TERKINI :

Monday, October 20, 2014

Jangan kita berbalah fasal anjing

DAKWAT SENJA                                                                                              

Nasib baik juga ada isu anjing kalau tidak perjalanan (penerbangan) pulang saya dari Alor Setar ke Kuala Lumpur sore tadi menjadi panjang. Isu anjing menyebabkan pernerbangan selama 1 jam 10 minit itu menjadi pendek. Semacam saya berasakan saya tiba di Subang sebelum kapal terbang itu mendongak ke udara. Tau-tau pengumuman kapal akan mendarat berkemundang di atas kabin menyedarkan lamunan saya.
Gambar Hiasan.
Semua itu ialah kerana isu anjing yang membengkak dan panas dalam kepala.

Sejak selepas chechk-in sebaik saya membaca facebook dan mengintai beberapa blog dan portal berita sementara menanri kapal tiba, kepala saya sudah tersimpul dengan isu anjing - program I Want to Touch a Dog yang diadakan di Petaling Jaya itu meyendak dalam minda. Otak serabut membaca pelbagai komen dan pandangan yang bernafas memperli, mengejek dan juga memaki hamu program berkenaan.

Macam-macam ada tanggapan dan ulasan, menunjukkan kebebasan bersuara dan kepelbagaian pendapat yang tercurah dalam media baru. Ada kalanya pendapat yang dilontarkan itu macam salakan atau rengitan anak anjing pulak. Malangnya tidak banyak yang memberi pandangan yang adil, berilmu sebaliknya ada yang secara terang-terang mengaitkan dengan politik. Kenapa kita tidak membahas atau mengkritik program itu dengan baik sesuai dengan kita pengamal akhlak Muhammad s.a.w yang menganjurkan kita menegur dengan berhemah bukan berang.

Kempen Biarlah Munasabah

Oleh Nasrudin Hassan

1. Alangkah murni kalau dianjurkan kempen kucup pipi ibubapa, kempen usap kepala anak yatim atau kempen sayangi pasangan suami isteri justeru itu adalah kempen melakukan perkara yang menepati suruhan dan galakkan Nabi saw.

2. Kempen menyentuh anjing tiadalah munasabahnya dikalangan ummat Islam. Kalau kempen jangan zalimi binatang termasuk anjing, maka itu adalah betul. Lantaran Islam bukanlah agama yang berat dan kejam. Boleh sentuh atau pegang anjing jika ada keperluan seperti tujuan menyelamat atau merawat dan sebagainya.

3. Boleh juga menyentuh jika anggota kita dan anjing itu sama - sama kering kerana tiada berlaku najis disitu. Tetapi jika salah satunya basah (antara kita dan anjing) seperti kerana peluh atau kesan jilat anjing, maka ia menjadi najis mughallazoh ( najis berat ) dan wajib basuh dengan 7 kali air bersih dan salah satunya air bercampur tanah ( samak ) pada mana - mana anggota atau pakaian kita yang bersentuhan dengan najis mughallazoh.

Pegawai Imigresen maut di Gunung Jerai


YAN - Seorang pegawai Imigresen maut ketika melakukan aktiviti rutin menaiki Gunung Jerai dengan basikal seorang diri, semalam. Shukri Che Mohamad, 54, yang bertugas di Pulau Pinang ditemui terbaring di KM 7 puncak Gunung Jerai pada jam 9.15 pagi oleh orang awam. 

 Mangsa yang berada dalam keadaan tenat turut diberi bantuan pernafasan sementara menunggu bantuan tiba di tempat kejadian, bagaimanapun usaha itu gagal. 

 Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Nek Zaidi Zakaria mengesahkan kejadian. “Bedah siasat di Hospital Yan mendapati mangsa mengalami serangan jantung,” katanya.

Penduduk bantah swasta pangkalan TUDM

Seramai 200 penduduk kawasan Teluk Air Tawar, di Butterworth dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pulau Pinang berkumpul secara aman di hadapan pintu masuk Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth bagi membantah cadangan penswastaan kawasan berkenaan.
    
Pengerusi Gabungan Perwakilan Melayu Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin yang mengetuai perhimpunan itu berkata cadangan penswastaan itu akan mengusir penduduk tempatan yang telah menetap di kawasan berkenaan sejak puluhan tahun.
    
"Seperti cadangan pembinaannya, kawasan ini pasti akan diduduki oleh orang kaya dan bangsa asing sahaja dan penduduk di sini terutama orang Melayu tidak akan mampu membelinya.
    
"Kami nampak tindakan itu seperti proses 'menghalau' penduduk Melayu secara halus di kawasan berkenaan dan saya juga difahamkan sebanyak 13 buah kampung di kawasan berkenaan akan lenyap," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan aman berkenaan,di Butterworth semalam.

Perhimpunan aman kira-kira 30 minit itu turut disertai ADUN Teluk Air Tawar Datuk Jahara Hamid.
    
Sementara itu, Anggota Jawatankuasa Pertubuhan Alumni Belia 4B Pulau Pinang, Datuk Ismail Yahya berkata cadangan itu merupakan satu kerugian kepada negara memandangkan tapak pangkalan TUDM berkenaan begitu strategik sebagai lokasi pertahanan negara.
    
