TERKINI :

Wednesday, October 22, 2014

Pakatan belum usaha baiki imej

Oleh A Shukur Harun

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2014/04/PAKATAN-RAKYAT.jpg
Seperti yang saya katakan dahulu, politik sangat dinamik sifatnya, ia pantas berubah. Kerana itu, tidak mungkin persepsi masyarakat terhadap perkembangan politik akan terus kekal, tidak berubah.

Dalam hal ini, adakah pemimpin dan pendukung parti politik, khususnya Pakatan Rakyat, sedar dan mengakui hal ini, atau sekadar mengakuinya tetapi tidak berbuat apa-apa untuk menghadapi perubahan ini? Sama-sama kita saksikan.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, persepsi pengundi begitu ketara berubah, menyebabkan Barisan Nasional tidak mendapat majoriti di Parlimen, bahkan undi popularnya merosot kepada 48%, sementara Pakatan Rakyat mendapat undi popular 52%, sesuatu yang mengejutkan pelbagai pihak. Ertinya majoriti pengundi menyokong Pakatan Rakyat.

Ini berlaku dalam PRU12 dan PRU13, ketika Pakatan kuku berpadu, tidak ada krisis serius dalam parti komponen baik PAS, PKR mahupun DAP.

Maka, majoriti rakyat memberi sokongan kepada Pakatan, bahkan menaruh harapan Pakatan mampu menggantikan Barisan Nasional memerintah negara di masa depan.

Terjejasnya nama negara dalam kes kegagalan ujian dadah

Oleh Badrul Hisham Shaarin

Selepas kisah pingat emas sukan asia ditarikbalik kerana kes “doping”, minggu kita dikejutkan dengan berita seorang atlet pula yang gagal dalam ujian dadah dalam kejohanan Terbuka Denmark di Conpehagen pada 1 Oktober lepas.

Walaupun kita baru sahaja dikejutkan dengan dua kes sebegini, namun sebenarnya apa yang lebih membimbangkan adalah ia menunjukkan betapa seriusnya kelemahan sukan negara ini.

Ada pandangan dan komentar yang mengatakan bahawa terdapat kemungkinan Datuk Lee Chong Wei mengambil ubat atau stimulan sukan yang mengandungi bahan terlarang untuk memastikan dirinya mempunyai stamina untuk bertanding dalam kejohanan tersebut.

Ini juga merupakan satu kemungkinan yang tidak boleh ditolak begitu sahaja. Beban dan tekanan gelaran pemain No. 1 dunia dan negara yang dipikul oleh Lee, memungkin beliau terpaksa mengambil beberapa stimulan bagi mengekalkan kecergasannya ekoran daripada faktor usia yang semakin meningkat.

Terus menikus tentang tikus

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT

MASIH terngiang di minda peristiwa empat tahun lalu – sekitar akhir Mac 2010. Hajat di hati mahu menelefon Din Beramboi mempelawanya minum petang sambil bercerita kisah lama.

Agak lama juga tak jumpa. Kali terakhir bersama beliau ialah ketika beliau bertugas bersama saya di sebuah penerbitan satu ketika dulu. Namun, ditakdirkan seminggu kemudian, pada 2 April tersiar berita Mior (Din Beramboi) telah kembali ke rahmatullah

Rupa-rupanya punca sahabat saya itu meninggal dunia secara mengejut ialah akibat komplikasi disebabkan jangkitan/ keracunan air kencing tikus atau leptospirosis.

Sebenarnya kes Allahyarham bukanlan kes permasalahan kesihatan awam terpencil. Tidak lama sebelum itu seorang kenalan lain hampir meninggal dunia akibat jangkitan serupa. Mujur Allah belum mahu menjemputnya ke alam barzah.

Namun ancaman maut dari air kencing tikus ini mula heboh di kalangan masyarakat Malaysia ekoran dari musibah yang menimpa ke atas Mior.

Tarif air selangor mungkin naik, kos empangan tinggi

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mahu Selangor diberikan kuasa dalam membuat keputusan berhubung projek Langat 2.

Menurutnya, ini kerana pada masa kini kerajaan Persekutuan tidak membincangkan perincian teknikal projek loji rawatan air itu dengan Selangor.

Sebaliknya penglibatan kerajaan negeri adalah apabila kerajaan Persekutuan memohon untuk mengambil alih tanah di Hulu Langat dan dalam kebenaran merancang.

