TERKINI :

Friday, October 10, 2014

Tahniah ahli parlimen sebab naik gaji dari duit kesengsaraan rakyat...!

Elaun MP naik, kenaikan gaji menteri ditangguh

Kesemua 222 Anggota Parlimen akan menikmati kenaikan elaun, berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.
    
Selain itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara serta timbalan Yang Dipertua juga akan menikmati kenaikan gaji dan elaun.
    
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata elaun Anggota Dewan Rakyat akan dinaikkan daripada bersamaan Gred 54 kepada bersamaan gred Jusa C
manakala elaun anggota Dewan Negara akan dinaikkan daripada bersamaan gred 48 kepada bersamaan antara gred 54 dan Jusa C.
    
"Tanggungjawab seorang anggota Parlimen begitu besar dan bermakna pada komuniti dan masyarakat setempat. Mereka adalah ketua yang perlu memimpin
masyarakat setempat dari semua aspek termasuk kebajikan, keagaman, sosial dan pendidikan.
    
"Dengan kata lain, khidmat anggota Parlimen sebagai wakil atau pemimpin di kawasan Parlimen masing-masing adalah mendesak tidak mengira waktu.
    
"Bagi mencerminkan tahap tanggungjawab dan kepimpinan ini, saya mencadangkan agar elaun anggota Parlimen dinaikkan," katanya ketika membentangkan "Bajet
2015: Ekonomi Keperluan Rakyat" di Dewan Rakyat  hari ini.
    
Namun begitu, Najib yang juga menteri kewangan berkata kerajaan telah mengambil keputusan supaya semakan kenaikan gaji bagi anggota pentadbiran dikaji serta ditangguhkan keputusannya sehingga satu masa yang bersesuaian.
    
"Ini termasuklah perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri-menteri kabinet dan timbalan-timbalan menteri," katanya.

- Bernama

HOSPITAL PENDANG masih tidak dibina dalam bujet 2015..apa cerita nie MAN BEDUN..??

oleh anakkedah007


Nampaknya kempunan lagilah PENDUDUK PENDANG untuk dapat hospital... sudah berapa kali bertukar MP..dari PAS ke BN kemudian PAS sekarang BN semula namun hajat untuk dapat hospital kempunan sampai sekarang...

Walaupun hajat ini sudah dipersembahkan kepada TUANKU SULTAN dan sampai TUANKU MURKA sebab rakyat nya dipermainkan sebegitu sahaja oleh Kjaan BN...

MH17: Peluang Kembali Ke Lokasi Kemalangan 'Semakin Jauh' - Kabinet Belanda


THE HAGUE: Kabinet Belanda berkata bahawa peluang untuk kembali ke lokasi kemalangan MH17 adalah 'semakin jauh'.

"Ia seolah-olah mustahil untuk kembali ke lokasi kemalangan dalam jangka pendek, dalam keadaan yang berterusan tidak stabil dan tidak selamat," katanya dalam surat kepada Parlimen Belanda.

Usaha-usaha untuk mendapatkan semula barang-barang peribadi mangsa dan menyerahkannya kembali kepada saudara-mara juga masih diteruskan, kata surat itu, yang ditandatangani oleh menteri-menteri keadilan, pertahanan dan luar Belanda.

Beberapa laman dalam bahasa Rusia telah ditubuhkan di Facebook dan Vkontakte untuk menggesa orang ramai melaporkan penemuan barang-barang atau bahagian badan ekoran kemalangan itu, menurut surat itu.

Ia juga menggesa agar lokasi kemalangan dipastikan selamat bagi membantu mengenal pasti mayat.

"Tambahan pula, tujuannya juga adalah untuk mencari bangkai pesawat dari kawasan itu. Untuk melakukan ini, akses adalah penting dan kerjasama daripada pemisah yang mengawal kawasan itu diperlukan."

RON97 kena GST, RON 95, Diesel & LPG tak kena sebab dah naik 20sen dah baru-baru nie..!!

