TERKINI :

Friday, October 17, 2014

Tamrin keluar PAS, rehatkan Hadi sebelum terlambat

Bagi pimpinan ulama  PAS tidak menjadi apa-apa masalah apabila anak Ghafar Baba,  Tamrin Abdul Ghafar meninggalkan parti itu.

Malah mereka juga tiada masalah jika Muhammad sabu, Salahudin Ayub, Dr Hatta Ramli, Dr Dzulkifly dll menarik diri dan menyertai parti lain. Bagi ulama semua itu proses penyucian parti dan yang tinggal kelak adalah yang walak kepada presiden.

Inilah mentaliti yang melanda PAS hari ini. Suatu parti yang sejak 1998 dilihat akan menjadi mainstream di Malaysia tetapi dalam tiga bulan kebelakangan ini bergerak ke arah ekstremisme perkauman dan agama. Pemujaan melampau kepada pemimpin sehingga ke tahap tidak boleh dikritik.

Tindakan Tamrin meninggalkan PAS jelas suatu protes tidak bersetuju dengan keputusan Presiden Hadi Awang yang terlalu mengikut kumpulan sayap kanan PAS menyokong Khalid Ibrahim sehingga memusuhi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Hadi sengaja menutup semua pemikirannya terhadap kebaikan pemimpin parti lain yang ‘sekular’. Apabila dua Adun PAS Saari Sungip dan Hasnul Baharuddin menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah sebagai MB baru Selangor pada 14 Ogos maka Hadi dan sayap kanan PAS mengamuk.

Pas Bakal Pecat Pemimpin PasMa?

Shahbudin Husin,

http://821879909.r.worldcdn.net/media/k2/items/cache/d0007d118da368d715944660ed132ce5_XL.jpg
Beberapa Pas Negeri sudah pun mengeluarkan arahan kepada ahlinya agar tidak menyertai serta menjauhi PasMa, sebuah NGO yang diketuai oleh bekas Exco Kedah, Pahrolrazi Zawawi.

Antaranya ialah Pas Pahang, Terengganu, Perak, Johor dan beberapa negeri lagi juga dijangka akan mengeluarkan arahan yang sama tidak lama lagi. 

Walaupun PasMa sudah menyatakan bahawa peranannya ialah bertujuan untuk memastikan Pas kekal bersama PR di sebalik merebaknya kebimbangan mengenai penubuhan kerajaan perpaduan antara Pas dengan UMNO, NGO itu seolah-olah begitu ditakuti oleh Pas.

Larangan dan kebimbangan terhadap PasMa ini dipercayai selaras dengan ucapan Haji Hadi dalam Muktamar Agung Pas di Batu Pahat, baru-baru ini yang bertegas melarang kewujudan "parti dalam parti" serta mahu semua ahlinya bersatu hati dalam perjuangan Islam bersama Pas.

Susulan itu, Majlis Syura Ulama Pas melaluinya Setiausahanya, Nik Zawai Salleh telah mengeluarkan arahan agar tiada ahli Pas menyertai PasMa.

Namun demikian, PasMa nampaknya terus bergerak aktif dan tidak memperdulikan arahan itu. PasMa juga tidak melatah, malah menyatakan Majlis Syura Ulama tiada hak mengeluarkan larangan itu. Selain itu, PasMa juga tidak terusik dengan adanya cabaran agar NGO itu berubah menjadi sebuah parti politik untuk melihat sejauh mana ianya boleh bertahan.

[Panas] Kuliah Presiden PasMa bersama AJK Dewan Pemuda Pas Kuala Kedah..??


