TERKINI :

Thursday, October 30, 2014

Dr Mahathir juga kurang yakin Anwar meliwat, kata bekas rakan kolej

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan penjara 5 tahun atas kesalahan meliwat jika kesnya di Mahkamah Persekutuan ditolak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Oktober, 2014.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan penjara 5 tahun atas kesalahan meliwat jika kesnya di Mahkamah Persekutuan ditolak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Oktober, 2014.

Bekas rakan kolej Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kurang yakin dakwaan mengatakan bekas anak didiknya itu berkelakuan songsang.

Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata semasa masih berada dalam Kabinet, Dr Mahathir memanggilnya untuk menyiasat tentang latar belakang Anwar semasa di kolej.

"Dr Mahathir tanya sama ada saya setia dengan dia atau Anwar. Saya kata saya setia dengan Anwar sebagai kawan dan Dr Mahathir sebagai ketua," katanya ketika ditemui di Istana Kehakiman Putrajaya, hari ini.

Katanya, pada Februari 2001 beliau sekali lagi dipanggil Dr Mahathir bertanyakan sama ada dirinya percaya Anwar melakukan perbuatan liwat.

Fauzi berkata, Dr Mahathir mahu mendapatkan kepastian tentang dakwaan yang didengarnya daripada adik kepada setiausaha sulit Anwar ketika itu, Ummi Hafilda Ali.

Apabila bekas menteri kewangan umno suruh tangguh GST..!!

Ku Li gesa kerajaan tangguh GST

 
Bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa kerajaan agar menangguhkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang menurutnya akan menyusahkan lagi rakyat.

"Besar kemungkinan pelaksanaan GST pada tahun hadapan akan menambahkan lagi tekanan terhadap kos sara hidup walaupun kesannya sekali sahaja kerana ia diserap oleh keseluruhan sistem ekonomi.

"Demi melegakan beban kewangan rakyat yang semakin meningkat, mungkin GST ini boleh ditangguh sehingga keadaan ekonomi meningkat ke tahap yang lebih kukuh dan kuat," katanya.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan panggilan Ku Li, menyuarakan pandangannya itu dalam satu kenyataan mengenai Bajet 2015, yang diedarkan kepada semua MP di Parlimen hari ini.

MP PR untuk sessi PRU13 kebanyakkannya 'mandom-mandom' belaka..!!!

oleh AnakKedah007

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/resizer/pakatan_355_142_100.jpg
Aku nak tegoq MP PR sekarang nie... aku tengok hangpa untuk sessi nie memang teramat mandom dan tak reti nak bawa isu rakyat... Apa fungsi hangpa di parlimen pun sekarang nie tak tahu... sekadar mai claim elaun dan ambik makan gaji buta sahja aku rasa....

Sedangkan kat luaq sana belambak isu-isu rakyat yang perlu di bawa dan sampaikan mesej kepada rakyat jelata.... kami ibarat kehilangan YB-YB seperti Saifuddin Nasution, Husam Musa, Salahuddin Ayub, Firdaus Jaafar, Ahmad Kasim, Dr Hayati, Taib Azamuddin dan beberapa orang lagi....

Jika dilihat akan kewujudan di parlimen seperti tak ada.... orang nak ikuti perkembangan parlimen pun rasa macam malas...entah la jadi apa pun tak tahu...semuanya kelihatan suram dan macam ada tak ada pun orang tak kesah dah....

Sg Petani : Mayat guru wanita jatuh jambatan di Sungai Muda ditemui

 
Pasukan penyelamat mengangkat jenazah Siti Hajar Abu Bakar, 48, yang ditemui pada 4.07 petang tadi selepas terjatuh ke dalam Sungai Muda berdekatan Kampung Pantai Cicar, Jalan Kuala Ketil dekat sini pagi semalam. - Foto Omar Osman

SUNGAI PETANI: Mayat seorang guru wanita yang lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Muda berdekatan Kampung Pantai Cicar, Jalan Kuala Ketil dekat sini pagi semalam, ditemui petang ini.

Mayat Siti Hajar Bakar, 48, ditemui pada 4.07 petang tadi kira-kira 1.5 kilometer dari tempat mangsa terjatuh di atas sebuah jambatan di situ.

