TERKINI :

Thursday, October 23, 2014

#MH370: Serpihan dipercayai bangkai pesawat ditemui di pantai Indonesia - ATSB

MH370: Serpihan dipercayai bangkai pesawat ditemui di pantai Indonesia - ATSB
Kapal GO Phoenix sedang giat menjalankan misi pencarian dasar laut MH370 di perairan barat Australia. 
 
Serpihan yang dipercayai bangkai pesawat dilaporkan ditemui di pantai Indonesia, namun pihak berkuasa setakat ini belum mengesahkan sama ada ia adalah daripada pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang.

Menurut laporan agensi berita Xinhua itu, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) hari ini berkata, serpihan yang terapung tersebut mungkin telah hanyut menjauhi perairan Barat Australia dan menuju Indonesia.

" ATSB terus menerima maklumat daripada orang awam yang menemui material yang dibawa arus ke pantai Australia dan mereka beranggapan ia datang daripada pesawat MH370.

“Pihak ATSB meneliti semua maklumat itu dengan berhati-hati. Namun berdasarkan model arus yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia, jika ada serpihan yang terapung, ia berkemungkinan besar sudah dibawa arus ke barat, menjauhi garis pantai Australia.”

ATSB yang mengetuai misi pencarian pesawat yang hilang itu di perairan Barat Australia sudahpun menghubungi pihak berkuasa Indonesia.

"Ada kemungkinan serpihan itu dihanyutkan ke perairan Indonesia, dan pemberitahuan sudah disampaikan ke perhatian pihak berkuasa negara itu bagi memeriksa jika benar ada serpihan yang boleh dikaitkan dengan pesawat tersebut,” kata kenyataan daripada operasi pencarian ATSB.

Bagaimanakah nasib peneroka ketika ini dan akan datang?

Oleh Mazlan Aliman

http://1.bp.blogspot.com/-ihcniTk9nhw/TlrQlHKYeqI/AAAAAAAAFMQ/Bk2yX-pYIZE/s1600/felda.png
1. Harga komoditi kelapa sawit dan getah sedang jatuh merudum

2. Saham FGVH tinggal RM3.06 sesaham

3. Pendapatan peneroka semakin terjeja

4. Hutang/Kos Tanam Semula bertimbun

5. Pinjaman Felda dengan KWSP berjumlah 6.5 Bilion dijadualkan semula bayaran balik?

6. Felda Investment Corp(FIC) membuat pinjaman 1 Bilion dengan Maybank?

7. Felda boleh Kaveat dan ada kuasa ekskusif atas kebun peneroka seperti Perjanjian Pengurusan Tanam Semula

8. Bajet 2015 tidak memberi penekanan isu kejatuhan komoditi dan perumahan Gen 2

9. KWSP dan KWAP mula melepaskan pegangan saham mereka dalam FGVH

Bagaimanakah nasib peneroka ketika ini dan akan datang?

Khalid Samad: PAS DAN PasMa: PERLUKAH BERTINDAK MELARANG?

http://mk-cdn.mkini.net/642/442b8c334c21161231bacb5ba10aafc5.jpg 

Saya mengikuti polemik berhubung PasMa yang berlarutan sekian lama dengan penuh hairan dan perasaan pelik. Perasaan hairan saya adalah mungkin kerana saya tidak memahami ‘isu sebenar’ di sebalik reaksi yang begitu negatif terhadap penubuhan PasMa. Mungkin akan ada yang mengatakan saya terlalu ‘naif’ sehingga tidak menyedari ‘bahaya’nya PasMa. Mungkin juga akan ada yang berkata saya tidak marah kerana saya bersama mereka, seperti yang didakwa oleh pihak yang menyebar apa yang didakwa sebagai senarai AJK PasMa apabila ianya baru didaftarkan. Mengikut senarai itu, saya salah seorang Naib Presiden kalau tidak silap saya!

Biarlah mereka katakan apa yang ingin mereka katakan. Hakikatnya walau apa sekalipun, jenis yang ingin mengata akan terus mengata. Mungkin bagi mereka tiada makna hidup kalau tidak mengata!