"Setelah kontraktor dilantik oleh kerajaan Persekutuan, barulah Selangor mendapat peluang untuk meneliti spesifikasi teknikal loji rawatan air Langat 2 untuk fasa pertama. 

"Kerajaan negeri berpandangan beberapa spesifikasi yang dibuat untuk projek ini adalah berlebihan.

"Ini sudah tentu akan melibatkan peningkatan kos pembangunan dan kos operasi," kata Azmin ketika membahaskan belanjawan di Dewan Rakyat hari ini.

Akibat kegopohan Khalid rakyat Selangor akan menerima padah kenaikan bil air dari 1 sen ke 10 sen

Tarif air naik: Hadi, puak UG punya pasal


Akibat sikap terlalu mempertahankan Khalid Ibrahim dalam krisis Selangor, rakyat negeri itu menerima padah apabila perjanjian Langat II yang didedahkan MB Azmin Ali semalam, bakal menaikkan kos air mentah daripada 1 sen per kubik meter kepada 10 sen yang akan dibayar kepada kerajaan Pahang sebaik sahaja loji Langat beroperasi.

Kos air mentah naik 90 peratus, tentulah kos air yang diproses akan melambung. Kerajaan Persekutuan sengaja menaikkan kos membina loji Langat II melalui teknologi sistem proses dual media yang menggunakan granular activated carbon (GAC). Teknologi tersebut hanya digunakan untuk merawat air dari sungai yang tercemar teruk, iaitu pada tahap empat. Namun air sungai Pahang tidak tecemar dan tidak memerlukan belanja tinggi bagi merawatnya.

Ketua Pembangkang mahu kerajaan bertindak isu pendatang

 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk mereka yang melabel rakyat Malaysia lain sebagai "pendatang" dan berkata kenyataan sebegitu dihukum berat di negara lain.

Anwar menceritakan kisah seorang senator di Amerika Syarikat yang dipaksa untuk meletakkan jawatan kerana mempersoalkan kedudukan rakyat Amerika keturunan Afrika.

Sikap pemerintah punca wujudnya militan

SUASANA sistem demokrasi di negara-negara Islam di Asia Barat menjadi punca kepada kewujudan kumpulan militan, demikian menurut Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata, sikap hipokrit pemerintah di negara berkenaan menetapkan pendirian mereka terhadap keganasan yang berlaku juga merupakan punca kewujudan militan.

"Sebagai contoh mereka menentang kumpulan militan Negara Islam (IS) kerana membunuh rakyat tetapi tidak ada bezanya dengan rejim Jeneral Abdul Fattah Al-Sisi yang membunuh puluhan ribu rakyat.

"Selain itu, serangan terhadap golongan pro demokrasi yang dilakukan oleh kuasa-kuasa yang ada kepentingan terhadap Israel khususnya menyerang golongan Islamik dan ini adalah usaha untuk melenyapkan sistem demokrasi," katanya.

Jelasnya, suasana demokrasi sebenar mampu meredakan golongan militan daripada terus memberontak.

"Sekiranya demokrasi ini berlangsung dengan baik saya rasa golongan muda tidak akan pergi menyertai kumpulan militan," katanya.

Beliau memberi pandangan bahawa IS hanya simptom kepada punca permasalahan sebenar militan.

"IS hanya simptom, tetapi perlu diperhatikan punca sebenar mengapa wujud kumpulan militan itu sendiri," katanya.

Dr Maszlee turut menyuarakan kebimbangan sekiranya negara-negara Islam bergolak gagal menangani permasalahan yang dihadapi masa depan negara tersebut akan pudar.

Pada masa yang sama, kerajaan digesa menyatakan pendirian sama ada menyokong atau tidak kegiatan kumpulan militan Negara Islam (IS).

Beliau berkata, kemenangan kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) perlu dijadikan platform membela nasib negara Islam yang ditindas.

"Kemenangan kerusi tersebut bukan sahaja untuk negara ini tetapi sebagai wakil kepada golongan yang  ditindas (negara-negara Islam) oleh kuasa-kuasa zalim.

Maszlee berkata, Malaysia perlu mengembalikan kelantangan bersuara seperti yang dilakukan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang cukup disegani negara-negara besar dunia.

Rizalman dihantar ke NZ Jumaat ini

Bekas diplomat Muhammad Rizalman Ismail yang berdepan dakwaan melakukan serangan seksual terhadap wanita New Zealand, dijadual dihantar kembali ke negara itu Jumaat ini.