Berikutan tersebarnya gambar AJK Dewan Pemuda Pas Kuala Kedah dalam satu pertemuan dengan Dato' Hj Phahrolrazi Zawawi, lalu di viralkan di media sosial kononnya pertemuan itu agenda tertutup antara DPPKK dengan PasMa. Atas rasa prihatin kepada pendokong parti supaya tidak terus berada dalam arus tuduh menuduh, maka kami nyatakan beberapa perkara berikut :-

1) Pertemuan yang dimaksudkan itu ialah usrah bulanan AJK DPPKK dengan pimpinan kawasan. Setiap bulan hari Isnin minggu kedua kami akan berusrah dengan salah seorang pimpinan kawasan. Usrah akan dimulai dengan ifthor jamaie. Oleh kerana ramai yang berhalangan pada hari Isnin, maka kami pindahkan ke hari Rabu.

2) Dalam pertemuan Usrah dengan pimpinan kawasan antara agenda penting ialah tausiyat dari pimpinan dan dialog, dan itulah yang kami lakukan dalam pertemuan dengan Dato' Phahrolrazi yang merupakan YDP Pas Kuala Kedah.

3) Menjadi tabiat insan, akan hidup dengan isu. Maka oleh kerana isu PasMa sangat hangat diperkatakan, maka perkara yang turut berbangkit dalam pertemuan tersebut antaranya adalah persoalan dan penjelasan berkaitan PasMa.

'Anwar bersaralah, rakyat sudah letih'

 
Kumpulan belia yang cenderung pada Pakatan Rakyat, Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) menimbulkan gesaan agar ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara dari politik.

Gesaan itu bagi menghadapi perhimpunan untuk menyokong Anwar, yang dipromosi dengan nama himpunan 'Rakyat Hakim Negara' yang akan diadakan pada akhir bulan ini.

Jurucakap LENSA, Ekhsan Bukharee berkata, rakyat tidak perlu diheret ke jalan raya setiap kali Anwar menghadapi kes di mahkamah.

Beliau juga mendakwa, semakin ramai yang menunjukkan sikap negatif ke atas bekas timbalan perdana menteri Umno itu.

"Apa yang amat kami harapkan ialah, demi rakyat, Datuk Seri bersaralah, berhijrahlah.

"Nyata semakin ramai yang tidak menggemari Datuk Seri. Jelas sekali modus operandinya sama dan berulang seperti tahun tahun terdahulu.

"Setiap kali Datuk Seri akan disumbat ke dalam penjara, maka setiap kali itulah rakyat akan diheret ke jalan raya.

"Datuk Seri, sampai bila rakyat akan terus terheret dalam semua ini?," soalnya dalam surat yang diperolehi Malaysiakini.

Pimpinan baharu PKR kena agresif

IPOH – PKR Perak mengharapkan kepimpinan baharu jawatankuasa pusat parti itu lebih agresif dalam menyantuni hati dan kepentingan rakyat.

Pengerusinya, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, langkah itu perlu berikutan wujudnya krisis dalam kalangan ahli yang berlaku sebelum ini mengganggu persepsi rakyat terhadap kemampuan parti itu.

Menurutnya, sebagai jawatankuasa tertinggi, setiap pimpinan juga perlu memberi gambaran yang baik kepada ahli.

"Masuk tahun baru ini, kena lebih agresif, tetapi perlu telus, yang penting kita perlu tunjuk akhlak yang baik dan bekerja sebagai satu pasukan," katanya.

Dalam pemilihan kepimpinan PKR penggal 2014-2017 ini, Dr Muhammad Nur  turut terpilih mengetuai biro pemahaman dan pemantapan agama.

Beliau berkata, pemilihan itu dianggap bonus bagi memantapkan lagi perjalanan parti khususnya di Perak.

Negeri lain sudah menghalang ahli PAS terlibat PasMa tetapi Selangor sebaliknya..!!

Jangan salah gunakan Pasma

Iskandar Abdul Samad  
Iskandar Abdul Samad

SHAH ALAM – Pas Selangor tiada hak melarang ahlinya menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) kerana ia adalah sebuah pertubuhan NGO dan tiada kaitan dengan politik.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, soal larangan terpulang kepada Pas Pusat, bagaimanapun ahli terlibat tidak dibenarkan menggunakan Pasma sebagai platform untuk menyerang kepimpinan parti.

