TERKINI :

Sunday, October 19, 2014

Umno masih tidak sedar diri, PAS pula dok bangga diri..!!


Oleh Nur Jazlan

Mungkin ramai majoriti ahli Umno tidak menyedari pada 18 September 2014, pemimpin nombor 2 parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan satu isyarat cukup berbeza disulami nada kebimbangan ketika merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Putrajaya dengan melahirkan rasa bimbang terhadap undi popular Umno dan Barisan Nasional (BN) akan terus merosot pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Ketika ramai pemimpin Umno sebelum ini, yang lantang dan bangga dengan pencapaian parti pada PRU13 selepas memenangi 88 kerusi Parlimen, Muhyiddin nyata sedar angka berkenaan bukanlah sesuatu yang boleh dibangga dan mampu dipertahankan apabila parti Dacing melangkah masuk ke gelanggang PRU14.

Dan beliau memilih pentas yang cukup signifikan untuk meluahkan kebimbangannya itu iaitu di Putrajaya, di mana ketua bahagiannya adalah Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Mansor yang berjaya menewaskan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dalam PRU13 lalu. Sesuatu yang pelik juga mengapa ucapan Muhyiddin berkenaan tidak mendapat liputan meluas media arus perdana, sekurang-kurangnya mendapatkan reaksi daripada pemimpin Umno berhubung kenyataan beliau itu.

Putrajaya kini, sudah pasti diteropong dari tingkat 21 Bangunan SUK kerajaan Selangor di Shah Alam yang menempatkan menteri besar Selangor baharu yang juga Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dalam merencanakan 'Langkah Putrajaya' Pakatan Rakyat untuk PRU14. Bersediakah Umno dalam mempertahankan Putrajaya pada PRU14? Jika soalan itu ditanya kepada rakyat biasa, majoriti akan memberikan jawapannya "50-50" atau "tidak pasti".

PR harus ingat..63% pengundi muda sedang menanti PRU14 nanti..!!


Oleh ABDUL SHUKUR HARUN

http://the-marketeers.com/wp-content/uploads/2011/10/marketeers-youth-02.jpg
MUNGKIN ada yang sedar mengenai ‘trend’ pengundian generasi muda dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti yang akan banyak berubah, atau mungkin juga ada yang tidak sedar dengan beranggapan trend kecenderungan pengundian akan sama saja tiap kali pilihan raya.

Sebenarnya ‘trend’ pengundi generasi muda atau anak muda jauh berubah dari masa lalu dan perlu disedari oleh Pakatan Rakyat, khususnya PAS sendiri yang biasanya banyak bertanding di kawasan pengundi Melayu di bandar dan di luar bandar.

‘Trend’ pengundian generasi muda sudah disebut oleh Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat dalam ucapannya di Muktamar Dewan Pemuda di Kota Tinggi September lalu. Nada kebimbangannya jelas terbayang, jika Pakatan Rakyat tidak bersedia dari sekarang untuk menghadapi gelombang cita-rasa anak muda itu.

Katanya, Pemuda PAS sangat sedar kecenderungan kuat di kalangan sebahagian anak muda Malaysia yang menolak politik kerana meluat dengan gelagat sebahagian ahli politik.

Kata beliau, mereka tidak mencerminkan kualiti yang diharapkan termasuklah di dalam Pakatan Rakyat.

Pemuda PAS, kata Suhaizan, juga sedar bahawa generasi muda adalah majoriti rakyat Malaysia.

Beliau menyebut, menurut data yang dikemukakan oleh Welsh dan Chang pada tahun 2012, jumlah penduduk di Malaysia berumur di bawah 30 tahun adalah sebanyak 63%.

“Sekiranya kita mahu mengambil usia 40 tahun ke bawah sebagai umur maksimum belia di negara kita, maka komposisi anak muda di Malaysia semestinya lebih besar. Biarpun golongan ini ‘tidak gembira’ dengan gelagat sesetengah ahli politik, ini bukan bermakna mereka tidak terlibat dalam proses politik,” katanya.

