TERKINI :

Wednesday, October 29, 2014

PasMa jelas, PAS dalam kekaburan?

Teguran Presiden PAS Hj hadi kononnya matlamat PasMa tidak jelas selain untuk memecah belahkan parti itu sebenarnya menceminkan matlamat PAS sendiri yang semakin kabur.

"Kita tak tahu lagi, kita pun tak tahu itu PasMa ini dari spesies mana," katanya kepada pemberita selepas membuat penggulungan serta menutup Seminar Sambutan Hari Hududullah Peringkat Negeri Terengganu di Kuala Terengganu hari ini.

Matlamat PasMa jelas, sebagai sebuah NGO yang mempromosikan dialog bagi ahli PAS yang mahu kekal bersama Pakatan Rakyat. Tujuannya meneruskan  perkongsian kuasa untuk memerintah Malaysia kerana negara ini berbilang kaum. Walaupun hampir 70 peratus Bumiputera tetapi dengan Umno dan PAS bergabung sekali pun Melayu tidak mampu memerintah.

Sebabnya Melayu Islam hanya 60 peratus. 10 peratus lagi adalah Bumiputera Sabah dan Sarawak yang beragama Kristian dan anamisme. Selain itu, PAS dan Umno juga tidak mempunyai cukup kerusi di parlimen kerana Melayu juga menyertai parti yang bersifat plural seperti DAP, PKR atau Gerakan.

Harapan Anwar Bebas Cerah?

http://www.malaysiaharmoni.com/v2/images/stories/anwar.jpg
Kes rayuan Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan sudah pun masuk hari kedua sejak bermula semalam. Sehingga ini pihak pembela Anwar yang diketuai Sri Ram Gopal belum pun habis lagi mengemukakan hujah pembelaan, kemudian baru diikuti dengan hujah balas pihak pendakwa oleh Shafee Abdullah.

Selepas itu, kedua-dua pihak akan menutup hujah penggulungan masing-masing sebelum lima hakim membuat keputusannya.

Walaupun semalam Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan untuk melanjutkan perbicaraan sehingga Khamis, berbanding ketetapan awal hanya dua hari iaitu 28 dan 29 Oktober saja tetapi berdasarkan perkembangan yang berlaku tidak mustahil ia berlarutan sehingga Jumaat atau disambung lagi pada minggu hadapan.

Dalam hujahan awal semalam, pihak peguambela Anwar membangkitkan isu kredebiliti Saiful yang diragui. Saiful didapati bukan saja menemui pegawai polis bernama Mohd Rodwan dua hari sebelum mendakwa diliwat dan membuat laporan polis, bahkan gambarnya menghidangkan teh dengan wajah selamba kepada tetamu Anwar sehari selepas kejadian liwat yang didakwa berlaku itu turut juga didedahkan.

Anwar minta penyokong jaga kelakuan, jangan provokasi polis

 Para penyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan memasuki kawasan khas di luar Istana Kehakiman, Putrajaya, hari ini. Mereka diminta oleh Anwar agar tidak melakukan sebarang provokasi dan berunding dengan pihak polis jika timbul sebarang masalah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Oktober, 2014.
Para penyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan memasuki kawasan khas di luar Istana Kehakiman, Putrajaya, hari ini. Mereka diminta oleh Anwar agar tidak melakukan sebarang provokasi dan berunding dengan pihak polis jika timbul sebarang masalah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Oktober, 2014.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur penyokongnya supaya menjaga kelakuan sepanjang berhimpun di luar Istana Kehakiman, Put‎rajaya.

Anwar turut menasihati penyokongnya supaya tidak melakukan sebarang provokasi dengan polis ‎dan sentiasa mengikut arahan ketua kumpulan.

"Saya dah kata (sebelum ini) masalah kita bukan dengan polis.

"Setiap kali ada masalah, runding segera dengan baik," katanya kepada para penyokong di depan perkarangan Istana Kehakiman selepas selesai prosiding kes untuk hari ini.

Menteri juga tidak layak dapat subsidi minyak

GHARIB RAHMAN | 28 Oktober 2014.

http://www.posterkini.com/wp-content/uploads/2014/04/Harga-Petrol.jpg

CADANGAN kerajaan Umno-BN memberi subsidi minyak berdasarkan gaji individu bukanlah sesuatu yang wajar dan sesuai dilaksanakan.

Hal ini kerana, seperti kebiasaannya apa-apa idea yang dikemukakan atas nama kepentingan rakyat bukanlah untuk menyelesaikan masalah makro rakyat sebaliknya lebih bersifat sementara dan terpilih. Perlu diingat bahawa sebarang kenaikan harga minyak petrol (kononya dikurangkan subsidi) akan mewujudkan kesan berantai.

