TERKINI :

Saturday, October 11, 2014

[RAHSIA] Bermula hari ini sila isi minyak dalam LITER bukan lagi RM...!!!

MAI SAYA NAK AJAR MATEMATIK SKIT......

 
Amalkn pengisian myk dlm jmlh liter, bkn nya ringgit.

Contoh:

Pergi ke kaunter, ckp nk isi 20 liter. pastu byr RM46. ini lbh baik drpd isi RM40, krn jmlh minyak yang masuk adalh 15.7894737 liter. Sedangkn nozzle hanya menyukat sehingga 2 tmpt perpuluhan shj.

Maknanya kita rugi 0.0094737 bg setiap pengisian RM 40. bayangkan, kalau setiap hari ada 1000 org y isi RM40, stesen mykk dah untung 9.4737 liter. itu kalau 1000 org, kalau 1p hari? sebulan? itu hanya pengiraan ringkas utk pengisian RM40 sahaja. bayangkn, brapa byk stesen minyak akn untung ats selisih kiraan jumlah liter ini.

Sbb itu stesen myk selalu bt program cabutan bertuah dgn pembelian minimum RM40. mereka mahu menanam sifat mengisi myk mengikut nilai rm, bkn ikut nilai liter.

Isi dalam liter.
1liter harga rm2.30
isi lah rm23 jadi 10liter
isi rm46 jadi 20 liter
isi rm69 jadi 30 liter

kalu isi 35 liter darab dgn rm2.3.
kalu isi guna jumlah duit, liter tu akan dibundarkan ke jumlah trdekat.
contoh 31.777 liter. rugi sikit, tp kalu tiap2 hari toukeh stesen minyak yg untung

"dapat petua dr WA lain....boleh pakai tak ? "

dari FB

Pergh Hebat Melaka : OktoberFest ada, Melaka Berselawat pun ada..!!

  

INFO TERKINI :

[Video] PasMa dengan isu Jatuhkan Presiden PAS, Golongan Kecewa & Punca Kejatuhan PAS Kedah

TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG BUKAN PRESIDEN PAS SEUMUR HIDUP : PHAHROLRAZ

Presiden PASMA menjelaskan bahawa Ustaz Haji Abdul Hadi Awang bukanlah Presiden PAS seumur hidup. Beliau menjelaskan demikian semasa menjawab soalan daripada peserta Dialog PASMA Daerah Kuala Muda yang diadakan malam tadi bertempat di Dewan Hotel Seri Malaysia, Sungai, Petani, Kedah Darul Aman. 
Beliau juga menjelaskan bahawa jawatan presiden yang disandang beliau sekarang akan berakhir pada tahun depan apabila muktamar diadakan. Pada masa itu, para perwakilan PAS yang berhak menentukan siapa presiden PAS yang seterusnya. Mengiktu perlembagaan PAS, ahli-ahli PAS berhak untuk dicalonkan untuk memegang sebarang jawatan dalam PAS. 
Di samping itu, semasa menjawab soalan daripada pendengar WADAH.FM yang mengadakan siaran secara lansung ke seluruh negara, mengenai kejatuhan Kerajaan PAS Kedah yang dikatakan beliau menjadi faktor utama. Dato Phahrolrazi menjelaskan bahawa beliau adalah Exco Kanan Kerajaan Negeri Kedah pada masa itu. 

MH370: CEO Emirates Gesa Nilai Semula Bahan Bukti Secara Telus


PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Emirates Airlines Tim Clark menggesa penyiasat menilai semula semua bukti dan mengkaji semula punca-punca yang membawa kepada kejadian kehilangan penerbangan MN370 sejak tujuh bulan lalu.

Dalam temu bual dengan majalah Jerman Der Spiegel, Clark berkata MH370 terus menjadi satu misteri penerbangan terbesar dan menyatakan kebimbangannya ia akan terus diperlakukan sedemikian.

"Kita mempunyai kewajipan kepada penumpang dan anak kapal MH370 serta keluarga mereka. Kita mempunyai kewajipan untuk tidak menyembunyikan apa yang berlaku, tetapi perlu menanganinya dan melakukan yang lebih baik daripada apa yang telah dilakukan," katanya.

Clark berkata semua fakta dan angka terkumpul setakat ini perlu dicabar dan diperiksa dengan telus.
"Terdapat banyak maklumat di luar sana, yang kita perlu lebih berterus terang dan telus. Setiap saat penerbangan itu perlu diperiksa sehingga ia, secara teori, berakhir di Lautan Hindi, yang mana mereka masih belum menemui satu pun kesan, walaupun kusyen tempat duduk.