Kajian mendapati bahawa anak muda Malaysia semakin terbabit dengan proses politik di negara kita walaupun tidak begitu berminat untuk menyertai parti politik. Kemunculan kumpulan anak muda ‘independent’ (bebas), tanpa hierarki dan tanpa ketua, terutamanya dalam siri-siri demonstrasi rakyat, maka wajar diberikan perhatian malah didampingi untuk memahami suara dan hasrat mereka.

Oleh itu, katanya, Pemuda PAS mahu menggagaskan ‘Politik Budiman’ sebagai pendekatan dan orientasi politik di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat.

Menurut Kamus Dewan, budiman ditakrifkan sebagai berbudi, berakal dan bijaksana.

Justeru, Gagasan Politik Budiman Suhaizan bertitik tolak daripada asas-asas berikut:

1. Politik berasaskan hujah dan ilmu

2. Membudayakan adab al ikhtilaf (ethics of disagreement) dalam mengurus perbezaan pandangan sesama kita;

3. Berpolitik dengan akhlak dan etika yang tinggi. Jauhi politik fitnah dan caci maki;

4. Budaya syura sebagai kunci muafakat;

5. Inklusif dalam membina jaringan dalam masyarakat;

6. Jujur dan berani menyelesaikan konflik; dan

7. Integriti dan akauntabiliti.

Jelas nampaknya, gagasan Pemuda PAS ini sebagai jawapan kepada politik berkepentingan.

Saya kira gagasan ini akan mendorong anak muda menyokong Pakatan Rakyat, jika Pakatan menerima pakai pendektan ini.

Malah, saya kira, ‘Politik Budiman’ ini iaitu politik bermoral tinggi akan menjadi tarikan utama pengundi muda dan ia akan menjadi harapan masa depan politik Malaysia dan sangat wajar disokong.

Pengundi generasi muda sangat kecewa, bosan dan meluat dengan ‘trend’ sesetengah parti politik di negara ini yang bergelumang dengan rasuah, nepotisme, penyelewengan, kroni, penipuan, perkauman dan pelbagai lagi elemen yang tidak sihat.

Mereka beranggapan ‘kejahatan politik’ ini akan merosakkan negara dalam jangka pendek dan jangka panjang. Ia akan mengheret rakyat kepada krisis politik yang berterusan, melemahkan daya kreativiti rakyat, malah mendorong rakyat bersikap pasif apabila berdepan dengan keadaan ini.

Dengan ‘trend’ politik yang ada sekatang, generasi muda tidak berminat menyertai sebarang parti politik atas pelbagai sebab yang disebutkan di atas. Lebihlebih lagi apabila sesetengahnya, setelah lulus dari pengajian tinggi, sukar mendapat kerja – walaupun tidak memilih. Lebihlebih lagi gaji begitu tendah dan sukatr untuk menampung kos hidup yang tinggi.

Generasi muda ini pula dengan rasa kecewa, malah marah, apabila menyaksikan jurang miskin kaya semakin melebar.

Banglo yang berjuta-juta ringgit harganya di kawasan mewah di bandar besar dengan kereta mewah pula menjalar di halaman banglo mereka, sangat kontras dengan golongan miskin di pinggir bandar yang sangat sukar meneruskan kehidupan.

Semua ini menyebabkan generasi muda sangat kecewa.

Maka kekecewaan mereka akan diterjemahkan di peti undi dalam PRU akan datang.

Adakah semua komponen parti sudah memikirkan persepsi pengundi generasi baru ini? Jika belum, saya kira, segeralah bertindak untuk merangka strategi bagi menawan hati pengundi muda ini, jika tidak maka buruklah padahnya, menyebabkan Pakatan akan kecundang dalam PRU akan datang.

Data Welsh dan Chang yang disebutkan di atas satu ingatan yang sangat serius kepada parti politik, khususnya Pakatan Rakyat, dalam membuat persiapan untuk menghadapi PRU akan datang.