Untuk mengenalpasti individu yang layak menerima subsidi minyak sahaja pun bakal mengundang pelbagai kerja tambahan. Selain jenis kenderaan yang digunakan juga mesti diambil kira, Jumlah tanggungan keluarga, individu yang isteri tidak bekerja, individu yang berkerja sendiri dan tidak berdaftar dengan LHDN dan seribu satu kriteria lain yang akhirnya menyusahkan rakyat terbanyak.

Kg Chubadak: Tragedi Muharam 1436 hilang kemanusiaan

Kawasan rumah penduduk Kampung Chubadak yang sudah dirobohkan oleh pemaju. (Foto dari fb)

PAS Wilayah Persekutuan berasa dukacita, sedih, pilu serta terkejut dan memandang serius kejadian perobohan rumah pasangan warga Malaysia berbangsa Melayu di Kampung Chubadak, Kuala Lumpur pada hari semalam, 4hb Muharram 1436 bersamaan 28hb Oktober 2014.

Apatah lagi apabila kami dimaklumkan bahawa rumah tersebut adalah milik pasangan warga emas yang sudah menetap di situ sekitar 45 tahun lamanya.

Apa yang lebih mengejutkan kami juga ialah, operasi perobohan itu dilaksanakan tanpa notis awal. Apatah lagi menurut laporan yang kami terima, sehingga kini pihak pemaju masih gagal melunaskan bayaran pampasan kepada pasangan warga emas tersebut. Mereka datang dan terus roboh!

Punca PENDANG dilanda puting beliung baru-baru ini terdedah...

Berjoget tengah sawah

Pengunjung dan pelayan leka menari. 
 Pengunjung dan pelayan leka menari.
PENDANG - Jika dari luar, kedai makan ini dilihat tenang di tengah sawah, namun siapa sangka pada malamnya ia dijadikan tempat hiburan.

Tidak punya papan tanda, kawasan kedai makan itu kelihatan meriah dengan pengunjung yang kononnya datang untuk menjamu selera dan itu antara helah yang digunakan pengusaha untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Tinjauan Sinar Harian pada jam 12.30 tengah malam mendapati, kedai tersebut menyajikan tarian mengghairahkan dan minuman keras kepada pengunjung beragama Islam.

Sinar Harian sempat menemu bual seorang pengunjung dalam lingkungan 50 tahun, hanya ingin dikenali sebagai Mat.

Atas sebab keselamatan, dia tidak mahu identitinya didedahkan dan enggan gambarnya dirakam.

MUFTI PERAK suruh guna duit zakat untuk tebus semula tanah rizab melayu..!! boleh ka nie???

Cadang tebus guna wang zakat

Harussani (tiga, kiri) memegang replika buku Soal Jawab Hudud yang dilancarkannya selepas merasmikan Seminar Kebangsaan al-Quran dan Negara Toyyibah semalam.  
Harussani (tiga, kiri) memegang replika buku Soal Jawab Hudud yang dilancarkannya selepas merasmikan Seminar Kebangsaan al-Quran dan Negara Toyyibah semalam.

IPOH - Demi memastikan tanah rizab Melayu tidak terus berkurangan daripada semasa ke semasa, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mencadangkan agar semua tanah berkenaan ditebus kembali menggunakan hasil kutipan zakat.

Menurutnya, selain membantu golongan asnaf, hasil kutipan zakat berkenaan boleh sewajarnya digunakan bagi menebus kembali tanah-tanah rizab Melayu yang tergadai selama ini.

Katanya, tanah-tanah tersebut kemudiannya boleh dimajukan dan diserahkan kepada golongan fakir miskin.

“Tanah rizab Melayu semakin terhakis. Maklumat terbaharu yang kita terima hanya tinggal 12.5 peratus tanah ini kerana ia tidak pernah diganti semula.

Disebalik kisah Kg Chubadak - Mana keadilan untuk rakyat?

PERISTIWA KG CHUBADAK TAMBAHAN: AMK GESA KEADILAN DITEGAKKAN




Angkatan Muda KEADILAN kesal dengan insiden di Kg Chubadak Tambahan,
Sentul sehingga melibatkan tangkapan dua aktivis mahasiswa semalam.

AMK juga maklum bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Julai lalu
telah memutuskan bahawa penduduk di Kg Chubadak ini adalah setinggan
dan bukan pemilik tanah yang sah. Keputusan ini dibuat berasaskan
keputusan mahkamah persekutuan pada tahun 1982 yang menyatakan bahawa
penduduk setinggan tidak berhak di sisi undang-undang dan ekuiti.