Zaman Azizan tak mau Ikut Ulamak, mai zaman Khalid kalut suruh ikut Ulamak

oleh AnakKedah007

 

Apa sudah jadi dengan PAS sekarang ini.. dicanag satu dunia mengatakan PAS nie parti Islam yang bersama ULAMAK tapi bila dilihat akan kisah yang terjadi ia sudah macam ada perkara lain yang sedang berlegar...
PAS & Ulamak ibarat satu candu yang ditanamkan dalam otak pemikiran ahli untuk tidak membantah dan wala akan apa keputusan dibuat...
Namun dilihat dari 2 isu besar yang melanda PAS iaitu diwaktu mana suara ULAMAK itu diguna pakai nampaknya sudah ada percanggahan.... dimana dalam ISU KEDAH iaitu sewaktu Dewan Ulamak PAS Kedah mengusulkan kepada PRESIDEN bahawa Azizan perlu turun jawatan MB KEDAH namun sewaktu tersebut tiada siapa yang menerima akan keputusan ULAMAK PAS KEDAH....

Sudahlah MAHFUZ oi, bila elaun naik untung kat hangpa macam dalil hang bawa nak bagi halal..!!

Naik elaun bukan peluang jadi kaya - Mahfuz

KUALA LUMPUR: Kenaikan elaun kepada ahli-ahli parlimen perlu seiring dengan komitmen dan perkhidmatan kepada rakyat.

Bagi Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, beliau berkata pengumuman kenaikan elaun itu satu cabaran kepada ahli parlimen bagi memastikan mereka mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) dan benar-benar membela rakyat.

"Rakyat memerlukan pembelaan dari wakil rakyat atas ketidakadilan yang berlaku. Kenaikan elaun ini sebagai upah untuk membela rakyat. Ia bukan peluang untuk jadi kaya.

"Ia mesti disusuli dengan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan khidmat kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Bajet 2015 semalam bahawa kesemua 222 Anggota Parlimen akan menikmati kenaikan elaun, berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.
  

Kumpulan pertama jemaah haji pulang hari ini

MAS
KUALA LUMPUR - Penerbangan pertama Malaysia Airlines (MAS) membawa pulang jemaah haji Malaysia daripada Tanah Suci tiba awal hari ini.

Penerbangan MH8201, membawa 279 jemaah haji, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 4.05 pagi, kata MAS dalam kenyataan dan menurutnya penerbangan itu berlepas dari Jeddah pada 2 petang (waktu Arab Saudi) semalam.

Semua jemaah berkenaan diwajibkan menjalani pemeriksaan seperti disyaratkan Kementerian Kesihatan bagi mencegah penyebaran merentas sempadan virus Ebola yang telah menjangkiti dan meragut nyawa penduduk di barat Afrika.

"Kementerian telah mewujudkan kaunter-kaunter kesihatan di pintu ketibaan untuk memastikan semua jemaah dan kru MAS diperiksa," menurut kenyataan itu.

Penculik minta RM2.9 juta, Malaysia cuba runding bebas konstabel tanpa tebusan, kata polis

Malaysia sedang berunding dengan kumpulan penculik bagi pembebasan tanpa bayaran tebusan anggota polis marin Konstabel Zakia Aliep yang diculik di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, Semporna pada Julai lepas.

Pengarah Jabatan Keselamatan Negeri Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Senior DCP Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim berkata rundingan sebelum ini menemui jalan buntu kerana kumpulan penculik menuntut wang tebusan yang tinggi antara RM3 juta hingga RM10 juta.

Katanya Zakia yang diculik kumpulan penceroboh pada 12 Julai lepas berada dalam keadaan sihat dan selamat berdasarkan panggilan telefon kepada isterinya dan beliau dipercayai berada di lokasi di pedalaman selatan Filipina bersempadanan dengan Sabah.

"Kita tengah berunding. Mereka menuntut 40 juta peso (RM2.9 juta). Kadarnya ada naik dan turun. Mereka ada memberi sepuluh hari dan kita tunda. Rundingan masih boleh diteuskan.

Sabah Sarawak dapat 1000KM lebuhraya, Kelantan dapat lebuhraya cokelat angin sahaja

BAJET 2015: PENGHARAPAN YANG KECUNDANG

http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/LebuhrayaKB-KualaKraimuladibina/pix_gal2http://photos1.blogger.com/blogger/3413/2959/1600/FIN1_MAP.0.jpg
Setiap tahun rakyat Kelantan termanggu di depan televisyen melihat Menteri Kewangan membentangkan belanjawan. Pengharapan yang cukup tinggi untuk melihat sesuatu mengalir ke bumi Kelantan.

Tahun ini sekali lagi bajet yang kononnya untuk rakyat mengecewakan rakyat Kelantan. Di saat rakyat Sabah mendapat manfaatnya bila PM mengumumkan pembinaan lebuhraya Borneo sejauh 1000 kilometer lebih. Rakyat Kelantan masih bergelut dengan lebuhraya maut.

