TERKINI :

Friday, October 24, 2014

LIVE Piala Malaysia : Pahang vs Kedah



Sapa yg dok Aloq Setaq boleh pie Std Darulaman malam nie...
Sapa nak tengok LIVE kat PC klik sini :

Kerajaan laksana GST kerana Petronas kurang minyak

MUHAMMAD FAIZAL | 24 Oktober 2014.

KUALA LUMPUR: Naib Prseiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan keputusan kerajaan yang bertegas melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah kerana Petronas telah mengalami kekurangan minyak untuk diguna pakai.

Jelasnya, melihat kepada senario tersebut kerajaan seharusnya mewujudkan satu suruhanjaya di dalam Petronas bagi tujuan membawa syarikat minyak itu bertapak lebih jauh.

"Kerajaan sepatutnya mempunyai satu fokus khusus untuk mengembangkan kepakaran yang ada di dalam Petronas sebagai usaha menambah pendapatan negara.

"Cara yang paling terbaik adalah mewujudkan satu suruhanjaya yang akan menentukan atau merealisasikan inovasi baru syarikat minyak itu melalui kepakaran yang ada.

"Ini secara tidak langsung kerajaan tidak perlu bergantung hidup melalui pelaksanaan GST yang membebani hidup rakyat," katanya pada program Bicara Harakah, Bajet 2015 'Di mana Pincangnya' petang semalam.

Awat penyokong JDT sampai buat kelaku macam nie...bolasepak aja pun..!!

INFO SEMASA :

Anwar akan gagal dalam rayuan dan ke penjara?

NALURI JUMAAT                                                                                                 

Apa yang berada di hadapan rakyat yang mengambil berat kepada politik hari ini ialah menanti apakah keputusan rayuan Anwar Ibrahim terhadap hukuman penjara lima tahun yang dikenakan ke atasnya bersabit kes meliwat pada tahun lalu. Mahkamah Persekutuan akan bersidang pada 28 dan 29 Oktober ini untuk mendengar rayuan Anwar itu dan membuat keputusan.
Anwar Ibrahim: Saya optimis.
Ramai orang mengira Anwar akan gagal dalam rayuan itu dan beliau akan dikirimkan ke penjara sekali lagi.

Dengan memerhati dari senario kes itu ditangani, seperti mana dakwa Anwar ia bermotif politik, memberi induksi jelas bahawa Anwar akan direhatkan dalam penjara sekali lagi. Ada yang mengatakan lima tahun atau lebih. Pihak pendakwa telah memohon mahkamah menambah hukum ke atas Anwar. Anwar dikenakan lima tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan pada Mac tahun lalu.

Sebelum itu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membebas dan melepaskan Anwar daripada dakwaan liwat yang dikenakan terhadapnya mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman 20 tahun penjara.

Mengenai rayuan ini, Anwar mengambil sikap optimis dan yakin dia akan bebas. Ini berdasarkan kepada fakta perbicaraan dan undang-undang tidak ada seorang pun pakar baik dalam negara maupun luar boleh pertikaikan keputusan untuk membebaskannya. Anwar begitu yakin dengan apa yang berlaku kelak. Memang seorang yang telah dijatuhi hukuman bersalah akan mempertahankan dirinya ke titik peluh terakhir. Bukan sahaja Anwar orang lain juga.

PERUTUSAN MAAL HIJRAH 1436 DATO SERI ANWAR IBRAHIM



Tatkala menghimbau peristiwa Hijrah, kita sewajarnya menginsafi iltizam dan tekad Rasulullah SAW yang tetap istiqamah dalam memacu dakwah dan proses perubahan ummah. Meski pun dihadapkan dengan pelbagai rintangan dan mehnah, namun umat Islam di bawah kepimpinan Rasulullah SAW tetap teguh berpegang kepada prinsip dan keimanan kepada Allah SWT.

Peristiwa Hijrah sememangnya telah membuka dimensi baru dalam sejarah ketamadunan Islam. Sentimen dan faham perkauman berteras semangat kabilah dan suku yang menebal di kalangan masyarakat Arab ketika itu telah berjaya dirobek dan dipecahkan.

Kezaliman yang terus mencengkam dari pihak musyrikin Makkah terhadap umat Islam dari Makkah memaksa penghijrahan ke Madinah. Perpindahan umat Islam dari Makkah ke Madinah menyaksikan bermulanya era baru dalam perkembangan dakwah Islam. Penyatuan kaum Ansar dan Muhajjirin merupakan titik tolak kepada pembinaan sebuah masyarakat madani dan pemerintahan negara yang berteraskan prinsip al-adli wal ihsan.

