TERKINI :

Monday, October 13, 2014

PKR buat lantikan semula jawatan kepimpinan bagi penggal 2014-2017

Rafizi dilantik Setiausaha Agung PKR

SHAH ALAM - Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dilantik sebagai Setiausaha Agung PKR bagi penggal 2014-2017 menggantikan penyandangnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Petukaran jawatan itu diumumkan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pelantikan kepimpinan PKR itu dibuat bersesuaian dengan peruntukan dan perlembagaan parti.

"Rafizi diberi tanggungjawab sebagai Setiausaha Agung yang baru selain daripada tugas beliau sekarang sebagai Naib Presiden.

"Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden) dan Datuk Saifuddin dilantik sebagai Pengarah  Pilihan raya mengambil kira keperluan memperkukuhkan gerak kerja dan strategi pilihan raya," katanya dalam kenyataan tersebut.

Berikut senarai penuh pimpinan PKR 2014-2017:

Naib Presiden: Xavier Jeyakumar dan Darell Leiking
Bendahari Agung: Datin Paduka Tan Yew Kew
Timbalan Bendahari Agung: Tengku Maraziyah Tengku Sulaiman
Pengarah Strategi: Sim Tze Tzin
Ketua Setiausaha Pengelola: Fariz Musa
Pengarah Komunikasi: Fahmi Fadzil
Pengarah Guaman: Sivarasa Rasiah
Pengarah Latihan: Fuziah Salleh

Ahli MPP (dilantik):

Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Rodziah Ismail
Amirudin Shari
Mohdak Ismail
N. Surendran
Mustapha Sakmud

Pengerusi-pengerusi biro:

Pengerusi Biro Pemantapan Politik: Chua Tian Chang
Pengerusi Biro Keanggotaan: Dr Tan Kee Kwong
Pengerusi Biro Pemahaman & Pemantapan Agama: Dr Md Nur ManutyPengerusi Biro Kemasyarakatan & Aduan Rakyat: S Manickavasagam
Pengerusi Biro Pelaburan & Perdagangan: Wong Chen
Pengerusi Biro Integrasi Nasional: Dr Edmund Santhara
Pengerusi Biro Sains & Kesihatan: Dr Azman Ismail
Pengerusi Biro Pendidikan: Abas Awang
Pengerusi Biro Antarabangsa: Gooi Hsiao Leung
Pengerusi Biro Penyelaras Ahli Parlimen & Dun: Datuk Johari Abdul
Pengerusi Biro Masyarakat Felda & Perladangan: Shamsul Iskandar Mohd Akin
Pengerusi Biro Masyarakat Orang Asal: Bob Manolan
Pengerusi Biro Pekerja: Abdullah Sani
Pengerusi Biro Kepenggunaan: G Manivanan
Pengerusi Biro Kerajaan Tempatan: William Leong
Pengerusi Biro Srikandi: Siti Aishah

Ahli biro politik dilantik:

Dr Syed Husin Ali
Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Datuk Johari Abdul
Datuk Dr Mansor Othman
N Surendran
William Leong

Anwar petik Onn Jaafar jawab isu murka

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memetik pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar dalam mempertahankan perselisihan antara Pakatan Rakyat dan Istana Selangor baru-baru ini.

MP Permatang Pauh itu yang juga bekas timbalan perdana menteri berkata pemimpin Umno tersebut pernah menegaskan bahawa penubuhan parti itu untuk membebaskan Melayu daripada amalan feudalisme.

Anwar merujuk sindiran Perdana Menteri Datuk Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2015, bahawa Pakatan mengundang kemurkaan Istana Selangor apabila tegar menyerahkan satu nama untuk pencalonan menteri besar baru sebelum ini.

"Saya nak jelaskan perkara ini, sebabnya tidak mahu istilah murka ini disalah guna. Murka ini adalah apabila kita langgar, atau kita tidak hormat kepada raja.

"Saya belum keluar satu kenyataan yang mempertikaikan kedudukan raja-raja Melayu atau menghina raja dalam dewan atau luar dewan. Tetapi saya ingin ingatkan yang kita tegak dengan prinsip ini.