“Kita tiada kuasa untuk halang ahli Pas sertai Pasma. Yang kita tidak benarkan jika ahli parti menganggotai dua pertubuhan politik dalam satu masa,” katanya ketika ditemui di lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), semalam.

Beliau turut mengingatkan ahli Pas supaya menggunakan saluran yang betul jika tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara berkaitan parti.

“Jangan serang kepimpinan secara terbuka menggunakan mana-mana pertubuhan. Jika masih ahli dan ada perkara-perkara yang mereka tidak bersetuju gunakan saluran yang bersesuaian,” katanya.

Cabaran Pesuruhjaya Pas Terengganu terhadap Phahrorazi tidak bijak


BINGKAS ULAS                                                                                               

Pesuruhjaya Pas Terengganu Satiful Bahri Mamat mencabar bekas Exco Kedah Phahrolrazi Mohd Zawawi yang dianggap menjadi presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) agar menubuhkan parti baru dan keluar daripada Pas untuk menguji sejauh mana kewibawaanya.

Satiful Bahri Mamat
Phahrolrazi Mohd Zawawi
Satiful Bahri kurang senang dengan Phahrolrazi yang menggerakkan NGO berkenaan yang pada tanggapannya untuk menyaingi Pas. Katanya tindakan Phahrolrazi itu yang menumpang Pas sebagai pohon dedalu yang menumpang hidup di pokok lain.

Anih dan ajib juga kenapa Satiful Bahri begitu "murih" sekali kepada PasMa. Sebelum ini Pas Terengganu membuat kenyataan melarang ahlinya menyertai PasMa. Kenapa memaksa Phahrolrazi menubuh parti baru untuk berdepan dengan Pas. Apakah dia lupa sejarah Phahrolrazi dan juga tujuan PasMa itu ditububuhkan. Cuba fahami dan hayati untuk apa PasMa itu ditubuhkan?

Phahrolrazi semasa wacana di Kuala Lumpur tidak lama dahulu menjelaskan tujuan PasMa diwujudkan ialah untuk dijadikan benteng kepada Pas yang hendak dibawa keluar daripada Pakatan Rakyat oleh segelintir ahli berkepentingan dan bernafsu. PasMa bergerak mengukuhkan Pas atas semangat Pakatan Rakyat. Bukankah usaha itu sejajar dengan aspirasi Pakatan Rakyat? Dalam erti kata lain, PasMa wujud sebagai "simen konkrit" kepada Pakatan Rakyat.

Datok Wan Abdul Rahim - Umno parti penipu, Jangan dipercayai

UMNO ADALAH PARTI PENIPU, JANGAN DIPERCAYAI  : DATO WAN RAHIM WAN ABDULLAH


Datok Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat menegaskan bahawa PAS akan ketinggalan 30 tahun jika meninggalkan Pakatan Rakyat. Beliau menjelaskan demikian semasa menghadiri dialog anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA)  yang diadakan di Pearl View Hotel, Perai, Pulau Pinang semalam. 
 
Isu ini berbangkit apabila ada usaha-usaha pihak tertentu yang cuba mengkaji semula kedudukan PAS dalam  pakatan rakyat dengan menimbulkan berbagai isu semasa krisis MB Selangor baru-baru ini. Beliau mengingatkan pemimpin PAS bahawa UMNO adalah parti penipu dan tidak boleh dipercayai sama sekali. UMNO akan menggunakan tektik pecah dan perintah demi mengekalkan kuasa pemerintahan mereka. PAS tidak mampu bersendirian dalam menghadapi UMNO dan Barisan Nasional jelas beliau lagi.
 