Keputusan ini jelas berbeza dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada
tahun 1998 yang menyatakan bahawa Kg Chubadak adalah milik penduduk
yang membuka penempatan di sana dan sekiranya ia mahu dimajukan,
pampasan setara mesti diberikan kepada penduduk.

Tahukah Anda - Bekas hakim kes liwat 1 sekarang menjadi Ketua Pembela Anwar dalam kes liwat 2

 
Allah maha berkuasa, siapa dapat menyangka apa yg Allah rancangkan. siapa Datuk Sri Gopal Sri Ram , beliau adalah bekas hakim kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim dulu. Hakim yg tidak dapat membebaskan Anwar Ibrahim kerana terikat, dengan kuasa Allah beliau tampil ke hadapan untuk menjadi ketua pembela Dato seri Anwar Ibrahim secara Percuma..

Siapa sangka ,satu persatu manusia yg di paksa menjatuhkan Anwar Ibrahim tampil ke hadapan membela manusia bernama Anwar Ibrahim. dan lihat lah kebanyakan manusia yg bukan Islam Bukan melayu tampil membela Anwar tetapi amsih banyak melayu melayu bodoh yg mengaku Islam menghina, menfithnah, mengutuk mencaci beliau

Orang yang terpaks amenghukum Anwar sekarang menjadi ketua membela Anwar , Kuasa Allah. Wama karu wama karrallah wallahhukhairun ma kirin ( Kamu boleh merancang apa sahaja tetapi perancangan Allah tiada siapa pun tahu )

Macam nie punya pulun KETUA PEMUDA PAS berjuang masih ada yang ingin jatuhkan beliau

Cuba anda baca dahulu apa yang ditulis oleh seorang pejuang yang mengaku menyokong ULAMAK dan mempertikaikan KETUA PEMUDA PAS dengan apa yang berlaku siang tadi...


Lihatlah bahasa pencinta ULAMAK yang menghina KETUA PEMUDA mereka sendiri dengan mempertikaikan kerja buat KETUA PEMUDA mereka.... sedangkan hakikat sebenarnya beliau tidak tahu namun fitnah juga yang dilemparkannya... sungguh mulianya mereka yang mencintai ULAMAK mengulas kerja buat KETUA PEMUDA mereka.....
Ini ialah gambar sewaktu malam dimana di UM beliau bersama DSAI....

Aduhai Peniaga Pasar Teluk Wan Jah, bantah apanya bayar ajalah BN menang KEDAH senang kan..!!

Peniaga minta bayar secara ansuran

Mohd Kholib memberi penerangan kepada Pengerusi Gerakan Kedah, Datuk Dr Cheah Soon Hai.  
Mohd Kholib memberi penerangan kepada Pengerusi Gerakan Kedah, Datuk Dr Cheah Soon Hai.

ALOR SETAR - Seramai 40 peniaga makanan dan minuman di Pasar Teluk Wan Jah merayu bayaran deposit sewa dilakukan secara ansuran.

Peniaga makanan, Norin Mohd Yusof, 50, berkata, pembayaran RM1,700 secara tunai seperti ditetapkan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) diakui membebankan.

“Untung tidak menentu, kadang-kadang ada dan ada kalanya tak pulang modal. Deposit ditetapkan MBAS agak membebankan kami.

“Kami minta MBAS melonggarkan syarat dan membenarkan kami bayar secara berperingkat sehingga lima kali bayaran,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Seorang lagi peniaga makanan, Mohd Daud Abdul Rahim, 55 berkata, sewa tapak ditetapkan antara RM200 dan RM250 bergantung kepada saiz gerai juga perlu dikurangkan.

Hallo JKKK, YB, Wisma Darul Aman, Pej Zakat & Pej JKM....hangpa lena ka..?

Kongsi tidur di ruang tamu

Normah menunjukkan bahagian dapur yang condong.  
Normah menunjukkan bahagian dapur yang condong.

ALOR SETAR - Sebuah keluarga, di Kampung Alor Gunung, Chegar terpaksa berkongsi ruang tamu untuk tidur berikutan rumah yang diduduki mereka sudah terlalu daif.

Normah Hassan, 42, berkata, dia hanya bergantung pada pendapatan diperoleh suaminya, Zulkifli Ahmad, 42, yang bekerja sendiri dan memperoleh gaji antara RM500 hingga RM800 sebulan.

“Jadi, pendapatan suami sememangnya tidak cukup bagi menampung keperluan kami. Adakalanya, anak terpaksa duduk di rumah dan tidak pergi sekolah kerana tiada wang,” katanya.

Normah berkata, dia juga tidak mampu membaiki mana-mana bahagian kediaman yang mengalami kerosakan ataupun menaiktarafkan rumah kerana tidak berkemampuan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...