TERKINI :

Sunday, November 2, 2014

Awas Dengan Kemunculan 'Golongan Baru' Dalam PAS

oleh Khalid Samad

http://img.astroawani.com/2013-02/61359990704_295x200.jpgBagi saya, sebagai seorang yang telah berada dalam PAS selama 30 tahun lebih, saya melihat PAS sedang berhadapan dengan masalah dalaman yang agak kronik sepertimana tidak pernah di hadapi sebelum ini. 

Saya sebenarnya lebih selesa berhujjah dari melabel mana-mana kumpulan sekalipun. Walaubagaimanapun saya terpaksa berbuat demikian setelah melihat munculnya golongan baru, yang tidak diketahui secara tepat kefahaman mereka berhubung kaedah dan pendekatan perjuangan PAS dalam membawa mesej Islam. 

Mereka merupakan muka baru yang muncul kebelakangan ini, iaitu pada tahun-tahun akhir 90an dan awal 2000. Tindakan mereka dilihat tersusun dan mengikuti strategi tertentu ke arah mencapai matlamat tertentu.

Matlamat disebalik strategi yang sedang dilaksanakan adalah supaya pendekatan inklusif yang diguna-pakai sekian lama oleh PAS sejak terlaksananya konsep kepimpinan ulama' akan ditukar dengan pendekatan yang lebih syadid dan tertutup. Ke arah tercapainya matlamat ini maka beberapa langkah dilaksanakan mengikut strategi mereka. Saya menamakan strategi ini ‘Langgar Golongan Profesional’.

Alor Setar : 13 rumah rosak teruk dilanda puting beliung di Mergong


ALOR SETAR: Angin tiada, hujan pun tiada, namun secara tiba-tiba, angin kuat melanda sebuah taman perumahan di sini menyebabkan 13 rumah rosak teruk.

Kejadian yang berlaku jam 1.15 petang tadi di Taman Wira Mergong di sini seolah mengulangi dua kejadian sama yang berlaku di negeri ini baru-baru ini.

Menurut seorang saksi, Mohd Adam Mohd Abdullah, ketika kejadian dia berada di luar rumah sedang menjemur pakaian.

Namun, secara tiba-tiba, beberapa kepingan atap rumah jiran yang terletak berdekatan kelihatan berterbangan naik ke udara dan berpusing seakan-akan dibadai puting beliung sebelum menuju ke arahnya.

Dalam keadaan panik, Mohd Adam melaungkan azan dan menyuruh isteri membawa anak berusia setahun lima bulan berlindung di bawah meja rumah.

“Keadaan ketika itu tak ada angin, tak ada pokok hujan, panas macam biasa. Secara tiba-tiba angin berpusar sampai bumbung tercabut dan jatuh.

Nasarudin Mat Isa pertikai TG Nik Aziz sebab menentang idea ber UG dengan UMNO..!!!

Nasarudin Mat Isa mastermind UG yang dihalalkan Majlis Syura Ulamak sejak dahulu lagi..!!

Sebelum kita bersembang apa kata semua mendengar dahulu UCAPAN Mantan Timb Presiden PAS ini....kemudian anda hubungkaitkan apa yang kami nak sampaikan...




Terbukti skrg AGENDA UG memang berjalan dalam PAS... dimana mereka ini menekankan BANGSA MELAYU dan bila sebut MELAYU semuanya akan dikaitkan dengan ISLAM......

Bila ditekankan BANGSA nampaknya usul ini sudah bertentangan dengan apa yang perkatakan oleh MURSYIDUL AM PAS iaitu TG NIK AZIZ NIK MAT....yang mana beliau menekankan ISLAM dahulu kemudian BANGSA.....

Selain itu cuba tengok ucapan ini dimana beliau mempertikaikan apa yang dikatakan TG Nik Aziz iaitu hendak meludah golongan yang mahu ber UG dengan UMNO

Letih Dan Malu Jadi Pembangkang, Ehhh...Najib Mengata Siapa Ni?


Ketika berucap di majlis perasmian Konvensyen UMNO Selangor semalam, Perdana Menteri Najib Razak dilaporkan berkata, beliau letih dan malu setiap kali BN digelar sebagai pembangkang di negeri itu.

"Saya rasa sangat letih dan memalukan apabila kita dipanggil sebagai pembangkang," katanya lagi.

Tambahnya lagi, UMNO Selangor perlu menerima hakikat bahawa mereka telah kalah dua kali dalam pilihanraya umum dan perlu berani membuat perubahan bagi merampas kembali negeri itu.

