TERKINI :

Sunday, October 26, 2014

Ayuh berhijrah tinggalkan kezaliman tajaan BN

MOHAMAD NOOR MOHAMAD | 24 Oktober 2014.

BADAN Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan Selamat menyambut ketibaan 1hb Muharram 1436H, dengan harapan semua warga Wilayah Persekutuan berada dalam keadaan diredhai oleh Allah SWT di dunia dan akhirat.

Sesungguhnya penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah bukannya hanya sekadar fakta di dalam lipatan sejarah, tetapi memberikan signifikan yang sangat besar kepada suatu perjuangan untuk membebaskan manusia daripada pengabdian sesama makhluk kepada pengabdian kepada Allah SWT yang menciptakan sekalian alam ini.

Penghijrahan adalah suatu yang penting untuk mengubah kehidupan manusia dalam keadaan dan suasana yang biasa inikan pula dalam keadaan yang tertindas dan terdesak.

Sejak Malaysia diperintah oleh Umno-BN, kehidupan rakyat semakin tidak menjadi keutamaan pemerintah. Bukan sahaja sedikit demi sedikit bahkan kezaliman dan penindasan dilakukan dalam skala yang lebih besar dan lebih 'terancang'.

Beli petrol guna MyKad tidak selesai isu subsidi bersasar

Pemimpin Pakatan Rakyat berasa Putrajaya seharusnya memberikan fokus penyelesaian isu tadbir urus fiskal yang lebih besar berbanding mekanisme kecil seperti penggunaan MyKad bagi memastikan golongan benar-benar layak menerima subsidi bahan api. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Oktober, 2014.
Pemimpin Pakatan Rakyat berasa Putrajaya seharusnya memberikan fokus penyelesaian isu tadbir urus fiskal yang lebih besar berbanding mekanisme kecil seperti penggunaan MyKad bagi memastikan golongan benar-benar layak menerima subsidi bahan api. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Oktober, 2014. 

Pembelian petrol menggunakan MyKad tidak akan menyelesaikan isu subsidi bersasar, sebaliknya bagi mengatasi ketirisan perbelanjaan negara, perlukan satu penyelesaian menyeluruh terhadap keseluruhan sistem, kata Pakatan Rakyat (PR).

Pemimpin PAS, PKR dan DAP juga sepakat, isu pokok adalah subsidi bahan api petrol dan diesel tidak seharusnya dikurangkan menjelang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015.

"Nampaknya isu pengagihan bersasar ini adalah satu masalah yang sering berlaku dan tiada penyelesaian, malah mungkin menimbulkan masalah baru," kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil (gambar) kepada The Malaysian Insider.

Pengumuman berhubung penggunaan MyKad untuk pembelian petrol diumumkan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan baru-baru ini, dijangka dilaksanakan menjelang Jun 2015 .

Anda di sini: Laman Utama | Nasional » Video seks: Bahaya fitnah kini menjalar pula kepada ulama, agamawan

Seluruh pecinta ilmu dan ulamak merasa teramat berdukacita dengan insiden penyebaran video fitnah yang dikaitkan dengan daie kesayangan ummah dan dambaan jutaan pemuda, al-fadhil Ustaz Azhar Idrus (UAI).

Rasa dukacita yang dimanifestasikan dengan pelbagai ekspresi oleh bermacam-macam pihak itu tanda bahawa Allah tidak mengizinkan makhluk yang dimuliakanNya itu dihina tanpa kehendakNya. Bahkan, suatu kehinaan pula ke atas pelaku fitnah itu.

Imej dan reputasi UAI yang sengaja dicalarkan dengan apa juga sebab musabab ini sangat merungsingkan kita semua.

Sebelum ini, hanya para artis sahaja dikaitkan dengan skandal seumpama itu. Disusuli pula ahli politik menjadi sasaran, bertujuan menjatuhkan seteru politik sendiri.

