TERKINI :

Saturday, October 25, 2014

Anwar Bebas Atau Dipenjara, Masa Depan Najib Tetap Kelabu Juga


http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2011/10/anwar-najib.jpg

Ramai yang tidak sabar menunggu keputusan perbicaraan di Mahkamah Persekutuan yang melibatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pada 28 dan 29 Oktober ini. Sementara ada kelompok tertentu yang mengharapkan agar beliau dipenjara, ramai pula yang berjuang, berusaha dan berdoa untuk pembebasannya.

Anwar sendiri tidak duduk diam atau pasrah begitu saja. Selain berdoa, beliau juga ligat menemui penyokongnya di pelbagai tempat yang sudah diatur. Ada pula penyokongnya yang lain mengadakan sembahyang hajat di seluruh negara memohon pertolongan daripada Tuhan demi keadilan dan pembebasannya.

Di hari perbicaraan pula, dijangka ribuan rakyat akan berhimpun di sekitar Istana Kehakiman untuk menyatakan sokongan dan solidariti kepadanya.

Walaupun mungkin sambutan dan gelombang reformasi kali ini tidak sama seperti tahun 1998 dahulu, namun kurangnya sambutan terhadap perbicaraan ini bukan bermakna ramai tidak lagi menyokong Anwar atau tidak kisah sama ada beliau dipenjara atau dibebaskan, tetapi kerana sebahagian besarnya sudah menetapkan pendirian dalam hati masing-masing.

Anwar juga berbelah bagi dalam hal ini. Di suatu ketika beliau yakin akan dibebaskan kerana tiada fakta yang boleh menyabitkannya dengan kesalahan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan itu serta isu pilihanraya Kajang yang menyebabkan Mahkamah Rayuan sebelum ini menjatuhkan hukuman kepadanya juga sudah pun berakhir.

Tetapi di ketika yang lain, sementara merasakan pemenjaraannya akan menghantar mesej perubahan yang betul kepada anak-anak muda, Anwar juga bimbang nasibnya dalam penjara nanti. Lantaran itu, beliau merayu jika dipenjarakan sekali lagi agar dirinya tidak dipukul seperti dulu.

Sebenarnya sama ada Anwar dipenjara atau dibebaskan, arus perubahan akan terus mengalir lebih kencang. Memenjarakan Anwar tidak mencerahkan masa depan politik Najib dan membebaskannya pula tidak banyak memberi kelebihan kepadanya.

Ada yang merasakan setelah menyaksikan deretan masalah, isu dan beban disandarkan kepada rakyat sejak enam tahun ini, perubahan sudah tidak boleh dielakkan lagi. Ada pula yang merasakan UMNO kini sudah dihinggapi pelbagai penyakit tua dan hanya menunggu masa saja untuk digantikan.

Jika Anwar dipenjarakan, suara dalam diam yang mahukan Najib, UMNO dan BN ditumbangkan akan terus membesar dan menunggu masa saja untuk meletus. Ketikanya tidak lain ialah PRU 14 nanti.

Rakyat bukan saja akan menilai Anwar tidak diadili secara baik, bahkan akan membandingkannya dengan kes perbicaraan Altantuya Sharibu yang melibatkan rakan karibnya, Razak Baginda serta turut dikaitkan dengan dirinya juga. Penembusan pelbagai maklumat menyebabkan rakyat tidak mudah dibohongi.

Memenjarakan Anwar juga tidak menjadikan rakyat yang benci dengan Najib kerana tindakannya menaikkan harga barang, meningkatkan kos sara hidup serta menghapuskan pelbagai akta untuk menunjukkan keterbukaan dan liberalisme, berubah secara tiba-tiba menjadi sayang dan mendokongnya dengan sepenuh hati.

Mahathir sendiri yang bermusuh dengan Anwar tetapi sudah menarik sokongannya terhadap Najib, turut tidak mungkin beralih memuji dan menyanjungnya semata-mata kerana Anwar sudah berada dalam penjara. Ini kerana yang dibangkitkan Mahathir berkaitan hutang 1MDB, pengurusan ekonomi, kewangan, hubungan kaum, kepimpinan yang lemah tiada kaitan sama sekali dengan Anwar.

