TERKINI :

Wednesday, October 15, 2014

Antara menyuraikan salah faham dan memulihkan muafakat Pakatan Rakyat

Oleh Hazlan Zakaria

Kemelut dua ahli dewan undangan negeri (Adun) Selangor dari PAS yang menandatangani deklarasi bersumpah bagi menyokong nama Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan Menteri Besar baru-baru ini dilihat bakal berlanjutan lantas menjadi duri dalam daging bagi pemuafakatan Pakatan Rakyat.

Di dalam menjatuhkan hukuman terhadap kedua-dua Adun itu, PAS seakan terjebak di dalam situasi serba kelam kerana kegagalan mengenakan hukuman setimpal di atas keengkaran mereka menurut pucuk pimpinan parti bakal menambah kekecewaan ahli, samada mereka menyokong kepimpinan presiden Datuk Seri Hadi Awang atau sebaliknya.

Jika tiada tindakan dikenakan, parti bakal dianggap lemah dan mudah diperkotak-katik. Bagaimana jika selepas ini ahli-ahli mengundi mengikut kehendak peribadi sambil membelakangi hasrat parti?

Jika MP BN semua macam MP SABAH nie pakai berkuburlah MP PR....

Isu Sabah: Dengar dulu jangan ancam, kata MP

Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) menggesa kerajaan supaya tidak mengancam pihak yang meniupkan sentimen untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia.

Sebaliknya, beliau menyarankan kerajaan mendengar dahulu masalah yang dicetuskan oleh kumpulan intelektual yang mendakwa wujud ketidakadilan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

"Di Sabah kebelakangan ini kita nampak, dengar dan baca ada kumpulan-kumpulan intelektual yang terpelajar - mereka ini bercadang meminta Sabah keluar dari Malaysia.

"Ini kita tak boleh pandang ringan Datuk Speaker kerana mereka ini intelektual.

"Mungkin ada perkara-perkara yang mereka fikirkan Sabah tidak dapat - tidak ada pembahagian sama rata di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

"Jadi kita nampak pemimpin, menteri datang mereka ini mengancam untuk mengambil tindakan.

"Ini cara dahulu, kita sudah maju kita tak mahu ancaman. Kita mahu kerajaan Persekutuan mendengar masalah mereka ini.

"Kita tak mahu apa yang disuarakan semuanya salah, dengar dahulu," kata Abdul Ghapur di Dewan Rakyat hari ini.

Pada 21 September lalu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengingatkan agar masa depan negara tidak digadai demi agenda peribadi untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia.

Menyifatkan golongan itu sebagai 'tidak ada kerja lain selain berpolitik', beliau menggesa agar isu keselamatan Sabah dipertimbangkan dalam perkara itu.

Sebelum itu, pada 11 Spetember polis menahan tiga individu selama dua tahun di pusat pemulihan kerana mempunyai kaitan dengan usaha pihak tertentu untuk membawa keluar Sabah dari Malaysia.
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata ketiga-tiga individu terbabit adalah dua warga Malaysia, Abu Bakar Jayari dan Zainuddin Mislani dan seorang pendatang tanpa izin warga Filipina, Kassim Ibrahim.

Shahidan, jangan pandang rendah kebijaksanaan rakyat!

Oleh V Shuman

Kelihatannya, kebijaksanaan seolah-olah tidak diperlukan bagi menjadi ahli politik di negara ini.Walaupun seseorang itu memiliki minda yang berfungsi pada kapasiti yang minimum, ia masih beroperasi bebas daripada mulutnya.Pendek kata, seseorang ahli politik boleh menyatakan sesuatu yang tidak masuk akal sama sekali.

Kita tidak akan cukup jari pada kedua-dua tangan sekiranya mengira berapa kali ahli-ahli politik kita mengalami detik-detik "bercakap sesuka hati".

Ada yang melakukannya hanya sekali, manakala yang lain melakukannya berkali-kali.

Contoh terbaru – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, yang tergolong dalam golongan kedua.

Shahidan baru-baru ini menerima cemuhan pengguna Internet selepas beliau menjustifikasikan cadangan kenaikan gaji ahli-ahli parlimen, dengan mengatakan bahawa gaji ahli-ahli parlimen Malaysia adalah antara yang terendah di dunia dan ia berhak dinaikkan kerana mereka sering perlu "ikat perut".

