TERKINI :

Thursday, October 9, 2014

Kisah Ibrahim Ali Yang Ramai Tak Tahu.. Bacalah



Ketua Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat hari ini menyelar kenyataan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, yang menggesa pihak kerajaan supaya mempertahankan Akta Hasutan 1948 daripada dihapuskan.

Katanya, Ibrahim Ali merupakan salah seorang pencetus huruhara di Kelantan 1977 sehingga berlakunya darurat pada tahun 1978, namun tidak didakwa dibawah Akta Hasutan meskipun akta tersebut wujud ketika itu.

“Ibrahim Ali kononnya menyokong Mohammad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan yang mendapat undi tidak percaya dalam DUN Kelantan. Orang Selatan Thailand dan Kuala Lumpur diberi duit datang Kelantan untuk menyemarakkan kemarahan rakyat di Kelantan.

Bajet 2015 Sudah Jadi Anti Klimaks

Shahbudin Husin,

https://fbexternal-a.akamaihd.net/safe_image.php?d=AQAahLjU8PRfzqMu&w=470&h=246&url=https%3A%2F%2Ffbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net%2Fhphotos-ak-xfp1%2Ft31.0-8%2Fs720x720%2F10631237_10152343133330965_8095524029809151333_o.jpg&cfs=1&upscale=1
Esok, Jumaat pada kira-kira jam 4.00 petang, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Najib Razak akan membentangkan Bajet 2015 di Parlimen. Ini adalah pembentangan kali ke-6 yang dilakukannya sejak 2009.

Tetapi berbanding tahun-tahun sebelumnya, pembentangan bajet kali ini dijangka paling tidak menarik sekali bagi majoriti rakyat negara ini. Bajet yang dibentangkan esok sudah dianggap anti klimaks kerana tiada apa-apa lagi yang menarik yang diharapkan oleh rakyat daripada kerajaan.

Walaupun mungkin, seperti biasa ada kenaikan atau penurunan cukai tertentu yang akan dibuat, pengumuman bonus, berita baik mengenai golongan muda, perumahan, pendidikan, kebajikan, pertambahan jumlah BR1M dan sebagainya, namun semua itu sudah menjadi tidak menarik lagi.

Semuanya berikutan pengumuman kerajaan menaikkan harga minyak secara tidak sengaja sebanyak 20 sen melalui pemotongan subsidi pada 2 Oktober lalu. Pemotongan subsidi yang jelas menunjukkan kerajaan semakin kekurangan wang dan menjadikan rakyat sebagai mangsa korbannya untuk menampung perbelanjaan pembangunannya adalah bukti bahawa apa pun pemberian dan gula-gula dalam bajet ini sudah tidak bermakna lagi.

Menteri enggan dedah kos penerbangan Rosmah

Kerajaan hari ini enggan mendedahkan kos khusus satu penerbangan yang membawa isteri perdana menteri, Rosmah Mansor ke Padang, Indonesia untuk menerima satu anugerah dari komuniti Minangkabau.

MP Seremban, Anthony Loke sebelum ini menggesa Putrajaya agar mendedahkan tujuan pesawat NR1 dengan nombor pendaftaran 9M-NAA pada 27 Ogos lalu.

Beliau yang juga setiausaha organisasi DAP turut menggesa kerajaan agar mendedahkan identiti penumpang lain dan kos penerbangan itu.

Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim sekadar menjawab penerbangan itu adalah atas urusan rasmi.

"Pesawat tersebut merupakan pesawat rasmi kerajaan di mana ia digunakan atas urusan perdana menteri.

"Segala kos yang terlibat dalam penerbangan tersebut adalah di dalam anggaran yang bersesuaian dengan kosnya," jawapan Shahidan dipetik.

Pesawat itu dikesan laman web pengesan pesawat FlightRadar24 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Padang dan ke Singapura sebelum kembali semula ke KLIA pada 27 Ogos.

Dakwaan 'buli' Nik Abduh malukan PAS

Saya menolak sekeras-kerasnya dakwaan AJK Pusat PAS, Nik Abduh Nik Aziz (bawah) yang mendakwa PAS dibuli PKR dan DAP.

Tuduhan bersifat amat provokatif tapi amat mengaibkan.

Hanya orang yang kurang cerdik dan tak berani saja yang boleh dibuli.

Saya tak boleh bersekongkol menuduh pemimpin-pemimpin PAS bodoh dan penakut.

Hentikanlah kenyataan-kenyataan provokatif yang akhirnya menikam diri sendiri.

Jika tidak berpuas hati isu exco Selangor – dulu empat orang kini tiga – datang jumpa yang berkenaan, tanya kenapa jadi begitu, bincang tak ada masalah yang tak boleh selesai.

ISHAK SURIN yang dipertuan PAS Batu.