Guna MyKad beli minyak, betapa celarunya kerajaan

INFO SEMASA :

http://www.boldsky.com/img/2012/05/24-rising-petrol-prices-240512.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-2spJ3eRQlfw/UVP-KtkpZdI/AAAAAAAAAfE/DmlbPJ43R9w/s1600/IC+Malaysiakini.png
KUALA LUMPUR: Cadangan penggunaan MyKad bagi tujuan untuk mengisi minyak tahun hadapan dilihat tidak menyelesaikan masalah terutamanya kumpulan sasar.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, walaupun kerajaan cuba mengawal pembelian minyak melalui penggunaan MyKad, namun ia tetap boleh disalahgunakan.

"Kerajaan kata nak kawal subsidi dengan penggunaan MyKad kumpulan sasar berpendapatan bawah RM4,000 akan dapat menikmati subsidi.

"Adakah kerajaan boleh beri jaminan boleh kawal jika mereka yang berpendapatan tinggi yang bawa rakan mereka yang layak menerima subsidi membeli minyak?

"Sudah tentu sukar kerana pekerja stesen minyak bukannya hanya boleh mengawal seorang pelanggan tetapi mereka perlu berdepan lebih ramai pelanggan dalam satu masa," ujarnya kepada Harakahdaily.

Isu anjing : Melayu masih mualaf?

oleh XIFU NASER

http://www.mysumber.com/wp-content/uploads/2014/10/gambar-kempen-pegang-anjing-pj.jpg

USTAZ Hussein Yee mempunyai ijazah pengajian Islam tetapi beliau masih dilabel sebagai cina mualaf. Saya tertarik dengan artikel Tariq Ismail bertajuk Who is Mualaf?

Tariq menceritakan bagaimana seorang Melayu melatah di sebuah surau di Negara China, “Wah, begitu ramai mualaf di China!”

Seorang Cina menegurnya, “Kamu yang sebenarnya mualaf.” Melayu itu terkejut dan soal, “Bagaimana saya ini mualaf sedangkan saya Melayu?” Orang Cina itu jawab, “Kami sudah peluk Islam 1400 tahun yang lalu. Orang Melayu bila peluk Islam?”
Kebanyakan Melayu tidak rasa dirinya masih mualaf kerana menyamakan bangsa dengan agama. Tambah lagi jika komen Tun Mahatir bahawa Melayu itu malas adalah benar. Tetapi bagi saya adalah tidak adil untuk label Melayu itu malas dari semua segi. Ramai Melayu lebih rajin daripada Cina.

Kalau dikatakan malas, saya dapati majoriti mahasiswa kita memang malas membaca buku ilmiah di luar peperiksaan, termasuk aktivis Muslim. Malas membaca bermakna ilmu agama masih ikut-ikutan, tahap mualaf. Berapa mahasiswa kita yang khatam kitab ar-Risalah karangan Imam Shafi’i?

Hadi hadir atau tidak mesyuarat terakhir Pakatan menjelang Anwar ke penjara?

Pakatan Rakyat dijangka mengadakan mesyuarat sebelum keputusan mahkamah berhubung rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan persoalan timbul sama ada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menyertainya atau tidak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Oktober, 2014.
Pakatan Rakyat dijangka mengadakan mesyuarat sebelum keputusan mahkamah berhubung rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan persoalan timbul sama ada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menyertainya atau tidak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Oktober, 2014.

Menjelang perbicaraan yang bakal memutuskan sama ada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke penjara atau tidak, Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) dijadualkan bermesyuarat Isnin depan, sehari sebelum perbicaraan itu, bagi menyiapkan diri menghadapi sebarang kemungkinan.

Walaupun keadaannya serius, persoalan timbul apakah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menyertai mesyuarat itu atau tidak kerana beliau tidak menyertainya sejak lebih setahun lalu.
Malah, beliau mula hilang daripada perhatian umum sejak berakhirnya kemelut menteri besar Selangor bulan lepas.

Menurut sekretariat PR, mesyuarat ini diadakan ketika sidang Parlimen berlangsung bagi membolehkan semua pemimpin PAS, PKR dan DAP boleh menghadirinya.

"Panggilan mesyuarat sudah dibuat, kita harap semua dapat hadir kali ini," kata sumber itu.

