TERKINI :

Saturday, October 18, 2014

Kamu seorang sahaja yang sedih bila Tamrin keluar wahai Mazlan, mereka yang lain tak kesah pun..!!

Saya sedih dengan keputusan Datuk Tamrin
MAZLAN ALIMAN
Apabila Datuk Tamrin Tun Ghafar menarik diri atau keluar PAS melalui surat yang ditujukan kepada Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustapha Ali pada 15 Okt lalu, saya sangat sedih dengan keputusan beliau.

Bertemu dengan beliau dalam majlis makan tengahari bersama YBM Tengku Razaleigh pada tahun 2011, kemudiannya menjadi sahabat baik. Kerap bertemu terutamanya minat beliau mengenai isu Felda dan tanah.

Datuk Tamrin mengisi borang PAS pada 11 Julai 2012, di rumahnya. Saya sendiri jadi pencadangnya. Beliau selalu sebut, saya ni mualaf Mazlan, PAS kena tarbiaah saya. Perjalanan kehidupannya, dunia politiknya dan ada yang bersifat peribadi diceritakan kepada saya. Dia mahu habiskan sisa hidupnya untuk bersama PAS, atas ikrarnya demi Islam.

Saya hubungi Dr Ahmad Samsuri, Setpol Presiden PAS, Saudara Nasaie Ismail Setiausaha Akhbar Presiden dan Adly Zahri,Pesuruhjaya PAS Melaka mengenai kemasukan Datuk Tamrin. Hinggalah majlis perisytiharan penyertaan dalam PAS dibuat di Dewan KUIZM, Taman Melewar pada 11 ogos 2012 oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Projek AES bernilai RM700 juta kini jadi ‘gajah putih’

 Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) menghadapi masalah berjalan lancar kerana tindakan Peguam Negara yang membekukan penguatkuasaan terhadap pesalah yang disenarai hitam kerana tidak membayar denda. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Oktober, 2014.
Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) menghadapi masalah berjalan lancar kerana tindakan Peguam Negara yang membekukan penguatkuasaan terhadap pesalah yang disenarai hitam kerana tidak membayar denda. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Oktober, 2014. 

Setelah diperkenalkan dua tahun lalu, Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bernilai RM700 juta untuk merakam pemandu laju kini menjadi gajah putih, tidak dapat memenuhi tujuan mencegah pelanggaran had kelajuan kerana berhadapan dengan isu undang-undang yang masih tertangguh.

Saman masih dikeluarkan menerusi sistem ini – hampir 1.5 juta mengikut jumlah terkini – tetapi hanya sedikit yang membayar, kerana tindakan Peguam Negara membekukan penguatkuasaan terhadap pesalah yang disenarai hitam kerana tidak membayar denda dalam tempoh ditetapkan.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan hanya kira-kira 200,000 saman daripada jumlah itu diselesaikan, tetapi tanpa kuasa untuk menyenaraihitamkan mereka yang tidak membayar, AES menjadi alat tidak berkesan untuk mencegah mereka yang memandu melebihi had laju.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata kepada The Malaysian Insider, AES masih relevan, tetapi ia jadi sia-sia selagi pembekuan masih diteruskan.

Alahai Shahidan...dok buat lawak bodoh buat apa aihh..!!

KENYATAAN Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Shahidan Kassim baru-baru ini mengenai kedudukan gaji Ahli Parlimen di Malaysia sehinggakan mereka terpaksa "ikat perut" mengundang pelbagai reaksi rakyat.

Malah kenyataan Ahli Parlimen (MP) Arau itu dengan cepatnya menjadi viral di dalam media sosial dan mendapat pelbagai komen negatif dan positif dari kalangan pengguna medium komunikasi itu.

Dengan kenyataan Shahidan yang menyebut gaji MP sebanyak RM6500.00 itu adalah rendah berbanding MP di Singapura malah lebih rendah dari MP di Uganda, wujud pula 'posting' yang menjawab dakwaan Shahidan dengan pendedahan gaji para menteri dan timbalan menteri di Malaysia.

Sasarannya mungkin ditujukan kepada Shahidan sendiri ekoran kenyataannya itu. Maka angka yang dikeluarkan bagi setiap MP yang juga berjawatan Menteri, maka gaji bulanan mereka adalah sekitar RM21,000.

"Mana mungkin Menteri (yang juga MP) bergaji RM21,000 kena ikat perut. Itu belum dicampur elaun dan kemudahan lain," sanggah rakyat kebanyakan bila mendapat tahu fakta ini.