Kita sedar, Pakatan baru saja sedikit pulih – belum sepenuhnya – daripada krisis politik yang mencengkam Pakatan sejak Langkah Kajang, di Selangor itu.

Luka-luka yang dideritai mereka akibat krisis tersebut masih kelihatan. Sindir menyindir, keluhan dan kekesalan masih kedengaran di antara KeADILan, PAS dan DAP. Malah ancaman perpecahan dalam Pakatan masih ketara.

Oleh itu, dalam keadaan belum stabil itu, tentunya sukar bagi pemimpin masing-masing duduk semeja memikirkan strategi untuk menghadapi PRU akan datang dan bagaimana pula hendak menangani ‘trend’ pengundi generasi muda. Keadaan ini sangat bahaya bagi Pakatan jika terus bersengketa.

Kepada PAS gagasan ‘Politik Budiman’ Suhaizan memang sangat penting, kerana boleh menarik pengundi muda. Oleh itu gagasan ini jangan tinggal gagasan saja, tetapi mestilah dilaksanakan bukan saja oleh PAS tetapi juga oleh KeADILan dan DAP.

Syukur yang kata MELAYU PENDATANG nie bukan DAP, jika tidak kompom juak-juak keris melenting..!!

Perwakilan Gerakan: Melayu pun pendatang

 
Seorang perwakilan Gerakan dalam mesyuarat agung tahunannya hari ini mengingatkan pemimpin Umno untuk tidak menggunakan kenyataan “pendatang” kepada bangsa lain.

Ini kerana, kata perwakilan Johor Tan Lai Soon, orang Melayu juga sebenarnya pendatang di negara ini.

“Biar saya jelaskan, Melayu, Cina, India semua pendatang, kecuali Orang Asli, orang Sabah dan orang Sarawak, yang menjadi bumiputera asal,” katanya.

Katanya, pemimpin Umno yang sering menyifatkan masyarakat Cina sebagai pendatang sebenarnya tidak sedar bahawa mereka juga pendatang.

Tan berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden Datuk Mah Siew Keong dalam perhimpunan tahunan Gerakan di Shah Alam.

[HEBAT] Karaoke separuh bogel secara terbuka di pasaraya terkemuka di Alor Setar


Peserta wanita pertandingan karaoke menimbulkan kontroversi apabila menari separuh bogel di depan khalayak ramai di sebuah pusat beli-belah.  
Peserta wanita pertandingan karaoke menimbulkan kontroversi apabila menari separuh bogel di depan khalayak ramai di sebuah pusat beli-belah.

ALOR SETAR - Pengunjung sebuah pusat membeli belah terkejut apabila disajikan dengan persembahan wanita berpakaian separuh bogel diadakan secara terbuka, lewat petang kelmarin.

Wan Kamarul Wan Mohammad, 21, berkata, pertandingan karaoke anjuran Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) yang bermula sekitar jam 5 petang hingga 9.30 malam itu mengundang kontroversi apabila menampilkan dua peserta berpakaian keterlaluan.

“Bagi saya, pakaian peserta wanita dari sebuah kumpulan dan seorang lagi individu, amat tidak sesuai dipakai di khalayak terutama tempat terbuka seperti itu yang dikunjungi kanak-kanak dan remaja,” katanya.

Menurutnya, dia terkejut apabila ketika sedang menyanyi, peserta wanita itu bertindak membuka pakaian luarannya dan hanya berpakaian seperti coli.

“Saya tidak sangka dia akan bertindak begitu. Pihak penganjur sepatutnya kawal tingkah laku peserta termasuk pakaian supaya tidak menimbulkan rasa tidak puas hati pengunjung yang terdiri daripada pelbagai kaum dan lapisan umur,” katanya.

