Shahbudin Husin,

Perlantikan
tiga orang Senator semalam ternyata menimbulkan keributan yang bukan
sedikit di kalangan ahli-ahli UMNO yang merasakan ianya tidak
menggambarkan hasrat parti untuk menang lebih banyak kerusi dalam
pilihanraya umum akan datang.
Nallakaruppan,
68 tahun, yang disambung untuk penggal kedua dilihat tidak mempunyai
keistimewaan atau kelebihan kepada BN, selain hanya kekerapannya muncul
di beberapa media arus perdana menceritakan keburukan Anwar Ibrahim
sehingga akhir-akhir ini mula menimbulkan rasa meluat kepada ahli UMNO
sendiri seolah-olah kemenangan dalam pilihanraya hanya ingin dicapai
melalui cara itu saja.
Perlantikan
dua yang lain iaitu Abdul Halim Samad, 74 tahun dan Ibrahim Abu Shah,
66 tahun turut mengecewakan ramai ahli UMNO kerana perlantikan keduanya
yang dikategorikan "warga emas" itu untuk mengisi kerusi Dewan Negara
tidak menggambarkan hasrat UMNO untuk menggamit sokongan generasi muda
mendekati parti.