Menurut sumber, Hadi besar kemungkinan tidak akan menyertai mesyuarat itu kerana beliau akan berada di Kuala Terengganu keesokan harinya, 28 Oktober, bagi menyertai satu perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Maal Hijrah: Kembali kepada al-Quran, sunah

 al quran
KUALA LUMPUR - Umat Islam akan menyambut tahun baharu 1436 Hijrah esok dan masyarakat Islam di negara ini sekali lagi memperbaharui azam dan tekad untuk memajukan diri selaras dengan tuntutan syariat.

'Perpaduan Nadi Transformasi Negara' yang menjadi tema sambutan Maal Hijrah pada kali ini dilihat bertepatan dengan keadaan masa kini apabila umat Islam berhadapan pelbagai cabaran termasuk perbezaan pemahaman soal agama sehingga menimbulkan percanggahan pendapat dalam banyak perkara.

Khuatir akan hal itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia (Ilmu) Ahmad Fazrin Yahaya mengingatkan masyarakat Islam supaya kembali kepada al-Quran dan sunah sebelum perbezaan pendapat menjadi barah dalam penyatuan ummah.

Beliau berkata pada masa ini percanggahan pendapat dalam masalah agama timbul kerana umat Islam bergantung kepada logik akal tanpa menjadikan al-Quran dan sunah sebagai asas merungkai permasalahan.

Azmin - 'Nik Aziz orang pertama nasihat agar bersabar'

INFO TERKINI :

azmin ali
BISIKAN nasihat ibu di telinga menjadi kata azimat kepada beliau meneruskan perjuangan politiknya. Berada di kerusi nombor satu negeri Selangor, beliau terus mengatur langkah memimpin negeri ini dengan penuh yakin.

Meskipun dilanda pelbagai kontroversi sehinggalah mengheret ibunya ke kancah politik, beliau tetap tenang menangkis fitnah dan tohmahan musuh.

Semalam, genaplah sebulan Mohamed Azmin Ali menerajui negeri ini. Ikuti sambungan temubual Penasihat Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali, Editor, Lailatun Khalilah Nasir, wartawan, Mohd Syairi Mohamad Shaari dan jurufoto, Afiq Razali yang melakukan kunjungan hormat ke pejabatnya, baru-baru ini.

Boleh YAB kongsikan apakah fikiran pertama yang terlintas di fikiran YAB ketika menerima surat pelantikan dari pihak istana?

Terima kasih. Sejujurnya saya tidak tahu apaapa. Saya dipanggil untuk ditemuduga oleh pihak istana dan ini kali pertama saya menghadap Tuanku secara bersemuka selain urusan rasmi sebagai Adun dan Ketua BBC.

Pada pertemuan kali pertama itu, Tuanku titahkan harapan baginda terhadap Selangor. Tetapi belum ada sebarang keputusan ketika pertemuan itu. Saya difahamkan Tuanku ada dua nama lagi yang dicadangkan dan saya diberitahu, saya adalah orang ketiga yang ditemuduga.

Jangan percaya sangat pada label politik, ianya hanya propaganda

INFO TERKINI :

Michael Chiang

Mereka kata Anwar Ibrahim agent Yahudi tapi yg menjalin hubungan dengan Amerika dan Israel ialah Umno. Yang mengekspot minyak sawit ke Israel ialah Umno. Yang menentang TPPA ialah Pakatan.

Mereka kata Pakatan nak jual negara tapi yg jual Tanjung Pagar dan Pulau Batu Putih kpd Singapura ialah Umno.

Mereka kata DAP anti-Islam tapi yg beri peruntukan beratus juta ringgit kepada sekolah agama ialah DAP. Yang hina Islam secara terbuka dan menikmati kekebalan dari dakwaan ialah MCA, GERAKAN dan MIC.

Mereka kata DAP nak hapuskan hak Melayu tapi yg mengubah status tanah reserve Melayu dan menjualnya ialah Umno, yg bina Iskandar Malaysia ialah UMno.

Dr Asri simpati dengan nasib apa yang berlaku kepada UAI

INFO TERKINI :

DR ASRI SIMPATI DENGAN NASIB UAI


Shah Alam – Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melahirkan rasa simpati terhadap fitnah yang menimpa penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI).

Beliau berkata, tiba masanya kerajaan Persekutuan menguatkuasakan undang-undang yang fokus hukuman kepada individu yang bertindak menyebarkan gambar atau video kehidupan peribadi seseorang.

Dr Asri berkata demikian selepas diminta mengulas penyebaran gambar dan rakaman video lucah yang dikaitkan dengan penceramah bebas itu.

Rakaman video berdurasi 0:38 saat itu menampilkan seorang lelaki mirip UAI dengan seorang wanita, melakukan adegan intim dengan sebahagian badan mereka dilitupi selimut.

