Saturday, November 1, 2014
Piala Malaysia 2014: Amaran puting beliung semasa perlawanan akhir?
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia meminta
orang ramai tidak terlalu cepat mempercayai mana-mana berita melalui
media sosial yang yang menyatakan akan berlaku kejadian puting beliung
semasa perlawanan Akhir Piala Malaysia malam ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Che Gayah Ismail berkata, ribut petir berkemungkinan berlaku malam ini memandangkan situasi semasa sehari-hari.
"Jangan percaya sangat, setakat ini memang tiada puting beliung akan berlaku.
"Kalau ribut petir itu biasalah, lagipun sekarang memang musimnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Che Gayah mengulas beberapa pesanan melalui kumpulan WhatsApp yang menyatakan ribut petir serta kemungkinan puting beliung berlaku di lokasi perlawanan akhir Piala Malaysia malam ini.
Jabatan Meteorologi sebelum ini pernah menafikan ia mengeluarkan amaran puting beliung dijangka berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya pada akhir Oktober lepas.

Malaysia menang kes pertikaian tanah KTM
PUTRAJAYA 31 Okt. – Pertikaian berhubung cukai tanah yang mengancam projek usaha sama antara kerajaan Malaysia dan Singapura membabitkan tanah milik KTM Berhad di Singapura telah dimuktamadkan dengan Mahkamah Tetap Timbang Tara di The Hague, Belanda semalam memutuskan bahawa isu itu memihak kepada Malaysia.
Mahkamah Timbang Tara dalam keputusannya semalam berhujah bahawa tidak ada cukai tanah tambahan perlu dibayar oleh syarikat usaha sama antara Khazanah Nasional Bhd.-Temasek Holdings Ltd iaitu M+S Pte Ltd, dengan perkongsian 60:40.
Pertikaian tentang cukai itu timbul berikutan perbezaan tafsiran terhadap perjanjian berkaitan mercu tanda itu pada 2010 yang mana Malaysia bersetuju menyerahkan beberapa bidang tanah milik KTM di Singapura melalui satu pertukaran tanah yang membawa kepada pembentukan syarikat M+S Pte Ltd. bagi melaksanakan projek-projek utama di Marina South dan kawasan Ophir-Rochor.
Seluar dalam Saiful peningkan pendakwa?
MOHAMED HANIPA MAIDIN | 31 Oktober 2014.
Saya ditanya oleh Sasterawan Negara, Pak Samad Said di kantin Mahkamah tentang peluang Anwar dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan. Saya jawab agak sukar untuk diramalkan. Secara berjenaka saya kata kepada Pak Samad mungkin Anwar akan dibebaskan kerana seluar dalam Saiful dan saya jelaskan kepada beliau mengapa saya berpendapat begitu. Setelah mendengar ulasan saya, Pak Samad secara berjenaka berkata " nampaknya seluar dalam Saiful boleh menjadi alibi Anwar !
Saya akan jelaskan di sini mengapa seluar dalam Saiful tidak mustahil boleh membebaskan Anwar. Bagaimanapun sebelum itu saya ingin berkongsi dengan pembaca antara intipati hujah para peguam Anwar dalam rayuan ini. Banyak isu yang dibangkitkan oleh para peguambela Anwar namun saya akan berkongsi hanya beberapa isu yang dibangkitkan.Kita tahu Anwar dituduh melakukan sodomi ke atas Saiful dan bagi pertuduhan sodomi , sepertimana tuduhan dalam kes rogol, pendakwa perlu buktikan elemen paling penting iaitu tusukan ( penetration ) ke dalam anus Saiful.
Peguam Anwar berhujah mahkamah rayuan tersilap apabila mengatakan pendakwa telah berjaya membuktikan tusukan dalam keadaan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwa penuh dengan aneka keraguan. Antaranya peguam Anwar berhujah Saiful mengatakan dia diliwat secara kasar dan menyakitkan dalam keadaan dikatakan jelly KY digunakan. Ini suatu yang tidak munasabah.
Tengku Razaleigh sedia jumpa PasMa
RILEKS MALAM
Tengah hari tadi saya berjumaat bersama Tengku Razaleigh Hamzah dan beberapa rakan yang setiap Jumaat akan bersamanya di masjid Nurul Hidayah, Pandan. Selepas solat Jumaat, menjadi kebiasaan Tengku Razaleigh apabila tidak kesuntukan masa akan mengajak untuk makan tengah hari. Hari ini masanya agak luang dan kami sempat makan tengah hari di sebuah restoran di Kampung Pandan.

