TERKINI :

Thursday, October 16, 2014

Azmin mula semak projek diragui ketelusannya di Selangor

ULASAN MALAM                                                                                           

Menteri BesarSelangor yang baru Mohamed Azmin Ali sudah mula membuat semakan terhadap beberapa projek yang diluluskan ketika Abdul Khalid Ibrahim menjadi MB Selangor yang mana diragui akan ketelusannya. Salah satu projek yang menjadi perhatian Azmin ialah pembinaan loji rawatan air, Langat 2.
MB Selangor Azmin
Semakan yang dibuat oleh Azmin terhadap projek itu, ialah pembelian alat rawatan air untuk projek itu yang terlalu mahal dimana ia tidak diperlukan memandangkan air yang hendak dibersihkan tidak mengalami pencerman teruk sehingga ke tahap 4.

Azmin persoalankan, kenapa kerajaan perlu menggunakan Granular Actived Corban (GCA) iaitu proses dual media, satu spesifikasi menggunakan teknologi yang tinggi dimana memerlukan nilai bayaran yang tinggi.

Persoalnya, walaupun GAC digunakan di negara maju, ia dipersoalkan kerana seolah-olah memberi maksud punca iar yang disalurkan daripada Pahang ke Selangor tercemar di tahap 4.

Kata beliau bayaran yang tinggi dibelanjakan untuk menggunakan GAC memberi risiko nilai air yang tinggi yang bakal ditanggungkan oleh rakyat.

Tamrin: "Kenapa Aku Keluar Dari PAS?"

Kecewa cara pemimpin PAS kendali krisis punca Tamrin keluar parti

Kesabaran anak bekas timbalan perdana menteri, Mohd Tamrin Abdul Ghafar sampai ke kemuncak apabila melihat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor dikenakan tindakan disiplin semata-mata kerana menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi calon menteri besar.

Tamrin berkata, tindakan PAS yang menggantung keahlian Adun Hulu Kelang Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin (Morib) selama setahun menyebabkan beliau mengambil keputusan nekad menghantar surat letak jawatan ke Ibu Pejabat PAS semalam.

"Pada saya, tindakan PAS itu amat salah. Apa yang mereka (Adun) buat adalah mempertahankan keputusan muktamar PAS, iaitu mesti bersama dengan Pakatan Rakyat (PR).

"Tetapi PAS bertindak sebaliknya. Dua Adun ini mengambil keputusan menentukan PAS bersama PR, itu saja. Jadi apa salahnya?" katanya kepada pemberita selepas pelancaran kempen Gerakan Anti Perkauman (GAP) di Kelab Sunway Lagoon di Petaling Jaya, malam tadi.

Saari dan Hasnul pada 12 Oktober lalu dikenakan tindakan mengikut Fasal 82(6) Perlembagaan PAS kerana melanggar arahan parti.

Sepanjang tempoh penggantungan itu, mereka tidak boleh menyertai sebarang aktiviti parti, namun masih diberi ruang merayu dalam tempoh 15 hari.

Tamrin berkata, bukan saja krisis Selangor tetapi beberapa pandangan mengenai isu lain juga pernah dikemukakannya kepada pemimpin PAS, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tetapi tidak diambil perhatian.

Aduhai Najib.. hilang lagi RM4 bilion...!!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didesak supaya menjelaskan status pinjaman RM4 bilion yang diberi kepada anak syarikat Kementerian Kewangan yang gagal mengemukakan penyata kewangan tahunannya, kata wakil rakyat DAP.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, SRC International Sdn Bhd mendapat pinjaman berdasarkan prinsip Islam daripada Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) yang dijamin kerajaan Malaysia.

Pinjaman disalurkan kepada SRC pada Ogos 2011 dan Mac 2012, untuk dijadikan modal permulaan, dana operasi dan modal pelaburan.

Namun, Pua berkata bukan sahaja jumlah pinjaman, tetapi penyata kewangannya turut dipersoalkan apabila kali terakhir dibentangkan pada Mac 2012.

Katanya, serahan penyata akaun Mac 2013 yang berakhir September 2013 masih belum diberikan. 