Pakatan perkenal 2 cukai alternatif ganti GST

Pakatan Rakyat hari ini melancarkan belanjawan alternatif mereka sehari sebelum pembentangan Bajet 2015 dengan memperkenalkan dua cukai menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).Bercakap dalam sesi penerangan belanjawan itu di Parlimen hari ini, MP Serdang Ong Kian Ming berkata cukai itu adalah cukai keuntungan modal (CGT) dan cukai warisan harta.

Berbeza dengan GST yang bersikap regresif dan melibatkan mereka yang berpendapatan rendah, beliau berkata kedua-dua cukai itu bersifat progresif dan melibatkan golongan yang mampu."Kedua-dua cukai ini dapat membantu pendapatan dan alternatif baik kepada GST," katanya yang menjadi sebahagian jawatankuasa belanjawan Pakatan.

"Kerajaan selalu berkata GST bagus kerana lebih dari 100 negara gunakannya... Tapi CGT yang telah dilaksanakan lebih 127 negara lain," katanya lagi.CGT dikenakan kepada perolehan keuntungan yang diperoleh oleh seseorang seperti penjualan stok saham, syarikat atau hartanah.Ong berkata dengan pengenalan cukai tersebut, dijangka dapat mengutip sehingga RM3 bilion dalam tahun pertama sekiranya dilaksanakan.

"Di Malaysia hanya keuntungan dari penjualan rumah dalam lima tahun pertama pembelian dikenakan cukai. Keuntungan urusniaga modal lain tidak dikenakan cukai," kata beliau.Sementara itu cukai warisan harga dikenakan ke atas pemindahan aset di kalangan golongan kaya.

Realisasikan 'Langkah Kajang' ke Putrajaya


Segmentasi Wanita Muda SAMM (Wanita Muda) mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Selangor yang baru, YAB Azmin Ali dan juga barisan EXCO negeri Selangor yang baru. Sepertimana yang pernah dinyatakan SAMM sebelum ini, krisis pertukaran MB Selangor harus ditamatkan dengan segera.

Wanita Muda menghargai sikap YAB Azmin yang melantik lebih ramai barisan exco dari kalangan anak muda seperti YB Nik Nazmi, YB Amir dan YB Zaidy.

Seperti mana yang kita sedia maklum, langkah kajang dicaturkan bagi menukar MB Selangor selepas MB terdahulu dilihat gagal untuk terjemahkan manifesto yang diumum Pakatan Rakyat.

Antara slogan 'Langkah Kajang' ialah untuk melangkah ke Putrajaya. Sebagai NGO yang mesra PR, suka kami mengingatkan tentang salah satu janji pilihanraya PR ialah Pendidikan Percuma. Isu yang melibatkan anak muda khususnya golongan mahasiswa ini wajar diambil perhatian.

Walaupun PR tidak berjaya menguasai kerajaan persekutuan pada pilihanraya umum lalu, tetapi PR masih mengekalkan penguasaan besar terhadap kerajaan selangor, sebuah kerajaan maju, kaya dan sangat mirip dengan persekutuan malaysia dari segi komposisi kaumnya.

Mahkamah tolak haram buku Zunar

 
Mahkamah Rayuan menolak keputusan kerajaan mengharamkan buku kartunis terkenal Zunar 1Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun dan memberi kemenangan kepadanya.

Hakim Muhammad Ariff Yusof, Tengku Maimun Tn Mat dan Varghese Varughese membuat keputusan sebulat suara.

Zunar yang kini berada di San Francisco dalam kenyataan ringkasnya berkata, beliau bersyukur dan berpuas hati atas keputusan itu.

“Ia memberi semangat baru kepada saya untuk meneruskan agenda berjuang melalui kartun,” katanya.

SADA buat kawasan HUTAN SIMPAN di kawasan tangki air di taman perumahan Padang Serai

HUTAN SIMPANAN SADA

EXCO YANG DOK JAGA BAB-BAB NI, AMBIK PEDULI SIKIT. TAK KAN NAK SUROH EMB!!! AMANAH JANGAN DIKHIANATI.


LAPORAN DAN GAMBAQ: IBN ABDULLAH AL AWAB – 3 OKTOBER 2014 JUMAAT

Nak Tanya mai sikit, menara ibu pejabat SADA di Alor Setar sedang giat dibina dibangunkan. Seiring dengan itu satu menara tangki air di satu taman perumahan dalam kawasan Padang Serai, juga pehak berkuasa SADA Daerah Kulim-Bandar Baru mungkin bersekali dengan SADa pusat di Alor Setar, sememangnya mereka sedang segar bugar menjadikan didalam dan disekitar kawasan menara tangki air tersebut sebagai hutan rimba simpanan.