Suburnya perangai jahat ini, kini para ulamak dan agamawan pula cuba dibogelkan di hadapan khalayak ramai. Musibah sungguh umat kita dihinggap penyakit rosak ini yang merosakkan ramai orang dan ketamadunan ketimuran manusia kita di negara ini.

Bila rakyat Malaysia terpaksa lari untuk mendapatkan keadilan

Aktivis Ali Abd Jalil yang paling terbaru melarikan diri ke negara asing untuk mendapatkan suaka politik. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Oktober, 2014.
Aktivis Ali Abd Jalil yang paling terbaru melarikan diri ke negara asing 
untuk mendapatkan suaka politik. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Oktober, 2014. 

Pada minggu yang sama ketika Malaysia memenangi kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), pendedahan seorang rakyat Malaysia yang terpaksa ke luar negara bagi mendapatkan suaka kerana tekanan daripada pihak berkuasa dan gangster mengejutkan negara.

Aktivis Ali Abd Jalil merupakan rakyat Malaysia kedua yang dilaporkan melarikan diri kerana tekanan undang-undang dan kurangnya kepercayaan terhadap sistem untuk melindungi haknya.

‎Melalui entrinya di laman Facebook Ali berkata "Sekarang saya berada di Sweden, memohon perlindungan suaka... kerajaan Malaysia dan Sultan melayan saya seperti sampah‎.

"Saya diugut gangster dan golongan Melayu yang rasis di Malaysia. Negara ini sudah tidak selamat buat saya, polis dan gangster mengekori saya setiap masa," katanya.

Ali berdepan dengan tuduhan di bawah Akta Hasutan kerana menghina kerabat Johor dan Sultan Selangor dalam laman Facebooknya.

Beliau dituduh memuat naik entri berunsur fitnah dalam Facebooknya yang bertajuk 'Kapital Bangsat'.

Penjelasan KFA isu 16,000 tiket habis dijual dalam masa sejam game Kedah vs Pahang

ISU TIKET KEDAH vs PAHANG: APA YANG SEBENARNYA BERLAKU 19 OKTOBER LEPAS?

Insiden tiket yang laris seperti pisang goreng panas dalam tempoh kira-kira 1 jam membuka mata banyak pihak dan tidak terlepas andaian dan tuduhan berleluasanya ulat tiket dan ketirisan tiket perlawanan tersebut sebelum dijual dikaunter Stadium Darul Aman 19 Oktober lepas.

Pihak Media KFA telah menjalankan siasatan terhadap isu ini melalui rujukan sumber persatuan, maklumbalas peminat, temuramah individu dan juga mendapatkan maklumbalas dari FAM serta pihak berkuasa yang berkaitan.

Sebelum hasil siasatan ini dibincangkan lebih lanjut,semua pihak perlu tahu ada beberapa isu bagi memberi kefahaman yang lebih jelas sebelum berlakunya andaian yang tidak ada kaitan contohnya, tiket kehabisan disebabkan adanya ‘ulat’ tiket, pihak KFA tidak amanah dan tidak bertanggungjawab menjual kepada pihak ketiga, ketirisan yang berlaku di belakang kaunter tiket jualan dan sebagainya.

Sebelum perbincangan dilanjutkan, ada dua isu besar:

1) Isu pertama adalah berkenaan bagaimana tiket perlawanan 19 Oktober lepas habis dijual dalam masa 1 jam?

2) Isu kedua timbulnya bagaimana membanteras ulat tiket yang kembali bermaharajalela pada hari perlawanan dan juga dikatakan punca tiket cepat habis dijual?

Diantara pemimpin PELAPIS dan PELAPIK itu besar bezanya

oleh Aspan Alias

http://hazis.files.wordpress.com/2008/08/bendera-malaysia.jpg?w=437&h=582Cara sesebuah kerajaan untuk kekal kuat dan tidak menghadapi tekanan dari demonstrasi jalanan dan sebagainya ialah dengan memimpin negara mengikut kaedah dan cara yang telah ditetapkan seperti mana yang kita terima semasa mencapai kemerdekaan dahulu. Mempertahankan kerajaan bukan dengan menggunakan kekerasan tetapi sebaliknya dengan cara memimpin yang berbudaya dan bersih dari perbuatan jenayah dalam mentadbir kerajaan itu.