Timbalan Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Rosdi Ismail berkata mayat mangsa ditemui setelah ia timbul ketika usaha mencari dijalankan.

"Mayatnya diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk bedah siasat," katanya di sini, hari ini.

Lapan anggota Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat terbabit dalam operasi mencari mangsa dengan dibantu tujuh anggota Balai Bomba Sungai Petani.

Harga Minyak punya pasal 'saham' Najib jatuh..!!


'Kepuasan hati pada PM turun lepas harga minyak naik'

Suara tidak puas hati terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini hampir sama banyak apabila 48 peratus berpuas hati dan 45 peratus lagi sebaliknya, menurut sebuah tinjauan.

Angka terkini itu sama seperti tahap kepuasan hati kepadanya pada bulan Jun lalu.

Walaupun trend peningkatan kadar puas hati kepadanya meningkat pada bulan Julai (51 peratus) dan Ogos (54 peratus), ia turun kembali enam peratus pada bulan ini.

Firma penyelidik Merdeka Center percaya penurunan itu ekoran kenaikan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 20 sen pada 2 Oktober lalu.

Ada perkara paling zalim lagi dari merobohkan rumah Kg Chubadak, tapi MP PR buat pekak badak saja..!!!

ذوالحزم شاريف

http://www.thenutgraph.com/wp-content/uploads/2012/04/isa-sosma-580x263.jpg
Aku tengok ramai update pasai isu Kg. Chubadak dan akan berlaku di kampung2 berdekatan. Ada yang pertahan sungguh2.. ada yg jd pelawat politik... mcm2 ada... Aku turut bersimpati dan bersolidariti dgn mangsa kezaliman di Kg Chubadak walaupun aku tak turun bersama. Kita ada cara masing2.

Cuma aku nak kata gini. Isu Kg. Chubadak tu satu kezaliman yang nyata tapi masih ada lg isu lain yg lebih zalim tetapi tak ada atau tak ramai orang bangkitkan atau perjuangkan. Apa isunya?? Isunya ialah isu tahan SOSMA atau tahan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. SOSMA ini ialah akta yang mengantikan ISA.

Pakar: Majlis Peguam tak berkuasa larang Gopal

http://assets.bharian.com.my/images/articles/gopal_sri_ram_field_image_listing_featured.variant.jpg
Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berkata ketetapan Majlis Peguam yang melarang bekas hakim kanan daripada bertindak sebagai peguam bukanlah satu undang-undang.

Oleh yang demikian ia tidak berkuasa melarang bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes rayuan sabitan kes Liwat II.

Abdul Aziz berkata, perlembagaan persekutuan memperuntukkan bahawa setiap individu berkuasa untuk memilih peguam mereka sendiri.

Beliau menjelaskan, selagi peguam itu setuju untuk mewakili Anwar, tiada sebab mengapa orang perlu membangkitkan perkara itu.

"Hujah utama bagi Gopal mewakili Anwar adalah perlembagaan, dan ini adalah undang-undang paling tinggi di negara ini. Ia mengatasi yang lain.

"Perhatikan bahawa ketetapan Majlis Peguam berkenaan perkara itu bukan satu undang-undang,” katanya dalam kenyataan kepada Malaysiakini malam tadi.

Awat yang wakil BN kalut sangat bila DS Gopal Sri Ram jadi ketua pembelaan kes Anwar..!!!

ذوالحزم شاريف

http://mk-cdn.mkini.net/818/025af5405523d0186f78fe1ff8a5bb05.jpg
Sehari dua ni pakat kalot mengenai status Datuk Seri Gopal Sri Ram bekas Hakim Mahkamah Persekutuan bertindak menjadi ketua pasukan pembelaan dalam kes Dato' Seri Anwar Ibrahim. Antara yang kalot sangat ialah Ketua Pemuda Gerakan, Zulkifli Nordin, dan beberapa peguam karut yang cenderung kpd PERKASA dan/atau Umno.

Katanya tindakan Datuk Seri Gopal Sri Ram tersebut adalah bertentangan dgn resolusi Majlis Peguam yang mengesyorkan bekas2 hakim tidak menjadi peguam di Mahkamah bagi mengelakkan ketidakadilan atau bias.