Reality kehidupan rakyat Malaysia ketika ini...!

Kajian yg dibuat oleh Muhammad Abdul Khalid, ahli ekonomi dlm bukunya "the colour of inequality : ethnicity, class, income and wealth in M'sia" mengariskan realiti berikut :

1. Lebih 53% rakyat M'sia tidak mempunyai apa2 aset kewangan

2. Golongan 10% terkaya mengawal 77% keseluruhan aset kewangan negara

3. 80% rakyat yg berpendapatan rendah cuma miliki 5.5% dari aset kewangan negara

4. Lebih dari 70% rakyat M'sia tidak punyai sebarang aset kewangan itu adalah Bumiputera

5. Walaupun ASB dikhaskan utk Bumiputera tetapi lebih 55% Bumiputera tidak mempunyai akaun ASB

6. 72% Bumiputera yg menabung dlm ASB hanya mempunyai simpanan purata RM554 seorang yg bersamaan hanya 2.6% keseluruhan tabungan ASB

7. Org kaya dari kalangan Bumiputera yg hanya berjumlah 0.2% dari keseluruhan penabung ASB memiliki 1.5 kali ganda lebih tabungan ASB dari keseluruhan 80% penabung biasa yg lain

8. Statistik pemilikan aset kewangan tersebut menggambarkan sebahagian besar rakyat tidak punyai lebihan pendapatan setelah ditolak hutang dan perbelanjaan bulanan utk menabung atau melabur

9. Menggambarkan betapa meruncingnya masalah pendapatan boleh belanja (disposable income) rakyat M'sia

10. Jurang miskin kaya di M'sia semakin melebar

Alkisah apabila Ahli Parlimen Umno tidak faham sindiran...

Oleh Ng Kee Seng

Malaysia tidak perlu melihat lebih jauh daripada Parlimen untuk mengesahkan kebijaksanaan Ahli Parlimen Umno tertentu.  

Walaupun cerita yang dikongsi di Facebook (FB) terdapat penafian bahawa ia hanya sindiran, mereka mengambil ia sebagai perkara sebenar, dan  Blogger Umno dilihat seolah-olah tidak memahami maksud sindiran dan mengamuk di ruang siber dengan cerita.


Lebih buruk lagi, Ahli Parlimen Umno yang dibangkitkan dalam Parlimen berfikir bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan menjadi "panggang" untuk kononnya membeli sendiri kenderaan perisai RM2.3 juta. 
 
Apabila ditunjukkan kepada Ahli Parlimen bahawa dia telah salah, cerita sindiran untuk menjadi sebenar, Ahli Parlimen lebih bodoh berdiri untuk mencuba dan mempertahankan kesilapan dan kebodohan. 
 
Menurut laporan malaysiakini pada 13 Okt Zahidi Zainul Abidin (BN-Padang Besar) telah diejek selepas dia dibangkitkan dakwaan pembelian Lim daripada Conquest Knight IV untuk RM2,2982,63.75, berdasarkan laporan sindiran diedarkan oleh penulis blog pro-Umno. 
 

Minyak naik, Hasan Malek nasihat ikut cendol Bakar

KUALA LUMPUR: Sekarang ini cendol merupakan produk yang sama kategorinya dengan bahan bakar petrol dan diesel, tulis Aspan Alias.

Jika harga minyak naik, nasihat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek, semua pihak mesti mengikut langkah cendol Bakar di Kuala Selangor menurunkan harga jualan cendolnya sebanyak 20 sen.

Pendeknya, kata Aspan jika naik harga minyak, semua penjualan barangan dan perkhidmatan perlu menurunkan harga jualannya.

Tambah beliau, rupa-rupanya baru sekarang kita ketahui yang cendol itu merupakan barangan keperluan untuk hidup, seperti petrol, tanpa petrol tidak dapat menyambung hidup dengan sempurna.

"Nasihat menteri ini selalunya menggelikan hati dan saya secara peribadi sentiasa tertunggu-tunggu untuk mendengar nasihat beliau yang pelik dan kadang kala menggelikan hati tidak dapat ditahan-tahan," tulis Aspan dalam blognya.