Bahkan mungkin dengan beradanya Anwar dipenjara, lebih mudah lagi Najib disingkir atau ditumbangkan.

Kiranya Anwar dibebaskan pula, walaupun nama Najib mungkin menjadi sedikit harum di kalangan pengkritik antarabangsa dan dalam negara, tetapi ia tidak menyebabkan perubahan yang dimahukan rakyat jadi terhenti secara automatik. Gelombang perubahan mungkin juga menjadi lebih semerbak dan agresif.

Anwar sendiri pasti akan menguatkan lagi gabungan PR yang diasaskannya untuk menghadapi PRU akan datang jika didapati bebas kali ini. Beliau akan menjadikan pilihanraya akan datang peluang terbaiknya bersama PR menyingkirkan BN dan menjanjikan reformasi kepada rakyat.

Satu-satunya kelebihan Najib dengan pembebasan Anwar ialah dapat menunjukkan kepada dunia kesediaannya dan BN berhadapan secara "anak jantan" dengan PR dalam pilihanraya akan datang. Setelah dicabar berdebat sebelum ini pun tidak berani disahutnya, membebaskan Anwar sekurang-kurangnya tidaklah menunjukkan Najib selamanya seorang yang penakut.

Najib barangkali akan mendapat sedikit sanjungan atas keberanian itu. Beliau juga akan dibandingkan dengan Mahathir yang tidak berani berhadapan dengan Anwar, sebaliknya memilih untuk memecat dan menyingkirkannya daripada UMNO dan kerajaan pada 1998 dahulu.

Tetapi membebaskan Anwar juga akan menyebabkan Najib semakin kehilangan sokongan daripada kalangan yang sedia membenci dan menolaknya, terutamanya di kalangan ahli UMNO sendiri.

Apa pun hukuman pada 28 dan 29 Oktober nanti, ia mungkin hanya memberi kesan secara langsung kepada Anwar saja. Dipenjara akan menjadikan jasad terkurung tetapi jiwa tetap merdeka tetapi dibebaskan pula menyebabkan kedua-dua jasad dan jiwa jadi merdeka.

Kepada masa depan Najib, ia tidak banyak berbeza. Sama ada Anwar dibebas atau dipenjara, kelabunya tetap sama. Memenjarakan Anwar tidak menjadikan masa depan Najib, UMNO dan BN cerah tiba-tiba atau menjadikan PR gelap gelita, manakala pembebasannya pula akan menjadikan agenda perubahan lebih terbuka serta menjadikan rakyat lebih berani mengharunginya. ( SH 24/10/2014)

Tolonglah... Jangan jadi anjing..!!

Oleh Subky Latif

http://teganukita.my/tkv1/wp-content/uploads/2014/10/ANJING.jpg 

SETELAH krisis Menteri Besar di Lembah Kelang mulai reda, daerah itu tetap jadi kawasan yang panas yang mencelarukan fikiran dan otak orang Islam khususnya yang bermazhab Syafie.

Mereka mulanya naik darah atas pesta arak yang tidak salah diminum oleh setengah manusia dan keduanya tidak salah menyentuh anjing oleh semua manusia.

Arak itu mulanya tidak haram, tetapi Nabi terpelihara daripada penglibatan mengambilnya. Hukum terakhirnya arak ada kebaikan tetapi keburukan lebih banyak daripada kebaikan. Maka sesiapa yang terlibat dengan arak, bukan sekadar dilarang bahkan dilaknat. Jika iblis dan Firaun itu sah kafirnya dan sah dilaknat Allah, maka tidaklah Islam yang terlibat dengan dilaknat, semua manusia tidak kira apa agamanya tidak bebas daripada laknat itu.

Ada pun anjing, pada orang Islam bangsa Melayu mazhab Syafie, telah jelas pendiriannya tentang anjing dan aib kalau mereka dikatakan macam anjing.

Maka orang Melayu hina sangat kalau dikata macam anjing. Sehingga selepas 57 tahun merdeka pun tiada orang Melayu suka mereka disamakan seperti anjing. Mungkin selepas acara berbaik dan bersangka baik tentang anjing oleh orang Melayu Islam Lembah Kelang itu suka bercampur dengan anjing, sama seperti mereka senang bercampur dengan kucing.

Ramai orang bahagia dengan BR1M RM950?

