TERKINI :

Tuesday, October 21, 2014

#MH370.... berita dan perkembangan terkini...!!

http://maritime-connector.com/ships_uploads/go_phoenix-9495208-anchor_handling_vessel-8-166486.jpg

GO Pheonix kapal pencarian MH370

PERTH - Kapal disewa kontrak oleh Malaysia, GO Phoenix, berada dalam keadaan baik untuk melakukan penyiasatan dalam air bagi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang, di kawasan terpencil di Lautan Hindi, 3,000km dari Perth.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, keadaan kapal itu adalah baik, berdasarkan lawatannya ke kapal dan taklimat diberikan oleh operator kapal itu.
"Ia sudah bersedia untuk melakukan misi itu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pelancaran rasmi kapal itu dan peralatan dalam air akan dilakukan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Rabu di pelabuhan Freemantle di sini.

Beliau berkata dua wartawan daripada stesen televisyen kebangsaan Malaysia, Radio Television Malaysia (RTM), akan turut serta dalam kapal itu bagi membuat liputan misi mencari selama sebulan itu.

Wartawan kanan RTM, Awaludin Abdul Ghani, 51, dan jurukamera Abdul Halim Mohd Yusof, 44, akan menyertai GO Phoenix, yang dilengkapi kenderaan pengesan dalam air canggih dikenali 'Prosas', untuk membuat liputan berita selama 30 hari.

Jangan harap kami berhenti – Nasruddin Hassan

http://1.bp.blogspot.com/-TIjIR5cbojo/UueIGrK5CvI/AAAAAAAAO8M/yEyrn7rIW44/s320/image-770193.jpeg
Mutakhir ini ada pihak yang tidak semena-mena "tak senang duduk". Tetiba sahaja mereka melenting tidak menentu arah. 1001 prasangka dilemparkan kepada Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan kepada rakan-rakan saya dalam Lajnah Dakwah PAS Pusat.

Saya menyedari serangan ini sejak sekian lama dan terus bertali arus dengan gandaan yang cukup keterlaluan secara tiba-tiba selepas Nekad 2.0 mendapat sambutan yang sangat baik. Mereka mempertikai dan melemparkan pelbagai tuduhan dan tohmahan kepada Lajnah Dakwah dan program-program yang dianjurkan seperti WPA dan Nekad.
Lajnah Dakwah PAS Pusat meletakkan matlamat dan objektif sangat jelas terhadap aktiviti yang dianjurkan. WPA adalah Wacana Pengukuhan Aqidah untuk memastikan anggota Gerakan Islam ini murni aqidahnya dan selamat daripada serangan ideologi yang merosakkan aqidah termasuklah yang datang daripada fahaman Syiah, Islam tanpa Syariat, Islam Liberal dan seluruh jaringan mereka.

Pandamaran Klang dilanda ribut, saksikan video angin bawa bumbung terbang..!!

Dua flat terjejas akibat ribut
MUHAMMAD AFHAM RAMLI


KLANG - Flat PKNS dan Flat Pendamaran Permai antara kawasan perumahan yang terjejas selepas ribut kencang melanda kawasan Pandamaran,di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarulzaman Mamat berkata, kejadian kira-kira jam 2 petang menyebabkan beberapa buah unit rumah di flat berkenaan mengalami kerosakan teruk.
Menurutnya, tinjauan mendapati kawasan di Kunci Air, Jalan Banting Pandamaran terjejas dan terdapat banyak pokok tumbang selain bumbung premis dan rumah diterbangkan angin.

“Beberapa buah bot yang berada di jeti berhampiran turut tenggelam. Bagaimanapun, tiada mangsa yang terlibat dan tidak melibatkan sebarang perpindahan,” katanya.