[PANAS] Gambar antara Zairil dan Dyana 'bercumbuan' tersebar..??



oleh AnakKedah007

 
TENGOK KE GAMBAR TU MEMANG PERCAYA TAPI TENGOK KE ORANG YANG UPLOAD GAMBAR TU YANG TAK BERAPA NAK PERCAYA...

ADA KE GILA BABI TUAN PUNYA MUKA DALAM GAMBAR NAK UPLOAD GAMBAR MACAM NIE DALAM FB DIA... NAK CARI BALA KAAA...

AGAK-AGAK LA NAK MENIPU PUN... JANGANLAH GUNAKAN TUAN EMPUNYA BADAN UPLOAD GAMBAR TAK KETAHUAN HALA PERBUATAN BENGONG NIE DALAM FB SENDIRI...ITU NAK CARI MAMPOS JAWABNYA....LETAKLAH YG UPLOAD TU PAPAGOMO KAA PARPU KARI KA...OK LAH JUGAK...
DARI MULA-MULA NAK PERCAYA LAST TERUS BUBUH HUKUM KATA INI GAMBAR MENIPU DAN BAB MENIPU NIE RASANYA KENA BELAJAR SKILL LAIN LAH KOT... KIRA DAH KANTOI DAH NIE....
SUDAH-SUDAHLAH BAWA POLITIK BANGANG NIE TAK KEMANA POLITIK KITA...MAKIN RENDAH TARAF MENTALITI DIA ADALAH LAGI....

Ini penjelasan ZAIRIL di SINAR HARIAN :

Untuk pemulihan semangat negara, pilih pemimpin berwibawa, boleh diyakini, bukannya parti

oleh Aspan Alias

Setelah kita memahami apakah masalah-masalah besar sehingga PR tidak mampu untuk ke Putrajaya, sedang UMNO yang memerintah sudah hilang segala pedoman mentadbir negara, apakah tindakan rakyat untuk memperbaiki keadaan politik tanahair kita. UMNO dan BN hanya bergantung kepada situasi yang PR tidak akan mendapat dan berjaya ke Putrajaya itu. UMNO hanya kekal ‘by default of Pakatan Rakyat’.

Kalau kita hendak bertanya, jika Pakatan Rakyat mempunyai kelemahan yang jelas untuk melayakkan mereka untuk menjadi parti alternatif kepada BN, apakah formula terbaik bagi memperbaiki keadaan dan untuk keadilan demokrasi dan semangatnya. Bolehkah DAP dan mana-mana parti yang ingin berjuang untuk ke Putrajaya dan menjamah kuasa di sana?

Jika secara ‘direct assault’ terhadap UMNO itu tidak memungkinkan DAP dan PKR mahu pun PAS mampu mendekati kuasa di Putrajaya, apakah cara yang paling sesuai untuk mencari jalan ke Putrajaya itu? Seperti yang saya sebutkan dalam posting-posting saya yang baru-baru ini, UMNO dalam keadaan apa sekali pun tetap akan memerintah negara walaupun dengan majoriti kerusi yang kecil.

Awasi pemberontakan terhadap jamaah kerana kecewa

HARAKAHDAILY | 19 Oktober 2014.

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibahim Tuan Man mengingatkan para pendukung jamaah supaya berwaspada dengan golongan yang kecewa.

Ini, katanya kerana mereka akan dikumpulkan bagi menyemarakkan kekecewaan dan kemarahan terhadap keputusan jamaah, sehingga ia akan membentuk gelombang kemarahan dan pemberontakan terhadap jamaah.

"Di kala itu mereka akan merosakkan perjuangan ini," tulis beliau menerusi facebook, seperti di bawah.

Wahai anakku,
Apabila kamu berada dalam sesuatu jamaah, ikutlah apa yang diputuskan oleh jamaah dan kepimpinannya kerana di situ ada keberkatannya. Redha Allah bersama jamaah. Janganlah kamu merasa hebat terhadap pandanganmu sendiri atau pandangan yang berbeza dengan keputusan jamaah, kerana engkau telah mencabut keberkatannya untuk dirimu dan mengundang kemurkaan Allah.