Ada yang bertanya, kenapa hanya letih dan malu dengan Selangor saja sedangkan BN juga jadi pembangkang di Pulau Pinang sejak 2008 dan di Kelantan pula sejak 1990 lagi?

Berdasarkan perkembangan semasa, gerak kerja dan struktur kepimpinan UMNO Selangor sekarang ini, memang Najib berhak untuk berasa malu dan letih. Walaupun PR di Selangor pernah bergolak dengan kemelut pertukaran Menteri Besar, pimpinan parti itu dilihat beku dan kaku untuk mengambil peluang dah kesempatan.

Isu 2 Adun PAS : Majlis Syura sebulat suara buat keputusan tapi belum umum apa keputusannya


Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh  
Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh

KUALA LUMPUR - Nasib dua Adun Pas di Selangor yang digantung keahliannya kerana mengetepikan parti dan menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor akan diketahui dalam masa terdekat.

Pemangku Naib Ketua Dewan Ulama Pas, Nik Zawawi Nik Salleh berkata, surat akan dihantar kepada kedua-dua wakil rakyat itu untuk memaklumkan keputusan yang telah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas selewat-lewatnya esok.

"Kita hantar surat (keputusan) kepada dia dulu (dua Adun) untuk penghormatan kepada mereka dan hantar surat keputusan kepada dua orang yang merayu.

"Surat itu akan kita hantar seboleh-bolehnya hari ini, kita akan hantar mungkin hari ini atau esok sebagai penghormatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibupejabat Pas, di sini, hari ini.

Kena penjara seumur hidup atas kesalahan niat sahaja..hebat Malaysia, MP tak ambik kisah ka?

UNDANG-UNDANG KEPALA BANA APA, DIHUKUM KERANA NIAT?
 Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Ini kes lebih teruk daripada ISA. ISA ditahan tanpa bicara. Tapi yang Ini dihukum penjara seumur hidup, hanya kerana niat mahu berkahwin. Hanya kerana menyokong.

2) Ini kes undang-undang menjilat Amerika dan Imperialis. Ini kes tunduk kepada desakan Salibiyyah.

3) Apa hukuman kepada orang yang berninat mahu berkahwin dengan perasuah tegar? Apa hukuman kepada orang yg berniat mahu berkahwin dengan pembunuh bersiri? Apa hukuman kepada orang yang niatnya mahu berkahwin dengan tauke judi? Yang mahu berkahwin dengan anak Mafia yang diburu pihak antarabangsa?

4) Dipenjara pula seumur hidup. Nampak sangatlah hangpa menggamit serangan IS ke Malaysia. Ikut sangatlah telunjuk Amerika. Jenayah sosial yang berlambak dan bertambah parah, hangpa tak risau pulak. Bunuh kejam, rogol bunuh, bakar hidup-hidup, simbah asid, dan mcm2 lagi jenayah berat, hangpa tak fokus pun.

5) Sebab, semua jenayah tu, Amerika dan Zionis tak kesah pun... kan?

Sekian

Mampukah Najib menangguhkan GST?

 
Kritikan Tengku Razaleigh Hamzah pada saat-saat ini adalah sangat menggugat kedudukan kerajaan Persekutuan.

Selaku mantan menteri kewangan, beliau masih punya pengaruh politik yang luas dan pandangannya masih berbisa dalam tadbir-urus kewangan negara.

Belanjawaan 2015 merupakan ikhtiar Datuk Seri Najib Razak bagi mengimbangi tuntutan fiskal dan keperluan rakyat. Dewan Rakyat sedang sengit membahaskan belanjawaan ini.

Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST, adalah antara peruntukan penting dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2015.

Sebagai sebuah sistem percukaian yang berasas-meluas (broad-based) yang kononnya lebih adil, pentadbiran Najib telah berkempen agresif untuk rakyat terima propaganda mereka.

Betul ia sedikit membebankan rakyat dakwa mereka, tetapi slogan dan tag-line kempen BN adalah ‘GST baik untuk anda dan akan membantu rakyat’.

Tunku Intan Safinaz dimasyhur Canselor UUM


  Tunku Intan Safinaz Tunku Abdul Halim
Tunku Intan Safinaz Tunku Abdul Halim

ALOR SETAR - Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Intan Safinaz Tunku Abdul Halim akan dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) yang baharu pada konvokesyen ke-27 Sabtu ini.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, pelantikan itu diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 9 September dan ia berkuatkuasa mulai 1 Ogos lalu.