Beliau mengingatkan kembali peristiwa PAS menyertai Barisan Nasional dan akhirnya ditendang. PAS hanya mampu memenangi 2 kerusi sahaja di Negeri Kelantan. Apabila berlakunya krisis besar yang melanda negeri Kelantan, maka PAS Kawasan Kota Bharu yang beliau menjadi ahli jawatankuasa terpaksa membuat keputusan samada bersama Dato’ Asri sebagai Yang Dipertua Agong PAS waktu itu. 

Surat Terbuka Kepada Nik Abduh dan Nasruddin Tantawi - Antara Oktoberfest & Kontrak Label Arak

http://4.bp.blogspot.com/-MYZyhybRdhE/Tr5tKCoXtTI/AAAAAAAAIkI/EgMMs9nkfgs/s1600/NIK%2BAbduh%2BNik%2BAziz%2BBLOG%2BGelombang%2BRakyat.png 

Kehadapan YB-YB muda benteng kesejahteraan ummah yang dikasihi sekalian,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Tindakan YB berdua dalam menentang penganjuran Oktoberfest itu amat saya kagumi. Ini merupakan contoh keteguhan prinsip dan juga semangat jihad yang sememangnya perlu diterapkan dalam diri setiap anak muda Islam dalam negara ini.

Kita tidak boleh sesekali membenarkan kebejatan akhlak berakar umbi dan menjadi pegangan akhlak muda-mudi dalam negara tercinta ini. Namun begitu, kekaguman saya terhadap YB berdua ini akhirnya padam begitu sahaja.

Tentu YB berdua berasa pelik mengapa dengan tiba-tiba rasa kagum saya itu terpadam?

Ini kerana saya masih ternanti-nanti aksi YB berdua bersama-sama rakan-rakan YB dalam PERKASA dan ISMA untuk mengadakan satu demonstrasi bagi membantah penganugerahan kontrak label arak yang diberikan kepada adik Menteri Pertahanan.

Tahukah anda nilai duit akan mengecil berapa % apabila minyak naik 20sen?

DUIT ANDA MAKIN KECIL

http://1.bp.blogspot.com/-_1Hjk-yDrFE/TWOwtSJ6H_I/AAAAAAAAAOo/9GOeyy86kRE/s1600/2sen1.jpg
Kebanyakan orang berbimbang kpd kenaikan harga minyak akan menyebab harga barangan naik.Itu kesan jangka pendek dan pandangan dlm skop yg kecil.Jika kita fikir kesan jangka panjang,kita mungkin kena mengubah aturan hidup.Saya nak tulis sesuatu yg kena dibaca dg berfikir,yg yg berkait ilmu ekonomi.

Kenaikan harga barang akan menyebabkan nilai duit kita menjadi kecil,atau dlm istilah ekonomi dipanggil kuasa beli berkurang.Jika dulu rm100 boleh dpt 47.619 liter petrol, kini dg rm 100 anda cuma dpt 43.478.Kenaikan 20 sen petrol bermakna kenaikan 9.523% (20 sen÷2.10(harga petrol lama) × 100) peratus.Ini bermakna duit kita atau kuasa beli kita mengecil sebanyak 9.523%..Jika gaji anda rm 1000 bermakna mengecil rm 95.23,jika rm 2000, mengecil rm 190.46 dan seterusnya.Seolah pendapatan kita berkurang.Jika dulu anda boleh dpt 1000 barang dg rm 1000,kini anda hanya dapat 904.77 sahaja.