Beliau dijadual berlepas daripada Kuala Lumpur pada Jumaat malam dan sampai ke New Zealand pada Sabtu pagi.

Menurut stuff.co.nz (Fairfax media), Rizalman akan ditemani polis negara kiwi itu dalam pesawat dinaikinya.

Beliau akan berdepan pertuduhan terhadapnya di mahkamah selepas pulang ke Malaysia lima bulan lalu.

Atase tentera di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand itu didakwa membuat serangan seksual terhadap gadis tempatan 22 tahun, Tania Billingsley, selepas memecah masuk rumahnya.

Beliau pada 22 Mei kembali ke Malaysia menggunakan kekebalan diplomatik.

Tiga golongan silap faham tentang jihad

  Penganalisis politik Universiti Islam Antarabangsa  Dr Maszlee Malik bercakap pada forum ‘Kumpulan Islamic State (IS): Jihadis atau Militan’ di ‎Kompleks Karangkraf, Shah Alam, hari ini. Beliau memberitahu terdapat tiga golongan yang sering salah faham terhadap konsep jihad sebenar menurut Islam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim,  21 Oktober, 2014.
Penganalisis politik Universiti Islam Antarabangsa Dr Maszlee Malik bercakap pada forum ‘Kumpulan Islamic State (IS): Jihadis atau Militan’ di ‎Kompleks Karangkraf, Shah Alam, hari ini. Beliau memberitahu terdapat tiga golongan yang sering salah faham terhadap konsep jihad sebenar menurut Islam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 Oktober, 2014. 

Tiga golongan dikenal pasti yang sering salah faham tujuan mereka pergi berjihad menyebabkan mereka menyesal selepas berada dalam situasi konflik sebenar, kata penganalisis politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik.

Menurut Maszlee, golongan terbabit adalah ustaz yang hidup sejak kecil mempelajari ilmu agama, berpendidikan sekolah agama termasuk pondok dan tidak pernah bercampur dalam dunia rencam.

Kedua, golongan yang ingin menghapuskan dosa melalui cara singkat‎, serta anak muda tidak faham erti fiqh jihad sebenar tetapi belajar dengan kaedah "segera" melalui media sosial seperti Youtube.

"Mereka ini pergi dalam keadaan semangat tetapi akhirnya sedar mereka tersilap. Kebanyakan kes berlaku di Eropah," katanya ketika bercakap sebagai ahli panel forum "Kumpulan Islamic State (IS): Jihadis atau Militan" di ‎Kompleks Karangkraf di Shah Alam, hari ini.

Katanya, mereka yang mencari jalan singkat melalui jihad pertumpahan darah tidak sedar ada banyak cara lain untuk dosa mereka diampunkan Allah.

Nasib Anwar Dan Kesannya Kepada Rakyat

http://im.ft-static.com/content/images/c699b2fc-759b-464a-b77b-83f096c72be1.img
Hanya lebih kurang seminggu saja lagi, nasib politik Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan diketahui. Persoalan yang bermain dalam fikiran ramai orang ialah sama ada beliau akan dibebaskan atau dipenjarakan sekali lagi.

Jika dibebaskan, Anwar akan meneruskan perjuangannya bagi menghadapi PRU 14 di sebalik kedudukan Najib Razak yang semakin goyang, kian ditolak dan tidak lagi mendapat sokongan daripada Mahathir Mohamad sebagaimana PRU 13 dahulu, manakala kalau didapati bersalah, maka berakhirnya karier dan masa depan politiknya.

Dengan dipenjara, hanya jiwa merdeka dan semangat perjuangannya saja lagi yang akan menjadi tangkal bekalan bagi PKR dan juga PR menghadapi pilihanraya akan datang nanti.

Sementara menunggu detik 28 dan 29 Oktober di mana Mahkamah Persekutuan akan bersidang untuk menentukan sama ada rayuannya diterima atau ditolak, Anwar juga dilaporkan sudah pun mempunyai jadual yang padat untuk menemui para penyokongnya di seluruh negara. Malam terakhir sebelum ke mahkamah, programnya dijangka berlangsung di perkarangan Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaya iaitu pada malam 27 Oktober ini.

Awas di Darul Makmur, jangan jadikan nasib Kelantan berjangkit kepada Kedah pula..!!

AKSI TERAKHIR DI DARUL AMAN DENGAN SEJUTA HARAPAN DAN KENANGAN!