Jika kerajaan itu bersih dan beretika kepimpinannya dan rakyat merasakan dengan sesungguhnya yang mereka mempunyai hanya satu matlamat, iaitu untuk rakyat dan kemajuan negara, tidak akan senang bagi pihak-pihak lain untuk menumbangkan kerajaan itu.

Apabila kelemahan kepimpinan itu terlalu jelas maka akan mudah pihak lain untuk melakukan apa sahaja untuk menumbangkan kerajaan termasuk melalui demonstrasi jalanan dan fitnah yang keterlaluan terhadap kerajaan yang lemah itu. Semasa itu rakyat terutamanya anak-anak muda akan mudah dipengaruhi oleh pihak lain yang berkepentingan politik mereka dan anak-anak muda ini tidak akan ada masa untuk menilai apa kebaikan dari pihak yang mereka sokong bagi menumbangkan kerajaan itu.

Saya maksudkan pihak yang sepatutnya berwajib untuk mentadbir secara baik dan berhemah itu ialah kerajaan UMNO pada hari ini yang tidak mampu menjaga ketelusan dan kejujuran memimpin negara ini sejak tiga dekad dahulu. Apabila sebuah kerajaan itu mempunyai persepsi yang kerajaan itu rasuah, tidak jujur kepimpinannya ditambah pula dengan timbul dan wujudnya pemimpin-pemimpin yang tidak sepatutnya berada di sana.

Anwar Sekali Lagi Mahu Direputkan Dalam Penjara

http://2.bp.blogspot.com/-XgbNwU2ookM/UOv0CJ4lb7I/AAAAAAAADeI/1UpxpquctQI/s1600/ANWAR+IBRAHIM+339.jpgKeinginan pihak pendakwa kes rayuan Anwar Ibrahim mahu menambah tempoh penjara keatasnya dengan alasan hukuman lima tahun yang dijatuhkan sebelum ini tidak memadai, tidak lain menunjukkan hasrat mahu "membunuh" terus karier politik Ketua Pembangkang itu.

Melalui dokumen pihak pendakwa yang disaksikan sendiri oleh sebuah portal berita, alasan memohon tambahan hukuman itu ialah kerana berpendapat penjara lima tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan itu tidak memadai dari segi kepentingan awam dan memberi teladan kepada orangramai.

Memandangkan Seksyen 377B Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan rotan, maka pihak pendakwa yang diketuai oleh Shafee Abdullah dilaporkan akan memohon hukuman lebih berat dalam perbicaraan pada 28 dan 29 Oktober ini.

Jika hukuman penjara lima tahun sebelum ini dikekalkan pun sudah menyebabkan Anwar kehilangan hak bertanding dalam pilihanraya sekurang-kurangnya selama 10 tahun, memohon hukuman penjara lebih lama tentulah maksudnya untuk memanjangkan lagi tempoh beliau tidak boleh aktif dalam politik.

Dengan Anwar berusia 67 tahun ketika ini, jika hukuman penjara lima tahun dikekalkan, bermakna beliau hanya boleh bertanding semula dalam pilihanraya ketika usianya nanti 77 tahun. Ini kerana peraturan menetapkan hanya selepas lima tahun keluar penjara barulah seseorang itu dibolehkan bertanding semula.

Dok mintak Harga Getah yang naik, tetiba harga GAS MASAK yang naiknya..!!

Harga Gas Memasak Naik 50 sen


Harga gas memasak naik lagi 50 sen mulai 1 November 2014.

Menerusi pekeliling yang tersebar, pihak Summit Petroleum SDN BHD akan menaikkan harga produk Gas Petroleum Cecair (GPC) sebanyak 0.50 sen daripada harga gas sedia ada.

