahkan berpindah ke Ukir Mall mulai se­malam, masih ada beberapa isu yang perlu diselesaikan sebelum mereka sedia berbuat demikian.

Tinjauan Utusan Malaysia men­dapati, rata-rata peniaga masih be­lum mahu berpindah serta merungut mengenai tahap keselamatan dan kedudukan kedai di Ukir Mall yang didakwa mereka diberikan tanpa ada perbincangan antara peniaga dengan Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad.

Menurut peniaga ba­rangan ibadat dan pakaian, Abu Bakar Nyak Othman, 77, faktor keselamatan menjadi kebimbangan utama me­man­­dangkan terdapat ruang besar antara ja­ring besi­ dan dindin­g di lokasi per­niagaan mereka di Ukir Mall.

"Memanglah kami diberitahu terdapat kamera litar tertutup (CCTV) dan pe­ngawal di sana selain bangunan yang tertutup rapi. Te­tapi kerisauan itu tetap ada kerana jaring besi itu tidak langsung kukuh selain kewujudan ruang besar tersebut.

"Kami tidak kisah ten­tang ruang perniagaan yang kecil dan sedia ber­pindah sementara ke­­rana telah dua kali berbuat demikian ketika Pe­kan Rabu diubah suai sebelum ini. Tetapi, pas­tikanlah segalanya be­tul seperti yang pernah diberikan kepada ka­mi ketika berpindah se­men­tara di hadapan Pekan Rabu dahulu," katanya yang sudah berniaga di situ sejak 1951.

Sebelum ini Pengerusi Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad, Leftenan Kolonel (B) Lutfi Ahmad Ghazi memberitahu, pu­sat operasi bagi kira-kira 370 peniaga di Pekan Rabu akan dipindahkan sepenuhnya ke Ukir Mall di sini mulai semalam.

Perpindahan itu bagi memberi laluan kepada pembinaan se­mula pusat tarikan pelancongan tersebut yang dijangka ber­mula November ini mem­babitkan pe­runtukan sebanyak RM53 juta.

Sementara itu, se­orang lagi peniaga pa­kaian, Rokiah Daud, 63, kecewa kerana men­dakwa diberikan ruang perniagaan yang tersorok di Ukir Mall sehingga menimbulkan kebimbangannya mengenai kedatangan pelanggan.

"Di Ukir Mall, mereka bina ruang perniagaan menggunakan papan di dalam ruang kedai sedia ada. Dalam setiap kedai, disediakan se­kurang-kurangnya tiga ruang perniagaan bagi memuatkan semua ka­mi di situ.

"Masalahnya, pe­ngun­jung tidak akan perasan kewujudan kedai di be­lakang sekali dan itu yang terjadi pada saya.

"Hanya ini sahajalah usaha saya mencari makan dan disebabkan bimbang hilang pelanggan, saya akan terus kekal di Pekan Rabu ini sehingga ada penyelesaian," katanya.

Dalam pada itu, peniaga ma­ka­nan kering, Mahani Abd. Ka­rim memberitahu, dia bersedia berpindah dari Pekan Rabu ke tempat baharu tersebut walaupun berat hati untuk berbuat demikian memandangkan ruang disediakan untuknya menjalankan perniagaan agak kecil dan tidak selesa.

"Ruang perniagaan kami pe­niaga makanan kering diletakkan di kawasan parkir. Tentu sekali ini menyebabkan rasa tidak selesa pengunjung yang terpaksa berpanas dan berhujan untuk datang ke gerai kami.

"Tetapi apa boleh buat, keadaan di Pekan Rabu ini sudah teruk dengan banyak tempat yang bocor dan perlu dipulihkan segera. Setakat ini kami hanya menanti rak meletak kuih siap sebelum berpindah ke sana dalam minggu hadapan," ujarnya.

Jangan jadi seperti ‘kacang lupakan kulit’

http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.22489!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg

KUBANG PASU 8 Nov. - Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mahu setiap rakyat negara ini tidak menjadi seperti 'kacang lupakan kulit' dan perlu bersama-sama memikirkan tentang keutuhan negara.

Tunku Puteri Intan Safinaz yang juga Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, semua pihak mempunyai tanggungjawab untuk memelihara kedaulatan negara, perpaduan kaum dan usaha-usaha murni dalam menjadikan Malaysia makmur, aman serta bahagia.

"Saya yakin jika setiap kita menunaikan tanggungjawab masing-masing, negara ini yang kini berada di ambang negara maju akan terus kekal stabil dengan acuannya yang tersendiri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada istiadat Majlis Konvokesyen UUM ke-27 di Dewan Mu'adzam Shah, UUM Sintok di sini hari ini.

Dalam majlis itu Tunku Puteri Intan Safinaz dimasyhurkan sebagai Canselor UUM yang baharu dan istiadat pemasyhuran disempurnakan oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.

Yang turut hadir, Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak.

Tunku Puteri Intan Safinaz berkata, nilai-nilai kehidupan sosial negara ini telah digariskan oleh tokoh-tokoh negarawan terdahulu misalnya Rukun Negara.

"Kelima-lima prinsip Rukun Negara mesti dijadikan sebagai amalan supaya masyarakat negara ini dapat berdiri teguh sebagai sebuah masyarakat dunia yang mempu­nyai nilai-nilai budi bahasa, integriti dan disanjung oleh masyarakat," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, ilmu pengetahuan yang diperoleh daripada para graduan di UUM me­rupakan langkah awal untuk mereka memulakan kehidupan .

"Semua perlu ingat bahawa nikmat sebenar tidak hanya diperoleh daripada pekerjaan namun kenikmatan sebenarnya diperoleh daripada kerukunan kerohanian.

"Sains yang diagungkan mestilah berpaksikan kemanusiaan, ilmu pengetahuan menjadikan kita individu yang mempunyai karakter mulia dan politik yang mendasari kehidupan sosial mestilah politik yang bertunjangkan prinsip keutuhan serta agama yang diamalkan mesti dapat meluruskan kehidupan dan mengekang daripada tuntutan nafsu hedonisme," jelasnya.

Pada majlis hari ini, bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Pembangunan) manakala artis popular Datuk Mohd. Nasir Mohamad atau lebih dikenali sebagai M. Nasir me­nerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Industri Kreatif).




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...