![]() |
Amalan Tengku Razaleigh menjamu rakan hari Jumaat. |
Agak lama juga saya tidak bersua dengan ahli Parlimen Gua Musang itu.
Paling akhir ialah pada pertengahan Ramdhan lalu ketika hadir majlis iftar dan bersolat terawih di rumahnya. Tidak bermakna apabila lama tidak bertemu saya alpa kegiatan sosial dan politiknya.
"Lama tak berjumpa," begitulah hembur Tengku Razaleigh sebaik bertembung muka di bibir pintu pejabat alias rumahnya, sebelum ke masjid. "Sibuk sangat ke?" sambungnya lagi. Begitulah bahasa sapaan mesra Tengku kepada sesiapa yang dianggap sebagai rakannya.
"Sibuk sedikit Ku, tetapi bukan bermakna tak ingat..jiwa bersama Ku," balas saya, dan disambungnya dengan berkata; "Ingat dah kena kidnaped oleh Mahathir...," katanya sambil memecah ketawa bangsawanannya. Tengku Razaleigh seorang yang suka bergurau dan tidak berprotokol.

Fahmi jadi 'ketakutan' baharu pentadbiran kampus
KUALA LUMPUR: Selepas berjaya membawa masuk Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berpidato di dalam kampus
Universiti Malaya (UM), Presiden Persatuan mahasiswa UM, Fahmi Zainol
mula mendapat perhatian.
Beliau yang kini berhadapan sembilan pertuduhan oleh pentadbiran UM ekoran penganjuran pidato Anwar itu, juga mula 'digeruni' pihak pentadbiran universiti-universiti lain.
Sejak awal minggu lalu, beberapa universiti utama di Lembah Klang mula mengeluarkan arahan tidak membenarkan Fahmi masuk ke kampus mereka, dan melarang pelajar mereka menghadiri program bersamanya.
Menurut Fahmi, antara kampus terbabit termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Operasi JPJ terhadap kenderaan ubahsuai nombor plat, lampu mula hari ini
Published: 1 November 2014
Bermula hari ini, tindakan tegas akan dikenakan kepada pemilik kenderaan yang melanggar peraturan dan spesifikasi kenderaan seperti mengubahsuai nombor plat dan memasang lampu tambahan (lampu strob) dan lampu HID 'head lamp' yang tidak mematuhi standard, lapor Mstar Online.