Sabotaj roh kemerdekaan disekat menjelang pelancaran GAP malam ini

Pengerusi penaja GAP, Datuk Dr Mujahid Yusof melihat nilai-nilai seperti ekstremis sempit dan rasis semakin membelenggu negara kini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Oktober, 2014.

Melihat pelbagai sabotaj ke atas roh kemerdekaan Malaysia yang merupakan negara majmuk, sekumpulan pemimpin masyarakat pelbagai kaum dan agama bersatu dan membentuk pasukan kempen Gerakan Anti Perkauman (GAP).

GAP akan dilancarkan secara rasmi malam ini di Petaling Jaya dengan menggabungkan beberapa pihak dari pelbagai latarbelakang politik, agama dan tempat tinggal di Malaysia.

"Saya melihat realiti setelah 57 tahun merdeka, roh kemerdekaan yang diasaskan pemimpin awal disabotaj di tengah jalan, dengan melahirkan nilai bahaya kepada negara, iaitu perkauman dan ektremis sempit," kata pengerusi penaja GAP, Datuk Dr Mujahid Yusof.

Beliau yang merupakan ahli Parlimen Parit Buntar dari PAS akan bergabung dengan seorang pemimpin Umno, Datuk Saifudin Abdullah.

Idea GAP mula dicetuskan oleh anak bekas timbalan perdana menteri Mohd Tamrin Abdul Ghafar lebih setahun lalu ketika berucap memperingati tragedi 13 Mei yang menjadi titik hitam dalam sejarah hubungan antara kaum di negara ini.

Sah!! Tamrin Ucap Selamat Tinggal Pada Pas

Shahbudin Husin,

 
Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Melaka, Tamrin Tun Ghafar akhirnya sah keluar daripada parti Pas yang disertainya sejak 2012 lalu, berkuatkuasa hari ini, 15 Oktober 2014.

Pada awal pagi tadi, saya dihubungi oleh Tamrin yang mengajak saya bersarapan dengannya di Restoran Haslam, berhampiran Hospital Tawakal, Kuala Lumpur. Pada mulanya, saya menyangka beliau hanya ingin berbual-bual kosong atau mungkin menjelaskan mengenai apa yang saya tulis sebelum ini tentang khabar angin yang tersebar luas mengenai dirinya akan meninggalkan Pas yang kemudian menjadi perbualan ramai.

Rupa-rupanya beliau meminta saya menjadi saksi berhubung keputusannya mahu meninggalkan Pas.  Katanya, beliau sudah berfikir panjang dan muktamad dengan keputusan ini.

Selepas selesai bersarapan, beliau lantas mengeluarkan surat yang sudah disiapkannya berhubung tindakan keluar Pas itu dan terus menandatanganinya di hadapan saya dan seorang lagi rakannya, Zamrin Bidin.

Surat itu ditandatangani pada jam 9.10 pagi dan kira-kira pukul 10.00 kemudiannya terus dihantar ke pejabat Setiausaha Agung Pas, Mustaffa Ali melalui serahan tangan di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

DAP pertikai kontrak label arak RM77 juta

DAP mempertikaikan penganugerahan kontrak bernilai RM77 juta yang didakwa diberi secara rundingan terus kepada saudara Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa kontrak label keselamatan arak itu dianugerahkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia kepada sebuah syarikat.

Dakwanya, saudara Hishammuddin itu mempunyai 68 peratus saham dalam syarikat itu.

Beliau mengajukan dua soalan untuk dijawab kerajaan mengenai dakwaannya itu.

"Apa sebabnya kerajaan menawarkan kontrak untuk mencetak label keselamatan ini secara rundingan terus kepada syarikat ini?

"Soalan kedua, adakah penggunaan label keselamatan ini berkesan untuk mencegah penyeludupan arak?" tanya Tony.

Di Antara Ahli Parlimen Ikat Perut dan Rakyat Lehernya Terjerut

http://malaysianreview.com/wp-content/uploads/black-505-t-shirt.jpg
TANGGAL 13 Oktober 2014, perbicaraan kes aksi BlackOut 505 depan Parlimen Malaysia berlangsung di Mahkamah Jalan Duta dengan 7 orang saksi pendakwa ditampilkan. Perbicaraan yang dijadualkan berlangsung sehingga Jumaat akhirnya ditangguhkan ke bulan November.