Bagi saya, PasMa sebuah NGO yang telah mengisytiharkan dirinya bersama PAS dan PR. Mereka ingin menjatuhkan UMNO/BN dan menyumbang kearah memperkukuhkan PR. Kalau dengan pengisytiharan sejelas itu pun kita masih ragu dan tentang, saya tidak mampu mengatakan apa-apa selain, “saya hairan”.

Sebenarnya kalau mengikut perlembagaan PAS, tiada salah sekiranya ahli menjadi anggota mana-mana NGO. Malahan berkerjasama dengan NGO adalah di antara kegiatan yang dinyatakan dalam perlembagaan PAS. Kecuali sekiranya NGO tersebut mempunyai matlamat yang bercanggah dengan PAS. Tetapi sekiranya NGO tersebut mempunyai matlamat yang sama atau tidak bercanggah, maka tiada masalah ianya menerima sokongan dan penyertaan dari ahli PAS.

PANGLIMA MALAYSIA membuat report polis terhadap pemfitnah dan penyebar video xxx mirip Ust Azhar Idrus



KENYATAAN MEDIA : PANGLIMA MALAYSIA

PANGLIMA MALAYSIA mendesak PDRM dan Jabatan Multimedia menyiasat dan mendakwa terhadap individu yg mengedit gambar seorang pendakwah terkenal iaitu Ust Azhar Idrus ( UAI ) .anak anak muda begitu marah dengan penyebaran video dan gambar tersebut dengan diviralkan keseluruh malaysia.
Dizaman fitnah serba moden ini ,PANGLIMA MALAYSIA akan mendesak kerajaan malaysia membuat satu rang undang2 khas berhubung dengan sesiapa sahaja yg membuat,mengedit dan menyebarkan dikenakan tindakan yg berat .apa yg kita dapat lihat sekarang ialah pengfitnah tidak dikenakan apa2 tetapi sipelaku pula akan dikenakan.integriti penguatkuasa seperti tiada maruah lg apabila kes ini sentiasa berulang,

Rizab Antarabangsa BNM, RM416.4 bilion pada 15 Oktober


KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM416.3 bilion (bersamaan AS$127.1 bilion) pada 15 Oktober 2014.

"Paras rizab itu memadai untuk membiayai 8.6 bulan import tertangguh dan ialah 1.2 kali hutang luar negeri jangka pendek," kata BNM dalam satu kenyataan hari ini.

Rizab mata wang asing yang berjumlah AS$116.7 (RM381.22) bilion, menyumbang sebahagian besar daripada rizab itu, manakala rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berjumlah AS$1 (RM3.26) bilion, Hak Pengeluaran Khas (AS$1.9 bilion), emas (AS$1.4 bilion) dan aset-aset rizab lain (AS$6.1 bilion).

Paras rizab pada 15 Oktober 2014, mengambil kira pelarasan suku tahunan bagi perubahan penilaian semula pertukaran asing. - BERNAMA

Hari Mencuci Tangan Sedunia

Hari Mencuci Tangan Sedunia

SUDAH sinonim dalam dunia kanak-kanak dengan watak wira atau 'super hero' yang ditonjolkan akan memberi kesan dan boleh mempengaruhi fikiran mereka, termasuk untuk menggalakkan diri memupuk tabiat yang sihat.

Bagi menjayakan matlamat dalam sambutan Hari Mencuci Tangan Sedunia pada 15 Oktober, Kementerian Kesihatan dan pengeluar barangan pengguna Unilever Malaysia mengundang BoBoiBoy, watak utama daalam siri animasi televisyen popular, serta rakan-rakannya Yaya, Ying dan Gopal ke Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai, Bangsar, di sini.

Ia bertujuan bukan sahaja untuk berkongsi keseronokan dengan telatah mereka yang mencuit hati, tetapi juga menunjukkan kepada mereka betapa pentingnya mengamalkan kebersihan diri.

Menceria dan menghidupkan acara, yang dianjurkan oleh Unilever Malaysia itu, lagu popular 'Gwiyomi' yang menjadi siulan anak remaja digubah dan dipersembahkan dalam versi Bahasa Melayu untuk memeriahkan lagi acara.

