TERKINI :

Tuesday, October 28, 2014

Kanak-kanak sudah pandai berhutang?

http://syahirul.com/wp-content/uploads/2010/09/kanak-kanak-melayu.jpg
BOLEH dikatakan hampir saban hari pelbagai berita dan kisah tragis mengenai 'kesan hutang' mengisi dada akhbar mahupun menjadi antara topik hangat paparan media elektronik.

Lebih mengejutkan lagi apabila Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) 2013 mendapati nisbah hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melebihi paras 86.8 peratus.

Peratusan ini secara tidak langsung menjadikan Malaysia antara negara yang mempunyai kadar hutang isi rumah tertinggi di rantau Asia Pasifik bagi tahun itu!

Biar apapun di sebalik kenyataan itu, tidak dinafikan berhutang bukanlah menjadi satu kesalahan malahan tidak ada larangan pun untuk itu. Konteks kehidupan hari ini juga, adalah sesuatu yang mustahil bagi seseorang individu membayar barang tertentu secara tunai.

Bagaimanapun, yang menjadi masalah apabila ada antara mereka yang terlupa mengukur baju di badan sendiri sehingga berbelanja melebihi kemampuan, kata Ketua Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Mohamad Fazli Sabri.

Syukur Alhamdulillah Kjaan BN, Rumah terakhir Kampung Chubadak berjaya diroboh dan dibakar hari ini...

 

ada lagi soalan orang tanya dan ada penjelasan kenapa depa lawan...

Kelantan melancarkan "Operasi Gempur Aurat"

Kerajaan PAS Kelantan laksana operasi cari pesalah tidak tutup aurat

Menerusi ‘Operasi Gempur Aurat’ kompaun maksimum RM500 dikenakan kepada peniaga melanggar arahan yang diharap menjadi pengajaran serta mengingatkan mereka kewajipan menutup aurat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Oktober, 2014.
Menerusi ‘Operasi Gempur Aurat’ kompaun maksimum RM500 dikenakan kepada peniaga melanggar arahan yang diharap menjadi pengajaran serta mengingatkan mereka kewajipan menutup aurat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Oktober, 2014. 

Kerajaan PAS Kelantan melancarkan "Operasi Gempur Aurat" bagi mencari pesalah yang tidak menutup aurat, langkah ke arah pelaksanaan undang-undang Islam di negeri tersebut.

Operasi itu akan dijalankan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan dijangka berakhir pada Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Wanita MPKB-BRI Nor Azariza Mohd Alawi berkata, setiap pesalah boleh dikompaun sehingga RM500.

“Operasi Gempur Aurat dan kompaun maksimum RM500 yang dikenakan kepada peniaga melanggar arahan ini, diharap akan menjadi pengajaran sekali gus mengingatkan mereka kewajipan menutup aurat,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Setakat pelaksanaannya bermula September lalu, sebanyak 34 kompaun dikeluarkan khususnya kepada peniaga sekitar Kota Baru.

Merungkai dan memahami krisis apa yang sedang berlaku dalam PAS..!!

MEMAHAMI KRISIS DALAM PAS

http://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2014/08/pas_L1.jpg 

1. Setiap organisasi tidak terlepas dari sebarang krisis. Begitu juga PAS sejak dari penubuhannya. Bezanya, krisis kali ini adalah krisis besar selepas krisis melibatkan Dato' Asri.

2. Krisis ini berbeza dengan krisis dalaman UMNO yang berlaku melibatkan personaliti. Krisis ini melibatkan perbezaan jalur pemikiran dalam PAS.

3. Mana-mana parti di dunia berlalu pertembungan antara pihak Konservatif yang dianggap Sayap Kanan, pihak Moderate dan juga pihak yang dianggap sayap kiri dengan mengambil pendekatan liberal yang ekstrim.

4. Fenomena ini bukan hanya berlaku dalam PAS bahkan juga berlaku di seluruh dunia. Hamas, AKP dan Saadat, Ikhwan, Jamaah Islami dan lain-lain.