Aku cuma nak sebut gini saja la.... Semua peguam di Malaysia tertakluk kepada Akta Profesion Undang-Undang 1976. Akta Profesion Undang-Undang tidak menghalang bekas-bekas hakim untuk mempraktikkan amalan guaman setelah mereka bersara.

Resolusi Majlis Peguam ialah hanya suatu resolusi yang bukannya undang-undang. Jika resolusi tersebut hendak dikuatkuasakan, maka Akta Profesion Undang-Undang hendaklah dipinda bagi tujuan tersebut.

Dulu Anwar Dikata Takut Dengan Shafee, Kenapa Sekarang Takut Juga Dengan Gopal Sri Ram?

Shahbudin dot com

http://mk-cdn.mkini.net/816/e5638b897bb7266c837e7961f4e9cef5.jpg
Masuk hari kedua perbicaraan rayuan kes liwat Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan, pertikaian terhadap kedudukan peguam Gopal Sri Ram tiba-tiba saja mulai kedengaran.

Isunya cumalah kerana Gopal Sri Ram yang menjadi peguam Anwar ini pernah menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebelum ini dan keadaan itu dikatakan boleh mempengaruhi lima hakim yang mendengar rayuan Ketua Pembangkang itu daripada membuat keputusan yang bebas dan adil.

Tambahan pula, Majlis Peguam pada mesyuarat 15 Mac lalu juga pernah mengemukakan usul agar hakim kanan atau hakim mahkamah lebih tinggi yang bersara dilarang mewakili anak guam mereka di mahkamah atas alasan yang sama.

Dengan kedudukan Gopal Sri Ram mewakili Anwar dalam kes rayuan terakhirnya ini dan barangkali melihat kepada isu-isu kredebiliti Saiful Bukhari yang berjaya dibangkitkannya dengan kemas, teratur dan meyakinkan, mungkinlah kerana itu pertikaian terhadap peranannya sebagai peguam mula dipertikaikan.

Rebat PTPTN: Bantu atau cekik poket anak muda?

ANIS NAZRI | 29 Oktober 2014.

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2012/04/PTPTN.jpg
KUALA LUMPUR: PAS melahirkan kebimbangan dengan tawaran rebat dan diskaun kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sama ada ia benar-benar telus atau sebaliknya.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, menegaskan dalam keadaan ekonomi yang semakin menekan hari ini, pemberian rebat ataupun diskaun itu dilihat tidak membantu anak muda yang meminjam dengan PTPTN.

Ketika membahaskan Bajet 2015 di Dewan Rakyat, hari ini, Nik Abduh membayangkan dengan keadaan subsidi minyak ditarik, kadar inflasi yang semakin meningkat serta kos sara hidup yang tinggi, rebat tersebut dibimbangi hanya terus menekan poket anak muda.

"Adakah tawaran rebat itu dilihat sesuatu yang telus untuk membantu anak muda atau ia sekadar untuk terus mencekik poket anak muda?

Hujah Dr Mahathir pertahan bakar Bible tidak lojik, kata Speaker DUN Sabah

 Tun Dr Mahathir Mohamad berkata membakar Bible sama seperti umat Islam melupuskan naskhah al-Quran dengan membakarnya. – Gambar fail Reuters, 30 Oktober, 2014.
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata membakar Bible sama seperti umat Islam melupuskan naskhah al-Quran dengan membakarnya. – Gambar fail Reuters, 30 Oktober, 2014.

Umat ​​Islam di Sabah dan Sarawak tidak selesa dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengulas protes membakar Bible seperti pernah diumukan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, kata seorang pemimpin Sabah.

"Memberitahu rakyat Malaysia bahawa ia menjadi hak Ibrahim mencadangkan agar Bible dibakar bukanlah sesuatu yang akan disokong oleh umat Islam di Sabah dan Sarawak," kata Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak (gambar, kanan), dalam tulisan blognya semalam.