Lagu yang dipopularkan seorang penyanyi wanita dari Korea Selatan, Jeong Sung-kyung itu diubah suai menjadi lagu latar acara dengan liriknya mudah diingati kanak-kanak dengan antara bait seperti "cuci tangan kita sebelum makan".

Azmin Juga Diminta Terjah Pusat Judi Dan Maksiat Di Selangor


Sudah kira-kira sebulan Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim. Antara janjinya sebaik mengangkat sumpah, Azmin mahu menjadi pemimpin negeri yang lebih kerap turun padang bertemu rakyat daripada berada di pejabatnya yang berhawa dingin.

Beliau juga mahu dilihat lebih kerap berpakaian biasa daripada bertali leher dan memakai kot.

Untuk mencapai matlamat itu, pendekatan terjah atau turun padang secara tiba-tiba menjadi simbolik baru kepimpinannya. Tidak lama selepas memegang jawatan Menteri Besar Selangor, beliau telah melakukan terjahan ke pusat pelupusan sampah di Sungai Kertas dan menyerbu lori-lori tanpa permit yang sesuka hati membuang sampah di kawasan itu.
Permulaan yang dilakukannya itu sehingga digelar "Jokowi Malaysia" segera mendapat pujian dan sanjungan banyak pihak, apatah lagi dalam terjahan yang dilakukan itu, Azmin tidak menampakkan beliau berasa geli apabila masuk ke dalam longkang atau memanjat lori sampah yang kotor dan berbau masam itu.

Dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Beruntung dua hari lalu, Azmin sekali lagi melakukan terjahan ke kawasan itu untuk melihat sendiri apa yang berlaku serta mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM500 ribu untuk mengatasi masalah itu serta RM150 ribu lagi sebagai bantuan kepada 120 keluarga mangsa.

Chubadak: Penjawat awam jaga kepentingan pemaju?

(Penduduk Kampung Chubadak Tambahan, aktivis dan mahasiswa meraikan kejayaan di depan rumah Suhaimah  yang berkerusi roda selepas berjaya mempertahan rumah beliau dari diroboh)

KUALA LUMPUR: "Biadap. Redah ikut suka". Itu luahan penduduk Kampung Chubadak Tambahan, Sentul ketika ditemui Harakah yang berang dengan tindakan zalim jabatan dan agensi kerajaan berkaitan pada 21 Oktober lalu.

Operasi merobohkan lapan kediaman dan bengkel tanpa notis itu kemudiannya berjaya dihalang selepas tiga jam penduduk kampung bertegang leher dengan pihak Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Wilayah Persekutuan.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Chubadak Tambahan, Ramli Ahmad, 45, berkata, sikap pihak berwajib yang mahu meneruskan operasi meroboh itu dilihat mengkhianati undang-undang kerana penduduk masih memperoleh perintah mahkamah atas pemilikan tanah tersebut.

"Lebih 20 tahun kami ditekan dengan pengusiran. Kalau bawa notis hari ini (21 Oktober), kami boleh bawa ke mahkamah untuk dapatkan injuksi (perintah bertulis) halang rumah diroboh. Bayangkan orang yang balik dari kerja, tengok-tengok rumah sudah ranap.  

Usah guna anak kecil kutip derma atas nama agama


Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff  
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff

SHAH ALAM -  Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas kepada sesiapa sahaja yang mengeksploitasi anak-anak kecil  untuk mengutip derma di atas nama agama dan kebajikan, kata pemerhati politik dan masyarakat, Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yussof.

Agus yang juga merupakan pensyarah politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, anak-anak kecil tidak wajar diperlakukan sebegitu rupa kerana bukan cara tersebut untuk  mereka mencari sumber kewangan.

“Semalam saya didatangi oleh seorang anak kecil dalam lingkungan 9-10 tahun mengutip derma. Beliau datang jauh dari Utara dengan ustaznya. Jam sudah hampir 10 malam. Saya tengok anak ini letih dan lapar.
“Saya pelawa makan, tetapi ditolak. Anak ini cuma mahu wang kerana bimbang kutipan dermanya tidak mencukupi dan dimarahi ustaz.