5. Di UK, Tony Blair menubuhkan New Labour Party disebabkan krisis yang berlaku melibatkan golongan konservatif dan moderate yang dilihat pihak konservatif menghalang peluang kemenangan. Hasilnya, Parti Labour yang baru menang tiga kali berturut-turut. Parti Labour yang lama merasakan tidak menang pun tidak menjadi masalah asalkan ajaran Karl Max dapat dipertahankan.

Pemuda Pas P.Pinang istihar 'boikot' program dengan YB Khalid Samad

Skandal rasuah: Ahli politik antara ditahan

MADRID – SEPANYOL. Pihak polis Sepanyol menahan lebih 50 orang di seluruh negara, termasuk anggota kanan parti pemerintah dalam operasi membanteras rasuah besar-besaran negara itu.

Seramai 51 orang ahli politik didakwa terlibat dalam skandal rasuah besar. Mereka yang ditangkap menghadapi tuduhan menggunakan wang untuk kegiatan haram, menggunakan pengaruh serta menggelapkan wang.

Antara ahli politik yang menjadi tumpuan dalam penahanan tersebut ialah bekas Setiausaha Agung parti pemerintah, Francisco Granados, lapor al-Jazeera.

Granados meletak jawatan pada Februari setelah akhbar El Mundo melaporkan beliau memiliki hampir dua juta dolar dalam akaun bank di Switzerland.

Sementara itu, difahamkan ahli politik daripada parti rakyat dan sosialis juga antara yang ditahan dalam operasi berkenaan.

Siswa ditahan halang perobohan di Kg Chubadak

Dua aktivis mahasiswa ditahan polis kerana didakwa menghalang pihak berkuasa merobohkan rumah seorang penduduk setinggan di Kampung Chubadak kira-kira jam 2 petang ini.

Dua pelajar itu ialah Pengerusi Majlis Dakwah dan Kebajikan Gamis Ahmad Fahmi Mokhtar dan Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional Abdul Muqit Muhammad.

Fahmi adalah mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia manakala Abdul Muqit adalah mahasiswa Universiti Malaya.

Mereka kini ditahan dan dibawa ke Balai Polis Sentul.

Awat yang berkira taik hidung masin sangat bab subsidi minyak nie?

SUBSIDI MINYAK DAN KENAIKAN HARGA BARANG...
Mohammad Agus Yusoff

Isu subsidi ini cukup memeningkan saya. Mengapa begitu berkiranya kerajaan memberikan subsidi minyak kepada rakyat sedangkan sebelum ini tidak? Yang saya bimbang dengan cara pemberian subsidi minyak 'mengikut pendapatan individu' ini ialah kenaikan harga barang.

Jika harga minyak naik sebanyak 20 sen, itu masih boleh diatur dengan menjimatkan penggunaan kereta. Tapi bagaimana dengan kenaikan harga barang? Apakah boleh dikawal? Jika subsidi ini betul-betul memberi kesan kepada pendapatan negara, apungkan sahaja harga minyak.

Selepas itu, hapuskan juga pemberian BR1M. Duit yang dapat dikutip, gunakan segera untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur negara. Siksa rasanya jalan sesak teruk. Pagi ini saya ke Hospital UKM di Cheras. Jalannya sesak teruk. Saya juga tengok tidak banyak kereta mewah di atas jalan.

Yang banyaknya ialah kereta buatan Malaysia. Jadi, tidak adil untuk berkata yang menikmati kadar minyak subsidi yang banyak ialah mereka yang berkereta besar. JIkapun yang menikmati harga minyak subsidi ialah mereka yang berkereta besar, mengapa pula mereka perlu dihukum? Mereka sudah membayar cukai.

Berfikir lebih jauh, saya semakin tidak faham. Huhuhuhu

Perbicaraan kes saman Presiden PAS ditangguh 23 November

KUALA TERENGGANU: Perbicaraan kes saman terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditangguhkan kepada 23 November depan.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu setelah saksi defendan iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat, Aiffin Deraman memberi keterangan.