Terimalah kenyataan wahai Utusan Malaysia

5 topic menarik :

Populariti jatuh, Utusan kritik firma penyelidik

 
Mingguan Malaysia, melalui tulisan pojok “Awang Selamat” mempertikaikan kajian populariti media syarikat penyelidik The Nielsen Company (Malaysia) Sdn Bhd dengan menyifatkannya terdedah kepada keraguan, menipulasi dan bias.

Akbar Umno itu berkata, kajian pembaca syarikat itu menggunakan kayu ukur ketinggalan zaman dan tidak reflektif kepada pasaran sebenar penonton dan pembaca.

“Contoh paling mudah, ada akhbar yang jauh lebih tinggi edarannya tetapi menurut Nielsen, jauh lebih rendah dari segi jumlah pembacanya.

“Tidak munasabah tetapi sampai ke hari ini, Nielsen gagal menjawab penggunaan kaedahnya yang samar dan tidak tepat,” tulis Awang Selamat lagi.

Justeru, katanya beliau faham kenapa terdapat media menarik diri daripada khidmat Nielsen dan ada membidas dan mahu menyamannya pada 2011.

Setelah 5 tahun nafsu bergelora, tiba BN memerintah semula Kedah maka hajat terlaksana semula..

5 topic menarik :

5 tahun tahan nafsu nak lihat tarian separuh bogel, akhirnya bila BN memerintah rakyat Kedah dapat tengok semula

perghhh patutlah pakat suka nak UNDI BN..sebab boleh tengok semula show macam nie secara terbuka...

tahniah pengundi BN yang memenangkan BN sewaktu PRU13 tempohari....dengan hasil undi kemenangan anda maka dengan selamatnya dan gembiranya hiburan pelaq anak haram berjadah nie boleh rakyat Kedah nikmati semula selepas 5 thn memendam perasaan dan nafsu yg mendidih dalam dada....

dari blog AnakKedah007

Kalau Anwar Yang Berusia Masih Bertenaga, Kenapa Anak Muda Lensa Letih Tak Bermaya?

5 topic menarik :
http://www.harianblogger.com/wp-content/uploads/2014/03/2212.jpg
Sebuah NGO anak muda pro PR yang dikenali Lensa tiba-tiba bersuara mahukan Anwar Ibrahim bersara daripada politik negara. Kononnya mereka sudah letih dan tidak akan bersolidariti di jalanraya lagi.

Dalam erti kata, kalau Mahkamah Persekutuan mendapatinya kekal bersalah, berehat sajalah di penjara dan kemudian bersara. Kalau dibebaskan pula, lebih baiklah berehat saja atau berhijrah dan nikmati kehidupan berkeluarga yang lebih baik.

Sebelum ini, NGO yang sama juga meminta Pas keluar daripada PR kerana kononnya juga parti itu menjadi punca segala masalah dan kekalutan dalam gabungan itu, terutama berkaitan isu Menteri Besar Selangor.

Kalau Pas mahu diketepikan dan Anwar pula diminta bersara, berehat dan berhijrah, apakah Lensa berniat mahu mengambil alih teraju PR untuk berlawan dengan UMNO dan BN selepas ini?

Apakah Lensa yang baru ditubuhkan ini mampu melonjakkan sokongan perubahan undi popular sebanyak 52 peratus dan kemenangan 89 kerusi dalam pilihanraya lalu kepada angka yang lebih baik lagi?

Parti Islam dan bukan Islam patut bekerjasama, kata pemimpin Ikhwanul Muslimin

5 topic menarik :
Pemimpin Ikhwanul Muslimin Kuwait Dr Tareq Suwaidan bercakap tentang 'Islam, Demokrasi dan Isis' semasa perbincangan kepimpinan di Kuala Lumpur semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 19 Oktober, 2014.
Pemimpin Ikhwanul Muslimin Kuwait Dr Tareq Suwaidan bercakap tentang 'Islam, Demokrasi dan Isis' semasa perbincangan kepimpinan di Kuala Lumpur semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 19 Oktober, 2014. 