"Kenapa begitu sukar syarikat yang diberi pinjaman mega serahkan penyata kewangannya kepada pihak bertanggungjawab?" soalnya pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Soalan turut dikemukakan kepada Menteri Kewangan di Dewan Rakyat pada Selasa lalu, namun kerajaan dalam jawapan balasnya berkata SRC "mengendalikan beberapa projek strategik infrastruktur negara."

Isu penduduk melayu Kg Mutiara yang BN cuba politikkan.. siapa yang halau mereka sebenarnya?

Melayu penduduk Kampung Mutiara ini diusir oleh Kerajaan Pulau Pinang atau Tuan Tanah?.. bacalah!


Sejak semalam isu mengenai Kampung Mutiara di Batu Feringgi, Pulau Pinang ini dijadikan modal untuk menyerang pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang oleh Facebooker dan juga Blogger Pro UMNO yang ramai bertapak di Pulau Pinang ini..

Kononnya menurut mereka 200 penduduk Kampung ini telah diusir keluar dari Kampung mereka untuk diberikan laluan untuk pembangunan.

Biarpun laporan berita dengan jelas menyatakan punca penduduk diarahkan mengosongkan perkampungan mereka, Facebooker dan Blogger Pro UMNO dengan bodohnya tetap menuduh angkara Kerajaan Negeri..

Baca laporan yang aku copy dari Pisau.Net ni..
PULAU PINANG 13 Okt. – Sebuah lagi perkampungan Melayu di negeri ini iaitu Kampung Mutiara, Batu Feringgi di sini bakal hilang dari peta apabila lebih 200 penduduknya diarahkan mengosongkan kediaman mereka masing – masing. 
Kampung berkenaan yang terletak berhampiran lokasi pelancongan popular di sini wujud sejak tahun 1950-an lagi dan menempatkan lebih 200 penduduk membabitkan 48 keluarga. 
Hari ini sebahagian besar penduduk kampung mengadakan demonstrasi dalam keadaan penuh emosi bagi menyuarakan nasib mereka yang diarahkan berpindah tanpa pampasan dan rumah ganti. 
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) , Ismadi Abu Bakar berkata, masalah mereka bermula pada tahun 2007 apabila tuan tanah yang berpengkalan di Selangor menyerahkan notis pengosongan kepada mereka. 
Menurutnya, keadaan bertambah sukar pada tahun 2012 apabila mereka diarah berpindah dan notis terakhir yang diserahkan ialah tiga bulan lalu.

Apa akan berlaku pada Pakatan Rakyat apabila tanpa Anwar, Nik Aziz, Kit Siang?


– Sheikh Omar Ali

http://media1.malaysiakini.com/196/e0ea4b70f8c2973f67cba39e254e6d6b.jpg
Minggu lalu saya di Sarawak. Dalam perjalanan pulang semasa di lapangan terbang Kuching, saya sempat menegur seorang pakcik.

Niat saya bersahaja, nak ringankan mulut bersembang santai.

Tak sangka, rupanya beliau baru selesai menghadiri 'gathering' kawan-kawan lama di hotel Pullman Kuching bersama Datuk Seri Zahid Hamidi - Menteri Dalam Negeri.

Saya ambil peluang bertanya. "Datuk kata apa tentang nasib Anwar menjelang 28 Oktober ni?" jolok saya selamba.

"Anwar confirm masuk penjara. 7 tahun..." ujar beliau bersungguh.

Betul atau tidak, wallahua'lam.

Saya tanya lagi "Zahid tak boleh buat apa-apa ke? Mereka kan kawan baik."

Dia kata Zahid sendiri sedang menuju puncak kuasa.

Untuk bertindak menyebelahi Anwar walaupun dengan sekadar menunjukkan rasa simpati, itu langkah yang tidak bijak!

Menyedari hal ini, saya sedar.

Dan saya yakin PR juga pastinya sudah lama sedar! Akhirnya mereka perlu berjuang tanpa sosok pemimpin tiga serangkai - Anwar, Nik Aziz dan Lim Kit Siang.