Sebahagian Ustaz PAS dari Timur Tengah yang merosakkan reputasi PAS

PAS CIPLAKKAN TIMUR TENGAH
Oleh FIRDAUS ALI

Kemunculan ustaz ustaz muda yang baru balik dari Timur Tengah telah secara perlahan lahan sejak 2004 menguasai rentak perjuangan Pas dengan menekankan elemen tarbiyah sebagai aktiviti dominan dalam parti.
Mereka dicetak oleh kumpulan ulamak. Pada awalnya utk mengukuhkan Pas dalam persada politik tanahair tetapi sejak tercetus idea UG selepas PR menang besar dlm PRU 2008, usaha mencetak lebih ramai lagi ustaz ustaz Timur Tengah ini dilipat ganda setelah menyedari idea UG yg dicetuskan Presiden Pas ditolak pelbagai pihak.
Tercabar dengan tindakan dari parti parti PKR, DAP dan sebahagian besar pucuk pimpinan Pas diperingkat Pusat yang menendang idea UG ke dalam tong sampah, kelihatan pasukan ulama mula bekerja keras untuk mengnyahkan mereka yang dianggap tidak bersama Presiden.
Berlakulah pertembungan terbuka antara pasukan ulama dengan golongan profesional dalam Pas. Tanpa disedari ia membiakkan virus-virus jahat atas nama serban dan jubah, tarbiah dan usrah bagi mengetepikan golongan profesional yang kononnya untuk menjatuhkan Presiden dan para ulamak.

Dr Jamnul Azhar Mulkan istihar Kempen Tolak AJK Pas Pusat di fbnya..!!

Dari Syssss..!!

LINK FB
Salah seorang aktivis PAS yang popular di sebelah utara sana dan antara yang disebut akan dijadikan sebagai salah seorang calon ADUN PAS di Kedah pada PRU13 dahulu kini secara terang-terang mengistiharkan kempen menolak 5 AJKPP di facebook beliau.. semoga kempen beliau berjaya...

ISIS: PAS kongsi pandangan dalam forum khas RTM, 22 Okt

HARAKAHDAILY | 21 Oktober 2014.

KUALA LUMPUR: PAS akan berkongsi pandangan berhubung isu kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) dalam satu forum khas terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 22 Oktober ini.

Forum bertajuk 'Isu Khas ISIS: Ideologi Revolusi Baru?' itu akan disiar secara langsung di RTM1 dari studio 1, Wisma TV Angkasapuri bermula jam 9 malam.

Mewakili PAS adalah Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi yang akan bergandingan dengan dua lagi panel iaitu Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin dan Bekas Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan.
Syed Azman ketika detemui berkata, dalam forum tersebut beliau akan menjelaskan pendirian PAS terhadap ISIS dan pandangan gerakan Islam lain terhadap kaedah dan pendekatan yang digunakan kumpulan itu.

PAS menurutnya, telah membuat ketetapan menolak kaedah pejuangan ISIS yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam.

Khairy sahkan atlet terkemuka negara gagal ujian dadah

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, hari ini tampil mengesahkan seorang atlet 'terkemuka' negara gagal dalam ujian doping oleh Agensi Antidoping Dunia (WADA) namun enggan mendedahkan sebarang nama.

Mengakui ia membabitkan atlet yang berprofil tinggi, Khairy yang ditemui menyifatkan tindakannya untuk tidak mengumumkan nama atlet terbabit adalah disebabkan peraturan yang dikeluarkan badan induk persatuan sukan terbabit.
"Buat masa ini kita masih menunggu tarikh ujian untuk sampel B dan sebarang tindakan dan kenyataan lanjutan akan dibuat berpandukan kepada keputusan itu.

"Mengikut peraturan yang ditetapkan oleh persatuan terbabit, mereka tidak akan mengeluarkan atau mengumumkan atlet yang terbabit sehingga ujian sampel B selesai. Jadi kita juga tidak akan umumkan.

"Ini bukannya disebabkan kami memberikan perlindungan kepada atlet terbabit namun hanya mematuhi laporan yang ditetapkan," katanya.

Lepas ni “belai” babi pula?

HAMBALI AKRAM | 20 Oktober 2014.

http://cdn.trendhunterstatic.com/thumbs/pigs-and-papa.jpeg
SAYA terkejut dengan penganjuran acara “I Want to Touch a Dog” yang berlangsung di Central Park, Bandar Utama. Adakah ini kesan daripada wasatiyah atau liberalisme dalam Islam?

Umumnya mengetahui bahawa hukum-hakam mengenai anjing telah jelas dan diperincikan oleh ulama silam mahupun semasa. Cuma yang membuatkan saya terkejut ialah pemahaman sesetengah orang Melayu yang mengaku Islam perbezaan tidak haram tersentuh dengan halal dibelai atau dipegang.

