TERKINI :

Friday, October 31, 2014

Hentikan KEGANASAN Damion Stewart dalam arena bolasepak Malaysia

HENTIKAN KEGANASAN INI!


Perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 akan melihatkan pertarungan antara JDT dan Pahang pada hari Sabtu ini. Kejuaraan berganda menjadi pertaruhan di sini, dua piala untuk Pahang dan kejuaraan berprestij Liga Super dan Piala Malaysia untuk JDT.

Namun begitu, saya berasa simpati kepada Namkoong Woong, pemain attacking midfielder dari Korea Selatan yang menjadi tonggak utama bagi pasukan Kedah. Impian Piala Malaysia beliau hancur berkecai kerana permainan kasar daripada pemain pertahanan Pahang, Damion Stewart.

Di sinilah timbulnya permasalahan, kerana ianya bukan kali pertama Stewart menyebabkan kecederaan yang serius (Grevous Bodily Harm) ke atas pihak lawan di atas padang. Sila ambil sedikit masa dan lihatlah sendiri video-video ini, dan kemudian nilai sendiri sama ada patutkah permainan ganas seperti ini dibenarkan dalam sukan bolasepak!

Sepanjang penglibatan saya dalam arena bolasepak, tidak pernah saya lihat permainan yang sebegitu ganas dan rendahnya semangat kesukanan.

5 Sebab kes liwat DSAI langsung tidak masuk akal....!!!!

oleh Syssss..!!

Pertama,
Jika betul DSAI meliwat saiful, kenapa saiful tidak melawan.. saiful pada masa tu muda, gagah takkan senang2 nak bagi orang liwat.. si muda umur 20an diliwat si tua umur 60an takkan tak mampu nak lawan.. perempuan kena rogol pun reti nak lawan.. jika suka sama suka kenapa DSAI sorang saja kena dakwa.. kenapa saiful tak kena dakwa..
Kedua,
DSAI didakwa mengikut sekyen 377B Kanun keseksaan.. seksyen 377B dengan jelas menyebut "Sesiapa yang secara sukarela melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii".. jadi jika mengikut seksyen ini saiful juga mesti didakwa kerana suka sama suka..SOP kes liwat atau rogol, mangsa akan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan perubatan untuk mengesahkan adanya tusukan/penetration tetapi 4 doktor, 1 di pusrawi dan 3 di HKL membuat laporan TIADA kesan tusukan.. 1 doktor mungkin khilaf tapi kalau 4 tak mungkin khilaf..

Bukan Saja Muhyiddin Berbeza, Penyokongnya Juga Mulai Terbuka Kritik Najib

http://www.kualalumpurpost.net/wp-content/uploads/2013/03/Muhyiddin-Yassin-7865.jpg
Berdepan sokongan yang makin merosot diterimanya akibat pemotongan subsidi bahan bakar petrol dan diesel, Perdana Menteri Najib Razak kini mulai menerima tekanan yang makin ketara daripada dalam UMNO sendiri.

Berdasarkan kajian terbaru Merdeka Center, berbanding ketika peristiwa MH17 di mana sokongan rakyat kepada Najib melonjak pada paras 54 peratus, kajian terbaru selepas kenaikan harga minyak menunjukkan ia kini menurun kepada 48 peratus.

Bersama sokongan yang kian merapuh itu, jika sebelum ini hanya Mahathir yang banyak menyerangnya terutama berkaitan hutang 1MDB yang kemudian disambut oleh pembangkang dalam Parlimen, kini orang nombor duanya dalam kerajaan iaitu Muhyiddin Yassin dan kumpulannya seperti mulai mencari salah dan kelemahan Perdana Menteri itu.

Muhyidddin yang didokong kumpulan konservatif dalam UMNO terlihat gemar menjadikan isu Akta Hasutan untuk menonjolkan kelebihannya di sebalik kelemahan Najib yang makin banyak diperkatakan ramai.

Dalam beberapa penampilan, Muhyiddin secara tegas menyatakan mahu akta itu terus dikekalkan berikutan semakin banyaknya isu pertikaian mengenai perkauman, agama dan Raja menjadi mainan di tengah-tengah masyarakat sekarang ini.

Anak penumpang MH370 saman kerajaan, MAS

http://www.penerbit.usm.my/wp-content/uploads/2014/03/MH370.jpg
KUALA LUMPUR: Dua anak kepada salah seorang penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu memfailakn saman terhadap kerajaan Malaysia dan Malaysia dan Malaysia Airlines (MAS).

Tiga lagi pihak yang turut dinamakan sebagai defendan adalah Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia.

Kedua kanak-kanak itu yang masing-masing berumur 13 dan 11 tahun memfaikan saman mereka di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi melalui Tetuan Rusman Arun & Associates.

Saman yang dibawa melalui ibu mereka Ng Pearl Ming, itu menuntut ganti rugi atas kehilangan sokongan, ganti rugi tambahan dan ganti rugi teladan.

