TERKINI :

Monday, October 27, 2014

Benarkah Semuanya Bergantung Pada Najib?

 

Bermula esok, 28 Oktober, bermulalah rayuan kes liwat kedua yang melibatkan Anwar Ibrahim selama dua hari di Mahkamah Persekutuan. Pada lewat petang 29 Oktober pula, dijangka akan diketahui keputusannya.

Di mana-mana ketika ini orangramai membicarakan apakah nasib Anwar nanti. Apakah beliau akan dikekalkan bersalah sepertimana keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang menjatuhkannya hukuman lima tahun penjara atau akan didapati tidak bersalah dan dibebaskan?

Walaupun yang akan menentukan bersalah atau tidaknya Anwar adalah lima hakim yang arif lagi bijaksana setelah mendengar hujah-hujah pendakwa yang diketuai oleh Shafee Abdullah serta peguambela Sulaiman Abdullah, tetapi rata-rata orangramai mulai meneropong keputusan yang bakal diambil ini dari sudut kemahuan Putrajaya dan Seri Perdana.

Baik orangramai, pemimpin UMNO, pembangkang, ahli perniagaan, anak-anak muda dan sebagainya tetap melihat semuanya bergantung kepada kemahuan serta kata putus daripada Najib Razak selaku Perdana Menteri.

Analisis team KEDAH sepanjang Musim 2014 : 18 menang, 6 seri & 12 Kalah


Seperti yang dijanjikan pada keluaran sebelum ini, artikel saya yang terakhir untuk musim 2014 ini, setelah kajian dibuat dan dibentangkan dalam bentuk data dan angka, maka dipersembahkan buat para penyokong pencapaian skuad hijau kuning bagi saingan Liga Malaysia 2014 yang pada awalnya dilatih oleh legenda Selangor, David Mitchell sebelum diambil alih oleh anak jati Kedah, Tan Cheng Hoe.

KESELURUHAN: 18 MENANG 6 SERI 12 KALAH (50% M 17% S 33% K)

Mengikut statistik, boleh dikatakan pencapaian skuad Kedah berada dalam paras sederhana sahaja apabila berjaya mencatatkan 50% kemenangan daripada 36 perlawanan secara keseluruhannya dengan menjaringkan 67 gol sementara dibolosi 46 gol. Apa yang dapat disimpulkan daripada data ini jelas membenarkan apa yang sering saya perkatakan dalam edisi-edisi terdahulu dimana Kedah mudah dibolosi, namun yang lebih penting kemampuan untuk menjaringkan gol yang membantu skuad hijau kuning bagi mencapai kemenangan. Suka atau tidak, faktor pemain pertahanan import perlu diberikan perhatian khusus oleh pihak pengurusan kerana pepatah dahulu pernah berkata, “kekuatan pasukan bermula dengan kekebalan di barisan pertahanan”.

Mat Sabu: Pemimpin Umno terlepas, hanya pembangkang didakwa Akta Hasutan

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kesal dengan sikap pilih kasih Putrajaya yang hanya mengenakan tangkapan di bawah Akta Hasutan kepada pemimpin pembangkang sahaja. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Oktober, 2014.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kesal dengan sikap pilih kasih Putrajaya yang hanya mengenakan tangkapan di bawah Akta Hasutan kepada pemimpin pembangkang sahaja. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Oktober, 2014. 

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengecam Putrajaya kerana pimpinan Umno yang bersikap perkauman terlepas daripada pendakwaan Akta Hasutan, sebaliknya hanya pemimpin pembangkang menjadi mangsa.

Mohamad mempertikaikan kerana tiada tindakan diambil ke atas pemimpin Umno yang mencetuskan ketegangan kaum dan agama setiap kali pilihan raya diadakan di Malaysia.

"Isu perkauman sering dicetuskan (Umno) menjelang pilihan raya, ketegangan agama dicetuskan.

"Ucapan perkauman begitu dahsyat, tapi tiada tangkapan dibuat di bawah Akta Hasutan. Semua yang lihat sekarang pemimpin pembangkang sahaja kena dakwa," kata Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu semasa berucap dalam Majlis Makan Malam Bantah Akta Hasutan di Dewan Sivik Petaling Jaya, Selangor malam ini. – 27 Oktober, 2014.

Manfaatkan Kompleks Perumahan Kerajaan Yang Terbiar


Pemikir Kaum Muda, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah pun mengutuskan sepucuk surat kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Belia dan Sukan dan Kerajaan Negeri Johor berhubung keperluan untuk memanfaatkan semula kompleks-kompleks perumahan Kerajaan yang terbiar.