33 orang aktivis menghadapi pertuduhan tanpa wajah pemimpin politik mengimbau rasa solidariti rakyat yang mengimpikan demokrasi luhur terpancar di bumi Malaysia. Mereka datangnya dari dekat dan jauh, ada yang dari Johor, Pahang, Kedah dan dari seluruh pelusuk negara.

Mereka yang dari jauh menumpang di rumah teman-teman yang tinggal di sekitar Lembah Kelang, ketika rehat tengahari ada yang berkongsi sepinggan nasi tetapi masih terus tertawa dan bercerita persoalan melawan rejim yang menindas rakyat. Tiada sekelumit rasa kegusaran dan kepayahan yang terpancar dari wajah mereka.

Ketika yang sama juga, di Parlimen sedang berlangsung perbahasan Bajet 2015. Kerusi-kerusi kosong ketika Ketua Pembangkang membahaskan bajet bukan hanya berlaku di sebelah Barisan Nasional tetapi juga beberapa gambar menunjukkan di sebelah Pakatan Rakyat juga banyak yang kosong.

Tidak perlu larang ahli Pas sertai PasMa, sepertimana Umno biarkan ahli sertai PERKASA

SUSUPAN PENTANG                                                                                      

Larangan tidak rasmi (berbentuk personal) telah dikeluarkan oleh pemimpin Pas agar ahli parti agama itu tidak terlibat dengan kegiatan Persatuan Ummah Sejahtra Malaysia atau PasMa. Setiausaha Majlis Syura Ulamak (MSu), Nik Zawawi Nik Salleh dan Naib Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, antara pemimpin yang mengeluarkan nasihat agar ahli Pas tidak terlibat. Agak garang juga nasihat mereka?

Tidak ada alasan kemas yang diberikan melainkan kerana rasa bimbang dengan hala tujuan PasMa yang dianggap berusaha untuk menjatuhkan presiden Abdul Hadi Awang. Sebenarnya ahli Pas tidak perlu dilarang daripada melibatkan diri dengan PasMa. Pas tidak perlu takut dengan kemunculan PasMa yang semua orang jelas akan tujuan dan maksudnya.

Kita harus percaya kepada matlamat PasMa adalah untuk menjadi benteng kepada Pas agar tidak keluar dari Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat suatu pakatan yang perlu diperkuatkan sekiranya mahu melihat perubahan politik dan pentabiran negara ini. Pakatan Rakyat bukan hak sendirian berhad sesiapa.

Bonus kakitangan awam dibayar bersama gaji Januari, kata KSN

Bonus kakitangan awam yang diumumkan pada Bajet 2015 minggu lalu akan dibayar bersama gaji Januari 2015, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata bonus berkenaan tidak boleh diawalkan atau dibayar pada tahun ini atau tahun sebelumnya.

"Bonus ini diluluskan dalam Bajet 2015. Jadi kalau kita lihat dari segi peraturan kewangan ia sepatutnya bermula (dibayar) pada 1 Jan 2015.

"Bonus akan masuk dalam gaji bulan Januari," katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini.

Ali berkata demikian ketika diminta mengulas permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada Isnin supaya kerajaan membuat pembayaran bonus kepada penjawat awam pada 15 Disember, dan bukannya Januari depan.

Presiden Cuepacs Azih Musa berkata langkah itu bagi membolehkan penjawat awam membuat persediaan persekolahan anak sekaligus meringankan beban kewangan mereka.

Akhirnya Tamrin hantar surat keluar Pas sebentar tadi...!!

TERKINI TERLEPAS                                                                                       

http://4.bp.blogspot.com/-iT1LzMsjc-Y/VDSUseDj8oI/AAAAAAAA1ZA/YRlQWE5qW3k/s1600/maxresdefault.jpg
Saya baru menerima panggilan telefon daripada Tamrin Ghaffar yang memaklumkan beliau baru sahaja menghantar surat memaklumkan telah menarik dairi dari menjadi ahli Pas. Katanya surat itu diserahkan dengan tangan di ibu pejabat Pas Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

"Saya nak maklumkan kepada you saya baru sahaja menyerahkan surat penarikan diri saya sebagai ahli Pas di pejabat Pas di Jalan Raja Laut," kata Tamrin tenang. Surat yang ditujukan kepada Setiausaha Agung Pas Mustafa Ali itu diterima oleh salah seorang kaki tangan ibu pejabat Pas.