"Apabila Onn Jaafar (atas), seorang pemimpin kebangsaan dan pendiri Umno yang saya sangat hormati, menekankan bahawa penegasan dan hebatnya Umno itu kerana ia diasaskan untuk membebaskan dan memerdekakan minda dan negara ini daripada amalan kongkongan feudalisme.

"Itu datangnya daripada seorang tokoh bangsawan," kata Anwar yang juga ketua umum PKR di Parlimen hari ini.

Ucapan Ketua Pembangkang Bahas Bujet 2015

Penyebar fitnah ANWAR tidur dalam parlimen sewaktu Najib bentang Bujet 2015 didedahkan..!!


 ini gambar yang disebarkan...


tengok dahulu video diatas nie....

Ok sudah sekarang pie klik di link yang dinyatakan dibawah...


Pendedahan eksklusif dari TTKM : Isu DSAI tidur sewaktu BAJET2015 - Jeneral
update: siasatan di FB mendapati FB page yang mula2 menyebarkan gambar ini adalah Papa Gomo di link berikut: https://www.facebook.com/118745648220261/photos/a.470575846370571.1073741825.118745648220261/716624268432393/?type=1&theater
boleh tengok frame mana yg discreenshot oleh papagomo di awani: http://www.astroawani.com/videos/show/bajet-2015/ucapan-penuh-bajet-2015-42118 minit ke 1:29:10

Link Asal : Amenoworld

Apabila KAMAL KOH berkata usah ragu & takut dengan Presiden PasMa..!!

SIAPA KAMAL KOH.?

 

Orang lama bersama Pas, pernah jadi calun Pas, selepas PRU menjual air tebu dekat Jalan Pahang Barat.

Bakat Kamal Koh makin terserlah 1985 berikutan dengan penubuhan CCC oleh Tuan Guru Hj Yusof Rawa / Ust Fadhil Noor. Lama beliau bergiat dalam Pas. Kini mengundurkan diri dari Pas sebagai penceramah Pas kepada orang-orang Cina(Dulu Pas pernah menggunakan khidmat beliau untuk menyampaikan mesej dakwah kepada orang-orang Cina.)

Kamal Koh dan Redhuan Oon Abdullah pernah gemparkan politik Pas apabila dilantik menjadi Exco Pemuda Pas tahun 80an. Lagi gempar apabila naikkan baner tulisan Cina di Kuala Lumpur mengenai Simposium Negara Islam. Mereka pernah bertanding pilihan 1986. Selepas mereka tiada lagi orang Cina jadi exco pemuda Pas. Ia satu pembaharuan positif.

Muktahir pun Dr Ann Wan Seng pernah dilantik jd Pengarah Jabatan Penerangan Pas Pusat tahun 2005. Ketika Ust Ahmad Awang jadi Ketua Penerangan Pas Pusat. Manakala di Kelantan ada Dato Anuar Tan yang sama berganding bahu mempopularkan Islam.

Rakyat Bangkit

Kenyataan balas Presiden PasMa berkaitan kenyataan Majlis Syura Ulamak PAS.


Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang merupakan sebuah NGO dan bukan parti politik. PASMA adalah badan yang tidak terikat dengan parti-parti politik. Oleh yang demikian tidak menjadi kesalahan kepada mana-mana ahli PAS untuk menyertainya dan mengikuti sebarang aktiviti yang dianjurkan. PASMA menyediakan program pendidikan ke arah melahirkan masyarakat yang berfikiran terbuka, bersedia menerima pendapat dan pandangan yang berbeza. Ianya bersesuaian dengan ajaran Islam sendiri yang mengajar penganutnya untuk memberikan pandangan terbuka, menerima teguran, mengemukakan hujah. Islam mengajar umatnya untuk memberikan peringatan dan nasihat menasihati antara satu sama lain.