Sebelum itu, Tuan Guru Abdul Hadi dan Pengerusi PKR Terengganu yang juga Adun Bandar, Azan Ismail turut memberi keterangan.

Saksi pihak palintif iaitu wartawan dari akhbar Kosmo dimaklumkan tidak hadir bagi perbicaraan hari ini.

Bekas calon PKR Dun Bukit Besi pada PRU13 lalu, Mohd Shamsul Mat Amin memfailkan saman terhadap Tuan Guru Abdul Hadi susulan ceramah Presiden PAS di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang semasa kempen PRU itu.

Shamsul mendakwa ceramah itu mengaitkan beliau sebagai calon PKR dengan pil kuda.

Presiden PAS yang diwakili Tetuan Awi & Co manakala Shamsul diuruskan Tetuan Vasudevan & Co. - HARAKAHDAILY 28/10/2014

Pihak yang arah UM 'sekat' Anwar sudah terbongkar


La ... sejak bila pula Khairy (KJ) jadi Menteri Pendidikan Tinggi? Sejak bila pula Khairy jadi jurucakap UM?

Ha sekarang dah jelas, Khairy yang bernaung di bawah UMNO. UMNO itu musuh ketat Anwar. UMNO sudah buka mulut. Jadi benarlah UM jadi 'kuda tunggangan' pihak tertentu. UM sudah kena remote. Jadi barua.

TAPI JANGAN SALAH FAHAM. KHAIRY BUKAN YANG ARAH UM SEKAT ANWAR. Cuma pihak penakut dengan Anwar yang arahkan.

Hari-hari hentam pembangkang pada media arus perdana, tv, radio, suratkhabar itu apa pula. Apakah itu adil? Tidak berat sebelah .. sudahlah pundek .. pui... nak sekali lagi ke .. pui ...

Tengok sini;
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar yakin program ‘Pidato Anwar Ibrahim: 40 tahun dari UM ke Penjara’ yang akan berlangsung malam ini di Universiti Malaya hanya akan menyampaikan mesej politik berat sebelah yang langsung tiada kaitan dengan universiti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Oktober, 2014.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar yakin program ‘Pidato Anwar Ibrahim: 40 tahun dari UM ke Penjara’ yang akan berlangsung malam ini di Universiti Malaya hanya akan menyampaikan mesej politik berat sebelah yang langsung tiada kaitan dengan universiti.

Abdul Hadi perlu kenal species PasMa

Oleh Mohd Sayuti Omar

Kata presiden Pas Abdul Hadi Awang beliau kabur apakah matlamat dan perjuangan PasMa. Dan beliau juga tidak tahu PasMa ini daripada species apa. Menggunakan perkataan species itu memberi konotasi dan rasa Abdul Hadi alergik kepada kewujudan PasMa.

Sya rasa tidak berapa payah sangat untuk presiden parti agama itu mengenali apakah species PasMa itu dan apakah matlamat penubuhannya. Kalau tidak menjadi kesalahan saya hendak jelas jenis species PasMa itu dan juga tujuan penubuhannya seperti mana saya memahaminya dan difahamkan.

Mereka yang menganggotai PasMa adalah juga daripada species Pas. Ertinya anak beranak dan keturunan Pas juga. Phahroralrazi Mohd Zawawi yang kini dianggap sebagai presiden PasMa, adalah bekas Exco Kanan Kerajaan Pas Kedah dan pada waktu ini masih menjadi wakil rakyat Pas di Kedah. Beliau merupakan Adun Pengkalan Kundur dalam kawasan Kuala Kedah.