Akal putar alam siapa tak kenal jika namanya BN....pusing sana pusing sini last hadiah kepada pengundi dacing ialah GST....

Cuba fikirkan elok2.. Kalau petrol RM2.10 dikenakan GST,ia bersamaan RM2.23..tapi sekarang petrol RM2.30..nampak tak permainan die..

 

Bil Letrik lebih RM77.00 sebulan atau lebih 300 unit pertama akan dikenakan GST

Kadar penggunaan elektrik yang tidak dikenakan GST dinaikkan daripada 200 kepada 300 unit pertama....

Jadi selepas ini mana yang kena bil letrik RM77.00 keatas maka anda akan dikenakan GST....

TAHNIAH kepada pengundi BN.....


Sorotan Bajet 2015 yang sedang dibentangkan NAJIB dalam parlimen sekarang

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan Bajet 2015 di Parlimen.– Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 Oktober, 2014.
Berikut ialah sorotan Bajet 2015 bertemakan "Bajet Ekonomi 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat" yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, hari ini.

* Bajet 2015 pelengkap kepada Rancangan Malaysia Ke-10.

* Rancangan Malaysia Ke-11 akan dilancarkan pada Mei 2015.

* Satu pendekatan baharu di kenali sebagai Strategi Pembangunan Nasional Malaysia (MyNDS) sedang digariskan.

* Bajet 2016 akan menjadi pemula kepada pelonjak akhir memacu separuh dekad Malaysia dalam menuju status ekonomi maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

* Sejak 2009, sejumlah 196 projek daripada 12 NKEA dan 6 SRI telah dilaksanakan.

Hakim: Kartun tak perlu serius seperti prosa

 
  Kartun, satira dan parodi tidak seharusnya diambil serius sama seperti tulisan prosa, kata seorang hakim Mahkamah Rayuan.

Dalam penghakiman bertulis yang dikeluarkan semalam, yang membatalkan pengharaman buku kartun oleh kartunis politik Zunar, Hakim Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff berkata, semua kartun adalah bertujuan untuk "membesar-besarkan, menyindir dan kehidupan parodi".

Ini termasuk ruang "kehidupan politik", kata Hakim Mohamad Ariff.

“Kita bukan berdepan dengan karya sastera dalam bentuk tulisan prosa yang serius. Sebaliknya kita berdepan dengan kartun, kartun politik, satira dan parodi...

Punca Isu KEDAH & SELANGOR berlaku adalah kerana kuasa VETO PRESIDEN PAS..!!

Sembang kencang suruh ikut ULAMAK..tapi bila berlaku di KEDAH sewaktu ARWAH UST AZIZAN memerintah dahulu PRESIDEN PAS tak ikut pun kata ULAMAK... 
Beliau juga mengguna juga kuasa VETO dia mcmana berlaku menghantar nama MB dalam krisis Selangor tempohari....
DEWAN ULAMAK PAS KEDAH membuat keputusan supaya AZIZAN berundur namun apa yg berlaku....
ini cabutan mesyuarat DEWAN ULAMAK PAS KEDAH....

GAJI MP & MENTERI... barua aihh hangpa...banyak nie pun hangpa kata tak cukup lagik..!!

Inilah Gaji Bulanan Shahidan Kassim - Menteri YG Sedih Kena Ikat Perut Sebab Gaji Rendah!

Shahidan Kassim berkata depan wartawan ;



Sebagai seorang ahli parlimen, dia sendiri terpaksa ikat perut kerana gaji ahli parlimen kat Malaysia antara paling rendah di dunia.

Owh ek?

Paling rendah gaji = dengan kualiti kerja yang rendah = apa salahnya?

Kena ikat perut? Elok jek membuncit aku nampak. Pernah tak makan ke kau?

Haha.

Jom. Kita kaji jap gaji si Shahidan Kassim, menteri ikat perut neh. Untuk rekod, Shahidan Kassim bukan sahaja seorang menteri, bahkan seorang ahli parlimen bagi kawasan Arau.