"Sempena meraikan 30 tahun UUM dan konvokesyen kali ini, ia mencatatkan sejarah kerana dimulakan dengan istiadat pemasyhuran Tengku Intan Safinaz sebagai Canselor," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Apabila mantan Timb Presiden PAS berucap bab "BANGSA"..!!!

Jangan nafikan wujudnya Agenda UG oleh beberapa pemimpin tertinggi Pas yang kononnya di terjemahkan oleh Nasaruddin Md Isa dalam bentuk Agenda Penyatuan Melayu..

Dengarkan Video ini baik2...

Setiausaha Agung UMNO pulak kata PAS Parti Ajaran Sesat...!!

PAS parti ajaran sesat, pesongkan akidah umat Islam, kata Ku Nan
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bercakap semasa program Sarapan Rakyat 1Malaysia di Perpustakaan Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 2 November, 2014.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bercakap semasa program Sarapan Rakyat 1Malaysia di Perpustakaan Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 2 November, 2014.

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mendakwa PAS sebuah parti politik yang membawa ajaran sesat dan memesongkan akidah umat Islam.

Sebaliknya, Umno ialah parti Melayu yang memastikan akidah umat Islam di Malaysia tetap terpelihara, kata setiausaha agung Umno itu.

"Tidak ada parti seperti Umno, saya hendak beritahu. Kalau kata PAS itu Islam, pada saya, PAS itu parti mengajar ajaran sesat. Parti yang akan memesongkan akidah.

"Berapa surau, masjid yang PAS bangunkan? Yang mereka tahu, pecah belahkan kita. Memesongkan akidah kita.

DAP: Pakatan pecah jika tak tunai komitmen, janji

 
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menasihatkan rakan dalam Pakatan Rakyat bahawa gabungan pembangkang itu boleh berpecah jika ada parti komponen yang tidak menunaikan janji dan komitmen yang ditetapkan.

Menurut ketua menteri Pulau Pinang itu lagi, tiada beza sama ada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan daripada tuduhan liwat atau dipenjarakan, jika ketiga-tiga parti tidak mampu  menunaikan komitmen dan janji.

Mengapa Anwar Ibrahim Begitu 'Ditakuti'.

Oleh Abu Hassan Adam

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2014/10/anwar-ibrahim-keadilan.jpg
Dalam satu kenyataannya ketika berucap di hadapan pelajar-pelajar University Malaya (UM) baru-baru ini, Saudara Anwar ada menyatakan,” mengapakah mereka begitu ‘takut’ kepada seorang Anwar?. Lebih kurang begitulah bunyi kata-katanya.

Kenyataan itu pendek saja tetapi menyebabkan aku berfikir buat seketika. Merenung kembali peristiwa-peristiwa lama, menyingkap sejarah perjuangan ‘manusia’ yang bernama Anwar Ibrahim.

Aku tidak perlu menyingkap buku-buku sejarah atau majalah-majalah lama atau akhbar-akhbar lama untuk mencari jawapan kepada persoalan itu. Yang aku hairan ialah mengapa beliau begitu ditakuti. Dan mungkin jawapan yang paling tepat ialah hanya mereka yang membuat salah sahaja yang takut kepada Anwar Ibrahim. Mungkin……

Peribahasa Melayu ada mengatakan,’berani kerana benar dan takut kerana salah’. Maknanya betullah tanggapan ramai orang yang selalu mengatakan bahawa disebabkan banyak kesalahan yang dilakukan menyebabkan mereka begitu takut kepada Anwar Ibrahim. Tetapi yang peliknya pula, bagi mereka yang tidak melakukan kesalahan atau tidak merasakan diri bersalah, maka mereka akan sedaya upaya cuba merapati beliau disebabkan ‘charisma’nya yang luar biasa.

Awas..!! Berhati-hati ketika mengkritik Hudud

Oleh Roslan SMS

Penolakan Hukum Hudud terus dilaungkan secara terbuka oleh parti-parti tertentu demi menggagalkan usaha PAS khasnya Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 yang telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri sekian lama.

Dalam akhbar The Star hari ini dilaporkan bahawa MCA mendakwa perlaksanaan hukum ini kelak bakal menyaksikan ramai, bukan Islam dan Islam, berhijrah keluar dari negeri berkenaan.

Menurut Ng Chok Sin Timbalan Pengerusi Biro Agama MCA, Kelantan akan menyaksikan rakyatnya berhijrah keluar berami-ramai sebagaimana di Timur Tengah dimana penduduk di sana lari meninggalkan Negara mereka apabila berhadapan dengan keganasan kumpulan militant IS, Islamic State.