Itu baru dikira pada kenaikan harga minyak.Jika diambil kira pada kenaikan melampau harga barang lain,kuasa beli kita akan lebih mengecil.Kesan pengecilan kuasa beli ini juga berlaku kpd simpanan wang kita.Kuasa beli wang akan turut susut walapun ada keuntungan tabungan.Sekurangnya kuasa beli wang yg disimpan susut 9.523 %.Jika anda ada tabungan,secara tidak nampak anda telah rugi 9.523%.Dengan yg demikian tabungan dlm bentuk wang adalah kurang baik bila harga barang meningkat.Adalah lebih baik menyimpan dlm bentuk harta yg tidak susut nilai seperti tanah,rumah,emas,perak dll.Mungkin juga menabung dalam matawang asing yg stabil seperti uero,yen atau mungkin usd.Dg itu bila berlaku kenaikan harga minyak atau barang,harta tetap ini akan turut meningkat nilainya, berbanding jika kita simpan duit,akan turun nilainya.Jangan pula beli kereta atau barangan susut nilai sebagai simpanan.

PJ Terengganu cabar Phahrolrazi tubuh parti bukan NGO


Satiful Bahri Mamat  
Satiful Bahri Mamat

KUALA TERENGGANU – Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma), Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dicabar membentuk parti sendiri dan keluar dari Pas bagi membuktikan kepada rakyat, sejauh mana beliau dapat membawa pengaruh melalui penubuhan parti itu.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, tindakan itu lebih baik daripada mengkritik pimpinan Pas, apatah lagi mengambil sikap berselindung di sebalik Pasma, kononnya beliau sebagai ahli Pas cuba membawa aliran baru terhadap pemikiran ahli dan penyokong parti itu.

Seolah-olah tidak senang dengan Phahrolrazi, Satiful yang juga Adun Paka turut meminta pemimpin terbabit tidak menjadi seperti dedalu, yang sifatnya menumpang pada pokok lain tetapi merosakkan pokok yang ditumpangnya.

“Kita cabar dia keluar Pas, buat parti baru supaya orang boleh tengok kredibiliti dia. Jangan tumpang atas nama Pas tetapi merosakkan imej pimpinan dan mengkritik Majlis Syura Ulama.

Di harap JKM & Pak Cik RM15 nie selesaikan masalah yang timbul secara elok-elok

Ada RM15 sahaja dalam tangan

Mat Isa menumpang rehat di pondok penjaga parkir ketika ditemui Sinar Harian, semalam.  
Mat Isa menumpang rehat di pondok penjaga parkir ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

ALOR SETAR - Berbekalkan wang terakhir miliknya, seorang warga emas menaiki bas dari Kampung Teloi Tua, Sik, ke Alor Setar, semalam, untuk mengetahui status terkini bantuan diberikan kepadanya yang dihentikan.

Mat Isa Lahaman, 60, berkata, dia terpaksa menggunakan wang RM10 daripada RM15 dimilikinya sebagai tambang bas untuk mendapatkan bantuan.

"Sebanyak RM2.50 digunakan untuk makanan. Tidak tahu lagi bagaimana saya ingin pulang ke kediaman memandangkan baki wang hanya tinggal RM2.50 sahaja.

"Saya berusaha datang ke sini dengan harapan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterima sebelum ini dapat diberikan semula memandangkan ia terhenti sejak tiga bulan lepas,” katanya kepada Sinar Harian.

Tak adakah MP PR nak buat kempen turunkan harga Internate & jalur lebar




KUALA LUMPUR - Harga internet dan jalur lebar di negara ini disifatkan terlalu mahal berbanding kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.Pengerusi Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom), Cheah Kok Hoong berkata, harga perkhidmatan internet di Malaysia perlu diturunkan kerana ia menjadi keperluan masyarakat kini.

“Dari pemerhatian kami, kualiti servis internet yang ditawarkan perlu ditingkatkan berdasarkan banyak rungutan daripada pengguna yang kecewa dengan harga yang mahal tetapi servis yang teruk.

“Kebanyakan masyarakat di negara ini yang menggunakan internet terdiri daripada mereka yang masih belajar dan baru hendak mula bekerja. Harga purata untuk jalur lebar dan internet mudah alih sekitar RM79 dan RM133 akan membebankan mereka,” katanya, semalam.