- Bernama

Layakkah Lensa Menyindir Anwar dan PR?


http://www.malaysia-chronicle.com/media/k2/items/cache/b53b256c9d75c05342354504dcc2d799_L.jpg

Setelah dikecam banyak pihak ekoran tulisan sepucuk suratnya yang meminta Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim agar bersara dan berhenti memperalatkan rakyat, NGO Lensa Anak Muda Malaysia atau Lensa akhirnya membuat U turn dengan mengatakan ianya hanyalah sarkastik atau sindiran semata-mata.

Menurut koordinatornya, Ekhsan Bukharee, kenyataan itu untuk menyedarkan PR mengenai persepsi golongan muda di luar PR serta mengajak anak muda berfikir semula mengenai Anwar dan sistem kehakiman negara.

Tidak dipastikan sama ada idea bahawa surat itu hanya sarkastik semata-mata memang tujuannya yang asal atau idea yang datang kemudian setelah menerima pelbagai kecaman dan serangan.

Tetapi jika dilihat bagaimana surat itu ditulis serta berdasarkan ayat dan bahasa yang digunakan, ia tiada mirip langsung suatu bentuk sindiran kepada Anwar dan PR. Sama ada Anwar atau sesiapa pun yang membaca surat itu pastinya juga tidak rasa tersindir dengan surat tersebut.

Apakah jika ramai yang memuji kandungan itu, Lensa tetap mengatakan ia sindiran juga?

Adakah hanya setelah dikecam dan dianggap tidak sewajarnya Lensa menulis surat itu, barulah ia dikata sindiran?

Ada cadangan supaya SPR denda wakil rakyat letak jawatan secara sengaja

Pemuda Gerakan cadang SPR denda wakil rakyat letak jawatan secara sengaja

SHAH ALAM: Pemuda Gerakan hari ini mencadangkan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenakan denda kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen (MP) yang sengaja meletak jawatan tanpa sebab munasabah.

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang, berkata hukuman itu perlu dilaksanakan bagi memastikan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini tidak disalah guna untuk kepentingan peribadi individu atau mana-mana parti politik.

"Selain denda, SPR juga perlu mengambil kira cadangan melarang mana-mana parti politik yang mana wakil mereka sengaja meletakkan jawatan tanpa alasan yang munasabah daripada bertanding di kerusi yang berkenaan selama lima tahun.

"Mengikut undang-undang sedia ada, hanya wakil rakyat yang sengaja meletak jawatan sahaja dilarang bertanding selama lima tahun," katanya ketika berucap pada Persidangan Perwakilan Pemuda Nasional Ke-27 Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) di sini, hari ini.

Dalam cadangannya, Tan menjelaskan ADUN yang meletak jawatan secara sengaja perlu didenda RM100,000 manakala sebanyak RM200,000 bagi MP kecuali peletakan jawatan itu disebabkan penyakit atau mereka tidak dapat menjalankan tugas seperti sepatutnya.

Perayaan Hijrah dan kalendar Masihi


IBRAHIM ABDULLAH


PADA 23 Muharam/26 Ogos 1987, akhbar ‘Al-Khalij’ yang terbit di Khalij, Mesir menyiarkan suatu tulisan yang membahaskan kontradiksi dalam perilaku umat Islam.

Tulisan itu antara lain menyatakan, “Dengan datangnya tahun baharu Hijriah 1408, muncul harapan dalam kalangan pejabat dan masyarakat di negara-negara Arab/Islam akan masa depan yang lebih baik. Namun ironisnya, sistem tarikh hijriah itu tidak dikenali oleh sebahagian besar penduduk.”

Dalam aktiviti surat-menyurat, pelayanan sosial, belajar dan mengajar di sekolah, serta kegiatan urusan pemerintah, selalu digunakan sistem kalendar Masihi. Hanya sedikit orang yang menaruh perhatian terhadap kalendar Hijriah iaitu mereka yang berkeperibadian teguh, penuh percaya diri dan tidak mahu ikut-ikutan.

Kedah pamer aksi memukau benamkan wakil Liga Super Pahang 3-1 di Darul Aman



ALOR SETAR, 19 Okt (Bernama) -- Kedah memperoleh bekalan selesa ke Stadium Darul Makmur, Kuantan apabila mengalahkan juara bertahan Pahang 3-1 pada separuh akhir pertama Piala Malaysia 2014 di Stadium Darul Aman malam ini.

Kedah melaungkan amaran awal apabila membuka tirai jaringan menerusi pemain import Namkung Woong pada minit kelapan selepas menyudahkan hantaran Mohd Rizal Ghazali.

Tersentak dengan gol itu, Pahang mula bangkit dan nyaris menyamakan kedudukan pada minit ke-16 apabila hantaran Mohd Azamuddin Md Akil gagal disempurnakan R. Gopinathan.

Bagaimanapun, beraksi di depan penyokong sendiri seakan memberi semangat kental buat pasukan Kedah memburu gol kedua apabila gawang pasukan pelawat hampir dibolosi pada minit ke-38.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...