Memanglah banyak kisah yang berkaitan dengan anjing dan hubungannya dengan manusia yang dinukilkan dalam sirah, mahupun dalam al-Quran tetapi tidaklah sampai kita disuruh membelai anjing seperti membelai kucing pula.

Apabila melihat gambar-gambar yang disiarkan dalam portal-portal di internet jelas menunjukkan salah faham terhadap isu ini.

Ketika kecil, keluarga saya juga membela anjing untuk tujuan menjaga keselamatan, menjaga kebun, malah untuk tujuan perburuan juga. Keluarga kami menjaga makan-minum dan kesihatan anjing dengan baik, tetapi tidaklah pula dipegang sesuka hati. Kami hanya akan memegang anjing apabila ada keperluan sahaja seperti mengubati luka.

Pendatang: Sudah lama merdeka, tak perlu sindir menyindir

KUALA LUMPUR: PAS kecewa dengan kenyataan perwakilan parti Gerakan Johor, Tan Lai Soon yang boleh menimbulkan suasana ketegangan kaum apabila mengatakan orang Melayu juga pendatang.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar berkata, dalam keadaan Malaysia yang sudah lama merdeka, kenyataan siapa pendatang atau penduduk tetap tidak wajar dikeluarkan lagi.

"Tidak perlu untuk kita persoalkan siapa pendatang atau siapa penduduk tetap sebab penduduk yang ada di negara ini semua dilahirkan di Malaysia.

"Kita hidup dalam sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, sepatutnya kita menghormati sesama sendiri tanpa perlu menyindir mana-mana kaum," katanya kepada Harakahdaily.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, bukan sahaja soal penghinaan terhadap kaum Melayu, tetapi mana-mana kaum sekalipun tidak wajar dihina dengan isu yang sensitif.

"Gerakan perlu berhati-hati dalam membuat kenyataan kerana ia boleh menimbulkan keadaan yang tidak elok.

Penjelasan sebenar ustaz yang berda di program menyentuh anjing

Ustaz Iqbal mangsa keadaan dalam program sentuh anjing
Isu penjelasan program sentuh anjing oleh Ustaz Iqbal

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dan segala syukur untuk Allah SWT.

Cuaca sosial media pada ketika ini agak panas berhubung program "I Want To Touch a Dog", yang saya terlibat secara langsung di dalamnya untuk memberi perkongsian ilmu, setelah mendapat tahu program ini telah mendapat izin dari pihak MAIS.

Pada awalnya, penganjur program, Syed Azmi, menjemput saya untuk mengisi slot ilmu. Saya merasakan ini adalah peluang yang baik untuk menyampaikan mesej Islam kepada Muslim dan non-Muslim, dan alhamdulillah sehingga kini mereka masih menghubungi saya untuk bertanyakan perihal Islam dengan lebih lanjut.

Saya difahamkan bahawa tempat perkongsian ilmu diasingkan dari tempat anjing-anjing berkumpul.

Saya akui yang saya terlepas pandang bahawa program ini disalah tafsir malah diambil kesempatan oleh setengah pihak untuk menggalakkan masyarakat Melayu awam bermesra-mesra dengan anjing tanpa sebab. Saya tidak pernah terfikir perkara ini boleh berlaku seolah-olah saya yang menggalakkannya.

Nik Aziz sifatkan peserta Program Sentuh Anjing tidak berotak


 http://www.malaysia-today.net/wp-content/uploads/2013/05/1.bp.blogspot.com_-iq-O5Jwt2SI_UV5VAnMDXYI_AAAAAAAAU5U_iqR6jXV0nrY_s1600_Nik+Aziz.jpg
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang terbabit dalam Program Sentuh Anjing atau 'I Want To Touch A Dog' adalah seperti manusia yang tidak berotak.

"Orang seperti ini hanya mempunyai kepala saja tapi di dalamnya tidak mempunyai otak. Tidak boleh digunakan untuk berfikir.

"Malah dalam kepala mereka itu juga penuh dengan ulat. Perkara ini tidak munasabah langsung terutama membabitkan orang Islam," katanya berucap pada majlis sempena Pentadbiran Kelantan 24 Tahun di sini, sebentar tadi.

Beliau mengulas mengenai Program Sentuh Anjing yang diadakan di Selangor, kelmarin, yang membabitkan penyertaan orang Islam yang menyentuh dan memeluk anjing.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, umat Islam yang terbabit itu sebenarnya hendak mencari sesuatu yang memberi balasan teruk di akhirat nanti.