Tambah Syarikat tersebut, kenaikan harga gas itu tidak boleh dielakkan kerana merangkumi kenaikan kos perkapalan dan belian premium produk.

Bagaimanapun, produk gas memasak yang mengalami kenaikan harga hanyalah produk gas jenama "Solar Gas" keluaran Summit Petroleum SDN BHD sahaja. -mavister.com

ULASAN GB

Walaupun kerajaan telah mengumumkan tiada kenaikan harga untuk gas memasak, tetapi kenaikan harga petrol menyebabkan syarikat pengeluar gas memasak menaikkan kos keluaran mereka dan memindahkan kenaikan mos itu kepada pengguna.

Rumah: Jangan biarkan GST jadi 'kambing hitam'

TERKINI : LAPORAN #MH370

Oleh Hassan Mohd. Noor

http://mfasuria.com.my/main/wp-content/uploads/2011/02/259809_182706995117123_107431402644683_399876_5086559_n.jpg
RUMAH, satu keperluan yang tidak dapat dielakkan. Apabila timbul perkara berkaitan dengan rumah, maka ramai yang resah terutama bagi yang masih belum memiliki rumah sendiri. Baru-baru ini, kakitangan kerajaan gelisah apabila Kementerian Kewangan dikatakan akan memansuhkan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP). Bagi kakitangan kerajaan, mereka mempunyai kemudahan ini yang dianggap terbaik. Sebenarnya apa yang berlaku ialah kerajaan bercadang untuk menjadikan BPP sebagai sebuah Badan Berkanun (BB) dan mengekalkan faedah sedia ada yang dinikmati oleh penjawat awam ketika ini. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah, memberi jaminan pengurusan pinjaman perumahan di bawah BB tidak akan merugikan mereka. Syarat-syarat pinjaman perumahan juga masih dikekalkan. Penjawat awam juga akan menikmati perkhidmatan yang lebih cekap.

Isu perumahan sebenarnya tidak pernah selesai. Kadang-kadang ia timbul dan kadang-kadang tenggelam. Bak kata orang, sekali air bah sekali pantai berubah. Baru-baru ini, isu rumah timbul lagi. Ia berkait rapat dengan kaedah pinjaman, pembelian dan harga. Ketika kerajaan memberi jaminan cukai barang dan perkhidmatan (GST) tidak membebankan rakyat, timbul pula isu kemungkinan harga rumah akan meningkat. Dakwaan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) bahawa harga rumah akan naik antara tiga hingga empat peratus mengejutkan banyak pihak. Sebelum ini seperti kita dimaklumkan, makanan asas seperti beras, tepung gandum, gula, minyak masak, garam, belacan, sagu dan susu bayi merupakan sebahagian barangan yang tidak dikenakan GST.

Tindakan penyokong fanatik JDT ganggu latihan Felda United dikecam

JOHOR BAHRU – Tindakan sekumpulan penyokong fanatik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang bertindak mengganggu sesi latihan pemanas badan Felda United menjadi viral dalam laman sosial serta mendapat reaksi negatif daripada pelbagai pihak.

Bagaimanapun, laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers mengeluarkan kenyataan bahawa Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) menolak sekeras-sekeras­nya sebarang tindakan negatif dan provokasi yang dilakukan oleh mana-mana individu.

"Kami menyeru kepada seluruh penyokong bola sepak, terutamanya penyokong dan peminat JDT agar lebih bersikap profesional pada masa yang akan datang," demikian menurut kenyataan berkenaan.

Dalam kejadian kelmarin, kira-kira 100 orang yang didakwa penyokong fanatik JDT mencetuskan kekecohan dengan mengganggu sesi pemanas badan Felda United di Padang Seri Gelam, di sini.

Kumpulan penyokong berkenaan yang membawa kain rentang berbaur provokasi bukan sahaja membakar suar, malah turut melempar kata-kata kesat terhadap pemain Felda dari tepi padang.

Apabila ULAMAK PAS menari mengikut rentak 'musuh'..??

dari Syssss..!!