2. PASMA berusaha memperkukuhkan PAKATAN RAKYAT yang menjadi harapan rakyat Malaysia.Beberapa isu berbangkit yang sengaja ditimbulkan di kalangan beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat boleh menyebabkan perpecahan dalam PAKATAN RAKYAT. Tindakan beberapa pemimpin yang menyerang parti-parti dalam PAKATAN RAKYAT akan menyebabkan penyokong PAKATAN RAKYAT hilang keyakinan dan kepercayaan. Sehubungan dengan itu PASMA mengadakan dialog agar tokoh-tokoh politik dan akademik serta penyokong diberi peluang memberikan pandangan mereka secara bebas. Kebebasan itu seolah-olah cuba dinafikan oleh segelintir pemimpin yang merasakan mereka tidak boleh ditegur dan pengikut wajib patuh sepenuhnya.

Mana satu Pilihan Pimpinan PAS, Antara Vellfire, Alphat, Innova, Vennate, Exora & Rusa

Kepimpinan & Kesederhanaan....

 

Siapa yang tak kenal dengan Khalifah Umar al–Khatab, khalifah Kedua yang memimpin umat islam dengan kesederhanaannya.

Pada saat baru dilantik menjadi Khalifah, di berikanlah kepada beliau elaun / gaji sebagaimana yang telah di tetapkan oleh khalifah sebelumnya, Abu bakar assidiq r.a. Kebetulan di saat awal pemerintahannya harga-harga keperluan asas di pasar-pasar mulai meningkat dan mahal. Saat itulah para tokoh dari kaum muhajirin seperti Usman r.a , Ali r.a, Thalhah dan Zubair berkumpul untuk melakukan musyawarah mengenai hal ini untuk membincangkan elaun / gaji Khalifah Umar r.a.

Salah seorang dari mereka memberikan cadangan agar diberikan kenaikan elaun / gaji untuk Khalifah Umar r.a. Mereka berharap usulan ini dierima oleh Khalifah. Setelah cadangan ini disepakati oleh yang hadir, berangkatlah mereka untuk menemui khalifah.

Oktoberfest : Presiden Geng Ustaz tegur pimpinan PKR & DAP yang tidak hormat Islam

Oktoberfest: Pimpinan PKR, DAP tidak homat Islam

Oktoberfest 
SHAH ALAM – Kemunculan beberapa pemimpin politik bukan Islam dari kalangan PR di pesta arak Oktoberfest seperti yang dipapar media sosial baru-baru ini menunjukkan seolah mereka mencabar umat Islam di negara ini.

Presiden Geng Ustaz, Norazli Musa berpendapat, pimpinan PR sepatutnya memahami bahawa persoalan hak meminum arak dari kalangan bukan Islam tidak dipertikaikan.

“Mereka bukan sekadar menunjukkan kedegilan meneruskan majlis yang bercanggah tatasusila adat budaya ketimuran, malah mencabar keluhuran perlembagaan Islam sebagai agama rasmi negara.

“Apa lagi ia diteruskan juga walaupun ada pimpinan ulamak Pas menghantar memorandum bantahan terhadap penganjuran pesta arak Oktoberfest di Majlis Perbandaran Petaling Jaya baru-baru ini,” katanya melalui sebuah kenyataan yang disiarkan melalui laman Facebook rasmi Dewan Pemuda Pas.

Baik NAJIB campak aja slogan 1Malaysia jika macam ini punya kelaku..!!

Najib buktikan beliau sendiri tak faham apakejadahnya 1Malaysia itu...

 
Kenyataan Datuk Seri Najib Razak awal hari ini mengingatkan masyarakat Cina tidak membuat tuntutan kepada kerajaan sekiranya mereka tidak menyokong Barisan Nasional (BN) menerima kritikan hebat pemimpin pembangkang, ahli akademik dan pengguna Internet.

Mereka berkata, sebagai perdana menteri bagi sebuah negara, Najib seharusnya mewakili semua rakyat Malaysia dan mendengar permintaan semua pihak, baik yang menyokong partinya mahu pun yang menentang.