MSO ajak sesiapa yang nak komen atau kritik bab buku kejatuhan PAS Kedah, hadirlah wacana yang diadakan

Diskusi dan kritikan terhadap buku saya, satu penghormatan

SARI BUDI                                                                                                         

Jarang sekali buku saya diberi penghormatan seperti penulis besar dan hebat lain, dengan mendapat sorotan dan ulasan sebegitu rupa. Sepanjang saya menerjunkan diri dalam dunia penulis buku politik, hanya sekali sahaja saya mendapat penghormatan yang tidak akan saya lupakan sepanjang hidup. Majlis yang saya maksudkan itu ialah perlancanran buku saya berjudul "Tuanku Sultan Ismail Petra: Idealisme dan Keperihatian Kepada Agama dan Bangsa", yang diterbitkan pada tahun 2001.
Sebahagian yang hadir pada wacana di Alor Setar.
Untuk buku itu saya mendapat penghormatan dua majlis, perlancaran oleh oleh Tuanku Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra pada sebelah paginya manakala majlis santapan malam sempena pelancaran buku berkenaan pada malamnya.

Majlis itu penuh kemeriahan. Majlis makan malam diriai dengan persembahan nyanyian Brorey Romantika daripada Indonesia yang dibayar sebanyak RM10,000 untuk tiga buah lagu. Betapa tidak gembiranya, semua pegawai tinggi kerajaan, hadir selain daripada MB, TMB, para Exco dan orang-orang kenamaan lain.

Asri: Jangan lupa 'ulama' perangai macam anjing

 
Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyamakan ulama yang menyeleweng fakta agama bagi kepentingan dunia sendiri seperti anjing yang menjelirkan lidahnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Oktober, 2014. 

Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mengatakan golongan ulama yang menjadi pengampu dan menyembunyikan kebenaran seperti anjing menjelirkan lidah, meneruskan debat mengenai program "I Want To Touch A Dog" yang dianjurkan di Selangor hujung minggu lalu.

Bekas mufti Perlis itu berkata Al-Quran menyatakan ulama yang menjual ajaran agama hanya untuk kepentingan dunia sama seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah.

“Menjadi mat rempit, perompak, atau pemimpin yang tidak jujur tidak lebih buruk daripada ulama yang menyembunyikan kebenaran atau menyeleweng fakta sehingga manusia tersesat.

“Maka Al-Quran menyamakan ulama yang memutarkan kebenaran itu seperti anjing yang menjelirkan lidah,” katanya menerusi kiriman di akaun Facebook Dr Maza.com.

Kempen sentuh anjung, Mufti suruh taubat

Datuk Mohamad Shukri Mohamad
 Datuk Mohamad Shukri Mohamad
KOTA BHARU - Penganjur program 'I Want To Touch A Dog' dan umat Islam yang menyentuh haiwan itu di majlis tersebut kelmarin wajib bertaubat.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, ini kerana mereka secara jelas mempersendakan hukum ALLAH. 

Katanya, perbuatan sengaja menyentuh anjing adalah haram kerana ia najis mughalazoh (berat) dan bertentangan dengan mazhab Syafie.

“Jika dianjurkan oleh orang Islam, dia sebenarnya menghina hukum ALLAH dan boleh dianggap sebagai sindiran tajam terhadap kewibawaan umat Islam. Bertaubatlah," katanya.

“Memang sedih dengan gejala tidak sihat berlaku akhir-akhir ini. Lepas satu ada lagi yang lain ditimbulkan dengan sengaja dalam masyarakat kita,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohamad Shukri mengulas tentang program berkaitan sentuh anjing di taman rekreasi di Damansara, Selangor yang menunjukkan umat Islam membelai anjing.


Tahniah..!! Tambang BAS SEKOLAH akan naik 30% tahun hadapan

http://3.bp.blogspot.com/_rMQI7NcIzSs/S77pJaZZACI/AAAAAAAABgk/-xbL5mefjr8/s400/bas-sekolah.jpg

Seremban: Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) akan mengenakan kadar baru tambang bas sekolah pada sesi persekolahan tahun depan dengan kenaikan sebanyak 30 peratus.