Lelaki mirip Ustaz Azhar itu seolah-olah menyedari aktivitinya dirakam apabila beliau dikesan melirik tepat kepada kamera.

“Saya bersimpati kepada Ustaz Azhar Idrus. Sepatutnya tidak ada sesiapa yang boleh sebar, berkongsi dan jangan buat kesimpulan buruk perkara yang kita sendiri tidak tahu (kebenarannya).

Seperti Jokowi, UMNO Juga Harus Keluar Daripada Kepompong Bangsawan

oleh Shahbudin Husin,

http://assets.kompasiana.com/statics/files/1404251959377836233.jpg
Indonesia baru saja menerima secara rasmi Joko Widodo atau Jokowi sebagai Presidennya yang ketujuh menggantikan Susilo Bambang Yudhiyono. Beliau mengangkat sumpah pada 22 Oktober lalu dan sekaligus mencatat sejarah sebagai presiden pertama yang datang daripada orang kebanyakan.

Sebelum menjadi Gabenor Jakarta, Jokowi hanyalah seorang jurujual perabot. Kejayaannya melaksanakan banyak pembaharuan di kota Jakarta, kerap turun padang, selesa menyantuni golongan miskin dan selalu memakai baju yang sama, merupakan antara resepi kejayaannya mengungguli 53 peratus undi dalam pilihanraya presiden yang lalu.

Sebelum Jokowi juga, semua enam presiden Indonesa sebelum ini datangnya sama ada daripada golongan keluarga ahli politik terkenal, ahli perniagaan mahu pun elit ketua tentera. Tetapi Jokowi tidak termasuk dalam semua kriteria itu. Belia hanya orang biasa yang bukan daripada keluarga dan keturunan siapa-siapa.

Bekas juruteknik PKNK Wakaf tanah untuk Maahad Tahfiz Al-Quran Derga

Yahya Saad (kiri) sentiasa bertanya khabar dengan pelajarnya yang datang belajar dari luar negara.  
Yahya Saad (kiri) sentiasa bertanya khabar dengan pelajarnya yang datang belajar dari luar negara.

BERCITA-cita mahu melahirkan ramai hufaz dalam kalangan generasi muda menyebabkan seorang bekas juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) sanggup mewakafkan tanahnya sebagai Maahad Tahfiz Al-Quran Derga, dekat sini.

Yahya Saad, 65, juga meninggalkan kerjayanya itu semata-mata mahu melahirkan ramai hufaz al-Quran supaya generasi itu menjadi pembimbing agama kepada masyarakat pada masa akan datang.

Menurutnya, pusat pengajian al-Quran itu didirikan pada 1990 dengan bermodalkan RM300 bagi menambak tanah pada peringkat awal.

"Pada masa itu, hanya 13 pelajar saja yang mampu belajar di sekolah itu termasuklah bekas Adun Bukit Lada, Allahyarham Ahmad Izzat Shauki," katanya.

Peminat bola Kedah berpeluang tonton layar besar

http://www.pekasa.net/2009/BBQ/foto/iwebalbumfiles/3288d24b72c54fb89b82205a61f82724.jpg 

PEMINAT bola sepak Kedah yang tidak berkesempatan menonton perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Darul Makmur, Pahang esok berpeluang menyaksikannya secara langsung di Stadium Darul Aman di sini.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir bersetuju supaya Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) memasang layar besar di kawasan letak kereta stadium itu bagi membolehkan para penyokong menyaksikan pasukan Kedah menempa tempat ke pusingan akhir.

"Jangan kecewa jika tidak dapat ke Stadium Darul Makmur, Kuantan Jumaat ini. Penyokong setia Lang Merah masih berpeluang untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka menentang Tok Gajah secara langsung beramai-ramai," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Alor Setar - Ah Long ubah taktik, edar kad nama pula..!!


Antara kad dikhuatiri diedarkan golongan ceti.
 Antara kad dikhuatiri diedarkan golongan ceti.

ALOR SETAR - Kegiatan ah long kini dikhuatiri mengubah taktik menggunakan kad nama berbanding poster pinjaman wang segera demi menarik perhatian pengguna.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusof Ismail berkata, kad nama syarikat diedarkan dalam peti surat penduduk dan premis perniagaan.

“Apabila, ah long pasang poster tawaran pinjaman pihak berkuasa tempatan (PBT) akan menurunkan iklan tersebut.

“Namun, pengguna dengan mudah mendapat makluman berkaitan syarikat pinjaman ini melalui peti surat masing-masing melalui tawaran sebegini,” katanya kepada Sinar Harian.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...