Penggunaan internet dalam kalangan masyarakat di Malaysia menunjukkan peningkatan mendadak daripada 22 peratus pada 2008 kepada 60 peratus pada suku pertama tahun ini.

Mukhriz beri RM500,000 perbaiki lampu limpah Std. Darul Aman tapi untuk SURAU di luar pula apa cerita?


TAHNIAH & TERIMA KASIH ATAS PEMBERIAN KERAJAAN NEGERI UNTUK SUKAN BOLASEPAK NEGERI..

WALAUBAGAIMANA PUN KAMI MASIH HENDAK BERTANYA BERKENAAN SURAU DI LOKASI LUAR STADIUM DIMANA TIDAK MAHUKAH PIHAK MB MAHU MEMPERBESARKANNYA UNTUK KESENANGAN PENGGUNAAN PARA PENGUNJUNG KE STADIUM TAKALA MAHU BERSOLAT SEWAKTU ADANYA EVENT ATAU PROGRAM ATAU PERLAWANAN BOLASEPAK DI STADIUM.

SEKIAN HARAP MAKLUM.

Rujukan : Sinar Harian

 Photo: Menteri Besar Kedah, YAB Dato, Seri Mukhriz Mahathir umum kerajaan negeri Kedah lulus RM500,000.00 baiki Padang MSN, Jalan Suka Menanti dan RM500,000.00 baiki lampu limpah di Stadium Darul Aman.

- Khamis, 16 Oktober 2014
PELANGI RESORT, LANGKAWI

Teks penuh hebahan untuk MEDIA KFA kepada umum:

MENGUMUMKAN NAIKTARAF PADANG STADIUM SULTAN ABDUL HALIM, SUKA MENANTI 

1.    KERAJAAN NEGERI KEDAH BERSETUJU UNTUK MENAIKTARAF PADANG STADIUM SULTAN ABDUL HALIM DI SUKA MENANTI, ALOR SETAR.

2.    TUJUANNYA UNTUK MENYEDIAKAN PADANG LATIHAN BAGI PASUKAN-PASUKAN BOLASEPAK KEDAH DI BAWAH PERSATUAN BOLASEPAK KEDAH (KFA).

3.    SELAMA INI PASUKAN SENIOR, PASUKAN BAWAH 21 DAN PASUKAN BAWAH 19 NEGERI KEDAH TIDAK MEMPUNYAI PADANG KHUSUS UNTUK LATIHAN. SESI LATIHAN DIJALANKAN DI BEBERAPA PADANG SECARA AD-HOC, TERMASUK DI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA.

4.    PROJEK NAIK TARAF DILAKSANA MELALUI UPEN DENGAN PERUNTUKAN NEGERI. ANGGARAN KOS LIMA RATUS RIBU RINGGIT. SEJUMLAH LIMA RATUS RIBU RINGGIT LAGI DIPERUNTUKKAN UNTUK MEMBAIKI LAMPU LIMPAH STADIUM DARULAMAN

5.    PENYELIAAN DAN PENYELENGGARAAN OLEH PERBADANAN STADIUM NEGERI KEDAH DAN MAJLIS SUKAN NEGERI.

6.   KERJA NAIK TARAF DIJADUAL BERMULA AWAL BULAN NOVEMBER INI. DIJANGKA MENGAMBIL MASA TIGA BULAN UNTUK DIGUNAKAN BAGI PERSIAPAN MENGHADAPI SAINGAN MUSIM 2015.

7.   PADANG YANG TELAH DINAIKTARAF INI KHAS UNTUK KEGUNAAN BOLASEPAK SAHAJA. PERBADANAN STADIUM DAN MSN BOLEH MENIMBANG PERMOHONAN UNTUK MENGGUNAKAN PADANG TERSEBUT UNTUK PERLAWANAN BOLASEPAK OLEH PERSATUAN DAN KELAB TETAPI KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA KEGUNAAN PASUKAN-PASUKAN NEGERI.