Presiden GPBSM Mohd Rofik Mohd Yusof berkata, kenaikan itu sudah dipersetujui semua 18,000 pengusaha bas sekolah yang bernaung di bawah gabungan itu di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Katanya, cadangan kenaikan kadar tambang bas sekolah itu terpaksa dilakukan mulai sesi persekolahan tahun depan selepas ia ditangguhkan tahun ini.

“Pada dasarnya kita bercadang untuk menaikkan kadar tambang bas sekolah 30 peratus selepas Tahun Baru Cina lalu, tetapi tidak mendapat persetujuan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

“Bagaimanapun, agensi itu sudah memberi kebenaran kepada gabungan menetapkan kadar baru bagi sesi persekolahan tahun depan, namun perlu berunding dengan ibu bapa bagi mendapatkan persetujuan bersama.

KFA & MUKHRIZ sila jelaskan mana pie habih tiket bola separuh akhir Kedah vs Pahang?

oleh AnakKedah007


Depa kata tiket dijual 26000... jual pukoi 10.00pagi dan pukoi 11.00pagi dah habih...

Jika seorang beli max 5 unit maka dengan 26000 dibahagi 5 = 5200 org yang diperlukan beratur membelinya....

jadi dari 5200 nie jika masa nak beli tiket ialah 2minit seorang jadi jika di darat dalam masa sejam maka 60/2 = 30org dan dibuka 4 kaunter maka 30 x 4 = 120 orang....

disini dapat disimpulkan dalam masa sejam baru 120 orang beratuq membelinya....dan jika di bahagi dengan 5200/120 = 43 jam di perlukan untuk menjual keseluruhan tiket tersebut....

jadi nak mintak pihak Persatuan Bolasepak Kedah - KFA - berikan jumlah sebenar tiket yang dijual di stadium dan juga yang telah diedarkan awal kepada suku sakat adik beradik sepupu sepapat anda....

Pemuda Pas sindir penganjur kempen sentuh anjing

Muhammad Khalil Abdul Hadi  
Muhammad Khalil Abdul Hadi

SHAH ALAM - Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abd Hadi menyindir penganjur kempen sentuh anjing ‘I Want to Touch a Dog’.
Katanya, daripada sibuk mengajak umat Islam menyentuh anjing, lebih baik penganjur membuat kempen menyapu kepala anak yatim.

"Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana ALLAH SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap.

"Daripada sibuk berkempen sapu atas belakang anjing, lebih baik juga buat kempen belajar macam mana cara hendak sapu atas khuf sebagai ganti untuk basuh kaki dalam berwuduk," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kempen sentuh anjing ‘I Want to Touch a Dog’ anjuran Syed Azmi Alhabshi di Central Park, Bandar Utama, Selangor, semalam.

Selepas lapan tahun, siapa sebenarnya terima manfaat Iskandar Malaysia?

Penduduk di selatan Johor berkata Iskandar Malaysia masih gagal memberikan manfaat kepada rakyat biasa dari segi pekerjaan dan kehidupan lebih baik. – Gambar AFP, 21 Oktober, 2014.
Penduduk di selatan Johor berkata Iskandar Malaysia masih gagal memberikan manfaat kepada rakyat biasa dari segi pekerjaan dan kehidupan lebih baik. – Gambar AFP, 21 Oktober, 2014.

Semasa ditubuhkan, ianya bertujuan untuk memberikan nafas baru kepada Johor Baru, akan tetapi selepas lapan tahun dilancarkan, Iskandar Malaysia gagal memberikan manfaat kepada rakyat biasa di selatan Johor dari segi pekerjaan dan kehidupan lebih baik.

Ini adalah sentimen yang ditunjukkan daripada temuramah rawak yang dijalankan The Malaysian Insider bersama dua kumpulan, penduduk biasa dan pemilik perniagaan di selatan Johor – Masai, Bandar Baru Uda, Bukit Indah, dan Kampung Melayu Majidi.

Lebih separuh daripada 18 individu yang ditemui berkata, kehidupan mereka tidak berubah menjadi lebih baik, meskipun Iskandar Malaysia bertujuan untuk mengubah ekonomi dan landskap fizikal di selatan Johor itu.

Lebih kurang dua pertiga daripada pemilik perniagaan berkata, mereka tidak merasai limpahan kebaikan, dari segi peluang menambahkan pendapatan atau keuntungan.