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada Bajet 2015 yang lalu dilihat tidak dapat membantu rakyat untuk menghadapi cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April tahun hadapan.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menjelaskan kegagalan kerajaan memperkenalkan dasar lain dalam menyelesaikan masalah rakyat akan mengakibatkan golongan pertengahan dan bawah akan berada dalam perangkap ekonomi yang amat teruk.

"Ramai orang kata mereka bahagia dengan BR1M sebanyak RM950 tetapi selepas 16 tahun berturut-turut kita hidup dalam hutang berbelanja defisit.

"Sekarang kita berdepan dengan ketegasan kerajaan melaksanakan GST tetapi tanpa dasar lain yang diperkenalkan kerajaan, rakyat pertengahan dan bawah akan menghadapi masalah yang lebih besar.

"Mereka bukan hanya tidak dapat menggunakan BR1M yang mereka perolehi itu tetapi terus berada dalam di bawah tahap kemiskinan," jelasnya pada program Bicara Harakah Bajet 2015 'Di mana Pincangnya' di My Harakah Bazaar petang semalam.

Digantung keahlian PAS: Saari Sungib kemuka rayuan Isnin ini

Digantung keahlian PAS: Saari Sungib kemuka rayuan Isnin ini
Surat rayuan itu akan diserahkan sendiri di Pejabat Agung PAS, 
Jalan Raja Laut pada Isnin. 
 
KUALA LUMPUR: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib akan membuat rayuan kepada Majlis Syura Ulama PAS minggu depan berhubung keputusan Jawatankuasa PAS Pusat menggantung keahliannya, lapor portal Mstar Online hari ini.

Saari dilaporkan berkata surat rayuan itu akan diserahkan sendiri di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pada Isnin.

Beliau juga dilaporkan belum membuat keputusan sama ada mahu merayu agar penggantungannya ditarik balik dan hanya akan memutuskan perkara berkenaan selepas berbincang dengan peguam dan beberapa rakan rapat.

"Saya belum memutuskan apa yang akan dikarang dalam surat rayuan itu nanti. Saya telah berbincang dengan peguam dan beberapa rakan rapat untuk mendapatkan maklum balas dan pendapat mereka dalam isu penggantungan saya ini.

"Insya-Allah dalam hujung minggu ini saya akan menulis surat rayuan tersebut. Perkara yang akan ditulis sudah berada dalam fikiran saya," Saari dipetik sebagai berkata.

Perutusan Presiden PAS sempena Hijratur Rasul 1436

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman." (Surah at-Taubah: 128)

1. Hijraturrasul dari Makkah ke Yathrib antara usaha memilih kehidupan bersama masyarakat pelbagai kaum secara aman harmoni serta menegakkan keadilan dalam negara, sekaligus menghindari pertempuran, kezaliman, penindasan dan perampasan hak.

2. Inilah sikap Islam di sepanjang zaman yang berkolaborasi dengan semua pihak dan memimpin gagasan keamanan sejagat berpaksikan syariat Allah SWT.

3. Rasulullah SAW bukan sahaja menjadi pembawa rahmat kepada dunia, tetapi juga menunjukkan model kehidupan manusiawi seorang pemimpin dalam menyantuni realiti rakyat di negara yang dibangunkan atas nama Madinah al-Munawarah.

'Saya maafkan, tapi Mahathir masih ulang'

 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya tiada apa dapat "mendamaikan semula" hubungan beliau dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang memecat beliau pada 1998.

"Apa lagi yang ada untuk perdamaian semula? Apa isunya? Adakah ia demokrasi, kebebasan, kebebasan kehakiman, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), hasutan?," soalnya dalam wawancara dengan Malaysiakini.

Dunia aman jika Israel dihapuskan

Oleh Mohd Shauki Abd Majid

KEMUSNAHAN bangunan di Gaza dan jutaan rakyat Palestin 
menjadi korban akibat bedilan bom dan roket tentera Israel. - Foto hiasan

HUBUNGAN Islam (lebih tepatnya Muslim) dan Kristian secara umumnya adalah sejarah yang amat panjang dalam tamadun dunia. Dalam ajaran Islam, agama Kristian adalah agama yang cukup istimewa seperti juga al-Quran dengan jelas memberi gambaran positif terhadap sosok Maryam, ibu kepada Jesus (Nabi Isa).