Lebih memeritkan, disaat hasil bumi Kelantan yang disedut secara rakus oleh Petronas seolah kami ini umpama tidak mempunyai apa-apa hak yang sewajarnya.

Dato Mustapha Mohd yang juga Menteri penuh dalam kabinet Najib seakan mengiyakan dan membiarkan Kelantan diperlakukan sedemikian.

Penarikan Subsidi Minyak - Petanda Krisis Adil & Ihsan Kerajaan BN


Dewan Pemuda PAS Kedah melihat keterhakisan unsur ihsan dalam pentadbiran kerajaan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak apabila subsidi demi subsidi dikurangkan untuk kestabilan sosial masyarakat Malaysia.

Pihak kami merasakan sudah sampai masanya kerajaan berhenti menipu rakyat apabila sering memberi alasan kenaikan harga minyak Malaysia seiring dengan kenaikan harga minyak global.

Maklumat kasar hari ini sekitar harga minyak mencatat AS$90.73 setong, berbanding pada bulan Julai iaitu pada harga AS$103 setong. Malah diramalkan kejatuhan harga minyak berlaku sejak empat tahun dan dijangka akan berterusan lagi.

Ia mampu diakses oleh sesiapa sahaja walaupun individu itu tidak mengambil mata pelajaran perdangangan atau ekonomi asas di sekolah. Ini maklumat umum yang diketahui rakyat sendiri.

Agen Yahudi: Nik Abduh anak murid Mahathir?

Nik Abduh menegaskan sekali lagi tuduhannya terdapat konspirasi antarabangsa yang cuba menjatuhkan Presiden PAS Hadi Awang dan memencilkan Majlis Syura Ulama daripada mendominasi parti dan Pakatan Rakyat.

Namun kali ini Nik Abduh menyertakan sekali unsur Yahudi yang menyusup masuk ke dalam parti PAS.

"Sama ada sedar atau tidak sedar itu yang saya tegaskan, ahli PAS mesti mempunyai kesedaran yang tinggi, kadang-kadang kita fikir ini baik, tetapi kita tidak sedar ia dirancang, seperti disebutkan (wujud) gerakan antarabangsa (konspirasi Yahudi) sekiranya dirancang dan diberi sokongan pemikiran seperti ini, jadi ia akan mengubah PAS," katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno Utusan

Sebelum ini, rakyat Malaysia hanya mendengar konspirasi Yahudi disebut oleh bekas PM Dr Mahathir Mohamad. Bagi Mahathir semua yang buruk berlaku dalam negara adalah disebabkan Yahudi walaupun beliau adalah pemimpin yang aktif bekerjasama dengan usahawan dan pemimpin pro Yahudi/Zionis di peringkat antarabangsa.

Bujet NAJIB untuk program "BINI" bertambah tak mau-mau..!!!

 


INFO SEMASA:

Hutang PTPTN diburu guna CCRIS, hutang kroni dilepas

Oleh Rafizi Ramli

RAFIZI_HQ
Saya meneliti keputusan PTPTN untuk menyenaraikan penghutang PTPTN di dalam CCRIS sebagai langkah mengutip hutang PTPTN. Saya juga sedia maklum alasan-alasan yang diberikan oleh YB Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO yang telah membuat “U-turn” dari pendirian awalnya dengan menyokong keputusan PTPTN kali ini.

RAFIZI_HQPada pandangan saya, bangkangan terhadap cadangan melaksanakan CCRIS ini bukanlah semata-mata soal tidak mahu membayar hutang. Sementara saya bersetuju bahawa kadar kutipan hutang PTPTN perlu diperbaiki, ada cara lain yang boleh digunakan oleh PTPTN tanpa perlu menganiaya peminjam melalui CCRIS ini. Lebih penting, pimpinan-pimpinan Umno/Barisan Nasional tidak boleh menutup mata kepada persoalan moral yang lebih besar apabila PTPTN menyenaraikan peminjam-peminjam PTPTN ini di dalam CCRIS.

YB Saudara Khairy Jamaluddin perlu menjawab kepada golongan muda kenapakah Umno/Barisan Nasional tidak menggunakan pendekatan menyenarai hitam dan langkah-langkah yang kasar begini terhadap kroni dan niagawan yang hutang mereka kepada kerajaan jauh lebih tinggi dari jumlah hutang tertunggak (yang dianggarkan RM1 bilion) yang mahu dikutip melalui CCRIS ini?

Ini sebabnya TS Khalid simpan 3 bilion?

MAJDAN DAGANG | 08 Oktober 2014.