Ini adalah selepas inisiatif berkenaan membawa pelaburan sebanyak RM156.35 bilion sejak 2006 menurut laporan pada 18 Oktober oleh agensi berita nasional Bernama.

Bukan PAS saja penghalang mengambil Putrajaya

SUBKY LATIF | 20 Oktober 2014.

http://outoftownblog.com/wp-content/uploads/2013/06/Perdana-Putra-in-Putrajaya-Malaysia.jpg
JIKA PAS khususnya Presidennya, TG Haji Abdul Hadi dikatakan menyebabkan penyingkiran dan pengantian Menteri Besar Selangor tidak berjalan lancar, boleh diterima, tetapi jika parti itu dan pemimpinnya dijadikan alasan Putrajaya tidak akan dapat dicapai, maka ia adalah satu anggapan yang berlebihan.

Pandangan itu, seperti yang dinyatakan oleh seorang penganalisis dari Austrsalia, Chin, adalah seperti kesimpulan sang musang yang melompat beberapa kali untuk mengambil anggur, tetapi gagal, lalu dikatanya anggur itu masam dan ia pun pergi.

Krisis di Selangor itu bukan kerja satu pihak saja tetapi kelemahan semua pihak. Maka meletakkan kesalahan pada satu pihak bukan langkah yan bijak.

Saya tidak bercadang untuk memanjang krisis MB Selangor yang sudah pun selesai. Meneruskan bising tidak menguntungkan sesiapa. Diam adalah bijaksana.

Panas.. Ada ahli politik dibiayai hasil judi haram..!!

Ada ahli politik dibiayai hasil judi haram

Ahmad Zahid Hamidi  
Ahmad Zahid Hamidi

PUTRAJAYA - Terdapat ahli politik dipercayai dibiayai dengan hasil pendapatan daripada pusat perjudian haram di tiga kawasan iaitu pekan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga di Perak.
  
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, meskipun tidak terlibat secara langsung tetapi ada ahli politik yang dikesan dibiayai dengan hasil pusat perjudian haram tersebut.
  
"Tidak ada ahli politik yang terlibat secara langsung tetapi mungkin ada yang memperolehi wang daripada pendapatan hasil perjudian itu untuk melakukan kegiatan politik.
  
"Berdasarkan laporan yang saya perolehi ada ahli politik yang terlibat...saya tidak mahu menuduh, tetapi jika mahu pembuktian pihak polis ada bukti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Beliau berkata, dalam masalah perjudian atau kegiatan jenayah sepatutnya mana-mana ahli politik tidak bersekongkol dengan individu atau pertubuhan haram.

Melayu juga pendatang, Cuma bezanya kita datang dulu...

nukilan Saiful Nang

KOMEN TENTANG PENDATANGNYA MELAYU SEPERTI KATA TAN LAI SOON

http://1.bp.blogspot.com/_jRQg6XKCxe4/S_3oYITpCZI/AAAAAAAAAiA/kb56eaGHE6w/s1600/Peta+Semenanjung+Tanah+Melayu.bmpSaya setuju Melayu juga pendatang. Saya tak rasa salahpun dengan kenyataan Tan Lai Soon. Cuma bezanya, kita datang dulu. Berapa awal kita sampai dahulu itu ada pelbagai teori sejarah tetapi yang saya yakini, manusia telah ada di atas muka bumi Malaysia ini sebelum sejarah boleh dituliskan lagi. Dan betul kami semua pendatang setelah bumi ini diciptakan. Itu yang betul kata Tan Lai Soon namun menyamakan yang kita juga imigran di Tanah Melayu adalah salah pada sejarahnya.

Soal siapa datang dan siapa warga asal ini sangat sensitif. Saya nak komen juga perlu berhati-hati takut ada yang tersalah faham.

Mari kita bina sedikit cerita yang mudah.

Ada sebuah kampung yang namanya BUMI. Dalam kampung itu ada banyak rumah. Salah sebuah rumah itu namanya Malaya. Sebelum namanya Malaya dahulu namanya dah beberapa kali tukar. Pernah juga namanya Tanah Melayu, Melaka, Langkasuka dan arcipelago Melayu sahaja terlampau luas dari Filipina, Maluku, Indonesia, Malaysia, Borneo sehingga mengunjur sampailah ke Madagascar. Rumah ini rumah lama, dah turun temurun diwarisi.