Adapun tujuan dan matlamat PasMa seperti mana disebut dan dihuraikannya adalah menjadi sebuah wadah untuk ahli-ahli Pas berforum apa juga isu-isu demi memastikan jadi  Pas sebuah parti yang profesional. Alasan yang diberikan oleh PasMa kenapa ia perlu wujud kerana ahli Pas tidak berpeluang atau mempunyai banyak ruang untuk berforum bagi membincangkan hal-hal parti berkenaan dan juga menegur dan memberi pencerahan kepada pucuk pimpinan Pas.

Siapalah kita 
tanpa cikgu...


CORETAN MARHAEN (marhaini.kamaruddin@utusan.com.my)

http://1.bp.blogspot.com/-pXVNdojVyS8/UZFSNrHeT7I/AAAAAAAAW8c/lf5LBjpFBYY/s1600/Doodle+Cikgu+Perempuan+Biru.pngDALAM setandan pisang, tidak semuanya elok. Dalam setandan pisang juga, tidak semuanya busuk. Malangnya di negara kita sekarang, orang lebih gemar memberi perhatian kepada buah yang busuk sehingga melupakan buah yang elok, sedangkan yang elok lebih ba­nyak daripada yang busuk.

Menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan bermula 3 November ini iaitu Isnin depan, penulis tiba-tiba teringatkan peribahasa lama yang satu ini.

Mempunyai anak yang bakal menduduki peperiksaan penting itu, penulis melihat sendiri komitmen yang ditunjukkan oleh para guru untuk memastikan kejayaan anak muridnya. Buktinya Ahad lalu, hari cuti umum di Selangor, SMS7 di Shah Alam, mengadakan kelas tambahan untuk pelajar tingkatan lima.

Penulis percaya bukan hanya SMs7 bahkan sekolah lain juga melakukannya. Jika bukan kelas khas untuk pelajar yang disasarkan mendapat semua A, ulang kaji khusus buat pelajar yang lemah dalam mata pelajaran tertentu. Pendek kata tempoh yang berbaki tidak sampai berapa hari lagi menjelang SPM hendak dimanfaatkan sepenuhnya dan sebaik-baiknya bagi mencapai matlamat yang disasarkan.

Kenapa Turki gagal pemilihan ke Majlis Keselamatan PBB?

http://www.gambaranimasi.org/data/media/903/animasi-bergerak-bendera-turki-0028.gif
DALAM kalangan negara-negara yang bersaing untuk menyertai Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu minggu lalu, ada dua negara Islam yang dinilai sebagai “progresif” dan “moderat” iaitu Turki dan Malaysia, yang keduaduanya ialah sekutu kuasa besar Amerika Syarikat.

Turki ialah negara yang telah agak lama dikemukakan sebagai model politik dan pentadbiran bagi dunia Islam, dan hal ini semakin rancak dimainkan sejak beberapa tahun lalu, apabila tercetus kebangkitan massa yang mengubah landskap politik di seluruh Asia Barat.

Turki kekal berhubungan baik dengan AS, menjadi anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, Nato, dan mengekalkan hubungan diplomatik dengan Israel walaupun hubungan dengan negara Yahudi itu semakin dingin.

Rakyat Kedah boleh mohon khairat kematian RM250 seorang

MASHITOH MOHD. YUSOF (dua dari kanan) bersalaman dengan salah
MASHITOH MOHD. YUSOF (dua dari kanan) bersalaman dengan salah seorang penerima sumbangan khairat kematian peringkat Mukim Sidam Kiri sambil diperhatikan Abdul Rahim Saad (tiga dari kanan) di Kampung Padang Buluh, Sungai Petani, Kedah, semalam.

SUNGAI PETANI 27 Okt. - Rakyat negeri Kedah yang kematian ahli keluarga mereka boleh memohon untuk mendapatkan bantuan khairat kematian sebanyak RM250 seorang.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Abdul Rahim Saad berkata, bantuan berkenaan merupakan sumbangan daripada kerajaan negeri dan disalurkan melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan masing-masing atau menerusi penyelaras yang dilantik.

Bagaimanapun katanya, setakat ini, banyak pihak tidak mengetahui bantuan khairat kematian tersebut.