“Mengapa kita biarkan anak ini membuat kerja yang sebegitu? Jika dari sekolah tahfiz dan rumah anak yatim, bukan begitu caranya kita mencari sumber kewangan. Saya mahu pihak berwajib mengambil tindakan tegas kepada sesiapa sahaja yang menggunakan nama agama dan kebajikan untuk mengutip derma dan mengeksploitasi anak-anak ini,” katanya kepada Sinar Harian Online.

'Angin siklon kerana maksiat berleluasa?'

INFO TERKINI :

 
PERKASA Selangor membangkitkan kemungkinan bahawa kejadian angin puting beliung di beberapa kawasan baru-baru ini dengan kegiatan maksiat yang didakwa berleluasa di negara ini.

Dalam satu kenyataan di Facebook semalam, NGO pro-Melayu itu turut mengaitkannya dengan pesta arak Oktoberfest dan acara mempromosi umat Islam menyentuh anjing.

"Apakah yang membuatkan (angin) puting beliung ini berminat untuk menjengah negara kita yang selama ini tidak pernah diminati dan jauh sekali untuk singgah.

“Sebelum ini kita hanya mendengar ianya sering mengunjungi Laut Cina Selatan, kalau singgah pun ke negara Filipina dan negara Vietnam.

"Apakah kerana adanya kemaksiatan yang berleluasa seperti pusat judi, pelacuran, pesta arak dan pesta memegang anjing antara menjadikan daya penarik?,” kenyataan itu dipetik.

Kenyataan itu merujuk kepada program kontroversi 'Saya Mahu Sentuh Anjing', Ahad lalu yang mencetus kemarahan di kalangan masyarakat Islam konservatif.

Penghujung benua Asia makin 'lenyap'

http://3.bp.blogspot.com/_muxpMs8d8Uc/SygwVMmAeSI/AAAAAAAABQg/4TWq0n_OrA0/s400/DSC02201.JPG
Lokasi dua buah rumah yang lenyap di kawasan pesisir pantai di Kampung Permata.  
Lokasi dua buah rumah yang lenyap di kawasan pesisir pantai di Kampung Permata.
SENAI - Pesisir pantai Taman Negara Tanjung Piai, Pontian yang menjadi tanah penghujung benua Asia juga salah satu kawasan di negara ini mengalami hakisan kritikal dan memerlukan tindakan segera daripada pihak berkaitan untuk mengawalnya.

Difahamkan sebelum ini, laluan pejalan kaki ke penghujung benua itu pernah ditenggelami air akibat mendapan dan apabila air surut, kawasan di Tanjung Piai berhampiran pokok bakau minyak tertua itu tidak dapat dimasuki dengan bot disebabkan kawasan itu semakin cetek.

Pengarah Kejuruteraan Pantai dan Lepas Pantai Universiti Teknologi Malaysia, Prof Dr Ahmad Khairi Abd Wahab berkata, masalah ini berlaku mungkin disebabkan kawasan pembangunan di sekitarnya.

“Tanjung Piai juga antara lokasi yang dikategorikan sebagai salah satu kawasan yang mengalami hakisan secara kritikal dan tanah penghujung benua Asia yang berada di situ juga telah tiada kerana turut dibawa air.

Hospital Pendang : Menteri kata RMK11 pula baru nak dibina, jangan lepas nie RMK12 pula jadinya..!!

Projek Hospital Pendang tersenarai dalam RMK11

Hilmi beramah mesra dengan penduduk setempat selepas merasmikan Program Wanita Sihat Tanpa Kanser Komuniti Perwani Parlimen Balik Pulau semalam. 
 Hilmi beramah mesra dengan penduduk setempat selepas merasmikan Program Wanita Sihat Tanpa Kanser Komuniti Perwani Parlimen Balik Pulau semalam.

TELUK BAHANG - Projek pembinaan Hospital Pendang bakal dilaksanakan tidak lama lagi setelah ia disahkan tersenarai dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, walaupun tanah di kawasan berkenaan diambil pada 1989 dan disasarkan dibina segera di bawah RMK10 yang diumumkan sebelum ini, namun Kabinet membuat keputusan supaya Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) ditangguhkan.

“Kabinet sudah buat keputusan supaya PFI ditangguhkan kerana ia melibatkan hutang yang banyak. Bagaimanapun, akan diberi peruntukkan tahunan.