Dalam pada itu menurut Tamrin beliau juga bertemu dengan beberapa pemimpin Pas di parlimen minggu lalu sambil memberi pandangan berhubung masalah atau kelamahan dalam kepimpinan Pas beliau membayangkan rasa kurang selesa beliau dengan Pas ekoran perkembangan dalam parti agama berkenaan terutamanya dengan sikap presiden.

Keputusan Tamrin itu diambil sesuai dengan apa yang saya catatkan dalam blog dua hari lepas. Kepada Tamrin diucapkan selamat bebas sebagai ahli politik tanpa parti. [wm.kl.12:58 pm 15/10/14]
 
SUMBER : MSO

PM 'koyak' matematik kira BR1M vs GST

 
Peningkatan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun depan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan selepas pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kata MP Kelana Jaya Wong Chen.

Mempertikaikan angka perdana menteri berhubung hasil bersih kerajaan bawah GST, katanya, purata sebuah isi rumah akan membelanjakan kira-kira RM270 seorang atau RM1,080 seisi rumah empat anggota untuk bayaran cukai itu.

“Jadi matematiknya... saya tidak tahu siapa tulis kertas untuk dia, tetapi ia sama sekali 'koyak' (salah),” kata wakil rakyat Pakatan Rakyat itu kepada pemberita selepas menghadiri sebuah forum di Subang Jaya semalam.

Sebelum itu, dalam forum, Wong (kiri) berkata, golongan miskin akan membelanjakan antara RM140 hingga RM700 dan RM700 seisi rumah empat anggota bila GST diperkenal tahun depan.

Manakala golongan pertengahan pula, katanya, dijangka membelanjakan kira-kira RM1,050 seisi rumah.

BR1M dinaikkan sebanyak RM300 untuk isi rumah yang layak, daripada RM650 kepada RM960 bagi pendapatan RM3,000 sebulan.

Kampung Mutiara: Pengusiran oleh tuan tanah tanpa pampasan bercanggah dengan nilai manusiawi

Kenyataan Akhbar Bersama

Kuala Lumpur, 15 Oktober 2014

Kampung Mutiara: Pengusiran tanpa pampasan bercanggah dengan nilai manusiawi

Kampung Mutiara di Batu Ferringhi, Pulau Pinang kini menjadi tumpuan umum berikutan laporan media yang mendedahkan kemelut yang dihadapi kurang lebih 48 buah keluarga di sana.

Setelah menetap di kawasan tersebut selama lebih 50 tahun, masalah penduduk Kampung Mutiara telah bermula apabila tindakan mahkamah dimulakan oleh tuan tanah berikutan pembelian tanah tersebut pada sekitar tahun 2007.

Kini, mahkamah sudah pun membuat keputusan yang berpihak kepada tuan tanah, dan satu writ pemilikan (writ of possession) telah pun dikeluarkan bagi mengosongkan rumah-rumah tersebut.

Walaupun cubaan telah dibuat oleh pelbagai pihak, termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), wakil rakyat tempatan dan juga Kerajaan Negeri untuk berunding dengan tuan tanah yang merupakan seorang individu yang menetap di Selangor, beliau tetap meneruskan tindakan undang-undang tanpa menawarkan sebarang pampasan atau ganti rugi.

Berharap MSU PAS fahami fungsi dan bidangkuasa mengikut Perlembagaan sebelum menegur PasMa

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh...

Rasa nak ulas sikit berkaitan kenyataan Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS berkaitan PasMa. Kenyataan Setiausaha MSU berikut adalah dirujuk.