Ilmu agama aku tidak setinggi Ulama PAS dan Amalan aku pula tidak mengunung seperti Ahli PAS yang lainnya.. Dan aku setiasa sedar bahawa kalian lebih hebat dari aku..

Ulama kalian semuanya hampir dengan Allah dan mereka berada pada tahap level yang tertinggi di dalam haraki Manusiawi yang dikasihi Allah selain para Rasul dan Nabi.

DAN aku pula tidak tahu sama ada aku dan ramai rakan2 aku yang lainya tersenarai dalam golongan yg dikasihi Allah atau tidak, kerana aku tidak berstatus Ulama serta tidak pernah berbaiah untuk Wala` kepada Ulama dalam kesemua perkara...

Tetapi di dalam kesempatan yang terhad ini izinkan aku mengunakan sedikit ilmu feqah yang aku miliki bagi memberi pendapat dalam ISU PEGANG ANJING ini..

Bagi aku daripada Ulama PAS dok kecoh pasal fatwa :

" HARAM MENYENTUH, MEMEGANG DAN MEMELUK ANJING "

Adalah lebih baik PAS buat Programe

" HARAM MENYENTUH, MEMEGANG DAN MEMELUK BUKAN MUHRIM "

Hindarilah diri kamu dari perkara-perkara yang menghampiri ZINA kerana ZINA itu adalah perbuat KEJI lagi TERKUTUK.

Bangkitlah menuntut hak anda wahai Penoreh Getah




Perhimpunan Protes harga getah terhadap kelemahan kerajaan malaysia dalam menangani krisis penurunan harga getah yg menjunam begitu teruk.

walaupon krisis harga dunia meruncing,tetapi sikap kerajaan malaysia bersama ITRC begitu lemah untuk perluaskan pasaran getah negara malaysia.

penoreh menjadi mangsa akibat ketirisan dan kelemahan.

mereka yg datang berhimpun harini ialah terdiri dari rakyat miskin yg inginkan pembelaan. harga getah sekarang RM1.40 sekilo.

Penoreh getah kawasan selama,perak mula bangkit bersuara.. Akan datang, lenggong,gerik...before 7 nov.. dalam penyusunan..

Bangkitlah penoreh getah, suarakan hak anda !!!
harap maklum

Leman Raja Lawan

Kenyataan Media Pas Kedah berkenaan PasMa & buku MSO

TERKINI : #MH370

KENYATAAN MEDIA PAS KEDAH


1. Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri kedah yang diadakan pada 25 Oktober 2014 mengambil sikap untuk mematuhi nasihat yang dikeluarkan oleh Majlis Syura Ulamak PAS supaya ahli-ahli PAS tidak menyertai NGO Pertubuhan Pertubuhan Angkatan Sejahtera Malaysia (PasMa).

2. Majlis Syura Ulamak dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada 13 Oktober memetik peringatan Presiden PAS dalam penggulungan Muktamar PAS 2014 yang lalu supaya tidak berlaku adanya ‘jamaah’ dalam jamaah. Maka Majlis Syura Ulamak memberi nasihat kepada ahli-ahli PAS supaya tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti PasMa.

3. Ahli-ahli PAS diminta menumpukan kepada gerakerja memperkuatkan parti serta melaksanakan semua arahan yang dikeluarkan oleh PAS Negeri, khususnya Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Kedah. Jangan terlalu asyik dengan polemik dalaman kerana ia akan melemahkan parti.

Kapten Kedah mohon maaf pada semua sebab gagal bawa Kedah ke final Piala Malaysia



Kapten Pasukan ‪#‎LangMerah‬ mohon maaf pada semua peminat kerana mereka gagal untuk layak ke final ‪#‎PialaMalaysia‬

Dont worry bro Khairul Helmi.. Kedah antara 4 pasukan terbaik di Malaysia. Itu pun dah cukup membanggakan kami.

Fokus next year..
Good job bro!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...