Dengan sedikit kerja-kerja membaikpulih lot rumah dan keperluan asas yang lain, kompleks perumahan ini dapat diguna sebagai rumah transit yang membolehkan anak-anak muda menyewa selama 2 tahun atau ditawarkan kepada mereka dengan menggunakan kaedah sewa-beli pada harga yang berpatutan.

Dengan mengambil contoh, kompleks perumahan Kerajaan Daerah Muar yang terletak di Kampung Kenangan Tun Dr. Ismail, Muar yang telah terbiar begitu lama, adalah amat menyedihkan kompleks perumahan yang mempunyai puluhan rumah tidak dapat memberi manfaat kepada warga yang memerlukan rumah.

Penyerang 'besi' Pahang ziarah Namkung di KMC

Penyerang sensasi Pahang, Dickson Nwakamae turut menziarahi Namkung Woong tengahari tadi di Kuantan Medical Center. Musuh di dalam padang tetapi tetap menghormati rakan pemain di luar padang.

Contoh ini patut diikuti oleh semua pihak tidak kira pengurusan, penyokong dalam membawa imej bolasepak adalah PERPADUAN dan PERSAUDARAAN.

Semoga cepat sembuh Woong.

PLAY WITH HEART. PULUN KEDAH PULUN

Kuarantin Peserta Acara Marathon Bagi Mengelak Penularan Wabak Ebola

 
Dunia dikejutkan dengan virus Ebola iaitu sejenis penyakit demam berdarah. Penyakit epedemik yang masih tiada sebarang vaksin dan penawar boleh membawa maut, kini menular di beberapa buah negara luar khususnya negara Afrika. 

Baru-baru ini Negara Malaysia telah dikejutkan dengan berita seorang penuntut warga negara Nigeria berusia 24 tahun, dikuarantin di Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas menunjukan tanda-tanda awal jangkitan Ebola.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengesa Kementerian Kesihatan menjelaskan situasi wabak berkenaan dari semasa ke semasa bagi memastikan masyarakat sekeliling tidak panik.

Dalam masa yang sama, Kerajaan negeri P.Pinang melalui Penang Tourism sedang dalam persiapan akhir menganjurkan satu acara larian tahunan antarabangsa iaitu Penang Bridge International Marathon 2014 yang akan berlangsung pada 16 November 2014. Acara marathon seperti ini amat mendapat perhatian dari warga afrika, termasuklah dari negara yang terbabit dengan wabak ebola.

19 kematian setiap hari akibat kemalangan

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Negara kehilangan purata 19 orang rakyat sehari ekoran kemalangan maut yang berlaku di seluruh negara sejak awal tahun ini.

Menurut Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd. Fuad Abdul Latiff, sebanyak 5,138 kematian berlaku melibatkan 4,779 kes pada tahun ini sahaja.

Katanya, meskipun berlaku penurunan kes kemalangan berbanding tahun lepas, namun polis tetap memandang serius terhadap jumlah kehilangan nyawa itu yang dianggap tinggi.

Tanah rizab boleh ditambah jika ada kemahuan politik

Tanah Rizab Melayu boleh ditambah sekiranya ada kemahuan politik daripada mereka yang berkuasa di peringkat kerajaan pusat dan negeri, kata bekas ketua setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Datuk Nik Mohd Zain Yusof.

Beliau berkata Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan menyatakan setiap Tanah Rizab Melayu yang diambil perlu ganti segera oleh kerajaan negeri dan persekutuan.

"Boleh ditambah rizab Melayu, kena ada 'political will'. Mana-mana tanah yang belum dibangunkan boleh diwartakan sebagai tanah rizab Melayu," kata beliau dalam sesi wacana dan forum : Isu Tanah Rizab Melayu di Kuala Lumpur hari ini.

Perkara tersebut turut disokong oleh Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang yang bangkit memberi sokongan dalam majlis itu.

Beliau mempersoal mereka yang berkuasa yang didakwanya tidak menunjukkan kemahuan politik mereka termasuk perdana menteri dan menteri besar dalam isu tanah rizab Melayu ini.

"Kalau nak ambil suara ramai semua menyokong, persoalannya adakah mereka mempunyai 'political will'?

"Yang berkuasa sekarang ini perdana menteri, menteri besar, ketua menteri dan ahli dewan majoriti Melayu.

