Orang ramai bersalaman dengan Abdul Hadi (kanan) ketika program Nekad 3.0 di Merbok.  
Orang ramai bersalaman dengan Abdul Hadi (kanan) ketika program Nekad 3.0 di Merbok.

MERBOK – Pas Kedah mahu kerajaan negeri teruskan agenda pembangunan bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Kedah, Mohd Azam Abdul Samat berkata, ia demi manfaat rakyat.

“Mana-mana projek sedang berjalan, harap diteruskan. Tidak perlu kajian,” katanya selepas menghadiri program Nekad 3.0 di Madrasah Zubaidiyah, di sini, semalam.

Beliau berkata, apa yang berlaku kini adalah sebaliknya di mana kerajaan negeri dilihat seperti menghilangkan asas yang telah dilaksanakan PR selama lima tahun lalu.

“Kerajaan negeri sering memaklumkan akan mengkaji semula projek kerajaan negeri terdahulu hingga memberi  kesan kepada masyarakat,” katanya.

Menurutnya, antara projek yang harus diteruskan ialah ladang rakyat di Pedu dan Kolej Universiti Insaniah (Kuin).