Game Sepak Tiang Bendera : Keluhan Penyokong Terengganu


Masih terdengar suara keluh kesah penyokong Terengganu dengan apa yang dilakukan oleh PBNJ sewaktu game Suku Akhir Piala Malaysia tempohari..

Kali ini luahan berkenaan kebenaran hanya 100 orang sahaja dibenarkan masuk stadium manakala pemilik tiket yang selebihnya tidak dibenarkan masuk...

Anda bacalah luahan hati mereka...

KLIK SINI

Taja Artis : Bukan Penjelasan Selebriti Yang Ditagih Tetapi Kumpulan Perubatan Johor


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor menghargai usaha Rozita Che Wan untuk memberikan penjelasan sebagai respons balas kepada isu tajaan rawatan bersalin oleh KPJ Ampang Puteri.

Namun begitu, yang dipersoalkan adalah Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) yang menaungi Hospital Ampang Puteri bukanlah Rozita Che Wan. Mengapa KPJ masih berdiam diri dan tidak memberikan penjelasan asas keputusan memberikan tajaan tersebut.

Maka, rakyat Johor tidak menagih penjelasan Rozita Che Wan tetapi jawapan konkrit daripada anak syarikat kumpulan Johor Corporation (JCorp) itu. KPJ perlu bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan kerana JCorp dan KPJ adalah merupakan syarikat sayap pelaburan Negeri Johor.

Apabila PRESIDEN hilang kawalan, bersedialah BAHTERA PAS menunggu KARAM

PRESIDEN HILANG KAWALAN, BAHTERA PAS MENUNGGU KARAM
Oleh M BASIR WAHAB

http://antarapos.com/v1/images/news_images_upload/images/pemimpin_PAS.jpg

Kumpulan pro Umno di dlm Pas (UG) dipercayai sedang bekerja keras untuk kempen-kempen tidak beretika menguasai dewan-dewan dan kawasan-kawasan seluruh Malaysia sebagai persiapan nekad menjatuhkan Timb. Presiden, Mohd Sabu.

Selain Mohd Sabu, kumpulan ini juga telah menyenarai hitamkan pemimpin yang dianggap mereka pro Pakatan untuk dijatuh di dalam pemilihan Pas tahun hadapan . Mereka termasuklah Husam Musa, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar, Dr Hatta Ramli, Khalid Samad, Dr Mujahid Yusof dan Suhaizan Kaiat.

Kumpulan UG kini bergerak aktif menganjurkan Usrah Gabungan, Liqa Fikri, Nekad, Duat dan lain-lain di dalam usaha mereka memperdaya ahli-ahli dan bakal perwakilan menolak kumpulan Pakatan.

Mereka juga ligat mengeluarkan kenyataan secara bebas bagi menimbulkan keraguan ahli-ahli terhadap kumpulan Pakatan dan media-media kuasaan Umno memberi kerjasama utuh melaporkan propaganda mereka di muka hadapan dan dalam berita waktu puncak radio dan TV.

Benarkah Minyak RON95 Lebih Murah Tanpa Subsidi?


Berdasarkan penanda aras harga minyak Brent, minyak RON95 kini berharga US$83 setong pada hari ini dan di Malaysia sepatutnya dijual pada harga dibawah RM2.30 per liter.

Kesimpulan yang mengejutkan ini dibuat berdasarkan kepada laporan terbaru oleh AmResearch Sdn Bhd yang dikeluarkan hari ini, yang mengatakan: "Kami menganggarkan bahawa pulang modal dari harga minyak mentah dunia berada pada purata AS$ 84,80 setong sekiranya harga RON95  kekal pada RM2.30 seliter tanpa subsidi kerajaan."

Jika harga minyak Brent terus menurun, sebagaimana yang diramal oleh penganalisis global, rakyat Malaysia sebenarnya membayar cukai ke atas harga petrol RON95 jika harganya kekal pada RM2.30 per liter.

Beberapa tahun sebelum ini, keadaan yang sama seperti ini juga pernah berlaku iaitu apabila harga minyak global menjunam dari paras tertinggi US$140 setong kepada lebih kurang US$30 setong - tetapi harga minyak tempatan masih lagi sama.

Peluang melihat 'dinosaur' di Kedah


MUKHRIZ Mahathir (tengah) melihat replika Dinosaur Triceratops pada Pameran Petrosains Dinotrek 2 di Balai Seni, Medan Bandar Alor Setar baru-baru ini.