Pada tahun 1511 ada orang ceroboh rumah ini. Begitulah seterusnya rumah itu diceroboh oleh orang kampung sama tetapi rumahnya jauh juga dari rumah kita ini. Pencerobohan ini bersilih ganti.

NEKAD 3.0 di bumi Kedah Darul Aman

https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xap1/v/t1.0-9/10590527_780530905326816_6487996970454942164_n.jpg?oh=cc84fc442be06f1d31c75e2c8d16e2d8&oe=54ACA560&__gda__=1425120188_0cf8d03caa0a5eb4f68ae32763a6ceeb



NEKAD 3.0

~ Daei : Mendepani Serangan Pemikiran.

NEKAD 3.0
Tarikh : 1 Nov 2014
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 am - 5.00 pm
Tempat : Madrasah Zubaidiyah Merbok
Kedah Darul Aman

Alor Setar - mangsa Ribut Hanya Ingat mati

Hanya ingat mati

Md Saad dan Hasiah melihat keadaan dapur yang yang berbumbungkan langit.  
Md Saad dan Hasiah melihat keadaan dapur yang yang berbumbungkan langit.

ALOR SETAR - “Ketika itu, saya berpelukan dengan dua anak. Dalam fikiran hanya ingat mati kerana angin terlalu kuat, “ demikian kata mangsa ribut, Umi Kalsum Ismail, 44, di Kampung Dalam Kota, Lepai, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang kelmarin, lebih lima kediaman rosak teruk apabila bumbung kediaman mereka diterbangkan angin ribut.

Umi Kalsum berkata, dia dan dua anak perempuannya berusia 13 dan 15 tahun menjerit ketakutan apabila melihat angin seolah-olah mengangkat bumbung kediaman mereka.

“Mulanya, kedengaran bunyi menakutkan, manakala besi dan kayu jatuh di merata-rata tempat, bumbung kelihatan terapung-apung di udara.

“Kami cuba melarikan diri keluar rumah, namun bumbung sekolah berhampiran turut diterbangkan menyebabkan kami bersembunyi,” katanya.

Piala Malaysia: Mukhriz kecewa sikap ulat tiket

Antara Ulat Tiket di kesah rakan fb
MENTERI Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir kecewa dengan sikap ulat tiket yang menjual tiket palsu menyebabkan penyokong Hijau Kuning tidak dapat menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Kedah dan Pahang di Stadium Darul Aman, semalam.
  
"Ada beberapa penyokong mengadu, mereka datang dari jauh tetapi tersilap beli tiket daripada orang yang tidak sepatutnya menjual tiket. Ada (ulat) yang jual tiket warna kuning tetapi kita tidak ada tiket berwarna kuning.
  
"Jadi pada masa akan datang, kena ada sistem lebih berkesan dalam menghalang ulat tiket menjual tiket yang sebenarnya tidak wujud, mereka dapat untung atas angin. Pesanan saya, hati-hati beli tiket, kena pastikan tiket yang sah sahaja untuk masuk ke stadium," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Deepavali kepada 700 penerima di Seri Mentaloon, di Alor Setar hari ini.
  
Semalam, difahamkan lebih 1,000 penyokong pasukan Hijau Kuning terpaksa pulang hampa apabila gagal mendapatkan tiket apabila ia habis terjual dalam tempoh kurang dua jam.
  
Difahamkan, empat kaunter tiket di pekarangan stadium itu dibuka pada 9.45 pagi dan semua 27,000 keping tiket termasuk 900 tiket dikhaskan untuk penyokong Pahang habis dijual kira-kira 11.15 pagi.
  

River Cruise Kedah dijangka beroperasi tahun depan

http://www.correctplace.com/Sightseeing/TjChali/Chali4.jpg

ALOR SETAR - River Cruise Kedah, yang mampu menarik pelancong tempatan dan asing menyusuri Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit di sini, dijangka memulakan operasi awal tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan negeri, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata, dua buah bot yang dikendali swasta akan disediakan bagi tujuan itu dan telah diluluskan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri baru-baru ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri turut menyediakan peruntukan RM300,000 bagi membina pelbagai kemudahan seperti jeti terapung di Tanjung Chali, Masjid Zahir, Rumah Merdeka dan Tongkang Yard di sini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...