Ku Li gesa semak semula ‘kuasa mutlak’ Najib sebagai menteri kewangan

 Bekas Menteri Kewangan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah bercakap kepada hadirin di forum Transformasi Barah Ali Baba Di Bumi Merdeka di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 Oktober, 2014.
'Kuasa mutlak' yang diperuntukkan kepada seorang menteri kewangan mengikut Akta Prosedur Kewangan 1957 perlu disemak semula kerana ia membuka peluang kepada rasuah, kata bekas Menteri Kewangan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.

Pemimpin veteran Umno itu berkata, kelemahan dalam akta tersebut membolehkan menteri memberi sesuatu kontrak kepada mana-mana pihak menerusi rundingan terus.

"Jika kita mahu kawal rasuah, kena kaji Akta Prosedur Kewangan. Akta tersebut memberi kuasa mutlak kepada menteri kewangan, menerusi Parlimen," kata Tengku Razaleigh, atau lebih popular sebagai Ku Li pada satu sidang media hari ini.

"Terdapat banyak kelemahan di situ. Sebagai contoh, rundingan terus. Itu ialah kuasa menteri kewangan. Kamu datang ke pejabat saya, beritahu saya kamu hendak buat jambatan dan sebagai menteri kewangan, saya boleh beri kamu projek itu,” katanya.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, perkara tersebut tidak beretika kerana kerajaan bertanggungjawab kepada rakyat dan mengingatkan Putrajaya yang kekayaan negara yang mereka uruskan bukan milik "ibu bapa" mereka.

"Ini adalah wang rakyat yang dikutip daripada cukai. Kita tidak boleh guna sesuka hati. Kita perlu guna kaedah yang betul, dan kaedah terbaik ialah menerusi tender terbuka,” katanya.

Sanusi : Analisa Awal Terhadap Buku Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah (1)

Analisa Awal Terhadap Buku Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah: Kecelaruan Paling Besar Pada Fakta Pembentukan Kerajaan - (Mukasurat 19)

http://1.bp.blogspot.com/-TRHguj7gFVs/VD-EEd5L4wI/AAAAAAAAYyk/4BG1Xn-FNpY/s1600/2014-10-16_163812.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-18R7ib4Rxdo/VD-EEj3E2NI/AAAAAAAAYyo/z3Yxzls0_kg/s1600/2014-10-16_163826.jpg
Kelahiran kembar tidak seiras - sebuah buku dan sebuah NGO.

MSO memulakan penjelajahan ke Kedah, menemubual sumber ceritanya bagi menulis buku ini pada Febuari 2014, selari ketika dan waktunya dengan pendaftaran sebuah NGO bernama PasMa. NGO berteraskan kebajikan beralamat di tingkat atas sebuah kedai barangan elektrik di Jitra itu , belum berketuakan Dato' Phahrolrazi, tetapi memakai nama anak kepada Taib Ahmad, Setiausaha NGO itu sekarang ini. Kepimpinan NGO itu berubah juga selari waktunya dengan terbitnya buku yang sarat dengan penceritaan bias, penipuan fakta, putar belit dan penjulingan sejarah bertajuk "Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah -The Inside Story. Bolehkah kebetulan-kebetulan ini diterjemahkan kepada kenyataan bahawa PasMa dan Buku MSO ini lahir dari perut yang sama, atas tujuan dan matlamat yang serupa?

Sejarah adalah tentang orang, tarikh dan peristiwa -kesilapan serius!

MSO memulakan tulisannya mengenai pembentukan Kerajaan Negeri Kedah oleh PAS dipimpin oleh Ustaz Azizan, dengan kecelaruan dan kesalahan fakta yang serius. S Manikumar dan Abd Ghani Ahmad dinamakan sebagai Exco daripada PKR sedangkan S. Manikumar belum menjadi Adun pun waktu itu, manakala Abdul Ghani belum menjadi Exco, dilantik sebagai Timbalan Speaker daripada PAS. Dia adalah YDP PAS Kawasan Jerlun.

S. Manikumar bertanding dan menang dalam Pilihanraya Kecil Bukit Selambau setelah DSAI mengarahkan V Arumugam meletakkan jawatan sebagai Exco dan Adun Bukit Selambau. Selepas itu barulah dia dilantik sebagai Exco. Ini fakta penting politik Negeri Kedah dan Negara Malaysia, mana boleh dia sambil lewa menulisnya.

