TERKINI :

Wednesday, November 5, 2014

Mahathir bantai Umno Selangor....!

Dr M: Pemimpin Umno S'gor harus berundur

Pemimpin Umno Selangor yang terbabit dalam kegagalan parti itu dalam dua pilihan raya umum yang lalu, perlu berundur, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Pemimpin-pemimpin Umno Selangor perlu terima hakikat bahawa mereka kalah dalam PRU 12 dan 13. Mereka perlu undur," tulis Dr Mahathir dalam blog beliau hari ini.

Umno Selangor dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pilihan raya umum lepas dan kini digantikan oleh Datuk Seri Noh Omar.

Minggu lepas Najib berkata beliau "letih dan malu" setiap kali partinya disebut sebagai pembangkang di Selangor.

Menurut Dr Mahathir, menerima ramai ahli baru termasuk yang berbakat adalah perubahan utama yang perlu dilakukan oleh Umno Selangor.

"Hari ini untuk mendapat calon menteri besar di kalangan pemimpin Umno pun tidak ada. Pemimpin Umno biasanya tidak suka menerima ahli baru yang berbakat kerana takut mereka dicabar dan hilang jawatan atau tidak dapat jadi calon pilihanraya," katanya.

Beliau juga berkata perlunya memberi tumpuan kepada Generasi-Y di mana 2.5 juta pengundi muda akan mengundi dalam PRU14.

Bagaimanapun, katanya, ahli baru perlu juga ditapis oleh badan yang terdiri dari veteran Umno termasuk dan bahagian lain.

"Tapisan diperlukan kerana ada makhluk perosak yang ingin peralat Umno untuk agenda peribadi mereka," tambahnya.

Beliau juga berkata Umno mengikis sebagai parti rasuah dan oleh itu "jangan sekali-kali guna kereta mewah bila ke kampung".

K'jaan mengaku intip talian komunikasi


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri mengakui bahawa kerajaan mengintip talian komunikasi pihak tertentu.

Bagaimanapun, intipan tidak melibatkan talian komunikasi ahli politik mahupun pihak awam, kata Nancy dalam satu jawapan bertulis di Parlimen.

Intip juga tidak dilakukan ke atas kiriman emel atau pos, katanya lagi dalam jawapan kepada Julian Tan Kok Ping (DAP-Stampin).

"Berdasarkan rekod sehingga kini, pintasan hanya dibuat kepada talian komunikasi dan tiada pintasan dibuat kepada emel atau pos.

"Daripada statistik talian komunikasi juga, tiada pintasan komunikasi yang melibatkan mana-mana ahli politik atau orang awam," kata Nancy dalam jawapannya.

Tan meminta kerajaan mendedahkan jumlah terperinci kes pemintasan yang dijalankan ke atas ahli politik, suspek jenayah dan orang awam bermula 1998 sehingga 2014.

Hujah si Shafee Peguam Sayfool selaku berminda kanak-kanak tadika

Mazhar Yusof II

Hujah Shafee Peguam Sayfool selaku berminda kanak-kanak tadika:

1. Ky Jelly untuk pertahankan keselamatan Sayfool.
2. DNA yg berada dalam rektum Sayfool mungkin datang dari mangkuk tandas. Merangkak masuk le tuh..
3. Seluar dalam hari kejadian di basuh. Seluar dalam yg lain ada DNA..

Sekian.. Salam lawak Imaginasi kartun SeMalaysia untuk para penyokong Umno yg sering percaya TV3 Suku, Utusan Meloya dan Berita Hairan.. Selamat membangangkan rakyat jelata..

Mahkamah tentera berat sebelah, ketua panel komen tentang tertuduh di Internet

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/MAJOR_ZAIDI_AHMAD_MILITARY_COURT_100614_TMINAJJUA_05.jpg
Juruterbang TUDM Mejar Zaidi Ahmad minta mahkamah tentera yang mengendalikan perbicaraan kesnya berhubung dakwat palsu ketika pilihan raya dibubarkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 November, 2014.

Mahkamah tentera yang mendengar perbicaraan juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Zaidi Ahmad yang didakwa membuat kenyataan terbuka berkenaan dakwat kekal digunakan semasa pilihan raya umum harus dibubarkan, kata pihak pembelaan hari ini.