Merujuk kepada Perenggan 1 kenyataan tersebut, ingin saya tarik perhatian Setiausaha MSU dan semua sahabat bahawa keseluruhan Perenggan 1 tersebut adalah karut dan tidak sah serta tidak mengikat mana-mana ahli PAS. Perlu diambil perhatian bahawa MSU ditubuhkan melalui Fasal 8 Perlembagaan PAS adalah bertujuan untuk menjamin kekuasaan PAS yang diperuntukan dalam Fasal 7(2) di atas dan badan-badan yang diberikan kepadanya kuasa oleh Muktamar Tahunan PAS dan oleh mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan ini, tidak terkeluar daripada kehendak-kehendak yang diperuntukan dalam Fasal 7 (1) dan tidak berlawanan dengan dasar PAS seperti yang diperuntukan dalam Fasal 3 Perlembagaan ini. Jelas, terang dan nyata bahawa tugas MSU adalah untuk menjaga dan/atau menjamin kekuasaan PAS iaitu Al-quran, Hadith, ijmak dan Qias serta Muktamar ke atas semua badan-badan di dalam PAS tidak terkeluar dari dasar ISLAM. Itu sahaja tugas dan bidangkuasa MSU.

Kenyataan di perenggan 1 yang menyatakan bahawa MSU memantau tindak tanduk sebuah NGO iaitu PasMa adalah di luar bidangkuasa MSU. MSU bukan institusi pemantau tindak tanduk NGO tetapi institusi menjamin PAS tidak terkeluar dari landasan ISLAM.

Ahmad Maslan Oh Ahmad Maslan..

http://1.bp.blogspot.com/-dzCJz3iYsww/VDzxstLVbvI/AAAAAAAByfY/c3PRAeThElQ/s1600/10259277_363434323835091_8495212094343524446_o.jpg
Kalau ada anugerah atau trofi yang patut diberikan kepada pemimpin UMNO yang paling gigih membela dan mempertahankan Najib Razak, pemenangnya tidak lain ialah Ahmad Maslan.

Beliau yang merupakan Ketua Penerangan UMNO dan Timbalan Menteri Kewangan, bila saja ada isu mengenai Najib, selalu saja tampil dengan idea dan hujahnya yang tersendiri dan lain daripada yang lain.

Berbanding Timbalan Perdana Menteri, menteri dan timbalan menteri yang lain, Ahmad Maslan seperti menumpukan sebahagian masa, tenaga dan buah fikirannya untuk menjadi pembela nombor satu kepada Perdana Menteri.

Walaupun banyak hujahnya sebelum ini dipertikaikan, dijadikan bahan ketawa, sindiran, dianggap pandir dan seumpamanya sehingga menjadi satu-satunya pemimpin yang pernah menunjukkan pointer CGPA yang diperolehinya untuk membuktikan dirinya "tidaklah bodoh sangat" tetapi beliau tetap dengan kegigihannya itu.

Video & Gambar Keadaan puting beliung melanda Pendang semalam

15 rumah di Pendang, Kuala Kedah rosak dilanda puting beliung

PENGGUNA lebuh raya memberhentikan kenderaan mereka bagi menyaksikan puting beliung yang melanda Pendang, Kedah, hari ini. - Foto Twitter

ALOR SETAR: Sekurang-kurangnya 15 rumah kediaman di dua lokasi masing-masing di Pendang dan Kuala Kedah dilapor rosak selepas dilanda angin puting beliung, petang tadi.

Kejadian kira-kira jam 4 petang itu turut menyebabkan sebuah sekolah di Kampung Alor Besar di Pendang, dekat sini terjejas apabila bumbung bangunan dan makmal komputer dikatakan mengalami kerosakan.

Berdasarkan maklumat, angin berpusar setinggi bangunan empat tingkat itu dilihat terbentuk sejurus hujan lebat melanda, sebelum menerbangkan bumbung dan dinding beberapa rumah di Kampung Alor Besar.

Bajet 2015 : Penstrukturan Semula Kabinet dan Perjawatan Awam

Pemikir Kaum Muda SAMM (PKM SAMM) melihat ketempangan nyata dalam sistem pentadbiran Kerajaan sedia ada ketika ini. Pertindihan portfolio antara agensi juga menyebabkan peningkatan belanja mengurus kita. Justeru, penstrukturan semula kabinet dan perjawatan awam mampu menjimatkan perbelanjaan pengurusan Kerajaan Persekutuan.