Pengguna media sosial pula, sesetengahnya melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Najib yang dibuat semasa berucap di Perhimpunan Agung MCA itu, mengatakan beliau sendiri tidak berpegang kepada slogan 1Malaysia yang diilhamkannya.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menulis di dalam akaun Twitternya: "Masih terus dgn nada angkuh..."

Melayu lemah, salah siapa?

Muhammad Ali Hashim

http://ilmuanmalaysia.com/wp-content/uploads/2012/09/aroundtown_merdeka.jpg
SEMUA Melayu yang cintakan bangsanya pasti berasakan kedudukan Melayu hari ini paling tertekan dan terancam, iaitu situasi genting yang belum pernah berlaku dalam sejarah kehidupan bangsa. Hari ini semakin ramai melihat ancaman terhadap Melayu satu isu hidup-mati bangsa atau existential threat, kerana Melayu dihujani ancaman serentak dari semua sudut kehidupan.

Bukan sahaja ekonomi layu dan politik tergugat sejak beberapa lama. Kali ini semua hak Melayu dipersoal, termasuk status dan hak di sisi undang-undang dan perlembagaan. Demikian juga keutuhan sosial dan budaya Melayu digoncang hingga ke akar-umbi, langsung mencabar kedudukan agama dan nilai hidup serta tamadun Melayu sekali pun. Prospek generasi depan Melayu semakin tidak menjanjikan kepastian, seolah-olah semua yang dimiliki dan dicapai selama ini semakin beransur terlepas daripada genggaman dan kawalan bangsa.

Tambahan pula, sumber ancaman bukan sahaja berciri domestik atau dalam negara. Badai dan gelora global kelihatan lebih kencang menggugat dan melanda semua. Kedudukan Melayu sebagai Muslim turut tercabar hebat setelah negara dan umat Islam seluruh dunia semakin tergugat, terjejas konflik dan keganasan berpanjangan, mengakibatkan kesucian dan kebesaran agama Islam dan status tamadun umat terbaik atau “khaira ummah” dicabar dan dipersoal.

Hidup Melayu!! Hidup Melayu!! Bila sampai 40tahun akhirnya "LAYU"..!!

Nasib peniaga Melayu tidak terbela

Nasib peniaga Melayu tidak terbela

KIRA-kira 40 tahun lalu, Wisma Yakin begitu popular kerana bangunan 11 tingkat di Jalan Masjid India itu terkenal sebagai ruang rezeki peniaga Melayu.

Bangunan itu bukti bertapaknya kuasa perniagaan Melayu di tengah bandar raya khususnya tekstil dan dianggap syurga membeli-belah suatu ketika dulu.

Bagaimanapun, sejak beberapa tahun lepas kemeriahan Jalan TAR hanya dirasai ketika Ramadan dan Syawal.

Kompleks yang menempatkan 30 unit kedai di tingkat bawah yang selama ini menjadi kebanggaan warga kota membeli baju Melayu kian hilang serinya.

Sebaliknya bazar moden di depan Wisma Yakin dan kehadiran pusat membeli-belah serta gedung tekstil yang banyak telah ‘mengancam’ mata pencarian peniaga asal di wisma berkenaan.

Saiz kerajaan Najib perlu dikecilkan, elak belanja besar

Tan Sri Muhammad Ali Hashim  
Tan Sri Muhammad Ali Hashim

SHAH ALAM - Kerajaan disarankan perlu mula memikirkan cara untuk mengecilkan saiz kerajaan yang disifatkan terlalu besar itu hingga memakan belanja yang begitu banyak.

Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia, Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata, langkah itu perlu bagi mengawal perbelanjaan negara yang terlalu banyak diperuntukkan dalam pengurusan.

“Sekarang ini Bajet (2015) sudah lepas jadi kerajaan perlu memikirkan bagaimana untuk mengecilkan saiz kerajaan. “Maknanya, sekarang ini kerajaan terlalu besar, apabila terlalu besar banyak belanja. Apabila belanja besar, (kerajaan) tak cukup duit. Sampai bila pun tak boleh selesai. Rakyat makin susah,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian ketika mengulas Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat lalu.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...