"Tahaluf siyasi" yang dijalinkan PAS dengan parti bukan berteraskan Islam adalah strategi politik yang mampu menjamin kejayaan parti Islam itu untuk berjaya menjadi pemerintah di Malaysia, kata pemimpin Ikhwanul Muslimin Kuwait, Dr Tareq Suwaidan.

Tareq berkata hanya melalui pakatan dengan Pakatan Rakyat (PR), PAS akan mampu menang dalam pilihan raya dan menambah bilangan kerusi di Parlimen.

Dalam satu forum di ibu negara anjuran Lajnah Antarabangsa PAS bersama Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS malam tadi, Tareq berkata dalam konteks Malaysia yang berbilang kaum dan agama, adalah mustahil bagi PAS memenangi pilihan raya berdiri sebagai parti bersendirian.

"Untuk menang kerusi Parlimen di Malaysia, pakatan satu-satunya cara untuk menang dalam Islam.

Apa jawapan kalian di akhirat wahai pemimpin!


Apa jawapan kalian di akhirat wahai pemimpin!

MERENUNG kisah Khalifah Umar bin Abd al-Aziz selepas beliau dilantik menjadi khalifah, amat meruntun jiwa dan perasaan. Pembesar yang menunggu kehadiran Umar bin Abd al-Aziz hairan kenapa beliau tidak muncul di khalayak ramai.

Lalu mereka bertanya kepada anaknya. Kata anaknya: “Ayahku sejak dilantik, beliau terus bersendirian bersolat dan menangis. Apabila ibuku masuk kepadanya, air matanya bercucuran hingga ke janggutnya.

Apabila ditanya, dia berkata: “Wahai Fatimah! Aku dikalungkan urusan umat Muhammad ini yang berbagai bangsa. Maka aku terfikir perihal orang yang fakir, yang lapar, yang sakit lagi derita, orang biasa yang susah, orang yang dizalimi lagi dipaksa, tawanan perang yang di jauh, orang tua yang uzur, orang mempunyai keluarga yang ramai sedangkan wangnya sedikit dan seumpama mereka yang berada di segala tempat dan penjuru negara. Aku tahu Tuhanku akan bertanya aku mengenai mereka pada hari kiamat kelak. Aku bimbang alasanku tidak cukup kukuh untuk menjawabnya, lalu aku pun menangis.” (Lihat: Mahmud al-Baji, Muthul ‘Ulya min Qada al-Islam, 144)

Kuin sasar jadi universiti penuh 2016 dengan adanya kampus tetap di Kuala Ketil

5 topic menarik :

Kampus Kuin Kuala Ketil.  
Kampus Kuin Kuala Ketil.
ALOR SETAR - Kolej Universiti Insaniah (Kuin), kolej universiti milik kerajaan negeri Kedah, menyasarkan untuk mencapai taraf universiti penuh pada 2016.

Rektornya, Prof Datuk Mohd Yusof Kasim berkata, Kuin kini sebenarnya sudah hampir sempurna untuk mencapai status tersebut berdasarkan kemudahan yang ada selain pensyarah yang berkelayakan dan program yang ditawarkan juga lengkap.

Katanya sebagai perancangan ke arah itu, operasi Kuin dan kebanyakan pelajar akan berpindah dari kampus sementara di Mergong di sini ke kampus tetap di Kuala Ketil, Baling pada Disember depan memandangkan semua kemudahan dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

"Dari segi operasi kita pindah secara berperingkat. Yang tinggal hanya Kuliyyah Perubatan, Kaunseling dan Kejururawatan yang akan kekal di kampus Mergong, kerana lesennya di situ. Yang lain akan ke sana (Kuala Ketil)," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis "Dialog Mengenai Dimensi Masa Depan Kewangan dan Perbankan Islam (IBF) di Malaysia" di sini, hari ini.