1. Jemaah Kabinet

Zaman pentadbiran Najib mempunyai bilangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang ramai. Ketika ini menjangkau kepada 10 orang Menteri. Ini sudah pasti melibatkan perbelanjaan emolumen bertaraf Menteri yang tinggi termasuklah kepada elaun-elaun dan kemudahan-kemudahan lain yang diterima sebagai Menteri.

Selain itu, budaya perlantikan 2 Menteri bagi Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelajaran juga menyebabkan berlakunya peningkatan belanja mengurus kementerian terbabit. Umum mengetahui bahawa gaji dan elaun bagi Menteri bukan kecil jumlahnya.

Apakah Menteri Kewangan dan Menteri Pendidikan tidak mempunyai kecerdikan untuk memacu kementerian ini secara bersendirian?

Jika bebanan tugas sebagai seorang Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dijadikan alasan untuk melantik seorang lagi Menteri, maka PKM SAMM melihat PM dan TPM perlu melepaskan jawatan mereka sebagai Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran.

Ahmad Izzat ikon orang muda

POKOK SENA - Timbalan Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Izzat Mohamad Shauki boleh dianggap sebagai ikon orang muda. Bekas Speaker Dun Kedah, Datuk Dr Abd Isa Ismail berkata, Alahyarham sudah mengabdikan seluruh hayatnya untuk kepentingan jemaah.

“Seluruh masyarakat Islam di Kedah khususnya ahli Pas amat merasakan satu kehilangan besar terhadap pemergiannya. “Amat terasa sekali mengenai pengorbanannya pada usia muda. Beliau wajar dijadikan sebagai contoh dan ikon orang muda,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, Allahyarham juga tidak pernah mengeluh mengenai gerak kerja yang dilakukan meskipun mempunyai pelbagai tanggungjawab dan jawatan dalam parti. “Sewaktu Allahyarham berkhidmat sebagai Timbalan Speaker Dun Kedah, beliau seorang yang sangat komited, cukup cekap dan pemikiran panjang.

“Bahkan apabila bertanyakan sesuatu perkara, sekali saja kita jawab Allahyarham sudah boleh faham dan mampu melakukan lebih baik berbanding apa yang kita jangkakan,” katanya.

Abd Isa turut mendoakan rohnya dicucuri rahmat oleh ALLAH. “Saya percaya apa yang Allahyarham perjuangkan selama ini, Insya-ALLAH akan mendapat ganjaran di sisi ALLAH.

“Kesempatan ini, saya juga mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham dan harap mereka bersabar menghadapi ujian ALLAH,” katanya.

Pas Kedah kehilangan pemimpin masa depan

POKOK SENA - Pemergian kerahmatullah Timbalan Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Izzat Mohamad Shauki adalah satu kehilangan besar kepada parti itu.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, Allahyarham mempunyai semangat yang begitu gigih untuk mendekati masyarakat walaupun dalam keadaan uzur untuk menunaikan tanggungjawabnya sebelum ini. “Pas Kedah mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.

Semoga ALLAH menerima segala amalannya. “Pada saya, kita kehilangan seorang pemimpin masa depan yang mempunyai kebolehan berdasarkan ilmu Islam yang dipelajari,” katanya selepas menghadiri upacara pengebumian di Masjid Muassasah Darul Ulum, hari ini.

Menurutnya, Allahyarham adalah seorang pemimpin muda yang berkebolehan dalam merangka dan merancang gerak kerja parti dengan baik. “Saya dimaklumkan mengenai pemergian Allahyarham kira-kira jam 11.40 malam.

Kemudian, saya terus balik untuk memberi penghormatan terakhir kepadanya. “Sebelum ini, saya sempat berbual dengan Allahyarham sebelum dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar,” katanya. Terdahulu, Ahmad Izzat dilantik sebagai Timbalan Speaker Dun Kedah pada 26 April 2010 semasa pentadbiran Pas.

Pada PRU12, Allahyarham telah memenangi kerusi Dun Bukit Lada dengan majoriti 208 undi menewaskan calon BN, Datuk Ariffin Man. Bagaimanapun, pada PRU13 lalu, Allahyarham tewas kepada calon BN, Datuk Ahmad Sudin dengan majoriti 1,324 undi.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...