Antara kawasan yang akan diperiksa adalah semua bandar dan pekan utama, serta kawasan panas yang dikenalpasti.
Mstar Online memetik Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, "Kami memberikan amaran yang cukup terhadap pemilik kenderaan untuk tidak menggunakan plat pendaftaran yang diubahsuai dan lampu HID yang tidak diluluskan."
"Masa untuk berkompromi sudah berakhir. Kita tidak akan layan sebarang alasan."
Katanya, saman mandatori akan dikeluarkan bagi mereka yang didapati melanggar spesifikasi yang ditetapkan, di mana hanya 3 jenis plat nombor yang dibenarkan, Ismail dilaporkan berkata.
Operasi Gempur Aurat: MCA jangan melatah
AKMAL SALLEH | 31 Oktober 2014.
PELANCARAN Majlis Operasi Gempur Aurat oleh Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) mendapat perhatian ramai termasuk MCA dan badan bukan kerajaan yang lain.
Sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam tentunya saya menyokong langkah MPKB-BRI itu. Etika berpakaian oleh MPKB itu bukanlah baru dibentuk malah sejak PAS memerintah Kelantan selepas tahun 1990 lagi. Apatah lagi kewajipan menutup aurat bermula sejak lebih 1400 dulu.
Bagi saya, MCA tidak pelulah melatah kerana operasi itu dilakukan dalam ruang lingkup undang-undang dan peraturan Islam dan tentunya orang bukan Islam tidak perlu risau. Cuma, orang bukan Islam akan dikenakan tindakan jika memakai pakaian yang terlalu mencolok mata.
Sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan, MCA perlulah merujuk kepada MPKB dan mereka yang arif tentang agama Islam atau institusi seperti JAKIM. Fahami dulu tentang hukum-hakam Islam, janganlah merujuk kepada badan bukan kerajaan seperti SIS yang sering kali membuat tafsiran yang tidak tepat tentag Islam.
Lagi pun adalah menjadi hak kerjaan negeri melaksanakan peraturan tersebut di negeri yang diperintah oleh mereka. Bukannya MPKB mahu melaksanakan peraturan itu di Selangor, Kuala Lumpur mahupun Pulau Pinang. – HARAKAHDAILY 31/10/2014
Banyak Tanah Rizab Melayu terlepas kepada pihak lain
HARAKAHDAILY | 01 November 2014.
KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menegaskan Tanah Rizab Melayu (TRM) pada dasarnya mesti dikekalkan dalam kalangan orang Melayu.
Namun, Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid penghakisan TRM sejak negara mencapai kemerdekaan sehingga sekarang sangat dikesali.
"Malah guna kuasa, kecuaian dan penyelewengan pihak tertentu telah menyebabkan TRM terlepas kepada pihak lain tanpa diketahui oleh masyarakat Melayu," ujar beliau dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.
Teras Pengupayaan Melayu (Teras) mengambil perhatian berat isu Tanah Rizab Melayu (TRM) yang baru-baru ini dibangkitkan semula.
Pengambilalihan TRM dengan begitu banyak namun tidak diganti sebagaimana sepatutnya mengikut Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan, tidak sepatutnya berlaku.
Ramai tak faham tanda 'MC' pada mainan kanak-kanak
PETALING JAYA - Sebanyak 65 peratus pengguna di negara ini tidak
mengetahui tentang wujudnya tanda keselamatan 'Malaysian Conformity'
(MC) pada barangan permainan kanak-kanak, demikian menurut kajian
Persatuan Pengguna Standard Malaysia (PPSM).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPSM, Ratna Devi Nadarajan, pengguna tidak menjadikan tanda keselamatan MC sebagai salah satu kriteria untuk membeli peralatan mainan kepada anak-anak mereka.
"Malahan kebanyakan pengguna juga tidak tahu membezakan antara tanda keselamatan yang asli dan yang tiruan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.
Beliau berkata, tanda MC pada barangan permainan kanak-kanak telah diperkenalkan Kememterian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) sejak 2010 dengan tujuan melindungi pengguna daripada membeli barangan permainan yang mengandungi bahan berbahaya seperti plumbum.

Kenaikan Tambang Bas Ekspress : Rejim Putrajaya Jangan Tambah Derita Rakyat

Kerajaan Pemerintah seringkali menggunakan alasan bahawa rasionalisasi subsidi bahan bakar Petroleum akan memberikan manfaat kepada pengangkutan awam. Penjimatan yang terhasil ekoran daripada rasionalisasi itu akan digunakan untuk menambahbaik pengangkutan awam.
Namun, hari ini segala kata-kata itu terbukti meleset setelah Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar mengumumkan cadangan kenaikan tambang bas ekspress sebanyak 30%. Hal ini ekoran daripada kesulitan operator bas ekspress yang menanggung beban peningkatan kos operasi kerana kenaikan harga bahan bakar diesel.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah berulang kali menyatakan bahawa rasionalisasi subsidi ini akan memunculkan kesan rantaian terhadap harga barangan dan perkhidmatan. Namun, Kerajaan Pemerintah yang pekak dan buta ini tidak mampu melihat dan mendengar rintihan hati rakyat kebanyakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)