Rujukan : http://www.parlimen.gov.my/profile-ahli.html?uweb=dr&id=3060

Dan ini la gaji anggaran yang dia terima tiap2 bulan termasukla elaun berserta faedah ;

Rujukan : http://www.parlimen.gov.my/images/webuser/akta/Akta%20237%20BM.pdf

- Ada menyatakan bahawa gaji bagi tiap2 ahli parlimen ialah 6,508,59.

- Jika seseorang ahli parlimen dilantik sebagai ketua pembangkang macam Anwar Ibrahim, dia punya gaji bertambah sebanyak 3,846.59.

Maksudnya 6,508.59 + 3,846.59 = 10,355.18 sen itulah gaji basic ketua pembangkang di negara ini.

- Shahidan Kassim ialah menteri di jabatan perdana menteri, yakni dia ditarifkan sebagai menteri maka gaji dia sebagai menteri ialah 14,907.15 tiap2 bulan. 

Yakni 6,508.59 sen + 14,907.15 = 21, 415.74 sen tiap2 bulan. Ini hanyalah gaji basic semata2.

Apakah status LEMBU sumbangan Mukhriz sewaktu raya haji...Korban? Akikah? Sedekah?

oleh AnakKedah007
nak kena bagi clear dulu apakah STATUS LEMBU SUMBANGAN KJAAN NEGERI KEDAH sempena RAYA KORBAN nie..

bukan apa nak tanyalah sikit sebab orang banyak dok sembang kata itu lembu korban tapi jika mengikut syarak lembu korban nie dia ada tuan dia dia ada nama empunya yang nak buat korban...sekurang2nya 7 orang atau dalam bahasa korban 7 tompok...

Jadi nak tanya bagi clear laa lembu yg MUKHRIZ bagi bawah GLC tu status apa... KORBAN kah, AKIKAH kah ataupun sumbangan kerajaan negeri sahaja


Jika dah jadi macam nie maka LEMBU tersebut sudah jadi.....

Selepas minyak naik, giliran anak muda jadi mangsa senarai hitam PTPTN

Md Izwan

Nampaknya tahun ini malang untuk anak muda, baru sahaja minyak naik, mereka berdepan pula senarai hitam pinjaman PTPTN.

Ini umpama sudah jatuh ditimpa tangga dengan tahun depan cukai GST akan berkuatkuasa, anak muda nampaknya bakal berdepan dengan segala-galanya mahal, tetapi pakar-pakar berkata memadai RM2,500 untuk menyara kos sara hidup.

Setakat ini saya bertemu rakan-rakan sebaya, ada masih bujang dan sudah berkeluarga, semuanya mengeluh dengan anggaran RM2,500 diberikan tersebut.

Mungkin ada rasional hujah rakan saya mengatakan, "Kalau mahu kahwin, kahwin tahun ini. Silap-silap borang daftar nikah pun kena caj," dalam nada gurauan.

Mengenai anggaran pendapatan tersebut, saya sendiri tertanya bagaimana pecahan belanjawan yang akan anak muda ini buat, selepas ditolak KWSP, gaji bersih mereka hanya sekitar RM2,300.

Apabila Sukan "SEPARUH BOGEL" datang Malaysia tak ada sekoq pun nak membantahnya..!!


John Cena dan Big Show sampai dah, akan ramai lagi yang akan menyusul. Baju nampak elok, korang tunggu 10 dan 11 October ini semua jadi separuh bogel.

Komen banyak tak maulah, kang nanti ada peminat-peminat WWE hentam tikaqbuloh. Pendapat tikaqbuloh, game ni memang tak sesuai diadakan di Malaysia, banyak mendatangkan kesan negative daripada positive.
 