ALOR SETAR 16 Okt. - Penduduk negeri ini kini berpeluang melihat haiwan prasejarah dinosaur dalam pameran bergerak Petrosains DinoTrek 2 di Balai Seni Negeri yang bermula Sabtu lalu sehingga Mei tahun depan.

Pameran anjuran pusat penerokaan sains kontemporari, Petrosains yang terletak di Suria KLCC, Kuala Lumpur itu merupakan yang kedua selepas siri pertamanya di negeri ini pada 2004.

Bagaimanapun pameran kali ini lebih menarik dengan sembilan dinosaur animatronik, 12 pameran interaktif serta pelbagai aktiviti lain yang menawarkan pengalaman berguna kepada pengunjung terutama kanak-kanak.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Petrosains, Norliza Kamaruddin, Petrosains komited untuk menggalakkan rakyat menjadi celik sains serta untuk mencetuskan minat rakyat dalam mempelajari bidang itu.

PENDANG - Puting beliung : Penduduk masih trauma

Oleh SAFINA RAMLI

SALAH sebuah rumah penduduk rosak akibat puting beliung yang melanda Kampung Alor Besar di Pendang, Kedah, kelmarin.

PENDANG 15 Okt. - Penduduk di Kampung Alor Besar di sini masih lagi dalam keadaan trauma apabila mengenangkan kejadian puting beliung yang melanda kampung mereka semalam.

Rata-rata penduduk yang ditemui menceritakan pengalaman cemas masing-masing ketika berdepan dengan angin pusaran puting beliung yang disifatkan seperti mahu membaham kampung mereka itu.

Difahamkan, murid-murid Sekolah Kebangsaan Alor Besar yang turut mengalami kerosakan pada bahagian bumbung juga diarahkan pulang pada pukul 9.30 pagi hari ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dijalankan dan sukaneka yang dijadualkan berlangsung pagi ini turut ditunda ke tarikh lain.

Oktoberfest – reaksi atau ereksi?

MOHD FAIEZ MOHD ALI

 BEBERAPA hari lepas saya terbaca berita seorang remaja dari Oldham, Leon Cudworth, yang ditemui mati dalam keadaan mabuk di halaman rumahnya setelah keluar untuk ‘minum malam’ bersama rakan-rakan.

Tup-tup, saya terjumpa pula gambar yang sibuk dimuat naik di ruangan Facebook dan Twitter berkaitan papan iklan besar yang dipasang sebagai usaha mempromosi Oktoberfest.

Seterusnya, terjadi bermacam perkelahian dan perbezaan pendapat antara pemimpin, organisasi dan warga awam Malaysia di kedai kopi, ruang-ruang akhbar mahupun ruangan sosial. Saya fikir, ah! Ini semua perkara biasa. Orang Malaysia, jika tidak berkelahi satu hari, seperti tidak sah rasanya hidup.

Namun, saya terkedu apabila terlihat gambar dua orang pemimpin dan kenyataan beberapa orang pemimpin lain yang seolah-olah menjadi Yang Berbangga (YB) dengan berlangsungnya Oktoberfest. Sepertinya pesta mabok ini satu petanda kejayaan untuk Malaysia.

Eh, ini sudah tidak boleh jadi.

[Video] Sembang Santai Tok Guru - YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang




Program Sembang Santai Tok Guru ini telah dianjurkan oleh Badan Perhubungan Pas Selangor dengan kerjasama Pas Gombak. YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang telah dijemput untuk bersembang santai dengan penduduk Selangor di Padang Surau Ikhwan, Taman Samudera, Batu Cave.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi menjawab beberepa persoaalan semasa.

PasMa sudah jauh menyimpang – Tuan Ibrahim

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man

PETALING JAYA: Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan ahli PAS supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang telah jauh menyimpang dari tujuan asal mereka.

Katanya, PasMa sebagai sebuah entiti NGO, sepatutnya lebih menfokuskan kepada soal kebajikan ahli dan anggota masyarakat. Bukan mengadakan majlis bagi mempertikaikan Presiden dan Majlis Syura Ulama parti.

“Apa ertinya kalau kita berada dalam parti lalu mengadakan majlis lain bagi mempertikai kepimpinan parti, mempersoal perkara yang telah diputus oleh jamaah termasuk dasar dan perlembagaan parti?” katanya.

Beliau berkata masalah ini perlu dibendung dengan segera bagi mengelak berlakunya masalah dalaman parti yang boleh mengundang kekeliruan dan prasangka buruk ahli PasMa kepada pemimpin parti.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...