Begitu juga sebaliknya di mana orang pertama yang melihat ciri kenabian dan mengakui Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul adalah ahli kitab, Waraqah Ibn Nawfal, yang juga sepupu Khadijah, isteri Nabi Muhammad. Keyakinan dan pengakuan Waraqah ini adalah interaksi awal yang menandai hubungan Islam dan Kristian pada awal-awal kelahiran Islam.

Pada peringkat awal, hubungan Islam dan Kristian tidak pernah menjadi masalah. Telah berlaku dialog dan hubungan yang cukup rapat antara agama samawi itu. Malah, Nabi Muhammad menandatangani perjanjian dengan golongan Kristian (dikenali sebagai Testamentum) bagi melindungi pihak Kristian pada awal perkembangan Islam.

Siapa pengganti Anwar sekiranya dipenjarakan?

Siapa pengganti Anwar sekiranya dipenjarakan?
Kata Anwar, ketiga-tiga pemimpin parti mempunyai hubungan 
yang rapat antara satu sama lain, khususnya dalam jawatankuasa antara parti. 
 
 
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat rayuan akhir bagi mengetepikan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan di Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lepas.

Rayuan akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan pada 28 dan 29 Oktober ini selepas beliau didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Persoalannya, siapa bakal menggantikan peranannya sebagai Ketua Pembangkang dalam Pakatan Rakyat (PR) sekiranya beliau dipenjarakan?

Menjawab kepada The Malaysian Insider (TMI) pada Sabtu, Anwar berkata perkara tersebut ada dibincangkan dalam parti sebelum ini.

"Mereka ada bincang perkara ini sebelum ini. Semuanya berbalik kepada persefahaman asal kita. Di mana mesyuarat (pimpinan PR) diadakan, ia akan dipengerusikan oleh parti yang menjadi tuan rumah.

Penganjur kempen sentuh anjing mohon maaf

 
Penganjur acara kontroversi 'Saya Mahu Sentuh Anjing', Syed Azmi Alhabshi hari ini tampil secara terbuka dan memohon maaf atas sebarang perasaan “tidak senang yang berbangkit' daripada program itu.

Beliau yang membacakan satu kenyataan muncul dalam satu sidang media turut menyatakan rasa kecewa tindakan segelintir peserta Islam di program itu yang didapati memeluk dan mencium anjing di acara berkenaan.

Katanya, tindakan itu tersasar dari tujuan sebenar acaranya – antaranya untuk memberi pendedahan mengenai kaedah bersuci apabila tersentuh anjing.

Menurut Syed Azmi, ia juga bertujuan untuk mengatasi rasa takut terhadap anjing di kalangan penganut Islam.

Selain itu, ia diadakan bagi menjelaskan cara membantu anjing jika ia berada dalam kesusahan, dan batasan bersama anjing dalam konteks Islam, katanya.

"Di sini saya ingin menegaskan yang program ini sama sekali tidak menggalakkan anjing sebagai binatang peliharaan.

Kempen sentuh apa lagi selepas ini?

Pelbagai baka anjing dibawa oleh tuannya semasa program I Want
Pelbagai baka anjing dibawa oleh tuannya semasa program I Want To Touch A Dog 
di Central Park Bandar Utama, baru-baru ini.

DALAM banyak-banyak acara, acara menyentuh anjing juga yang dipilih. Nama acara itu ‘Saya mahu menyentuh seekor anjing’ sangat urban dan cool bunyinya.

Audiens sasaran pula ialah orang Melayu dan Islam! Tujuan: Mahu hilangkan stigma ketakutan orang Islam mendekati anjing. Jadi untuk hilangkan ketakutan disarankan mereka menyentuh, mengusap, membelai dan menggomol anjing!

Maka ramailah orang Melayu yang teruja untuk ‘hilangkan’ stigma ke atas anjing hadir. Khabar­nya kira-kira 1,000 orang hadir. Gambar-gambar sekitar program itu viral di media-media sosial. Pelbagai lapisan masyarakat orang Melayu/Islam yang hadir. Mereka kelihatan sungguh berani dan ‘terbuka minda’. Antaranya ada wanita bertudung, berjubah dan berpurdah memeluk dan mendukung anjing.