Catatan sejarah sebuah kejayaan


Mengikut catatan dalam garis masa sejarah syarikat Kumpulan Guthrie Berhad, 1821 - 2007;

1981: The Dawn Raid: 7 September. 30-40 stockbrokers from Rowe & Pitman began buying GCL shares for PNB. Khalid Ibrahim obtained stakes held by Bank Simpanan Nasional, Genting and a Kuwaiti group.

Tun Ismail in Singapore attempted to buy stake held by OCBC. By end of the trading day, PNB held 47% of Guthrie; within a week 51%; in 3 months; control over the entire company.

Dalam catatan ini jelas menyebut dua nama penting dalam pengambilihan iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim dan Tun Ismail Ali.

Syarikat ini diasaskan oleh Alexander Guthrie yang menubuhkan Guthrie & Coo, di Sungapura pada tahun 1821 dan merupakan antara syarikat perdagangan British yang terawal di Asia Tenggara. Syarikat ini mempunyai pelbagai perniagaan dan salah satunya ialah mempunyai ladang getah dan kelapa sawit yang terbesar di Malaysia malah di dunia. Pada tahun 1965, Guthrie Corporation Limited disenaraikan di Bursa Saham London.

Namun, selepas 160 tahun penubuhannya, syarikat ini berjaya diambil alih oleh kerajaan Malaysia. Peristiwa bersejarah ini berlaku pada 7 September 1981 dan dikenali sebagai “Dawn Raid” atau Serangan Subuh. Pengambilalihan ini tentu sahaja mengejutkan kerajaan British kerana Guthrie merupakan antara syarikat perladangan terbesar milik mereka.

Naik elaun ahli parlimen, turun harga minyak

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar tidak menolak kenaikan elaun ahli-ahli parlimen yang diumumkan Perdana Menteri dalam Bajet 2015.

Jelas beliau, kenaikan tersebut akan memberi lebih banyak ruang kebajikan kepada rakyat setempat.

"Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) meminta kerajaan menaikan elaun ahli parlimen dengan alasan tidak cukup untuk rakyat, sedangkan mereka mendapat peruntukan.

"Kita tidak pernah mendapat apa-apa peruntukan dan dengan kenaikan ini dapat memberi ruang kita untuk berkhidmat lebih baik kepada rakyat," jelasnya kepada Harakahdaily.

Namun katanya, kenaikan ini turut dilihat tidak adil apabila kerajaan tidak mengambil pendekatan menurunkan harga minyak.

Bajet 2015 adalah Bajet Orang Kaya

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

 

1) Saya tak mahu ulas lagi mengenai projek Lebuh-lebuh raya dan MRT yang menelan puluhan bilion ringgit. Biarpun projek ini adalah untuk meningkatkan kemajuan infratsruktur, ia akan mengkayakan orang yang sedia kaya - yakni kontraktor kroni serta yang berkaitan dengannya.

2) Saya mahu sentuh bahagian bonus 1/2 bulan gaji kepada penjawat awam. Sekali dengar, seronoklah para penjawat awam, akan menikmati gula-gula 1/2 bulan bonus awal tahun depan.

3) 1/2 bulan gaji hanyalah untuk keseronokan orang kaya. Orang yang bergaji besar. Gaji sebulan RM20 ribu, januari 2015 akan jadi RM30 ribu. Orang bergaji 10 ribu, akan dapat RM15ribu awal tahun depan. Tapi penjawat awam bergaji RM1200, awal tahun depan akan dapat RM1800. Bonus RM600... sama mcm BR1M saja.

4) Sama mcm one off BR1M. Orang bergaji besar, bonusnya besar. Jadi, Bajet ini sebenarnya untuk raikan orang kaya. Yang selalu sebut "bersyukulaa dapat juga 500...drpd tak dpt langsung.. sayang DS Najib...muuaaahhh..." adalah yg dapat bonus kecil.

Mujurlah Ada BR1M....

Mullah Ada BR1M....

 
Apakah yang menariknya Bajet 2015 yang bertemakan EKR atau Ekonomi Keperluan Rakyat yang dibentangkan oleh Najib Razak kali ini?

Rata-rata orangramai bertanya di manakah istimewanya bajet kali keenam yang dibentangkan Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ini setelah rakyat dikejutkan dengan kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen pada 2 Oktober lalu.

Satu-satunya yang dianggap menarik dan boleh dijadikan bahan utama berita hanyalah kenaikan jumlah BR1M daripada RM650 kepada RM950 bagi yang berpendapatan di bawah RM3 ribu sebulan dan kenaikan daripada RM450 kepada RM750 bagi yang berpendapatan antara RM3 ribu hingga RM4 ribu.

Bayaran BR1M yang akan dibuat secara ansuran tiga kali setahun ini diprercayai untuk mengurangkan beban kehidupan rakyat berikutan kenaikan harga minyak yang dikecam orangramai kerana diumumkan hanya menjelang tiga hari sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha, baru-baru ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...