Pendakwaan tak jawab isu, sekadar ulang cercaan - Anwar

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pihak pendakwaan hari ini sekadar mengulangi cercaan terhadapnya dan bukan menjawab hujah yang dipersoal pasukan pembelaan.

Katanya, peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dilihat lebih berminat membangkitkan perkara ghairah untuk dijadikan modal serangan media Umno BN.

"Apa yang dilakukannya adalah membangkitkan perkara mengghairahkan untuk Utusan dan TV3.

"Pemahaman saya ke atas amalan (guaman) ini, beliau sepatutnya menjawab isu yang dibangkitkan oleh pembelaan,” katanya ketika ditemui pemberita di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya hari ini.

Pagi ini bermulanya penghujahan pendakwaan selepas pihak pembelaan mengemukakan hujah rayuan sejak Selasa lalu sehingga semalam.

Mahkamah bagaimanapun menangguhkan persidangan tengah hari dan akan disambung pada Isnin.

Sementara itu, ketika berucap kepada penyokongnya, Anwar yang juga Ketua Umum PKR melahirkan keyakinan bahawa keadilan akan berpihak kepadanya.

35 rumah rosak akibat puting beliung di Kota Setar


PUTING beliung yang sempat dirakam di Jalan Langgar mengakibatkan lebih 10 rumah rosak, petang tadi. - Foto Danial Noordin
 
Alor Setar: Sekurang-kurangnya 35 rumah di sekitar daerah Kota Setar, dekat sini rosak teruk selepas dilanda puting beliung kecil dikenali sebagai belalai air. 

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, antara rumah yang rosak dilanda belalai air berkenaan termasuklah di Kampung Batin, Taman Mergong Jaya Fasa 1, Kampung Sungai Baru dan Taman Inang. 

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kota Setar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5 petang oleh orang ramai bagi memaklumkan mengenai kejadian itu. 

Katanya, hasil pemeriksaan awal mendapati sebahagian rumah yang dilanda belalai air itu rosak teruk akibat dinding kediaman mereka diterbangkan angin dan ditimpa pokok tumbang.

GST: Malangnya kita punya k'jaan pemalas, kata Mahfuz

KUALA LUMPUR: Kerajaan didesak membuka mata dan telinga dalam mendengar keluhan rakyat dan kritikan dari pihak berpengalaman berhubung perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Terbaru katanya, desakan dari bekas Menteri Kewangan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah semalam yang menyeru Putrajaya menangguhkan pelaksanaan GST kerana bimbang dengan prospek ekonomi negara.

"Beliau seorang yang berpengalaman. Ia satu penegasan yang cukup tegas daripada bekas menteri kewangan.

"Kerajaan tidak boleh sekadar memekakkan telinga," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, desakan Tengku Razaleigh itu juga senada dengan kebimbangan yang dizahirkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa negara tidak akan mencapai status negara maju jika mengejar negara berpendapatan tinggi.

Mahfuz berkata, kerajaan sebenarnya gagal dalam mencari sumber pandapatan baharu selain minyak, yang tidak membebankan rakyat sehingga terpaksa mengenakan GST.

Kejutan Di Parlimen Hari Ini..Putrajaya berjaya meraih kira-kira RM51.4 juta hasil daripada kutipan saman AES

Putrajaya dikatakan berjaya meraih kira-kira RM51.4 juta hasil daripada kutipan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) semenjak ia dilaksanakan pada 23 September 2012 hingga 31 Ogos 2014.

Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiang Lai, menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian, jumlah saman tersebut diraih sebelum penangguhan pendakwaan bagi kes AES di mahkamah pada 17 Disember 2012, selepas dilaporkan sejumlah 10,136 kes dibawa dan didaftarkan di mahkamah.

Hee dalam soalan lisannya juga meminta Liow menjelaskan sejauh mana pelaksanaan AES dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Liow berkata, melalui hasil kajian Insititut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros), AES berjaya mengurangkan sebanyak 7 kes kemalangan maut atau 36.84% sepanjang tempoh 8 bulan pelaksanaannya.

Bekas Timbalan Presiden PAS akui 'Tak Semua Dalam UMNO Iblis,Tak Semua Dalam PAS Malaikat'



Bekas Timbalan Presiden PAS,Nasharudin Mat Isa,Selaku seorang yang pernah menduduki kepimpinan tertinggi PAS selama 10 tahun,Nasharudin memberi rumusan mengenai UMNO dan PAS Dalam Program Wacana Kepimpinan Survival Ummah Bahawa 'Tak Semua Dalam UMNO Iblis,Tak Semua Dalam PAS Malaikat'

Adakah PAS takut dengan bayangan sendiri...nampak bayang disangka hantu... ?


PasMa semakin berkembang dalam PAS walau diharamkan Majlis Syura

 Ketika rasa tidak puashati terhadap konservatif dalam PAS semakin merebak, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) kini berkembang pesat dengan penubuhan cawangan di semua negeri walaupun Majlis Syura Ulama parti itu melarang ahlinya terlibat dengan kumpulan itu.