"Persoalannya, ada tak semangat dan roh Melayu mereka (untuk selesaikan hal tanah rizab Melayu)?" katanya yang disambut sorakan kira-kira 200 hadirin wacana itu.

Sementara itu, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata mereka akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mewakili "1000 NGO Melayu" meminta supaya beliau memastikan hak Melayu termasuk isu tanah rizab Melayu dan mengekalkan Akta Hasutan.

"Kalau tidak, kita akan cari alternatif kepada kerajaan sekarang," kata beliau yang juga bekas MP Pasir Mas.

Semua pihak perlu berani rai pelbagai pendapat


 Dr Ahmad Farouk Musa  
Dr Ahmad Farouk Musa
SUBANG JAYA - Masyarakat Malaysia perlu meraikan kepelbagaian pendapat dan bukannya menghalang mana-mana wacana berbentuk keilmuan.

Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF), Dr Ahmad Farouk Musa berkata, tindakan kerajaan menghalang program anjuran mana-mana NGO akan meningkatkan rasa ingin tahu dalam kalangan masyarakat.

“Masalah sekarang kita tidak dapat menerima wacana yang terbuka, seharusnya kita meraikan pendapat dan berani mendengar kepelbagaian hujah daripada pihak yang lain.

“Kita tidak boleh memonopoli kebenaran, maknanya kita rasa kita sahaja benar, pendapat lain salah. Itu masalah besar. Kita hidup dalam negara majmuk yang terdiri daripada bukan Islam malah mereka yang beragama Islam juga terdiri daripada pelbagai rupa dan ada pegangan sendiri,” katanya ketika ditanya mengenai kontroversi diskusi meja bulat bertajuk 'Tentangan Fundamentalisme Agama di Abad Ini' anjuran IRF yang sepatutnya berlangsung pada 18 Oktober lalu.

Isu Kepemimpinan: Memperkatakan Sikap Melayu

A Kadir Jasin

SIAPAKAH orang Melayu kalau bukan bangsa yang “moderate” (sederhana), “tolerant” (tahan uji), bertolak ansur dan pemurah?

Orang Melayu begitu pemurah dan mengalu-alukan tetamu sehingga sanggup mengikat perut, meminjam dan berhutang.

Orang Melayu itulah yang menerima perantau Cina, India dan segala rupa pelarian perang dan pelarian ekonomi. Hasilnya, perantau yang kebuluran dan dianiaya di bumi sendiri menemui kesenangan di bumi Melayu (Malaysia, Indonesia dan Brunei).

Orang Melayu menerima mereka sebagai jiran. Menerima babi dan anjing, tokong dan kuil mereka.

Orang Melayu itu jugalah yang kerana percaya kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj menyetujui pemberian kewarganegaraan kepada sejuta lebih perantau Cina dan India pada 31 Ogos 1957.

Pasma: Setuju diskusi dengan Pas


Phahrolrazi Zawawi 
Phahrolrazi Zawawi    
 
KOTA BHARU - Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) menyambut baik cadangan supaya ruang diskusi antara Pas dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dibuka bagi mewujudkan persefahaman antara gerak kerja yang dijalankan.

Presidennya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, pihaknya mengalu-alukan perbincangan bagi menjelaskan lagi matlamat dan gerak kerja Pasma yang disalah erti sesetengah pihak.

“Pasma sebuah NGO yang diwujudkan khas kepada penyokong PR, PKR dan DAP menyambut baik gerak kerja kita, namun Pas, hanya sebahagian dan sesetengah tempat sahaja menerima kewujudan kami.

“Apabila ada perbincangan nanti, kita harap akan ada satu hasil yang positif mengenai gerak kerja Pasma dan insya-ALLAH akan memberi manfaat kepada PR,” katanya kepada media ketika menghadiri Majlis Dialog Bersama Presiden Pasma anjuran NGO Pakatan Setia di sini, semalam.

Ibrahim Ali baru sedar ke Tanah Rizab Melayu semakin berkurang?

 
 Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyatakan bahawa isu tanah rizab Melayu yang semakin pupus harus dipandang serius oleh semua pihak.

Menurutnya lagi, ia juga harus dijadikan agenda nasional agar pihak berkuasa boleh merancang pelan tindakan bagi mengatasi masalah sebelum menjadi semakin teruk.