Sebab itulah ianya tidak perlu penyelenggaraan untuk membersih kawasan tangki tersebut, dengan dicat semula dekat menara, tangki dan rumah pump dan sebagainya. Ditangki, masih megah panji-panji usang bN dan umNO(baru) lusoh macam roti kerai terus dibiar sakit hati mata memandang. Bab panji-panji bukan kes utama.

Tetapi hutan rimba yang dipulihara itu, adakah ianya termasok dalam seruan dan etika utama kerja seluroh wargakerja SADA? Wargakerja SADA jangan jadi wargakera.

Rakyat meniaga AIS KERIM guna motorsikal pun kena angkut oleh DBKL....

 

DBKL mengamuk lg di tasik permaisuri...

Di faham kan sumber Dr peniaga aiskrim Moto ex5 merah tu...Beliau Sedang menunggang lalu di kawasan rekreasi tersebut Dan Ada seorang lelaki menahan,Beliau sangkakan lelaki tersebut mau mmbeli aiskrim krn lelaki tersebut berpakaian preman (t-shirt biru no 18 di lengan)...

rupa2 nya Beliau Pegawai penguatkuasa dbkl..lalu kelengkapan perniagaan serta motosikal peniaga aiskrim ini di tahan...satu jam kemudian dtg anggota penguatkuasa dbkl yg beruniform lengkap mengangkat n mnyita motosikal ex5 tersebut bersama Dgn beberapa buah motosikal yg lain....PARA tuan puan cerdik pandai...yg celik undang2... 

Apakah Tindakan ini betul Dgn mengikut SOP???Sila komen dan sebarkan ~
 

Setuju tengkorak chee hang ANWAR, rendah ka tinggi ka kami tetap bantah..!!

Anwar setuju naik gaji MP kalau rendah

 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju dengan cadangan kenaikan gaji anggota Dewan Rakyat.

Bagaimanapun beliau menegaskan kenaikan itu harus dilakukan dengan kadar yang rendah dan munasabah kerana ia sudah lama tidak dinaikkan.

"Saya menunggu cadangan daripada kerajaan, dan pada dasarnya kita setuju kalau kenaikan itu pada tahap yang rendah dan munasabah," kata beliau kepada Malaysiakini di lobi Parlimen hari ini.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mendedahkan bahawa ketua pembangkang Anwar telahpun bersetuju dengan cadangan untuk menaikkan gaji para MP.

Shahidan berkata elaun MP yang sekarang ini berjumlah kira-kira RM6,500 adalah antara yang paling rendah di dunia.

Apabila Menteri & MP Hanya Fikir Untuk Memboyotkan Perut Masing-masing

oleh GreenBoc


Gaji MP perlu dinaikkan kerana sering ‘ikat perut’

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahidan Kassim menyatakan ‘perubahan’ gaji bagi 222 Ahli Parlimen wajar dilakukan ekoran perubahan ekonomi yang berlaku di negara.

Menurut beliau, sehingga kini, gaji bagi semua Ahli Parlimen adalah sebanyak RM6,500.

“Sebelum ini, Jawatankuasa Dewan telah memberi makluman kepada pihak pembangkang, terutamanya Ketua Pembangkang mengenai ‘perubahan’ gaji tersebut, dan pihak Ketua Pembangkang telah bersetuju dengan perkara ini,” katanya dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.

Shahidan dalam sidang medianya turut menyatakan adalah tidak tepat sekiranya pihak media menyatakan Ahli Parlimen dinaikkan gaji, tetapi lebih tepat jika menyatakan bahawa ia adalah ‘perubahan’ gaji.

Jelasnya, sebagai seorang Ahli Parlimen, beliau sendiri terpaksa mengikat perut kerana gaji Ahli Parlimen di Malaysia merupakan antara yang terendah di dunia.

Bukit Bintang : 2 butir bom tangan dipercayai digunakan



 
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan dua butir bom tangan dipercayai digunakan dalam kejadian letupan di Bukit Bintang, awal pagi tadi.

Sumber polis berkata, bagaimanapun satu daripadanya tidak meletup dan kini pihak polis sedang menunggu skuad pemusnah untuk memastikan keadaan benar-benar selamat.

Polis turut menolak kemungkinan bahan letupan yang digunakan adalah bom buatan sendiri. 

[Video] Suasana kawasan terjadinya letupan di Bukit Bintang pagi tadi

Piala Malaysia : Cayalah TERENGGANU... boikot aja..!!!

Terengganu nak boikot!
Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my


KUALA LUMPUR - Berasakan maruah mereka sedang diperlekehkan, Persatuan Bola Sepak Nege­ri Terengganu (PBSNT) bersedia mengambil keputusan drastik iaitu bertindak memboikot perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Johor Bahru jika perlawanan pada 17 Oktober ini tidak diubah kepada tarikh asal iaitu Sabtu ini.