Judi Haram : Apabila POLIS & PBT "ceroi"..!!

BERITA SEMASA :

judi
BEBERAPA lelaki melakukan penyambungan haram bekalan elektrik di salah 
sebuah premis judi yang diserbu oleh pihak berkuasa di Bukit Katil, Melaka.

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Apakah pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis sudah hilang kawalan? Atau sindiket sudah hilang rasa gerun terhadap undang-undang?

Itulah persoalan yang bermain di fikiran banyak pihak berikutan kegiatan mesin judi haram yang terus berleluasa biar pun serbuan demi serbuan dilakukan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Paparan kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh pihak berkuasa da­lam menyerbu premis-premis kegiat­an haram itu ternyata sama sekali tidak mengentarkan sindiket, malah ada antaranya beroperasi semula hanya be­berapa jam selepas serbuah dilakukan.

Apa yang lebih malang di Me­laka, contohnya, terdapat sindiket melakukan penyambungan haram bagi mendapatkan bekalan elektrik selepas ia dipotong oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) kira-kira 24 jam selepas serbuan dilakukan.

Menurut satu sumber, kegiatan mesin judi haram terus berleluasa di beberapa negeri khususnya di Melaka, Selangor, Sabah dan Kedah yang sekali gus membuktikan sindiket perbuatan jenayah itu masih belum dapat ditumpaskan sehingga ke akar umbi.

Kerajaan Kedah isytihar teater tradisional Mek Mulung sebagai Seni Warisan Kedah

ZINITULNIZA Abdul Kadir menunjukkan buku Mek Mulung hasil tulisannya di majlis perasmian sidang kemuncak penulis Malaysia dan pelancaran buku Mek Mulung di Kelab Golf Darulaman. - Foto Amran Hamid

JITRA: Kerajaan Kedah mengisytiharkan teater tradisional Mek Mulung sebagai Seni Warisan Kedah yang diharap bakal membuka jalan kepada pengiktirafan Warisan Dunia oleh UNESCO.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata susulan pengiktirafan itu, pelbagai usaha akan digerakkan oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama pelbagai pihak khususnya Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Bina Darulaman Berhad (BDB).

 

"Ia mengambil kira fakta bahawa Kedah sebagai satu-satunya negeri yang Mek Mulung dimainkan dari satu generasi ke generasi selama 400 tahun.

"Susulan pengiktirafan ini, pelbagai usaha akan digerakkan oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama pelbagai pihak khususnya dengan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Bina Darulaman Berhad (BDB)," katanya.

UAI tidak akan buat laporan polis

Azhar Idrus  
 
KUALA TERENGGANU - Tiada laporan polis akan dibuat oleh pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) susulan dakwaan penyebaran video lucah dan gambar lucah di laman sosial yang mula tersebar sejak awal pagi kelmarin.

Rakaman berdurasi 38 saat itu dikatakan mula tersebar melalui beberapa blog, Facebook dan WhatsApp sehingga menjadi topik hangat.

Menurut sumber rapat kepada UAI, penceramah itu tidak akan membuat sebarang laporan polis berhubung penyebaran video lucah itu yang dianggap hanya niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan imej beliau dan golongan ulama di negara ini.

“Tiada laporan polis akan dibuat. Baik daripada pihak UAI sendiri atau pihak penyokong UAI,” katanya.

RON95: Definisi ‘golongan berpendapatan tinggi’ perlu jelas

BERITA SEMASA :
Mekanisme pelaksanaan memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan langkah pemberian subsidi petrol kepada golongan berkelayakan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Oktober, 2014.
Mekanisme pelaksanaan memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan langkah pemberian subsidi petrol kepada golongan berkelayakan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Oktober, 2014.

Kerajaan perlu memberikan satu definisi jelas mengenai "golongan berpendapatan tinggi" sebelum melaksanakan peraturan baharu subsidi petrol RON95 bagi golongan itu.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata ini kerana definisi golongan itu kini berbeza-beza mengikut situasi dan kawasan tempat mereka berada.

Sambil menyifatkan pengumuman itu sebagai sesuatu yang ditunggu-tunggu, katanya golongan berada ialah mereka yang apabila berlaku kenaikan kos tidak akan mempengaruhi kehidupan mereka.