Hudud: Perkuat jawatankuasa hududullah

Yahaya (kiri) bersama Husain (tengah) dan wakil NGO Ikram, Datuk Zawawi Ali ketika sidang media di Permai Inn, kelmarin. 
 Yahaya (kiri) bersama Husain (tengah) dan wakil NGO Ikram, Datuk Zawawi Ali ketika sidang media di Permai Inn, kelmarin.

KUALA TERENGGANU - Jawatankuasa Sambutan Hari Hududullah Peringkat Negeri Terengganu merancang untuk meneruskan program penghayatan hukum hudud di negeri ini pada masa akan datang.

Pengarahnya, Yahaya Ali berkata, ia tidak akan berakhir dengan selesainya seminar tersebut yang diadakan buat julung-julung kalinya di negeri ini yang turut memperlihatkan penyertaan dari luar negara seperti Brunei dan Aceh, Indonesia.

“Jawatankuasa yang tertubuh untuk menguruskan Sambutan Hari Hududullah ini kita akan perkuatkan dan perluaskan keanggotaan.

“Kita merancang adakan program susulan kerana isu hudud adalah isu yang hidup,” katanya.
Sambutan dipengerusikan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Datuk Husain Awang.

Ustaz Idris Ahmad : PasMa & PAS - Tutup mulut lebih baik

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/2011/june/03/bm_idris_ahmad.jpg 
 
KUALA LUMPUR – "Tutup mulut lebih baik, jangan cakap apa-apa lagi. Ia hanya akan keruhkan lagi keadaan."

Demikian menurut menurut Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Idris Ahmad ketika ditanya mengenai Persatuan Ummah Sejahtera (Pasma).

Menurutnya, isu Pasma akan dibincangkan semasa mesyuarat bulan Pas Pusat pada 7 November depan.

“Saya sarankan tiada lagi mana-mana ahli yang bercakap mengenai perkara ini, termasuklah ahli Pasma sendiri.

“Kita tidak mahu perkara ini jadi lebih parah lagi,” katanya kepada Sinar Harian.

Phahrolrazi menolak dakwaan serta cadangan untuk beliau menggantikan Anwar mengetuai PR

'Jawatan itu terlalu besar buat saya'

Kenyataan yang tersebar di laman Facebook. 
Kenyataan yang tersebar di laman Facebook.

ALOR SETAR - Presiden Pasma, Datuk Phahrolrazi Zawawi diminta menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai PR jika Ketua Pembangkang itu gagal dalam rayuan kes liwatnya pada perbicaraan yang sedang berlangsung di Mahkamah Persekutuan sekarang.

Itulah mesej yang disampaikan menerusi Facebook bawah profil yang dinamakan sebagai Pasma Terengganu.

Menurut kenyataan yang dipaparkan bermula 23 Oktober lalu, 'sekiranya pada 28 Oktober ini Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara, kami tanpa ragu-ragu memilih Datuk Phahrolrazi sebagai ketua kepada PR bagi meneruskan agenda Pakatan Rakyat'.

Gambar Phahrolrazi turut sama dipaparkan bersama kenyataan berkenaan.

Selain Facebook, 'print screen' kenyataan itu disebarkan secara meluas menerusi Whatsapp dan aplikasi media sosial yang lain.

Alor Setar - Perlu lebih banyak rumah transit kepada golongan gelandangan


Sebahagian gelandangan mengambil makanan percuma yang disediakan oleh pelajar UUM, semalam.  
Sebahagian gelandangan mengambil makanan percuma yang disediakan oleh pelajar UUM, semalam.

ALOR SETAR - Persatuan Mahasiswa Undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM) mencadangkan supaya kerajaan membina rumah transit gelandangan di setiap pusat bandar.

Presidennya, Zul Fedzly Hassan berkata, mereka menyokong cadangan kerajaan untuk membina rumah transit gelandangan khususnya di ibu kota.

“Tetapi adalah besar harapan kami sekiranya rumah transit itu dapat dibina di setiap pusat bandar seluruh negara misalnya di Alor Setar, Georgetown dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas menghadiri program agihan makanan percuma kepada golongan gelandangan di sebuah restoran dekat Jalan Putra, di sini, semalam.

Sebelum ini, kerajaan persekutuan bercadang untuk membina rumah transit bagi menempatkan golongan gelandangan khususnya di ibu kota.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...