Ng turut mendakwa perlaksanaan hukum ini kelak juga akan menakutkan para pelabur dan pelancong dari datang ke Negara kita.

Chubadak & Kerpan, teguran kepada kerajaan

Oleh Aina Nabilah Bakhor

Setelah 57 tahun Malaysia merdeka dan ditadbir pemerintah daripada parti yang sama iaitu Umno/BN, ‘tema’ kezaliman dan rasuah sukar sekali dikikis daripada parti tua ini. Selama setengah dekad Umno/BN memerintah, jika mahu dicatatkan satu persatu siri kezaliman dan rasuah mereka, barangkali setinggi KLCC jumlahnya.

Jika rasuah dan kezaliman itu kononnya satu persepsi semata-mata, maka ia adalah persepsi yang diyakini puluhan juta rakyat.

Namun benarkan ianya persepsi dalam keadaan bukti demi bukti terdedah di hadapan mata tanpa Umno/BN berjaya membersihkannya?

Terkini perobohan rumah penduduk di Kampung Chubadak.

Selama puluhan tahun penduduk Kampung Chubadak menetap di situ.

Bahkan ada keputusan Mahkamah Tinggi pada tahun 1998 pemaju yang ingin memajukan kampung tersebut perlu membayar pampasan sewajarnya kerana mereka bukanlah penduduk setinggan tetapi peneroka bandar.

Malangnya bukan sekadar pampasan ditawar terlalu kecil dan tak setanding tanah dan rumah mereka yang hilang, malah proses pengambilan tanah mereka dilakukan secara kejam dan zalim.

"Pinjam Seringgit..!!" Jurang si kaya, si miskin


Beban hutang mengundang stres. - Gambar hiasan  
Beban hutang mengundang stres. - Gambar hiasan

"PINJAM seringgit! Lupa bawa duit belanjalah hari ini..." Walaupun dialog ini biasa didengar, namun ia mungkin simptom awal penyakit hutang kalangan kanak-kanak di bangku sekolah. Sikap berani berhutang ini jika dibiarkan ia boleh terbawa-bawa hinggalah dewasa.

Setiap orang yang berhutang mempunyai alasan tersendiri. Jika dikumpulkan peningkatan hutang yang berlaku di peringkat global termasuk Malaysia kian membarah.

Bank Negara Malaysia (BNM) melaporkan pemberian pinjaman bank kepada sektor isi rumah sebahagian besarnya didorong oleh pinjaman pembelian aset, seperti hartanah, kenderaan dan pelaburan.

"Keperluan hidup yang mendesak memaksa masyarakat memilih hutang sebagai penyelesaian untuk mengecap kehidupan idaman serta berbelanja melebih keperluan dan kemampuan," kata Profesor Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Abu Hassan Shaari Md Nor ketika membentangkan kertas kerjanya bersama Prof Madya Dr Tamat Sarmidi dan Jasni Abus Suffian Omar, bertajuk Faktor Peningkatan Hutang Isi Rumah.

Hujah Hari Pertama Shafee Tidak Gugat Keyakinan Anwar

Shahbudin Husin,

Mengikuti hujah yang dibentangkan oleh pihak pendakwa kes rayuan liwat melibatkan Anwar Ibrahim pada hari pertama semalam, tentunya ramai yang bersetuju bahawa persembahan Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan agak mengecewakan.

Hujah-hujahnya menepis kredebiliti Saiful Bukhari yang ditimbulkan Gopal Sri Ram, isu konspirasi politik  yang dibangkitkan Surendran dan pencemaran sampel DNA yang tidak disimpan dalam peti sejuk sebagaimana yang dipertikaikan oleh Ramkarpal, tidak ada yang di luar jangkaan dan hanyalah bersifat biasa-biasa saja.

Sebaliknya yang ditimbulkan Shafee dengan ghairah ialah mengenai aksi seks antara Anwar dengan Saiful yang didakwanya berlaku dengan kasar dan diikuti dengan tindakan Ketua Pembangkang itu menyemburkan air maninya ke dalam dubur bekas pembantunya itu.

Juga disensasikan ialah mengenai suit mahal jenama Brioni yang dihadiahkan Anwar kepada Saiful serta pemberian elaun ketika bertugas di luar negara sebagai asas yang didakwa wujudnya hubungan kemesraan antara mereka.