Itu amaran yang diberikan oleh Presiden PBSNT, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) jika rayuan yang mereka kemukakan tidak diendahkan dan masih mengekalkan apa yang diminta oleh Johor Darul Ta'zim (JDT).

Berasakan mereka seperti teraniaya dengan tindakan FAM yang tidak profesional dan bersikap berat sebelah, Wan Ahmad berkata mereka sudah serik diperlakukan sedemikian dan bersedia atas segala kemungkinan yang akan menimpa sekiranya tidak beraksi pada perlawanan berkenaan.

Akta Hasutan - Adakah MALAYSIA nak layan dengan teguran PBB nie?

Akta Hasutan: PBB sekali lagi tegur M'sia


Dalam kenyataan kedua terhadap penggunaan Akta Hasutan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Malaysia supaya meminda undang-undang tersebut untuk memastikan ia memenuhi piawaian hak asasi manusia.

"Sudah tiba masanya bagi Malaysia untuk menyesuaikan undang-undang, termasuk Akta Hasutan 1948, selaras dengan standard hak asasi manusia antarabangsa, dan mengambil langkah-langkah tegas ke arah menikmati secara berkesan hak kebebasan bersuara," kata empat pelapor khas PBB dalam satu kenyataan bersama.

Kerajaan pada masa ini sedang merangka Rang Undang-undang Keharmonian Nasional yang baru bagi menggantikan Akta Hasutan yang kontroversi. Bagaimanapun, ramai orang politik dan individu yang ditangkap di bawah akta itu dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Pelapor khas PBB itu berkata mereka telah menangani isu Akta Hasutan Malaysia "beberapa kali", termasuk semasa lawatan mereka ke Malaysia.

[GEMPAR] Bukit Bintang KL di bom pada pagi tadi

Seorang parah, 14 cedera letupan di Bukit Bintang

 
KUALA LUMPUR: Seorang parah dan 14 lagi dilaporkan cedera dalam kejadian letupan di sebuah kompleks di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Setakat ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan letupan di Jalan Bintang, Bukit Bintang itu.

Sementara itu, empat kenderaan mewah mengalami kerosakan akibat terkena serpihan letupan terbabit.

Kata gaji RM2500 pun sudah cukup, dok kalut nak penaik buat apa elaun MP lagi..?

Gaji RM2,500 cukup jika diurus baik


KUALA LUMPUR - Gaji permulaan RM2,500, yang diterima oleh siswazah yang baru memasuki alam pekerjaan, adalah mencukupi jika mengamalkan pengurusan wang yang bijak selain tabiat 'mengukur baju di badan sendiri'.

Pakar ekonomi dan pengurusan kewangan berkata purata gaji permulaan itu adalah munasabah memandangkan mereka tidak mempunyai kemahiran dan pihak majikan 'mengambil risiko' dengan menggaji mereka.

Ketua Jabatan Pendidikan Kewangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Mohd Adnan Anan Abdullah berkata, isu gaji bergantung kepada individu dan mereka yang boros tidak akan merasakan cukup meskipun angka yang diterima setiap bulan itu besar.

"Cukup atau tidak gaji bergantung kepada profil individu. Di Kuala Lumpur, mungkin sukar jika sering makan di luar kerana sehari pun, dalam tidak sedar boleh mencecah RM30.00, belum lagi jika ada tabiat seperti merokok", katanya semasa dihubungi Bernama di sini.

ALOR SETAR - 10,973 petani sertai estet padi

Oleh SAFINA RAMLI
pengarang@utusan.com.my

http://www.mada.gov.my/image/image_gallery?uuid=4d5442d5-7959-475d-8a92-eaf752121ead&groupId=61743&t=1375257610987ALOR SETAR 8 Okt. - Sebanyak 10,973 petani terlibat di dalam projek estet padi yang dijalankan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) sejak dimulakan pada 2011 bagi meningkatkan pendapatan golongan tersebut.

Pengerusinya, Datuk Othman Aziz berkata, pencapaian keluasan sehingga kini mencapai 19,024 hektar dan tahun ini penubuhan projek melibatkan peserta baharu sedang giat dilaksanakan.

"Sehingga 24 September lalu sebanyak 2,234 petani baharu dengan kawasan seluas 3,865 hektar telah menyertai projek estet padi ini.

"Pihak MADA berharap lebih ramai lagi peserta akan terlibat dengan projek estet padi ini dalam usaha menambah pendapatan mereka," katanya ketika ditemui di Pertubuhan Peladang Kawasan Alor Senibong di sini baru-baru ini.

Menurut Othman, sehingga musim 2/2014 sebanyak RM129.69 juta telah diagihkan kepada peserta projek merangkumi projek bagi 2011,2012 dan 2013.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...