Mahkamah arah tangkap bekas menteri

Dhaka 16 Okt. - Mahkamah Majistret Metropolitan Dhaka semalam mengeluarkan perintah bagi menahan bekas menteri Kabinet yang dipecat minggu lalu selepas penduduk Islam negara ini mengadakan bantahan ekoran kenyataannya yang mengutuk jemaah haji.

Ketua mahkamah mengeluarkan waran tangkap ke atas Abdul Latif Siddique yang didakwa mencetuskan sentimen keagamaan terhadap penduduk majoriti Muslim Bangladesh.

Inspektor polis, Aminur Rahman berkata, waran itu telah dihantar ke balai polis di kawasan kediamannya.

Abdul Latif dalam satu rancangan televisyen berkata, para jemaah yang menunaikan ibadat haji tidak produktif dan hanya menghabiskan wang di luar negara dan merugikan ekonomi. - AFP

'Tak wajar laksana GST jika mahu bayar hutang k'jaan'

Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah berkata kerajaan tidak sewajarnya melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sekiranya ia semata-mata untuk membayar hutang yang ditanggung kerajaan.  

"Masalah cukai ini, bukan kita boleh buat keputusan dengan mudah kerana dia menyentuh poket setiap seorang, kemampuan setiap seorang. Jadi kalaulah tujuan kita perkenalkan GST kerana nak kumpul duit, kerana nak mengurangkan hutang yang ditanggung oleh kerajaan, itu salah.

"Tetapi kalau kita perkenalkan GST kerana semata-mata kerana nak mengenakan setiap orang rakyat di Malaysia yang berkemampuan supaya menyumbang kepada pembangunan tanah air saya rasa bagus kerana bukan semua orang di Malaysia ini menyumbang.

"Pokoknya, patut ke kita kenakan GST kerana dalam keadaan sekarang kos hidup meningkat? Bila perkenalkan cukai baru, banyak orang marah, tak senang hati," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi ucaptama di sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.

Selain itu, anggota parlimen Gua Musang itu turut mempersoalkan sama ada April tahun depan merupakan masa yang sesuai untuk mengenakan cukai tersebut.

Malah, tokoh Umno yang mesra dipanggil Ku Li itu turut menyuarakan rasa kebimbangan orang ramai sekiranya jumlah cukai sebanyak enam peratus itu akan dinaikkan lagi selepas ini.

"Pada April nanti akan dikenakan sebanyak enam peratus. Tetapi entah berapa banyak yang akan dikenakan selepas itu. Itu ramai yang khuatir sebab yang naik tidak semestinya turun. Dia akan naik lagi. Itu yang orang bimbang," katanya.

MP PKR cadang kem PLKN dipisah ikut jantina

Seorang MP PKR, Zuraida Kamaruddin mencadangkan agar kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dipisahkan mengikut jantina.

MP Ampang itu member alasan, ia bagi mengelakkan pergaulan bebas di antara pelatih lelaki dan perempuan serta mengelakkan kes jenayah rogol dan pencabulan.

Cadangan itu diajukannya kepada Kementerian Pertahanan sewaktu giliran beliau membahaskan Belanjawan 2015 di Dewan Rakyat petang semalam.

"Saya cadangkan agar ada pemisahan antara latihan peserta wanita dengan peserta lelaki.

"Kita ada banyak kem. Kenapa tidak dua atau tiga daripadanya disediakan khas untuk pelatih wanita.

"Ia agar tidak ada campur gaul yang sangat tidak terkawal dan (mengelakkan) kes rogol and kes cabul yang telah berlaku," kata ketua wanita PKR itu.

Beliau juga menyatakan kesediaan untuk menyokong agar program PLKN disemak semula untuk menjadikannya lebih khusus pada usaha membina jati diri dan patriotisme.

Bagaimanapun, beliau menolak sebarang usaha untuk menyertakan program indoktrinasi Biro Tata Negara dalam PLKN.

"Yang BTN sugguh nak masuk dalam PLKN ini, tak payah nak masuklah. Biar kita fokus," katanya lagi.

Program BTN sering menjadi sasaran kritikan pemimpin Pakatan Rakyat yang menganggapnya sebagai satu bentuk propaganda untuk mengekalkan status quo politik dalam negara.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...