“Baru-baru ini media telah mendedahkan bahawa tanah rizab Melayu hanya tinggal 12 peratus sahaja,” katanya pada majlis Wacana dan Forum Isu Tanah Rizab Melayu: Tragedi Bangsa dan Langkah Pembetulan Segera di Dewan Utama Pusat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac) di ibu negara.

Tambah Ibrahim lagi, pihaknya juga mendesak supaya Majlis Raja-Raja Melayu memberi perhatian yang lebih tentang kehilangan tanah rizab Melayu ini.

“Kita mendesak supaya Majlis Raja-Raja Melayu memberi perhatian yang lebih tentang kehilangan tanah rizab Melayu ini dan tindakan segera dapat diambil,” katanya.

Ganti semula tanah rizab Melayu

Nik Mohd Zain Yusof  
Nik Mohd Zain Yusof

KUALA LUMPUR - [VIDEO] Kerajaan negeri diingatkan agar tidak mengamalkan jalan mudah dengan mengambil tanah rizab Melayu tanpa menggantikannya semula.

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi, Datuk Nik Mohd Zain Yusof berkata, mengikut Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan, pihak berkuasa negeri perlu menggantikan tanah rizab Melayu yang digunakan untuk projek awam dengan tanah yang sama dari segi bentuk dan keluasannya.

"Masalahnya kerajaan negeri apabila ambil tanah untuk projek awam seperti balai polis, lebuh raya dan kem askar tidak diganti. Alasannya ialah mereka tidak warta keluar tanah tersebut.

"Jika ada tanah rizab Melayu yang diambil untuk kegunaan awam ia sepatutnya diwarta keluar dan diganti. Jangan ambil jalan mudah tak warta keluar kerana tak mahu ganti, ini tidak betul dan tak ada political will," katanya ketika ditemui selepas Wacana dan Forum Isu Tanah Rizab Melayu berjudul Tragedi Bangsa dan Langkah Pembetulan Segera anjuran Biro Pemantauan dan Integriti Perkasa dan Istac, di sini, hari ini.

Punca Tanah Rizab Melayu Susut


'Zakat tak ikut mazhab Syafie kenapa tidak marah?'

Zaharuddin Abdul Rahman

KUALA LUMPUR - "Kita bayar zakat tidak mengikut mazhab Syafie, kenapa kita tidak marah?" soal Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman.

Menurutnya, masyarakat terus menjatuhkan pelbagai hukum kepada penganjur kempen sentuh anjing hingga tersasar seolah-olah menganggap hanya mazhab Syafie satu-satunya aliran dalam Islam.

"Kita seolah terlepas daripada sasaran sehingga mazhab Syafie kita anggap seperti itulah satu-satunya Islam. Sedangkan bayar zakat tidak pakai mazhab Syafie. Sah pula zakat kita.

"Pergi haji, tersentuh lelaki perempuan, mazhab Syafie kata batal wuduk (ketika haji), tiba-tiba Tabung Haji buat fatwa tak batal. Boleh pula? Tak murtad pula? Tak hina Islam pula? Kenapa tak konsisten kefahaman itu? Ini satu kesalahan yang perlu kita dedahkan.

"Mazhab Maliki kata boleh sentuh anjing. Nak peluk atau nak cium pun boleh. Air liurnya pun harus dan suci. Kita bukan nak suruh tapi nak bagi toleransi," katanya dalam temubual eksklusif bersama Sinar Harian Online pada Konvensyen Fiqh Rasulullah SAW, di sini, hari ini.

Namkung patah satu tulang rusuk kena 'terajang' oleh Stewart sewaktu game separuh akhir tempohari

‘Stewart ada niat jahat’

Parah..Namkung diusung keluar petugas medik selepas mengadu sakit di bahagian rusuk akibat pelanggaran dengan Stewart  
Parah..Namkung diusung keluar petugas medik selepas mengadu sakit di bahagian rusuk akibat pelanggaran dengan Stewart

JURULATIH Kedah, Tan Cheng Hoe menyifatkan Damion Stewart mempunyai niat jahat hingga menyebabkan kecederaan serius kepada awang importnya, Namkung Woong pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Kuantan, kelmarin.

Pada aksi itu, Stewart melakukan terjahan keras hingga Namkung  terpaksa dikeluarkan pada awal pemain dan digantikan dengan Khyril Muhymeen Zambri.

“Terjahan pemain itu cukup kasar dan anda (peminat) sendiri boleh menilainya. Pada saya, dia (Stewart) memang ada niat buruk terhadap pemain Kedah.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...