 The Malaysian Insider diberitahu, PasMa kini telah melantik pemimpin di setiap negeri dan sedang merancang membuka pejabat tetap dan melantik kakitangan sepenuh masa mengendalikan perkembangannya.

Orang ramai yang memenuhi sebuah dewan hotel di Kangar, 
 September lalu dalam satu majlis anjuran PasMa. – 
 Gambar Facebook Zokharnain Abidin, 30 Oktober, 2014.  

Di Terengganu, negeri presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di mana kumpulan ini berdepan dengan tekanan paling hebat, hampir kesemua daerah di negeri itu telah mempunyai pemimpin PasMa, begitu juga Kedah di mana terdapat pemimpin PasMa di semua daerah.

 "Kita bukan pertikai Majlis Syura. Apa yang berlaku ada kenyataan bercanggah antara kenyataan Setiausaha Agung PAS dengan Syura.

Seronoknya apabila tambang BAS bakal naik 30%.. TQ BN..!!

Tambang bas ekspress bakal naik 30 %, kata SPAD

Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata keputusan mengenai pelaksanaan caj tambang bas ekspress dijangka akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat. – Gambar ihsan flickr, 31 Oktober, 2014.
Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata keputusan mengenai pelaksanaan caj tambang bas ekspress dijangka akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat. – Gambar ihsan flickr, 31 Oktober, 2014.

Rakyat Malaysia bakal berdepan dengan kenaikan caj tambang bas ekspress sebanyak 30% dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kini menunggu kelulusan daripada Putrajaya bagi memuktamadkan kadar perkhidmatan tersebut, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, keputusan mengenai pelaksanaan caj tambang bas ekspress dijangka akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat.

"SPAD sudah syorkan kepada kerajaan permohonan mereka ( pengusaha bas). InsyaAllah kita tunggu keputusan muktamad secepat mungkin," katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno itu.

Kajian kenaikan caj tambang itu susulan daripada gesaan pengusaha bas di negara yang terbeban dengan kenaikan harga harga minyak selepas Putrajaya memotong subsidi.

Syed Hamid menyifatkan ia merupakan satu cadangan yang munasabah.

Hasil negeri: Kerajaan Pusat jangan jadi seperti penjajah

SAYA mengucapkan terima kasih kerana keizinan yang diberi kepada saya untuk membahaskan rang undang-undang Perbelanjaan 2015 yang melibatkan Bajet 2015 ini dengan mengambil perkara yang paling asas apabila kita membincangkan soal harta di dalam Islam dua perkara asas yang diberi perhatian. “Dari mana perolehan itu dan ke mana dibelanjakan”.  Asas yang penting ini ialah supaya kita melihat kepada apa yang disebut daripada kutipan hasil kerajaan selain dari Wilayah Persekutuan.

Kerajaan mengambil hasil dari cukai langsung, cukai tidak langsung dan hasil bukan cukai yang kita melihat datang daripada negeri-negeri sama ada dari sumber alam, petroleum, gas, kelapa sawit, bijih besi, bijih timah melalui duti-duti eksport dan cukai-cukai yang dibayar ataupun daripada hasil cukai pendapatan dan lain-lain yang dibayar oleh rakyat. 

Lalu kita melihat pada masa perbelanjaan itu sebahagian dari negeri-negeri yang mengeluarkan sumber-sumber alam seperti Terengganu dengan sumber petroleum dan gas, bagaimana keadaan kedudukan negeri setelah pulangan hasil yang dikutip oleh Kerajaan Pusat kembali kepada pembangunan negeri tersebut. 

Inilah yang selalu kita dengar daripada rintihan Ahli-ahli Parlimen Sabah dan Sarawak.  Walaupun merupakan negeri yang menjadi pengeluar hasil petroleum dan gas yang juga menjadi penyumbang terbesar kepada hasil negara tetapi rintihan-rintihan itu sentiasa disebut pada tiap kali ucapan dibuat.  

Sorakan reformasi sambut ketibaan Dr Mahathir di Putrajaya

Kawalan ketat pasukan polis diteruskan sejak perbicaraan rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya bermula Selasa lepas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Oktober, 2014.
Kawalan ketat pasukan polis diteruskan sejak perbicaraan rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya bermula Selasa lepas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Oktober, 2014.

Kira-kira 100 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melaungkan slogan reformasi bersempena ketibaan Tun Dr Mahathir Mohamad ke Putrajaya hari ini.

Bekas perdana menteri itu yang menghadiri satu majlis di Perbadanan Putrajaya disambut sorakan reformasi oleh penyokong Anwar yang kebetulan berhimpun di hadapan Istana Kehakiman.

Selain melaungkan reformasi, penyokong turut beteriak "Hancur BN", "Hancur kezaliman", "Lawan tetap lawan", "Rakyat hakim negara", "Bebas Anwar", "Bangkit anak muda" dan "Undur Najib". – 31 Oktober, 2014.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...