Ini kerana, ketua panelnya, Kol Saadon Hasnan, menunjukkan sifat berat sebelah terhadap tertuduh dalam satu komentar yang dibuatnya di Internet melalui satu artikel di portal berita.

Peguambela Mohamed Hanipa Maidin berkata, Saadon bersikap prejudis terhadap Zaidi.

"Keadilan sudah terjejas. Anak guam kami tidak mahu beliau terus mempengerusikan perbicaraan ini," katanya.

Saadon didakwa mengulas satu laporan berita dengan menulis yang  Zaidi sepatutnya menjadi penoreh getah sekiranya beliau tidak suka berada dalam tentera.

Kamar mahkamah bertukar kecoh apabila Hanipa membentangkan kesnya berhujah menggesa panel dibubarkan, dan Saadon menghentak meja.

"Sudahlah, duduk," kata Saadon.

Beliau dikatakan membuat komen tersebut melalui akaun Facebooknya menggunakan nama  Saadon Tson.

Ia sebagai respons kepada artikel "Peguam: Kesalahan Mejar Zaidi hanya kerana berani" dikeluarkan Malaysiakini pada 20 Oktober lalu.

Pengguna Facebook bernama Saadon Tson itu menulis: "klu tak nak jd tentera duk kampung motong getah je"

Hanipa berkata, pasukan pembela membuat carian di Internet malam tadi tetapi mendapati komen itu kini 'hilang' bersama dengan akaun Facebook tersebut. – 5 November, 2014.

Permatang Pauh akan ada PRK jika rayuan Anwar gagal

Hilang kerusi jika kalah

Anwar Ibrahim - Foto AFP
Anwar Ibrahim - Foto AFP

SHAH ALAM - Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar, 67, bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27 di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit  Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendengaran rayuan itu pada mulanya ditetapkan dua hari mulai 28 Oktober, dilanjutkan sehingga enam hari selepas kedua-dua pihak membentangkan hujahan dengan panjang lebar.

Jika Anwar kalah dalam rayuannya, Anggota Parlimen Permatang Pauh itu boleh hilang kelayakan sebagai seorang anggota parlimen sebagaimana Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan seseorang anggota parlimen boleh dilucutkan jika dijatuhkan hukuman penjara lebih daripada setahun atau didenda lebih daripada RM2,000.

Ini adalah kes liwat kedua terhadap Anwar.


Dalam kes pertama, beliau didapati bersalah kerana meliwat pemandu keluarganya Azizan Abu Bakar di Tivoli Villa di sini pada tahun 1994 dan dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos, 2000.

Mahkamah Tinggi telah memerintahkan Anwar menjalani hukuman itu selepas selesai hukuman penjara enam tahun ke atasnya kerana kesalahan rasuah.

Mahkamah Tinggi telah menyabitkan Anwar atas empat kesalahan rasuah pada 4 April, 1999.

Bagaimanapun, selepas hampir enam tahun dalam penjara, Anwar dibebaskan pada 2 September 2004, setelah Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad, yang kemudiannya menjadi Ketua Hakim Negara, mengetepikan sabitan dan hukuman ke atas Anwar kerana meliwat Azizan menerusi keputusan majoriti 2-1.

Anwar dibebaskan apabila Abdul Hamid dan dua lagi hakim Datin Paduka Rahmah Hussain dan Tengku Datuk Baharuddin Shah Tengku Mahmud bercanggah dari segi tarikh kejadian liwat, walaupun umumnya, mereka bersetuju berlaku aktiviti liwat antara Anwar, Azizan dan adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja.

Pas Perak tidak setuju cadangan mufti

IPOH - Pas Perak tidak bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya wang zakat digunakan untuk menebus tanah rizab Melayu di negeri ini.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, cadangan itu tidak dipersetujui berikutan wang zakat adalah  dana yang diperuntukkan khas kepada golongan yang memerlukan.

"Tiada keperluan untuk tujuan seperti itu. Kita juga sedia maklum, wang zakat berfungsi bagi membantu golongan miskin dan tidak berkemampuan selain digunakan untuk kemajuan Islam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurunya, kuasa eksekutif yang terletak pada kerajaan negeri seharusnya digunakan dalam menangani masalah kekurangan tanah rizab Melayu di Perak.

"Menebus, mengganti atau menambah tanah rizab Melayu adalah tanggungjawab kerajaan negeri dan masalah yang sedang berlaku ini seharusnya diselesaikan mereka," katanya.