Pembentangan Bajet, dan pujian 'cendiakawan-cendiakawan' negara

oleh Aspan Alias

http://www.malaysiaedition.net/wp-content/uploads/2014/07/Bajet-2015.jpgPetang nanti, jika kita tidak ada apa rancangan untuk melakukan apa-apa program keluarga, kita boleh mendengar ucapan pembentangan bajet bagi tahun 2015 oleh Dato Seri Perdana Menteri Najib di Parlimen. Pembentangan bajet ini adalah satu yang dilakukan setiap tahun untuk memberitahu rakyat jumlah akan dibelanjakan untuk pengurusan negara dan jumlah wang yang akan diperuntukan untuk pembangunan negara bagi tahun hadapan, dan ianya perlu diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara kita.

Kita tidak tahu apa yang akan dibentangkan oleh Najib, apakah insentif-insentif untuk rakyat dan bagaimana kerajaan akan mendapatkan sumber kewangan bagi menguruskan kerajaan dan pembangunan negara keseluruhannya. Setiap tahun, kecuali semasa kita ditadbir oleh Mageran dahulu, kita dibentangkan dengan belanjawan negara dan setiap pembentangan bajet itu adalah untuk kebaikan rakyat dan negara.

Selalu dan biasanya Menteri Kewangan akan membentangkan cadangan untuk diluluskan oleh Parlimen bagaimana kerajaan mendapatkan sumber kewangan, dan apa-apa yang perlu seperti yang mana satu cukai yang akan diturunkan dan yang mana yang dinaikkan atau yang akan dimansuhkan mengikut perincian dan pertimbangan kerajaan untuk menghadapi rakyat dalam isu perbelanjaan negara pada tahun berikutnya dan dalam kes ini ialah bagi tahun 2015 nanti.

Rahsia YB Saari Sungib kenapa melompat & dikatakan barua akhirnya Terbongkar..

Rahsia YB Saari Sungib Akhirnya Terbongkar.. Ikuti Penjelasan Sahabatnya

Dalam tempoh berlakunya krisis Menteri Besar Selangor, ada dua keadaan yang buat saya terlopong dan benar-benar terkejut serta sukar menerima kenyataan.

Satunya bila lewat tengah malam saya menerima berita daripada seorang sahabat yang meminta saya menyemak dengan ahli keluarga YB Saari Sungib apakah benar berita bahawa beliau sedang krikital lantaran serangan jantung.

Ini berlaku setelah di siang harinya, iaitu pada 15 September, YB Saari Sungib bersama ADUN Morib YB Hasnul Baharuddin telah secara terbuka menyatakan sokongan mereka dengan pencalonan Dato’ Seri Wan Azizah sebagai Menteri Besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang dipecat keahlian daripada PKR. Mereka menandatangani akuan bersumpah menyokong pilihan PKR.

Mereka kemudiannya dihina dan dikutuk sebagai pengkhianat. Paling teruk mereka dituduh dengan kesat sebagai pengkhianat parti dan mengkhianati sumpah yang mereka lafazkan sebagai syarat ketika bertanding dalam pilihanraya sebagai calon PAS.

Ternyata berita tersebut adalah fitnah semata walaupun turut disiarkan oleh Sinar Harian yang memohon maaf kemudiannya. Ini semua hanyalah usaha segelintir pihak yang sangat memarahi tindakan kedua-dua ADUN ini menggagalkan misi mereka.

Rasionalisasi Subsidi & GST dalam bujet 2015 Najib...!!

PEMUDA PAKATAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN
9 OKTOBER 2014


Kenaikan harga petrol Ron 95 dan Diesel adalah tidak terlalu memeranjatkan kita. Walaupun pelbagai alasan yang diberikan, namun sudah jelas bahawa pihak kerajaan UMNO/BN terpaksa menggunakan ‘wang rakyat’ sebagai wang tampung ketirisan negara.

RASIONALISASI SUBSIDI DAN GST

Walaupun dalam Belanjawan 2014 yang telah dibentang oleh Perdana Menteri pada tahun lalu berkaitan Goods Service and Tax (GST), walaupun tidak dinyatakan bahawa petrol termasuk di dalam barangan yang dikenakan GST, namun kami sudah menjangkakan harga petrol tetap akan dinaikkan.