Katanya ketika ini semua urusan perpindahan berjalan lancar dengan keutamaan kepada pelajar baharu.

RM150 juta naik taraf Terminal Kuala Kedah sudah diluluskan PM


Terminal Penumpang Kuala Kedah yang perlu dinaik taraf untuk keselesaan pelancong  
Terminal Penumpang Kuala Kedah yang perlu dinaik taraf untuk keselesaan pelancong

ALOR SETAR - Projek naik taraf Terminal Jeti Kuala Kedah dengan anggaran kos lebih RM150 juta sudah diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia, Pelancongan, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Najib ketika lawatannya ke Kedah baru-baru ini.


“Jeti Kuala Kedah adalah satu projek yang sentiasa kita bagi keutamaan. Hasil pertemuan bersama Perdana Menteri, beliau meluluskan peruntukan untuk projek itu.

“Tetapi ia perlu mengambil sedikit masa untuk merangka reka bentuk dan lain-lain keperluan di jeti itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, sudah tiba masanya jeti Kuala Kedah dibuat penambahbaikan sesuai dengan zaman, permintaan dan kegunaan masyarakat yang semakin meningkat.

Pemadam: Keluar fatwa haramkan ketum

5 topic menarik :

Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam)  
Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam)

JITRA - Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa yang mengharamkan penggunaan daun dan air ketum di negara ini.

Yang Dipertuanya, Datuk Mohd Johari Baharum berkata, ini kerana penggunaan air dan daun ketum akan memudaratkan kesihatan mereka yang mengambilnya secara berlebihan dan berterusan.

Beliau berkata pihaknya bimbang kerana penyalahgunaan ketum kini menular dalam kalangan pelajar sekolah, yang menjadikan air ketum sebagai minuman harian, malah turut dibawa ke sekolah.

"Penyalahgunaan ketum amat serius. Dahulu, di utara Semananjung sahaja tetapi kini ia telah merebak ke Terengganu, Perak dan Pahang.

Tazkirah : Wuduk gabungan Islam & sains

5 topic menarik :

ALLAH mensyariatkan berwuduk bagi Muslimin ketika hendak bersolat. - Gambar hiasan  
ALLAH mensyariatkan berwuduk bagi Muslimin Muslimat ketika hendak bersolat. - Gambar hiasan

ALLAH SWT berfirman: “Wahai orang yang beriman! Apabila kamu hendak melaksanakan solat, basuhlah wajahmu dan tanganmu sampai ke siku dan sapulah kepalamu dan kedua kakimu sampai kedua buku lali. Jika kamu berjunub mandilah. Dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali kepada tempat berhadas atau menyentuh perempuan, maka jika kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah dengan debu yang baik (suci); usaplah wajahmu dan tanganmu dengan (debu) itu. ALLAH tidak ingin menyukarkanmu, tetapi  Dia hendak membersihkanmu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, agar kamu bersyukur.  (Surah Al-Maidah: 6)

ALLAH SWT mensyariatkan berwuduk bagi Muslimin ketika hendak melakukan solat bagi membersihkan. Di samping menjaga kesihatan melalui kebersihan secara lahiriah yang dilakukan paling tidak lima kali dalam sehari, wuduk juga membersihkan dari dosa dan kesalahan yang dilakukan anggota badan.

Abu Hurairah RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: "Apabila Mukmin berwuduk, kemudian dia membasuh wajahnya keluarlah daripada wajahnya bersama titisan air yang terakhir kesalahan dilakukan dengan pandangan kedua matanya. Apabila dia membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya bersama titisan air yang terakhir segala kesalahan yang dia lakukan dengan kedua tangannya. Dan apabila dia membasuh kedua kakinya maka akan keluar bersama titisan air yang terakhir segala kesalahan yang dia lakukan dengan kedua kakinya, sampai akhirnya dia akan keluar dalam keadaan bersih dari dosa." (Riwayat Muslim)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...