Beliau berkata, isu berkenaan tanah rizab Melayu juga dapat diatasi sekiranya kerajaan negeri dapat menguruskan perkara tersebut dengan baik.

"Pokok pangkalnya adalah urus tadbir tentang hal itu, adakah mengikut peruntukan yang sedia ada atau sebaliknya," katanya.

Sebelum ini, Harussani ada mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya wang zakat digunakan dalam menebus kembali tanah rizab Melayu.

Hal ini kerana beliau bimbang tanah rizab Melayu yang ada semakin berkurangan dan hanya tinggal 12.5 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Jom Miss Asian pulak kat Aloq Setaq...macam nie baru best..!

Nah ambik hangpa...
Habuan BN MENANG KEDAH SENANG
Senang buat Mis Asian....
Nganga lagi jom kita pie ramai-ramai
Zaman pemerintah dulu bukan ada pun
Mai yang lanie baru best...baru ada semua nie..
Biaq puting beliung mai sapu kesemua...
Baru ada akai....

Video viral: Maktab Mahmud mangsa fitnah

KUALA NERANG - Pihak pentadbiran Maktab Mahmud Padang Terap menafikan kejadian buli yang tersebar dalam video di laman sosial berlaku di pusat pengajian itu.

Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajarnya, Mohd Zulqurnain Mohd Yusoff berkata, dia dan pengetua maktab turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap pada jam 2.20 petang semalam.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan daripada waris yang tidak dikenali pada awal pagi selepas video berdurasi empat minit itu tersebar di laman sosial sejak kelmarin.

"Jika dilihat dalam video itu, asrama lokasi kejadian mempunyai satu daun pintu manakala asrama di sini pula mempunyai dua daun pintu.

"Besi katil di dalam video itu berwarna hitam sedangkan di sini ia berwarna kelabu. Dinding di asrama ini berwarna putih berbanding di dalam video, berwarna hijau kuning,” katanya.

KFA : Info terkini skuad hijau kuning

:: 4.11.2014 | INFO TERKINI SKUAD KEDAH 2015 ::


Persiapan Skuad Liga Premier 2014 dalam fasa 30 hari akhir menjelang tarikh tamat pendaftaran 5 Disember ini. Pengurusan telah memutuskan beberapa isu persiapan pasukan dan langkah telah diambil dengan tidak menyambung khidmat pemain import musim 2014 iaitu Billy Mehmet, Namkung Woong, Adam Griffiths dan Jose Franco Gomez. Langkah drastik ini terpaksa dibuat setelah menimbang beberapa faktor terutamanya dari segi kantung kewangan persatuan, sasaran pasukan, keyakinan kekuatan pasukan sedia ada, keutamaan pembangunan pemain dan memberi lebih ruang untuk menyeimbangkan peluang yang patut diberikan kepada ramai anak muda Kedah melalui pelan strategik pembangunan skuad pelapis Kedah yang sedang rancak dijalankan ketika ini oleh pengurusan skuad Kedah bawah umur 21 tahun.

Kejurulatihan seperti sedia maklum, Tan Cheng Hoe akan terus dikekalkan untuk mengemudi pasukan dan pembantu beliau Ian Gillan sudah ditawarkan kontrak lanjutan dan dalam proses memuktamadkan kontrak bersama persatuan. Kejurulatihan juga dalam perancangan dan memfokuskan kepada pengambilan jurulatih kecergasan sepenuh masa untuk memastikan setiap pemain sentiasa berada dalam satu struktur pelan kecergasan yang lebih teratur.

Dengar khabar bahawa Billy Mehmet tak disambung kontrak oleh KEDAH..!!

Dari : HijauKuning.Com

Photo: BILLY bakal meninggalkan KEDAH. 
BILLY rasa terkilan dengan KFA. 
Beliau masih setia untuk bermain bersama pasukan KEDAH.
Bukan ISU DUIT! 
Beliau sentiasa setia dengan pasukan KEDAH!
Tapi, apakan daya...

BILLY bakal meninggalkan KEDAH.
BILLY rasa terkilan dengan KFA.
Beliau masih setia untuk bermain bersama pasukan KEDAH.
Bukan ISU DUIT!
Beliau sentiasa setia dengan pasukan KEDAH!
Tapi, apakan daya...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...