Mesej awal diberikan oleh Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kastam dan Eksais Ishak Daud dalam satu taklimat GST anjuran Universiti Tuanku Abdul Rahman mengesahkan GST akan dikenakan kepada petrol dan diesel walaupun kerajaan masih belum membuat pengumuman demikian.

Sama ada alasan rasionalisasi subsidi mahupun GST, semua itu membebankan rakyat. Selepas pelbagai ketirisan dan penyelewangan yang dicatatkan dalam laporan audit tahunan, sudah jelas bahawa bukan subsidi perlu dikurang, namun yang sebenarnya ialah ketirisan, penyelewangan yang kian membarah perlu dihapuskan, barulah ekonomi Negara mampu menjadi mapan.

Cerita KL GANGSTER sudah menjadi reality di kotaraya Kuala Lumpur

Beri perhatian serius hapus pengaruh gengster

grafik bom

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Sulaiman Mohamed berkata, insiden yang berlaku hingga mengorbankan seorang joki kereta itu perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak berkaitan.

Beliau mengakui beberapa kawasan di Kuala Lumpur memang menjadi rebutan kumpulan kongsi gelap sejak dahulu lagi.

“Mereka berebut kawasan perniagaan, kawasan pelacuran, perjudian, kelab malam yang mahu dijadikan ‘lubuk emas’ mereka. Jadi apa yang berlaku di Bukit Bintang ini, jika dibiarkan, boleh mendatangkan masalah lebih besar kerana ia turut melibatkan nyawa orang awam.

“Semasa saya jadi Ahli Parlimen selama empat penggal dulu pun saya pernah bersemuka dengan mereka (anggota kumpulan kongsi gelap) dan juga bekerjasama dengan polis jika ada aduan berlaku kes-kes jenayah,” katanya.

Caj Tambang Bas Sekolah - SPAD jangan lepas tangan, mereka yang perlu tetapkan tambang berapa

SPAD perlu kawal caj tambang bas sekolah

Amali Munif Rahmat  
Amali Munif Rahmat

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak boleh lepas tangan dengan menyerahkan keputusan memutuskan caj tambang bas sekolah kepada pengusaha dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM), Amali Munif Rahmat berkata, menjadi tanggungjawab SPAD untuk menetapkan kadar minimum tambang bas sekolah.

“Sebelum ini, mereka (SPAD) kata akan tetapkan satu kadar sebelum harga tambang tersebut dilepaskan dan ditentukan oleh pasaran (antara pengusaha dan PIBG). Kita setuju.
Tetapi sekarang yang jadi masalah, mereka tidak tetapkan satu kadar tersebut dan suruh pihak pengusaha berbincang dengan PIBG.

Apabila stesyen minyak sendiri menjadi "BARUA"

Stesen minyak kantoi menipu

Mohd Zulkifli (kiri) bersama pegawai penguatkuasa PPDNKK Putrajaya menunjukkan cara
mengesan penipuan yang dilakukan menggunakan silinder penyukat cecair bahan api.  
Mohd Zulkifli (kiri) bersama pegawai penguatkuasa PPDNKK Putrajaya menunjukkan cara mengesan penipuan yang dilakukan menggunakan silinder penyukat cecair bahan api.

IPOH - Dalam bahasa mudah, pengguna sepatutnya menerima 70 liter petrol untuk RM100, tetapi sebaliknya hanya menerima 65 liter sahaja.

Itu penipuan yang berlaku di tiga stesen minyak sekitar Silibin dan Chemor didapati mengubah suai pam pengagih minyak (pump dispenser) bagi mengaut keuntungan dengan cepat sejak beberapa bulan lalu.

Daripada tiga stesen diserbu, hanya satu daripadanya disita secara keseluruhannya kerana kesemua 26 pam pengagih minyak telah diubah suai dan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan Metrologi Corporation Malaysia (MCM) Sdn Bhd.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...