Suhaizan sudah buat keputusan nak pie mahkamah mana 28hb nanti...!!!

 

kenyataan ini keluar disebabkan susulan daripada ada beberapa pihak mempertikaikan kemana KP PAS hendak pergi mahkamah mana 28/10 nanti.....

Tolong jangan pukul saya lagi, rayu Anwar

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu agar kejadian mata lebam tidak berulang sekiranya beliau dipenjarakan sekali lagi selepas rayuan akhirnya terhadap sabitan kes liwat pada 28 Oktober ini.

Anwar berkata, jika beliau ditakdirkan dipenjarakan sekali lagi, "tolong jangan pukul saya lagi."

Ketua pembangkang itu menegaskan demikian ketika berucap dalam ceramah di hadapan 2,000 orang di Seberang Jaya malam tadi

Mengimbau kembali insiden mata lebam ketika di Penjara Sungai Buloh, Anwar berkata, bekas Presiden Indonesia Habibie JB menelefon Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk menyatakan kebimbangan beliau.

Habibie, katanya, telah dimaklumkan oleh pihak intelligentsia beliau bahawa beliau (Anwar) teruk dipukul dalam penjara.

Katanya, Mahathir menjawab bahawa negara ini mempunyai undang-undang dan dia tahu bagaimana mengendalikan urusan dalaman negara.

Walaupun dalam keadaan hujan renyai, orang ramai menunggu mendengar ucapan 'selamat tinggal' Anwar sekiranya beliau akan ke penjara minggu depan.
 

Kedah kena awasi kelibat Stewart, Nwakaem...

Oleh: WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR

http://www.pahangfa.com/main/images/team-player/damion-stewart.pnghttp://www.pahangfa.com/main/images/team-player/dickson-nwakaeme.png 

KEHADIRAN semula dua pemain import Pahang, Dickson Nwakaeme dan Damion Stewart mampu meranapkan impian Kedah mara ke peringkat akhir Piala Malaysia 2014 sekiranya kelibat mereka dibiar bermaharajalela di atas padang.

Nwakaeme dan Stewart tidak diturunkan pada perlawanan separuh akhir pertama kerana masing-masing digantung satu perlawanan.

Bekalan dua gol yang diperoleh pada aksi separuh pertama bukan jaminan penuh buat Hijau Kuning mara ke peringkat seterusnya malah aksi penuh bersemangat di Alor Setar perlu diulang semula di Kuantan sekiranya mahu bendera Kedah berkibar di Bukit Jalil.

Bagi Penolong Pengurus Kedah, Amirul Nizam Mahadzir, setakat ini semua pemain bebas daripada sebarang penggantungan dan kecederaan serius malah semangat mereka kini berada dalam keadaan terbaik.

Katanya, beliau berharap pemain akan lebih bersedia dengan asakan Tok Gajah yang tentunya mahu memanfaatkan kelebihan laman sendiri pula.

Keown tekad lebur impian Pahang

Khairul Helmi (kiri) bersama rakannya, Fazliata Taib meraikan kemenangan di hadapan penyokong Kedah pada aksi separuh akhir pertama di Alor Setar, Ahad lalu.

KAPTEN pasukan Kedah, Khairul Helmi Johari ingin memastikan pencapaian skuad Lang Merah ketika menewaskan Pahang dalam saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia, Ahad lalu  dapat dijelmakan lagi pada aksi timbal balik di Stadium Darul Makmur Jumaat ini.

Ketika dihubungi, Khairul Helmi yang  mesra di sapa Keown berkata, dia yakin pasukan dari Liga Perdana itu kini semakin ghairah untuk meneruskan persembahan cemerlang dengan harapan untuk membenamkan cabaran skuad Tok Gajah di gelanggang lawan.

“Kalau ikutkan hati memang kami mahu membuatkan Pahang gigit jari buat kali kedua. Apa pun, kami akan cuba melakukan yang terbaik.

“Saya juga melihat tidak ada tekanan untuk kami beraksi di stadium Darul Makmur malah bagi saya, beraksi di tempat lawan atau di laman sendiri adalah perkara biasa. Apa yang penting, kami akan cuba mencari jalan untuk melakar kemenangan di sana," katanya kepada Sinar Harian.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...