JBPM Kedah siap sedia hadapi banjir

Ahmad Shahabudin menunjukkan sebahagian persiapan menghadapi musim
Ahmad Shahabudin menunjukkan sebahagian persiapan menghadapi musim

Ahmad Shahabudin menunjukkan sebahagian persiapan menghadapi musim banjir di negeri Kedah di Ibu Pejabat JBPM Kedah, Alor Setar, kelmarin. – Bernama

ALOR SETAR 29 Okt. - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah kini berada dalam keadaan bersiap sedia jika gelombang banjir melanda negeri ini.

Ketua Pengarah JBPM Kedah, Ahmad Shahabudin berkata, pihaknya juga telah mengenal pasti kesemua peralatan operasi banjir yang perlu dan meletakkannya dalam keadaan bersedia dan boleh digunakan pada bila-bila masa.

“Semua aset dan kelengkapan yang diperlukan untuk menghadapi banjir juga sentiasa dipantau agar berada dalam keadaan baik.

“Pihak kami juga baru sahaja menerima 10 bot aluminium yang akan diletakkan di lokasi yang telah dikenal pasti sebagai kawasan yang selalu dilanda banjir,” katanya selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan JBPM di sini ibu pejabat JBPM Jalan Tun Razak di sini semalam.

Adun Sg Limau Ust. Azam mengatakan MSO diupah oleh pihak tertentu untuk menulis

Penulis buku diupah individu tertentu?

Mohd Azam (kiri) ketika berucap pada program Nekad 3.0, semalam.
 
Mohd Azam (kiri) ketika berucap pada program Nekad 3.0, semalam.

MERBOK - Penulis buku ‘Kejatuhan Kerajaan Pas Kedah’ perlu mendedahkan nama individu yang mengupahnya untuk menulis buku tersebut.

Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Kedah, Mohd Azam Abdul Samat berkata, perkara itu penting bagi membolehkan Pas mengenal pasti individu yang berniat jahat terhadapnya.

Beliau berkata, beberapa fakta penting dalam buku itu juga adalah tidak benar dan cuba memburukkan imej Pas.

“Secara peribadi, saya melihat ulasan yang dibuat dalam buku itu cuba menggambarkan bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak adalah punca kepada kekalahan Pas Kedah pada PRU13 lalu.

Alor Setar - Mangsa ceritakan detik cemas puting beliung


AZIZAN ABD. RANI menggendong anaknya, Mohd. Azril yang jatuh dalam  
AZIZAN ABD. RANI menggendong anaknya, Mohd. Azril yang jatuh dalam petak sawah padi ketika menceritakan pengalamannya dalam kejadian puting beliung kelmarin di Kampung Mergong, Alor Setar, Kedah, kelmarin.

ALOR SETAR 1 Nov. - Pengalaman berada di te­ngah-tengah puting beliung yang melanda beberapa kawa­san di bandar raya ini semalam ti­dak mungkin dilupakan seorang pemandu lori, Azizan Abd. Rani, 39.

Dalam kejadian itu, dia yang menggendong anaknya, Mohd. Azril Azizan, 5, ditolak pusaran angin tersebut menyebabkan kedua-dua­nya jatuh terlentang dalam bendang.

Katanya, ketika itu dia bersama beberapa jiran di Kampung Batin sedang bersembang di luar rumah sebelum ternampak pusaran angin menerbangkan bumbung salah sebuah rumah di kampung berhampiran yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumahnya.

“Kampung itu terletak hanya di seberang bendang, berdepan rumah saya. Jadi memang jelas kelihatan bumbung rumah di situ berterba­ngan.

JKKK & Adun kawasan NAKA nie dah mati dah ka?

Tadah air hujan dengan besen

Zainab menadah beberapa besen setiap kali hujan turun kerana bumbungnya rumahnya yang banyak telah bocor. 
 Zainab menadah beberapa besen setiap kali hujan turun kerana bumbungnya rumahnya yang banyak telah bocor.

NAKA - Seorang ibu tunggal dari Kampung Masjid Lama, Mukim Tekai Kiri, dekat sini terpaksa menadah air hujan yang menitis dengan besen berikutan bumbung rumahnya yang sudah usang dan bocor.

Warga emas, Zainab Che Mat, 72, struktur binaan yang semakin mereput akibat dimakan anai-anai menyebabkan rumahnya sering bergoyang sekiranya berlakunya ribut di kawasan itu.

"Jika ribut, makcik terpaksa berteduh di rumah saudara berhampiran.

"Pernah beberapa kali bumbung rumah ini diterbangkan angin dan setiap kali hujan, makcik juga terpaksa menadah besen atau zink di atas rumah supaya air hujan tak membasahi lantai rumah," katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...