Beliau berkata, penjelasan itu membolehkan ia tidak lagi menjadi isu dan tumpuan utama Perhimpunan Agung UMNO yang akan datang.
“Pada asasnya, mereka di dalam UMNO yang menentang Perdana Menteri berharap perkara ini akan mewujudkan suasana bagi mempertikaikan Najib semasa Perhimpunan Agung UMNO
“Kebimbangan adalah serangan oleh para pemimpin UMNO sendiri, dulu dan sekarang khususnya dari Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin. Tun Daim bahkan mengatakan bahawa jika Najib tidak berhati-hati 1MDB mungkin mengakibatkan kejatuhannya,” katanya dalam entri terbarunya sskeruak.blogspot.com/ .
Salleh yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Sabah berkata, sekiranya isu seperti 1MDB tidak diselesaikan, maka ia akan menganggu perwakilan semasa Perhimpunan Agung UMNO nanti.