"Mereka yang berpendapatan RM5,000 hingga RM10,000 pun masih tertekan dengan kos sara hidup jika hidup di bandar.

"Pertama kerajaan kena cari golongan betul-betul tidak layak terima subsidi, kedua industri yang tidak layak mendapatnya perlu dikeluarkan, ketiga ketirisan kerajaan perlu diatasi, barulah pergi kepada pengguna domestik," katanya ketika dihubungi hari ini.

Benarkah Pasar Kemboja menjadi "pembunuh" peniaga tempatan secara terang-terangan


 

TAHNIAH....BN MENANG RAKYAT SENANG BERLENANG AIR MATA.

Pasar Kemboja di pekan Pendang setiap pagi jumaat adalah hasil usaha YB Sungai Tiang yg juga exco kerajaan neg Kedah.....Datuk Suraya.

Pasar sehari ini adalah satu pengiktirafan kepada warga Kemboja yg telah mendapat status penduduk tetap di negara ini..hampir 80% peniaga kain di pasar ini adalah pendatang dgn izin dari Kemboja.

Hasil dari pasar sehari ini, ramai peniaga tempatan terpaksa gulung tikar kerana saingan yg hebat dari warga kemboja yg rata2 nya menawarkan harga barangan berasaskan kain lebih murah dari harga pasaran..

Ini kerana mrk mengimport sendiri material mereka berbanding peniaga tempatan yg berurusan dgn org tengah utk mendapat bekalan barang perniagaan.

Di samping itu juga pasar sehari pada waktu dan hari yg sama ,pasar sehari Kilang Kechil, berhampiran Pendang yg peniaga nya 100% warga tempatan, juga menerima tempias dari ujudnya pasar Kemboja ini..

Nak tunggu sampai bila bina Hospital Pendang?

Mahfuz (tengah) bergambar pada sidang media, semalam.  
Mahfuz (tengah) bergambar pada sidang media, semalam.

ALOR SETAR - Kerajaan digesa mengambil langkah segera untuk merealisasikan Hospital Pendang yang sepatutnya siap dibina pada Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, alasan kerajaan bahawa ia akan menambah beban hutang jika meneruskan pembinaan hospital itu adalah tidak munasabah kerana projek itu adalah keperluan rakyat.

Beliau berkata, alasan itu hanya menunjukkan kegagalan kerajaan melakukan perancangan dengan teliti sebelum mengumumkan sesuatu projek untuk dilaksanakan.

“Hospital Pendang sepatutnya diselesaikan dalam RMK-10 dan bajet baru-baru ini adalah yang terakhir. Tetapi kerajaan mendakwa hospital ini akan selesai jika dimasukkan dalam RMK-11.

“Rakyat Pendang memerlukan hospital tetapi ditangguhkan. Ini adalah kelemahan yang ketara. Nak tunggu berapa lama lagi,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Lang Merah patah sayap di bumi Tok Gajah | Pahang 5-0 Kedah

BERITA SEMASA :

PEMAIN Kedah, Billy Osman Mehmet kecewa selepas pasukannya tewas kepada pasukan Pahang, manakala pemain pasukan Pahang meraikan kemenangan pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Pahang bertemu Kedah di Stadium Darul Makmur.- Foto Mustaffa Kamal
KUALA LUMPUR: Pahang membuktikan tiada yang mustahil dalam bola sepak selepas gah membenam Kedah 5-0 dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, Kuantan sekali gus menempah tiket ke final buat tahun kedua berturut turut, malam tadi.

Menanti kunjungan Kedah yang memiliki kelebihan hasil kemenangan 3-1 di Alor Setar, Pahang begitupun kekal fokus dengan misi memburu gol dan membuka tirai jaringan seawal minit keempat menerusi Matias Conti.

Ketika Kedah mahu kembali menyusun permainan, Pahang terlebih dulu menambah gol kedua menerusi pemain sayap, R Gopinathan yang beraksi cukup lincah untuk menewaskan penjaga gol Kedah, Saiful Amar Sudar.

Gol kedua Pahang itu seakan merobek emosi pemain Kedah yang terus bocor enam minit kemudian menerusi jaringan kedua Conti hasil gandingan menariknya bersama rakan penyerang, Dickson Nwaekeme.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...