8.   INI SEBAGAI "HADIAH" KERAJAAN NEGERI KEDAH KEPADA PASUKAN BOLASEPAK KEDAH. INISIATIF IKHLAS DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH OLEH KERAJAAN NEGERI UNTUK TERUS MEMARTABATKAN BOLASEPAK DI KEDAH DARUL AMAN.

9.    JUGA SEBAGAI MENGHARGAI SOKONGAN PADU PEMINAT-PEMINAT BOLASEPAK KEDAH TERHADAP PASUKAN NEGERI.

10.   SEPERTI JUGA HARAPAN PARA PENYOKONG, KERAJAAN NEGERI MAHU MELIHAT PASUKAN NEGERI MENCIPTA KEJAYAAN DEMI KEJAYAAN, TERUS MENGHARUMKAN NAMA KEDAH DARUL AMAN DI PERSADA BOLASEPAK NEGARA.

Habis.

Terima kasih YAB Menteri Besar Kedah merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Kedah.

Alhamdulillah!

PLAY WITH HEART. PULUN KEDAH PULUN.
Menteri Besar Kedah, YAB Dato, Seri Mukhriz Mahathir umum kerajaan negeri Kedah lulus RM500,000.00 baiki Padang MSN, Jalan Suka Menanti dan RM500,000.00 baiki lampu limpah di Stadium Darul Aman.

- Khamis, 16 Oktober 2014
PELANGI RESORT, LANGKAWI

Harga minyak dunia terendah, Harga Minyak Malaysia tertinggi....

Harga minyak dunia terendah



SEBUAH papan tanda memaparkan harga minyak di sebuah stesen minyak di New Jersey, Amerika Syarikat kelmarin. - Agensi

RIYADH – Seorang putera Arab Saudi, Putera Alwaleed bin Talal mengecam Menteri Minyak negara itu, Ali bin Ibrahim Al-Naimi kerana membenarkan harga minyak jatuh di bawah paras AS$100 (RM329.85) setong, lapor akhbar The Telegraph kelmarin.

Putera Alwaleed (gambar kecil) yang juga seorang bilionair dan pelabur dalam sepucuk surat­nya kepada Ali berkata, tindakan Arab Saudi membiarkan harga minyak jatuh di bawah paras AS$100 (RM329.85) setong boleh me­nyebabkan ‘bencana’ terhadap ekonomi negara itu.

Ali, 79, yang sangat dihormati di Arab Saudi mempunyai pengaruh yang amat besar dalam Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

Beliau sebelum ini memberitahu bahawa tiada sebab untuk bimbang dengan kejatuhan harga minyak masa kini. Harga minyak mentah jatuh ke paras bawah AS$87 (RM286.96) setong selepas Agensi Tenaga Antarabangsa menurunkan ramalan permintaan mi­nyak tahun ini.

#Aman | Padah cuba tangkap penyamun


Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my

ANGGOTA polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian di mana seorang penjual burger cedera ditembak ketika cuba tangkap penjenayah di Taman Bukit Tembakau Indah, Melaka semalam.

JASIN – Seorang peniaga burger cedera akibat terkena tembakan ketika cuba menangkap dua penjenayah dalam kejadian cubaan samun di sebuah kedai runcit di Taman Bukit Tembakau Indah, Umbai di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian pukul 8.15 malam itu, mangsa yang berusia 30 tahun cedera di buku lali kanan selepas ditembak oleh salah seorang penjenayah terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, sebelum kejadian, kedua-dua penjenayah itu cuba menyamun kedai runcit itu tetapi gagal apabila pemilik kedai iaitu seorang wanita berusia 50 tahun menjerit meminta tolong dan menyembur ubat nyamuk ke arah seorang penjenayah terbabit.

“Pada masa sama, peniaga wanita itu turut diketuk dengan senjata api oleh suspek menyebabkan dia cedera di telinga kiri,” katanya ketika ditemui.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...