“Khairat kematian ini diperkenalkan kerajaan negeri mulai Januari lalu. Ia diagihkan secara berperingkat. Bantuan ini disalurkan kepada waris yang mana orang meninggal dunia itu merupakan anak Kedah dan menetap di negeri ini semasa hayatnya.

Mana lemahnya pendakwah hari ini?

Oleh ABU ASHRAF

http://dakwahafkn.files.wordpress.com/2009/11/file0438.jpg
KEPESATAN teknologi maklumat hari ini benar-benar mencengangkan banyak gerakan dakwah seluruh dunia dengan wujudnya pelbagai laman sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya di samping pelbagai halaman web yang berasaskan nilai intelektual dan pemikiran.

Tidak dinafikan, dalam pada ramai yang menganggap bahawa potensi dakwah sudah terbuka luas dengan bantuan teknologi tersebut sehingga membolehkan perkongsian idea berlaku dengan mudah antara gerakan Islam, namun, pada masa yang sama juga, implikasi negatif tetap melanda melalui masyarakat serangan pemikiran dari luar yang cukup kuat menggoncang keyakinan dan status quo umat Islam

Banyak persoalan yang kalau dahulunya dianggap taboo dalam kalangan umat Islam, tetapi hari ini semua menuntut agar permasalahan yang timbul itu dibawa ke meja wacana untuk dibincangkan, didebatkan dan diluaskan polemiknya untuk jangka masa yang panjang.

Kalau dahulu segala percakapan dan perbuatan golongan agama diikuti sebagai ajaran Islam, tetapi hari ini, masyarakat semakin kritikal mempersoalkan dalil perbuatan tersebut.

Apa itu PEJABAT PRESIDEN PAS, adakah ia jamaah dalam jamaah..!!!

Zulhazmi Shariff

http://821879909.r.worldcdn.net/media/k2/items/cache/1e559cbd83dc9b95117e21564b1d3b14_XL.jpg 

Dato Wan Rahim telah bertanyakan beberapa soalan kepada aku pagi td.... soalannya begini :

a) apakah ada pihak lain yg boleh buat kerja SU Agung PAS?
b) Tidakkah SU Agung itu Ketua Pentadbir dlm Parti?
c) Apakah usaha mengambil alih kerja SU Agung PAS boleh dianggap sbg usaha mewujudkan gejala Parti dlm Parti?

Nah jawapan aku.

a) Dalam setiap oraganisasi, Setiausaha atau Setiausaha Agung merupakan orang yang bertanggungjawab mengurus dan mentadbir hal ehwal pentadbiran organisasi. Di dalam Perlembagaan PAS, Setiausaha Agung dilantik oleh Presiden di dalam dan dengan persetujuan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (AJKPP). Apabila seseorang dilantik menjadi Setiausaha Agung, beliau adalah dilantik melalui Perlembagaan PAS yang mana kuasa-kuasa dan tugas-tugasnya telah diperuntukkan dengan nyata, terang dan jelas oleh Perlembagaan.

Perlembagaan PAS juga memperntukkan bahawa Setiausaha Agung mempunyai sebuah pejabat rasmi atas nama Pejabat Setiausaha Agung PAS yang dipersetujui oleh Presiden dan AJKPP. Ini diperuntukkan di Fasal 35 Perlembagaan PAS. Hanya Setiausaha Agung yang mempunyai Pejabat Rasmi yang mana Pejabat Rasmi tersebut adalah sebagai sebuah institusi kerana Setiausaha Agung bertindak sebagai pengurus dan penyelaras perjalanan pentadbiran parti.

Fenomena Anwar : Kutuklah, sepak tendang terajanglah, lawan tetap lawan...!!!

 
Femomena Anwar Ibrahim tidak bokeh diempang. Idola rakyat marhain. Kutuklah, sepak tendang terajanglah, lawan tetap lawan. Amacam?





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...