Baik pasukan mahupun penyokong yang menghadirkan diri ke perkarangan Stadium Darul Aman usai Subuh 19 Oktober 2014, kesemuanya memainkan peranan yang cukup cemerlang bagi menoktahkan penamat yang akan dikenang antara yang terbaik dikalangan terbaik yang pernah dihasilkan oleh keseluruhan yang bergelumang dalam arena bola sepak negeri Kedah.

Apa tidaknya, kemeriahan di sekitar stadium dimulakan dengan puluhan gerai yang menyediakan aksesori dan kelengkapan menyokong terutama jersi serta mafla yang sejajar dengan usaha semua pihak khususnya Persatuan Bolasepak Kedah sendiri dengan sokongan penuh kelab peminat yang melancarkan kempen ‘hijau kuningkan Darul Aman’ dan ‘1 Penyokong 1 mafla/bendera’ yang boleh dikatakan berjaya pada hari gemilang tersebut.
Sekitar jam 8:00 malam, kemeriahan berterusan apabila ‘tepukan gergasi' akhirnya berjaya dilaksanakan oleh kesemua penyokong dibahagian Ultras Kedah yang diketuai oleh capo ataupun ketua sorak. Saya bagaikan bermimpi kerana usaha yang selama ini cuba diterapkan oleh rakan-rakan di Ultras Kedah setidak-tidaknya mula menampakkan hasil biarpun bukan dalam skala yang besar, tetapi mungkin ini permulaan kepada yang lebih besar, InsyaAllah.

Adakah FAM akan dibuli oleh S'pore lagi, kita tunggu dan lihat

FAM bantah FAS
Hamidin (tengah) ketika sidang media Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014 di Wisma FAM, semalam.  
Hamidin (tengah) ketika sidang media Anugerah Bola Sepak 
Kebangsaan 2014 di Wisma FAM, semalam.
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat bantahan kepada Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berhubung penggunaan Stadium Jalan Besar bagi menggantikan Stadium Nasional pada Kejohanan AFF 2014, November ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya tidak bersetuju stadium itu digunakan memandangkan ia boleh memberi kelebihan kepada tuan rumah kerana stadium kecil itu menggunakan rumput sintetik yang mereka sudah biasa bermain di atasnya.

"Berdasarkan surat yang kami terima semalam, pihak FAS memberitahu kesemua perlawanan akan berlangsung di Singapore Sports Hub dan Stadium Jalan Besar.

"Namun, Malaysia dan Thailand membuat bantahan perlawanan yang akan diadakan di Stadium Jalan Besar dan mahukan perlawanan dilangsungkan di padang rumput biasa.

Hospital Pendang - Sekadar Janji Bohong Kerajaan BN kepada penduduk Pendang sehingga saat ini..!!



PENDANG – Kementerian Kesihatan perlu menyegerakan pembinaan Hospital Pendang, di sini, setelah beberapa tahun tertangguh.

Ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul berkata, pembinaan hospital di daerah itu adalah merupakan satu keperluan bagi masyarakat setempat.

“Saya harap sangat supaya kerajaan dapat mempercepatkan pembinaan hospital ini kerana pengambilan tanah sudah lama dibuat.

“Rakyat Pendang juga sudah lama menunggu kerana di sini satu-satunya daerah di Kedah yang tidak mempunyai hospital,” katanya kepada Sinar Harian.

'Cukup-cukuplah... Tun M jangan kacau Najib'

Dr Mahathir 
 
SHAH ALAM - Malaysia perlu mengambil peluang sebaiknya selepas berjaya memperoleh kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) untuk mengembalikan kelantangan semasa zaman pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Penganalisis Politik Tempatan dan Antarabangsa, Dr Maszlee Malik berkata, Mahathir perlu memainkan peranannya membantu negara dalam menyatakan pendirian terhadap Kumpulan Negara Islam (IS) yang menjadi kebimbangan dunia.

"Sekarang ini kita sudah mendapat kerusi di UNSC, silalah kembalikan kelantangan seperti zaman Mahathir.

"Beliau boleh mainkan peranan di peringkat antarbangsa. Menjadi suara kami...menjadi suara umat Islam untuk menentang ketidakadilan," katanya pada Wacana Sinar Harian ke-32 bertajuk 'Kumpulan Islamic State (IS): Jihadis atau Militan?, di sini, semalam.

Dalam nada berseloroh, Maszlee berkata: “Tun Mahahthir pun, cukup-cukuplah serang Datuk Seri Najib. Tinggalkan kepada PR untuk buat kerja itu.”





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...